Tuesday, June 29, 2010

Kuih Lapis Pey Pey

Ok, this kuih was supposed to be posted last Friday..as I made this last week, due to unforeseen circumstances, only managed to post it today...ni case macam tak boleh tahan tengok banyak rumah yang dah melapis kuih..kiki....original recipe was double this amount, but I halved it..itu pun dah banyak juga....

The sweetness please adjust to taste ya..cause ada orang yang suka manis kalau part kuih muih gini..for my case, since warga emas kat rumah ni dua2 tu ada 'Medical certificate', so I have to adjust lah for sugar content tu ..kalau buat manis2, nanti tak ada orang nak makan pulak.heheh...Mr Hubby pun dah pesan tak mau manis2 kalau buat kuih tu....selalu 'pressure' tau nak mengadjust gula tu..rasa punya rasa sebelum dibakar atau dikukus..

The gula melaka in this recipe was to just add on to the batter, but I  gunakan air gula melaka, itu yang nampak part gula melaka layer a bit pucat aje..lagi2 gula melaka yang digunakan the colour pun memang pucat birat..huhuhu....Mr Hubby comments yang kuih ni tak nampak lapisnya kena tengok betul2 baru nampak lapisannya tu....mak ai, jenuh melapis satu2, dia cakap macam bukan kuih lapis pulak....hehe

Ingredients:-
1000ml santan pekat-(1000ml thick coconut milk)
712ml santan cair-(712ml thin coconut milk)
490g tepung kanji/tepung ubi(490g tapioca flour)
112g tepung beras-(112g rice flour)
452g gula pasir -Ayu gunakan 240g aje-(452 sugar-Ayu used 240g only)
2 helai daun pandan-(2 pandan leaves)
57g gula melaka -Ayu gunakan 70g air gula melaka-(57g palm sugar-Ayu used 70g palm sugar syrup)
1 sudu besar air mawar-(1 tbsp ros water)
sedikit pewarna hijau dan pewarna kuning-(a bit of green & yellow colouring)
loyang sapukan minyak sekeliling-Ayu alaskan dengan plastic wrap dan bubuh minyak sikit-(spread oil in tray all round-Ayu palced plastic wrap on base and spread oil)
 

Method:-
Masak gula, santan pekat serta daun pandan sampai mendidih, dengan api yang sederhana. Dibekas yang lain, gaul rata tepung beras, tepung kanji dan santan cair. Tuangkan perlahan2 santan pekat yang panas, sedikit2 sambil dikacau kedalm adunan tepung dan kacau rata.
Adunan dibahagi 3.Warnakan satu bahagian hijau dan bahagian yang kedua diwarnakan kuning. Adunan yang ketiga, pula digaulkan dengan gula Melaka untuk mendapatkan warna coklat. Gaul sampai gula melaka larut, kemudian tapis. Adunan yang berwarna kuning pula digaulkan dengan air mawar.
Panaskan kukusan. setelah itu panaskan pula loyang. kukus adunan hijau selapis2 sehingga habis. Setiap lapis menggunakan 3 senduk adunan. Buat yang sama kepada adunan berwarna coklat dan akhiri dengan adunan kuning. Kukus sehingga masak, kemudian keluarkan kuih dari kukusan. Biarkan kuih sejuk didalam loyang. Setelah kuih benar2 sejuk barulah boleh dipotong dan disajikan.- 
Nota:- Kacau adunan sehingga rata, setiap kali sebelum dikukus.
(Put sugar, thick coconut milk & pandan leaves to boil usng the medium heat. In another bowl, combine rice flour, tapioca flour and thin coconut. Pour slowly the warm thick coconut mixture bit by bit and sitr well till incorporated. Divide batter into 3 portions. Colour 1 portion green, the other yellow and the third portion stir in the palm sugar until dissolved to obtain a brown batter. Strain the brown batter. Add rose essence to the yellow batter, stir well.
Prepare steamer and place tray in it to warm up. Ladle in 3 ladles of green batter & steam until done. Reapeat process of steaming the green batter until all have been used up. Next ladle the brown batter following the same process as the green batter, i.e. 3 ladles of batter for each layer to be steamed.Once the brown batter is completed, proceed with the yellow batter until complete. Steam until kuih is cooked. Cool kuih before removing from tray. Cut as desired to serve. 
Note:-Each time stir batter well before steaming.)
Sources:-From Asma Laili, 'mintak ampun sedapnya'

 The top layer yang banyak air bubble..

2 comments:

jalilah_jy said...

apa maksud pey pey tu heheh buat malu jer kalu salah tanya...

akak tegok cantik banggat kuih ni warna cukup mantooop gabungannya...

kalu sapa2 tk sukee hantaqqq mai sini kami makan haha..

Ayu said...

jalilah -hahah..ingatkan orang tak perasan..lepas baca, title tu aaah lah kalau salah sebut lain pulak pergi nya tuu..kiki..boleh2 lain kali ya kak, kita post kan kat rumah akak tu..