Friday, December 31, 2010

Mee Hoon Goreng Taucho II

 Salam, dipagi Jumaat, hari terakhir tahun ni sebelum kita melangkah ketahun baru esok..Minggu depan, sekolah di Singapura ni dah mula, Hasif & Iqram start sekolah hari Selasa, Marsya pulak hari Isnin dah start..
semua in the morning session..dah tak boleh lah nak bangun lambat lagi..hehe..
Alhamdullilah semua barang2 sekolah dah siap sebelum pergi holidays lagi..so tak ada lah kelam kabut kan.

Ok, dah lama rasanya tak masukkan  gambar masak2 kita ya..heheh..bertambah2lah line up gambar dalam folder kita tu..beberapa hari yang lalu ada ternampak recipe mee hoon goreng taucho ni kat rumah  CMG   terus terbekenan..maklumlah saya ni kalau recipe mee2 ni memang suka..Walaupun saya pernah goreng mee hoon taucho sebelum ni, my style,kali ni saya cuba mee hoon goreng taucho Cikmatnya style, memang lah sedap dan kena selera my family..In fact ikhlas saya katakan this is better then my version..heheh
Mee hoon ni pun sesuai, kalau ada orang last minute cakap nak datang rumah, bolehlah dihidangkan dengan menggoreng mee ni sebab cili pesnya dah siap..tinggal nak tumis sekejap aje..
So Cikmat, akak letak kan recipenya kat sini as usuallah ya..Terimakasih banyak2..

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram mee hoon
3 camca besar pes cili*(*resipi dibawah)
100 gram taugeh, buang ekor, cuci dan toskan
1 keping fish cake, hiris
15 ekor udang sederhana besar, bersihkan'
1 keping tauhu dipotong dadu dan digoreng ketepikan- (rasanya cikmat terlupa nak letak ni, tapi di caranya ada buh.)
1 1/2 camca besar taucho-(Ayu bilas dulu)
1 camca besar sos tiram
1 biji telur, dipukul sedikit
1 camca besar sos tomato
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Hirisan cili merah untuk hiasan'

BAHAN PES CILI :-)
2 1/2 cawan cili kisar
1 biji bawang besar saiz sederhana*
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 camca besar udang kering, rendam, cuci dan toskan*
2 camca besar ikan bilis, rendam, cuci dan toskan*(*kisar halus)
1 camca besar jus asam jawa yang pekat
Garam dan gula secukup
Serbuk perasa secukupnya (yang ni mat tak letak, cuma tulis saja)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PES CILI :- Panaskan minyak dalam kuali, kena lebih sikit. Tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan terus menunis hingga garing dan terbit minyak, guna api sederhana, dan dikacau selalu. Tambah jus asam jawa, gula secukup rasa dan sedikit garam (garam jangan banyak, bagi rasa lemak saja dah ok). Masak sekejap lagi dan boleh matikan api, biar sejuk boleh letak dalam botol, simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian..
  2. UNTUK MEE HOON GORENG TAUCHO :- Panaskan sedikit minyak, masukkan telur dan biar mengeras sikit, kacau hingga separuh hancur, tolak tepi kuali. Masukkan pes cili, taucho bersama sos tiram dan sos tomato. Tambah udang, fish cake dan tauhu, gaul rata bersama telur tadi, tuang sedikit air. Biar mendidih.
  3. Kemudian masukkan mee hoon tadi, kacau hingga rata. Masak sekejap, tambah taugeh dan gaul. Kemudian rasa jika kurang masin, renjiskan dengan sedikit kicap cair. Bila dah ok boleh matikan api. Hidang dengan menabur hirisan daun bawang dan cili merah..
Sources:-From http://tiiffinbiru.blogspot.com

5 comments:

Mas said...

kak ayu, sedapnya tengok bihun tu....nak sepinggan boleh...

NoorMasri said...

kecur air liur akak tenok meehoon tuh...menarik betul....bak sepiring...

Fiza Amran said...

happy new year k ayu..nk tapau bihun boleh???

hana said...

salam kak.yu...
kite suker mihun goreng tapi suker yg orang lain buat.... sendrik buat tak bape pandai! heeeee...

epi new year wat kak.yu sekluarga...

Ayu said...

mas - memang sedap mas, cubalah recipe cik mat ni..nak sepinggan akak kena goreng lagi ler..sebab dah lama habis dah..hahah

noormasri- cubalah kak, sedap meehoon ni..dah habis lah kak..

fiza - happy new year to you too, fiza, hari ni malaysia holiday kan..tak kemana ke?..

hana - walkslm, eh betul ke hana, meehoon hana tak pandai buat?..kemarin pun hana ada cakap, kira seriouslah ni ya.. happy new year wat hana & family juga ya..