Wednesday, July 28, 2010

Kuih Keria

Kuih keria LAAAGIIII!!!!!!...Apo nak dikato, Mr Hubby punya kesukaan.......dah disuruh buat ni den buat ajelah....hehe...jangan boring ya..siaran ulangan..this time gula dia tak berapa menjadi...kita suka yang gulanya berkeping2 gitu..

Ingredients:-
500gm ubi keledek putih
1 cawan tepung gandum
Sedikit garam
3 sudu besar gula dan sedikit air

Method:-
Rebus ubi keledek hingga empuk.
Toskan airnya dan bubuh sedikit garam.
Lenyek sampai hancur sementara ubi masih panas.
Rehatlah dulu sementara menunggu ubi betul2 sejuk.
Bila sudah sejuk, masukkan tepung gandum dan uli hingga sebati.
Buatlah bentuk seperti gelang dan goreng.
Setelah siap digoreng, masak gula dgn air dalam kuali lain.(ayu masukkan air dulu mendidih baru masukkan gula, bila pekat & berbuih baru masukkan kuih).
Didihkan gula hingga pekat.
Masukkan kuih tadi dan kacau hingga rata. Bagi semua kuih kena gula.
Kacau hingga gula nampak bertali baru boleh tutup api.
Dah tutup api , kacau lagi hingga gula kering dan kuih dan tidak melekat.
Sources:-From Syahmi@myresipi.com

No comments: