Tuesday, February 23, 2010

Mee Hoon Hong Kong

Our lunch today...no rice..my dad who is a 'rice eater' got to bear with this ..hehehe...later tonight just buy aje lah....

Ingredients A:-
Fish balls
Fish cakes
Sotong-(squids)
Udang-(prawns)
Isi ayam(dipotong dadu)-(chicken meat diced)
3 sudu besar sos tiram-(3 tbsp oyster sauce)
3 sudu besar kicap cair-(3 tbsp light soy sauce)
3 sudu besar minyak bijan-(3 tbsp sesame oil)
2 sudu besar tepung jagung-(2 tbsp corn flour)
sedikit garam-(salt)

Ingredients B:-
1 bungkus mee hoon(direndam)-(1 packet rice vermicelli-soaked)
5 sudu besar bawang putih yang dikisar-(5 tbsp minced garlics)
1 biji lobak merah(dipotong kecil)-(1 carrot sliced)
1 biji kobis(dihiris)-(saya letak sedikit kobis panjang)-(1 cabbage, I used some Chinese cabbage)
1 mangkuk kecil daging ayam(atau daging lembu) yang dicincang(saya tak letak ni pun)-(1 small bowl minced chicken meat/beef -( I didnt put this)

Method:-
Perap bahan A selama 10 minit.
Tumis bawang putih dengan  sedikit minyak masak sehingga naik bau. Masukkan lobak merah, kobis dan daging ayam yang dicincang. Kacau selama 10 minit. Masukkan bahan A yang diperap tadi. Kacau selama 20 minit atau sehingga semua bahan tadi masak.Tambah sedikit garam. Akhir sekali masukkan mee hoon. Boleh taburkan bawang goreng dan daun sup/bawang sebagai hiasan. Cili jeruk atau cili kicap sebagai tambahan.-(Marinate ingredients A for 10 minutes. Saute garlics with a bit of oil till fragrant. Add in carrots, cabbage and minced meat. Stir and let it for 10 minutes. Add in the marinated ingredients A. Stir again and let it for 20 minutes or till all the ingredients are cooked. Add some salt. Lastly add in rice vermicelli. Sprinkle some fried shallots for garnishings  and picked chillies)
Sources:- resepi.mesra.net

2 comments:

Watierman, rmanbkr said...

Ayu...sedapnya nampak mee Hong Kong mu itew...nak gak lah barang semangkuk....lapor!!

Ayu said...

watierman - boleh semangkuk aje cukup ke?..kita makan 2 mangkuk tau..hahaha