Thursday, August 12, 2010

Singgang Ketam

Ni lauk berbuka puasa for the first day... my brother's family came to break their fast here..his family pulak, buka mesti makan nasi..so we cooked rice lah..adding to fried just simple mee hoon goreng(no need photos lah ya) for those yang tak makan nasi for iftar , like for my kids ler...recipe from CMG's kitchen sekali2 ubah rasa, ketam masak singgang ...sedap ni..lepas tu hirup kuahnya...Thanks  Che Mat, macam biasa lah akak copy & paste kat sini juga ya..


BAHAN-BAHANNYA :-)
700 g ketam, dibersihkan dan kerat dua-(Ayu gunakan dalam 4-5 ekor ketam sederhana besar)
2 batang serai, dititik
2 kuntum bunga kunyit, dibelah dua (optional)
5 - 6 biji cili padi, diketuk
1 biji tomato, belah 6
1/2 cawan jus asam jawa
1 kiub ikan bilis "MAGGI"
5 biji bawang merah, dihiris
3 ulas bawang putih, dititik
1/2 camca teh serbuk kunyit
Garam& perasa  secukup rasa
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih dan serai hingga harum, masukkan serbuk kunyit, gaul rata dan tuang air secukupnya. Masukkan kiub ikan bilis dan biar mendidih.
  2. Masukkan ketam, cili padi dan tuang jus asam jawa. Bila mendidih, masukkan garam secukup rasa dan bunga kunyit (jika ada) dan akhir sekali tomato. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera
Sources:-From tiffinbiru.blogspot.com

2 comments:

Kerull @ Kay Enn said...

Salam K.Ayu..wah singgang ketam tu...meleleh air liur..ops..sabar2 kang kurang pahala pose...kena masuk list nih..he he he

Ayu said...

kerull - walkslm, hehe..akak suka hirup kuah nya dan ketam masak gini manis isinya ....hehe..sabor ajelah pakkal puasa ya kerull hehe..