Wednesday, November 24, 2010

Banana Soft Marble Cake

Marble Cake again, this was actually Raya cake the other day....remember I said that I made cake, muffins and apam on the eve of raya?..well this was it...the apam already telecast, the cake also done, but the muffins I think I wouldnt want to post it here cause tak jad!!!...Talking about tak jadi, I would like to apologize if some of you already tried making the BROWN SUGAR MARBLE CAKE which I posted the other day..the eggs used was total 9 - use 9 egg yolks + 7 whites ya(Meaning 2 egg whites take away), not using 2 whites which I typed earlier..so so sorry if some of you already tried making this(kalau adalah ya)...Thanks to Deedah for informing me kalau tak memanglah I tak perasan langsung, ... Minta maaf banyak2 sekali lagi kalau ada yang dah cuba kek tu...kita rasa bersalah betul- betul ni....kalau ada yang nak mintak kita gantikan telur & butter tu cakap ya(serious ni)!!...

Ok back to the above cake, this cake recipe was taken from  Noreen 's blog.. did this before here..but this time, I added the bananas cos I have lots of them sebab sayang kalau dibiarkan begitu aje...sukatan gulanya dah I adjust as dah buh pisang and pisangnya dah manis..

Bahan-bahan:
270gm mentega
250gm gula kastor-(Ayu gunakan 170g)
260gm tepung gandum-(Ayu kurangkan 10g-so 250g)
1 camt baking powder
6 biji telur
2 camb susu pekat manis (condensed milk)
1 camb ovalette
1 camb air-(Ayu tambah 1camb susu)
1 camt esen vanila
10gm serbuk koko
1 camt chocolate emulco - optional tapi kalau ada lagi bagus untuk mendapatkan warna
1 cawan pisang yang dah dilecek

Method:
  1. griskan tin kek berukuran 10 x 7 x 3 atau 20-23 cm springform. ketepikan
  2. ayakkan tepung bersama2 dengan baking powder dan ketepikan
  3. satukan mentega, susu, esen vanila dan pukul sehingga gebu dan ringan, masukkan pisang lecek dan gaul rata (apabila diangkat dengan spatula adunan tidak jatuh). ketepikan
  4. kemudian satukan telur ovalette, air, gula, campuran tepung tadi dan pukul sehingga kembang dan rata
  5. masukkan adunan mentega (no. 3) ke dalam adunan no. 4 dan kacau rata
  6. keluarkan 1/4 adunan dan campurkan dengan serbuk koko dan chocolate emulco. kacau sehingga sebati
  7. masukkan 3 senduk adunan plain ke dalam tin kek dan 1 senduk adunan cokelat
  8. ulangi sehingga habis adunan digunakan
  9. ambil chopstick dan buatkan bentuk marble
  10. kemudian bakar pada suhu 180C selama 45-50 min atau sehingga masak
  11. setelah masak padamkan api oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 min
  12. selepas itu bolehlah dikeluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuk barulah dipotong kek tadi
note: sedap, lembut dan senang dibuat
sumber dari aini salim

14 comments:

Yat Maria said...

Akakkkk...ni keke nampak gebusss lembut gilosss arrr..cam nak wat jer...tapi 9 tulur ek..errr..nanti dulu arr :)

anymz said...

isshhh...
banana? yes!
cake? yes!
marble?..definitely nop for the time being...hahahaha..
sensitip betul akak dgn marble ni ayu.
rasa nak beli bahan2 hantar ke spore
...sigh*...

Anna Qawina said...

kak...cantiknya kek...buatku tak tahan....hehe

Yat Maria said...

Wahkahkah pada diri sendiri!!! kok ai rabun ayam kak baca post...ohhhh 9 for kek lain..ini cake 6 jer ya..cebahhhh 6 jer ek..so kira 6 bule lah wat perangkaan utk buat gamak nya..hehe...thanks kak menegur kerabunan ku itewww..ahaksss

izahdaut said...

memang nampak sangat gebusss dan moisttt dan cantikk dan sedap dan menawan dan terpikat dan lagi dan lagi...dan sangat nak ngap rasanya kek ituuu..masuk list!!!

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Memang gebu, terliur nampak. Sure need to find time to try this. Thanks for the recipe

fara dean said...

salam kak..
wow!! tak tahannnnn..nak juga.. sedapnya!!! nak sepotong pun jadilah!!

Ayu said...

anymz - hahaha..kak anim ni!!..kita pun macam tu juga kadang2 marble jadi kadang2 tak jadi..hehe

anna qawina - alahai ana, buat kek pun cantik juga apa..

yat maria - hahaha..undestand understand..tak boleh disalahkan..kadang2 nak cepat baca teroverlook..hahhaah

izahdaut - cubalak izah, uish jeles tau akak izah dapat bundt pan tu..heheh

paty's kitchen - thanks kak, welcome to my blog, wow busy woman like you sudi singgah keblog yang tak seberapa ni..nanti free kita keblog akak juga ya..

faradean - alahai fara sepotong pun dah tak ada dear..

mummyseri said...

Salam kak ayu..
cantek berbelangnyer tu..
dah lama tak marble2 ni;)

Ayu said...

mummyseri - walkslm, seri, haha..
akak suka pulak main marble2 ni..hehe..

Gee said...

pandainya Ayu buat cake! Gee blom pass pass lagi nih...adehhh nak cobalah juga!

Ayu said...

mak peah - eh tak adalah gee, kita tak adalah pandai mana pun..just ikut arahannya insyaallah boleh menjadi punya..

Nely's Kitchen said...

Kak ayu..nampak kek banana ni..peberet lyza..ada lg ke?? hehe

Ayu said...

lyza - alahai lyza, dah habis lah lyza, dah jadi baja pokok dah hahaha..cian dia.. lambat lyza datang..