Friday, October 29, 2010

Pari Singgang Serani

This was the stingray that I brought out for yesterday's menu...also first time, stingray I cooked it this way.. ...sedap lah, sebab isi ikan ni lembutt ...ada lagi belimbing buluh in stock, so masukkan jugalah..I  tambah daun kesum(laksa leaves) just to give the aroma....and used the red bird eyes chillies itu sebab kuahnya nampak merah instead of kuning..heheh..Recipe from CMG, as usual, Thanks, akak copy & paste it here ya Che Mat..

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 keping ikan pari, pilih jenis lembut (pari helang)
10 biji belimbing buluh
2 batang serai, dititik
4 keping asam gelugor
1/2 kiub pati ikan bilis "maggi" (optional)
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/3 inci lengkuas*
1/3 inci halia*
1/2 inci kunyit hidup*
2/3 camca teh lada hitam biji*
20 - 25 biji cili padi*(*ditumbuk lumat)
sedikit belacan-(Ayu tambah)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari dibersihkan, perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit, cuci dan toskan. Belimbing buluh, dibelah 2 tapi tak putus untuk setiap biji. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan serai dan tuang air secukupnya (anggaran 800 ml). Masukkan asam gelugor dan kiub ikan bilis. Kacau rata dan biar mendidih.
  3. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan asam belimbing, masak sekejap, rasa, dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas.
CATATAN MAT GEBU :- Singgang ini agak masam, jadi siapa yang kurang gemar, boleh kurangkan bilangan asam keping tadi atau tak payah letak, memandangkan belimbing buluh pun sedia kala masam...
Sources:-From tiffinbiru.blogspot.com

8 comments:

anymz said...

salam ayu,nak tunggu org singapore hantar tauhu lambat sangat..ni dah merajuk dah nih..tu yang buat sendiri..hehe..camne?okay tak resepi nya tu..hehehe

nak ikan pari tu satu mangkuk..simpan utk akak buat dinner ptg ni.tggu jap,.akak nak gi tumbuk sambal belacan makan dgn singgang.pergghh...

MaDiHaA said...

menelan air liur tengok singgang serani ni.. tak pernah masak lg.. tp mcm tau dah mesti berasap telinga tuh tgkkan cilinya.. tp kita suka pedas2... hehehe...

Mas said...

kak ayu, mas suka masak macam ni..sedapnya...tukar ngan tomyam nk tak..he..he..

ilahjy said...

salam ayu lama tak bual...bual dapo... pa kabau..singgah rasa singgang..makanan utk keshitan ni..bagusss..muahhh

matahatijiwa said...

salam kak ayu..adui sedap nye ikan pari..meleleh dah air liur..tp kena tahan nak makn ni..diet punya pasal!!!hehe...

kucingorengemok said...

adoi... looks so yummy.

Ayu said...

anymz - walkslm, hahaha..kita baru nak beli tauhu, nak buat kasi akak, tup2 akak dah buat..so tak jadilah..hehe..oklah tu kak,
ikan pari, by the time, kita jawap ni, dah licin kak..haha....

madiha - haha..kita pun first time masak ikan pari singgang ni madiha, sedap, lagi2 pedas cili padi tu sedap buat hirup..hehe

mas - boleh juga mas, akak pun suka tomyam..

ilahjy - walkslm, alahai lama kita tak berbual ya kak..kita pun dah lama tak singgah kat rumah akak..

matahatijiwa - walkslm, hahah..aduh diet ya akma, ooo..diet ya..kenyang kat mata ajelah nampaknya..hehe

kog - hehehe..thanks kog, cubalah kalau kog minat singgang cili api ni..hehe

Nuridah said...

ayu, nampak sedap lauk singgang tu...kak nur pun baru msk asam pedas ikan pari...as u know kan kak nur bukan nya suker ikan pari tapi atas permintaan org sebelah tu kena beli juga ikan pari...tak ada kesian kan tak baik aniaya orang...hehe.