Monday, August 02, 2010

Asam Batang Keladi, Ikan Sepat Masin & Sambal Belacan Binjai


Salam, on this Monday evening..as usual, would like to update what I have cooked the other day,  I just love 'kampung dishes'..got this recipe from myr.com and printed....too bad cant access to the website yet, so I have to type the recipe below aduhai lomah mokcik..hehe...I made slight changes by using bird eyes chillies and not putting the salted stingray fish in it...instead I just fried salted 'sepat'  and made sambal belacan binjai to go along with it...seedappp!!!...so just enjoy the view ya..

Ingredients:-
150g ikan pari masin, dipotong 1.5 inci dan rendam 30 minit
2 pokok keladi minyak
*2 ulas bawang putih
*6 biji bawang merah kecil
*3 biji cili merah-(Ayu gunakan 20 biji cili padi)
*1 inci kunyit hidup
*1/2 cawan ikan bilis direndam-(Ayu gunakan kiub ikan bilis)
*1/2 cm belacan
(*bahan2 kisar halus)

1 camca besar asam jawa, rendam dgn 1/2 cawan air-
secekak daun kesum
sedikit minyak untuk menumis
garam & gula secukup rasa.

Method:-
Asingkan isi keladi dan batangnya. Bersihkan isi keladi dan potong kecil. Potong batang keladi anggaran 3 inci dan buankulit selaputnya. Dalam periuk masukkan isi keladi bersama 2 keping asam dan sedilit garam, rebus hingga keladi 1/2 masak. Masukkan batang keladi dan celur bersama2 isinya tadi selama 1 minit. Angkat dan toskan.
Dalam periuk, masukkan sedikit minyak dan tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan ikan masin pari dan kacau goreng 1-2 minit. Tuangkan air kurang lebih 500ml sebagai kuahnya(bergantung pada kehendak masing2). Biarkan mendidih. Masukkan isi dan batang keladi celur tasi bersama daun kesum dan jus asam. Bila mendidih perasakan dengan garam dan gula. Bolehlah dihidang bersama sambal belacan dan lauk2 lain sebagai sampingan.
Sources:-From Mat Gebu@myreseipi.com

 Ikan Sepat Masin to go along

Sambal Belacan Binjai

Ingredients:-
1 biji binjai dicincang2
4-5 batang lada merah
1-2 inci belacan bakar
garam & gula secukup rasa

Method:-
Buatlah macam biasa buat sambal belacan, tumbuk lada merah, belacan , gula & garam. Bila dah agak2 lumat campurkan binjai yang sudah dicincang. Gaul rata. Tak payah perah asam limau, kerana binjai dah masam.

5 comments:

MAS ( DUNIAKU ) said...

sedapnya...semua tu peberet mas...mas dah terliur ni kak ...

ilahjy said...

aikkk ni menu org kedah niii mcm mana leh jadi menu org selatan nan terlalu jauh di sinun...fulamak kalu jadi jiran mau kak ilah ting tong ..ada org tak nak tumpang semangkuk hahaha... dah la tghari tak masak..ptg ni dlm perancangan nak masak apa..hehe

lin said...

adooiiii.....nampak sambal belacan tu, terliur dah...teringat my mom's sambal belacan mangga...hahaha...u give me idea nak suruh dia buat for me.... :)

fuzidss said...

aduhhhh terlan air liur ni ha ...

Ayu said...

mas - hehe..akak pun favourite juga ni mas..

ilah - hahah..oh ya ke kak? menu org kedah ya?..hehe..alahai kalau lauk kampung ni memang tak kira utara ke selatan..mesti semua suka..hehe

lin - sambal belacan mangga pun sedap jugak lin..aish kita pulak yg dah terliur dah ni..hehe

fuzidss - hahaha..dah kenyang air liur dah ya..fuzidss..hehe