Saturday, October 16, 2010

Nasi Kuah Rawon

Salam, if this appears on Saturday morning, then I have succeeded in making this post an auto published..hehe..1st time try lor..thanks to Yat Maria!!..dah 1 year plus berblogging, baru ni cuba hehe..suakoo betul akak ni ya...pernah cuba dulu tapi entah kenapa tak pass..anyway, if its already on the blog, at this time I would be doing my weekly marketinglah..hehe

Okay, berbalik ke menu, I tried buat nasi  kuah rawon today opps yesterday...sebelum ni pernah juga buat, but my mum yang selalu masak..this time, I cuba buat with my mum guidance & adding some ingredients according to her knowledge... normally she would lawan dengan kuah jeganan with some blanched kangkong & taugeh ontop with the rest lah..this time,  I tak buat pun..just apa yang ada dalam gambar the above..
Some paru goreng, bagedil, sambal belacan, sambal goreng tauhu berkentang & tempe..
Normally orang jawa pandai makan lauk ni..Walaupun kita bukan orang jawa..hehehe

Ingredients:-
1kg daging-(tetelan dan pipi lembu)-(Ayu gunakan daging biasa sebab tak reti makan 2 bahan tu..hehe)
3 liter air

200g buah keluak
50g buah keras
(Bahan dikisar)

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2cm halia
5 batang lada kering
(Dikisar berasingan)

1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk ketumbar
sedikit minyak untuk menumis
3 batang serai dititik
5cm lengkuas dititik
5 helai daun limau purut
garam & perasa secukupnya

3 helai daun salam-(Ayu tambah)
4 tbsp kicap manis-(Ayu tambah)
1-2 asam keping-(Ayu tambah)
3 batang kacang panjang-(Ayu tambah)

  Kuah Rawon
Method:-
Daging dipotong dadu, cuci, toskan dan rebus denga 3 liter air sehingga lembut.
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang, halia dan lada kering yang telah dikisar  sehingga wangi. Masukkan buah keluak dan buah keras. Kacau rata, masukkan pula jintan dan ketumbar. Tumis lagi sehingga naik aromanya.
Tuangkan rempah tumisan kedalam rebusan daging.Masukkan serai, asam keping, lengkuas, daun limau purut, daun salam, kicap manis garam & perasa. Kacau rata dan biarkan ia mendidih. Masukkan kacang panjang. Kemudian kecilkan api dan biarkan selama lima belas minit.
Hidangkan bersama nasi putih, bergedil, tempe dan paru goreng, serunding, sambal belacan dan lauk pauk yang lain.
Sources:-From Wan petom@resipi pesta perut 2002

Buah Keluak. yang boleh didapati dikedai orang Melayu
di Pasar Geylang.

6 comments:

Ida Ddapur said...

ayu..nmpk sedap la set nasi ni...tgk mcm lebih kurang nasi ambeng je..

zarin said...

telan air liur je bila tengok nasi ni...sedap sungguh nampak..eh, tk pernah lg mkn kuah rawon ni and buah keluak pun baru kenal tu

Mas said...

mas tak pernah makan lagi rawon ni...nampak sedapp la...

Ayu Safieza said...

waa....I finally found the difference of our names...:) heee...this kak ayu ia soooo good in cooking various types of rice....looks yummy kak...I wish u are the lady next door..:P

Nuridah said...

Ayu,

sedapnya nasi rawon ni, cukup lengkap..ini yg buat knur teringin nak rasa masakkan ayu yg sedap2 ni...biar knur gemuk sikit kan..ish perasan kurus pulak knur...hehe..berangan tu ayu.

Ayu said...

ida dapur - aah ida, dia punya set tu macam nasi ambeng, cuma kuah rawonnya tu yang make the difference.

zarin - aah zarin, memang tak ramai yang tahu tentang kuah rawon ni, especially dimalaysia, sebab evn my sil yang orang jawa (duduk dimalaysia).. tak sure about this dish..hehe

mas - kalau kespore, cubalah mas mcari nasi rawon ni..hehe

ayu safieza - hahaha...akak pulak nak jadi ur next door lady juga sebab boleh dapat makan cupcakes free..hehe

nuridah - knur!!!..lamamnya knur tak kemari!!!..alah tak apalah gemuk sikit since knur pakai baju size 'm', dari kita ni size, 'l' pun kalau nasib baik, kalau tak 'xl' punya..hehe