Thursday, May 20, 2010

Sardine Masak Asam Pedas

Cooked this for those who needs to eat rice....especially for my dad who is a 'loyal' fan for rice..hehe..
cant live without them...

Ingredients:-
5 sudu besar cili kisar
*1 labu bawang merah besar
*3 ulas bawng putih
*1/2 inci halia
*2 inci kunyit hidup
*sedikit belacan(jika suka)
asam jawa (diambil airnya sebanyak 2 mangkuk)
6 biji kentang (dibuang kulit & dibelah 4)-Ayu goreng dulu
minyak untuk menumis
1 tin besar sardin(any brand)-Ayu buang sosnya
garam & aji no moto secukup rasa(jika suka)

Method:-
Kisar semua bahan*.Panaskan minyak dalam periuk. Setelah minyak panas, tumiskan bahan2 yang dikisar tadi sehingga garing dan naik bau. Masukkan sedikit air, dan kentang yang telah dibelah 4 tadi. Biarkan mendidih dan sehingga kentang empuk. Setelah kentang empuk, masukkan perahan air asam jawa tadi. Akhir sekali masukkan sardin. Biarkan mendidih dan naik minyak. Setelah naik minyak tutup api.Boleh juga ditambahkan tomato jika suka.
Sources:-From zieyah@myresipi.com

4 comments:

geraugebang said...

kak gerau tak pernah masak asam pedas sardin...sayang sangat kat awak sebab beri kak gerau idea...akan ku buat...mesti sedap ek...sardine asam pedas...hu hu dah terasa-rasa kat bibir.

Ayu said...

geraugebang - cubalah kak, sedap!!!..lagi2 kalau tak ada benda kat rumah nak masak, and last minute gitu..bolehlah cuba..

lara's luv said...

this dish interesting..asam pedas sardine..sedap benar...insyaallah akan cuba

Ayu said...

lara's luv - cubalah lara, ni boleh dikatakan lauk darurat..hehe..kalau tak ada ikan kat rumah or kalau nak kena asak cepat..by the way lara ni orang singapore ya?.. thanks for following ya..