Friday, December 10, 2010

Asam Pedas Sotong

Rasanya dah lama tak masak asam pedas....and adding to that ada sotong, so we decided to try asam pedas sotong, sekali2 tukar selera,  haha...this time I tried this recipe that I've got long ago which I 've printed and the paper pun dah kuning..recipe from Chef Noraini yang famous dengan kek lapisnya..bila cari balik kat blog puan punya tak jumpa lah pulak sebab nak linkkan...

Normally for my house, cili kering, bawang besar , bawang putih  dan halia, we dah siapkan awal2..meaning, we blended,  all this and put in air tight containers individually  and place them in the fridge. Nak gunakan dah senang..tapi the amount of tablespoon used for certain dishes selalunya I agak2 so the taste varies and normally juga tak sama..but for this recipe, I purposely tried the homemade cili kisar below, memang sedap & kena dengan my selera... Only thing I changed the used of ikan to sotong....so please adjust ikut selera masing2lah ya..

Cili kisar (homemade)
50g cili kering, digunting halus dan rendam air panas
5 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 cawan air

Cara membuat:-
Basuh cili kering yang telah direndam tadi. Toskan dan masukkan kedalm blender bersama bawang putih, bawang besar, halia, kunyit hidup dan air. Kisar hingga hancur. Masukkan dalam botol dan simpan dalam peti sejuk. Rahsia cili kisar ini tahan lama ialah kerana ia telah direndam air panas.

Asam Pedas Ikan:-
Bahan:-
1 cawan cili kisar
3/4 cwan minyak masak
6 ekor ikan kembung/pari/merah/dll-(Ayu gantikan dengan 500g sotong)
10 tangkai daun kesum
2 tangkai daun kari
3 cawan air
1 keping asam gelugur
garam & perasa secukupnya

Method:-
Panaskan minyak dan tumiskan cili kisar hingga garing. Masukkan air , ikan dan masak hingga mendidih. Masukkan daun kesum, daun kari, asam gelugur, garam dan perasa. Setelah ikan empuk boleh angkat. Anda boleh tambah kacang bendir atau tomato jika suka. Asam pedas ini istimewa rasanya keran dimasukkan daun kari yang menambahkan aromanya.
(Since sotong tak boleh masak lama2(takut liat) Ayu masukkan sotong bila air sudah mendidih, dan  bila agak2 dah masak baru masukkan  bahan2 seterusnya)
Sources:- resipinoraini.blogspot.com

6 comments:

anymz said...

ayu,akak mau lauk ni..order 2 mangkuk..
simpan kan tau.jap lagi akak dtg..makan dgn ikan masin,telur dadar,ada pulak ikan bakar...perghhh..

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Aduh terliurnya, kata orang Penang, pekena dengan nasi panas, mak mertua lalu tak sedar ooi.... Akak baru aje masak sotong ala nasi kandar, pening nak pikir nak masak apa. Kalau ayu keluarkan ini awal sikit guarantee akan tukar plan, masak asam pedas. Ok good idea next try pula

fara dean said...

kak ayu..
sy dtg nak ngendeng2 dapur akak..
tak penah lagi rsa sotong asam pedas ni..mesti sedap.
kak ayu selalunya yg dah akak siap blended tu kan..tahan berapa lama..?

NoorMasri said...

menarik tu ayu....menitis air liur ni hehehe

kucingorengemok said...

haih, menyesal pulak tak beli sotong kat kedai tadi, hihi

Ayu said...

anymz - wah sekali order 2 mangkuk ya kak..boleh2 apa salahnya..nanti kita bawa ya..akak siapkan nasi dengan lauk sampingannya ya..

paty's kitchen - haha..oh ya ke kak, wah sotong ala nasi kandar?..uish sedap juga tu kak..itu jangan kan mak & bapak mertua lalu, anak menangis pun kita tak peduli..hehe

faradean - selalunya cili kisar akak dan yg lain2 tu tahan 1 minggu fara kalau dalm fridge air tightlah..

noormasri - hehe..aduh dah menitis dah ya..ni ada tissue paper lap kak sikit..haha

kog - hahaha..ait kog akak nak nasi lemak kamu tu 7 bungkus ya..