Monday, October 18, 2010

Mee Hoon Goreng Tom Yam

Ever fried this mee before, but quite sometimes ago, I think during my early days of blogging..hehehe..dulu dapat recipe from MYR, and I convert kan kebahasa Inggeris, tapi bila cari2 recipenya balik macam tak ada lagi ler..so this time I ambik dari tuan punya recipe dari Nor Terengganu itu sendiri..lagi freshly squeezed gitu..hehe..Minta izin diletakkan disini sekali  lagi ya Nor, kali ni kita tak ubah bahasanya..hahaha..

Sedap mee hoon goreng tomyam ni..kalau nak varieties kan goreng mee tu, bolehlah cuba ya..

MIHUN GORENG TOMYAM
  • 1 bungkus mihun - rendam, bila lembut, toskan
  • 300gm udang
  • 200gm isi ayam
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 5 ulas bawang merah - dikisar
  • 2 batang serai - diketuk sedikit
  • 2 kiub perencah tomyam (maggi/knorr)
  • cili api - bagi yg mahukan lebih rasa pedas
  • 1 biji telur
  • 3 helai daun limau purut - dicarik2kan
  • sayur kobis - di potong pjg (halus)
  • carrot - dipotong pjg (spt btg mancis)
  • 2 biji tomato - dihiris nipis2
  • 1 mangkuk air - jika ingin mi basah lebihkan sukatan air
  • daun saderi
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan serai hingga wangi. Masukkan ayam dan kacau.
  • Masukkan pula bawang merah yg telah dikisar dan perencah tomyam. Goreng sehingga pecah minyak.
  • Masukkan udang dan gorenglah sekejap baru masukkan telur
  • Masukkan air, garam dan gula secukup rasa. Untuk mendapatkan rasa yg lebih sedap bolehlah dibuat stok udang dengan merebus kepala dan kulit udang yg telah dibersihkan. Masak hingga mendidih dan masukkan sayur2an (kobis, carrot dan tomato yg telah dipotong) Masukkan juga daun limau purut yg telah dicarik2kan
  • Bila sayuran dah agak lembut, masukkan mihun tadi dan goreng hingga ramuan sebati dan mi menjadi lembut (Jika ingin mi yg basah lebihkan air/stok udang)
  • Hidangkan ke dalam pinggan dan taburkan dengan daun saderi yg telah dihiris halus 
Sources:-From secubitgaramNor67.blogspot.com

6 comments:

K.Nor said...

nak mee nak mee.. hehe mekacih ya sudi try lg mee ni :)

Mas said...

mas pun nak mee hoon tomyam....nampak sedap tuu...

Ida Ddapur said...

ayu ida singgah sebentar nk makan meehoon tomyam..
hi.hi..time kasih ye singgah dapur ida tadi...kek2 tu ida bukan buat hari yg sama la..entry ja sama2...ida bukan pakar..boleh pengsan kalau deco 2 kek dlm 1 hari..sama la, 1 kek 1 hari pun jenuh nak siapkan...ayu lagi terrer..sume cake deco kat sini tu cantik2..suke la tgk

Ayu said...

nor - thanks juga ya nor, for the nice recipe..sedap mee ni itu sebab buat lagi..hehe

mas - silakn mas..memang sedap mee goreng tom yam kNor, ni..

Ida dapur - oh ya ke?..hehehe ingatkan 2 cakes in one day..memang boleh pengsan..hehe..alah ida, kek yg akak buat semuanya simple2 dan basic deco aje..kalau susah2 pun akak tak reti juga..heheh..

Yatie said...

Salam Ayu,
Nmpk pun dah tau mmng sedap...amboi sampai sini bau mee hoon tomyam tu....ada lagi ke.....nak sepiring...tak banyak pun....

rohayati said...

Salam. Kejab lagi nak cuba mee hoon tomyam ni, hopefully sedap lerr ..