Thursday, January 20, 2011

Siput Sedut Masak Lemak Nangka, Telur Dadar Cendawan & Sambal Belacan Ikan Bilis

Salam, bila ada tetamu yang  nak datang kerumah & nak overnight lagi, orang yang  the most stress yalah saya lah.. sebab, first, thing yang comes to mind adalah NAK KASI MAKAN APA?..a few questions,berligar2 dikepala.. tanya sendiri, apakah makanan yang harus diprepare untuk dihidangkan nanti..

Dari my observations, tetamu yang datang ni ada sedikit cerewet, sebab kalau ada kenduri kendara,  saya perhatikan makannya sikit aje..tak taulah sebab memang dia makan sikit sebab dah kenyang ataupun masakkan tu tak kena dengan seleranya ataupun orang yang hidangkan kepinggannya taruk banyak sangat..wallawallam..so nak jadikan cerita, actually inilah juadah yang saya hidangkan semasa makcik Mr Hubby datang bermalam dirumah kami tempoh hari semasa saya sibuk nak buat kek thousand layer tulah..hehehe..

Actually, makcik ni, baru sahaja kematian suaminya, so sekarang dia tinggal seorang diri dirumah..walaupun ada anak (seorang  anak perempuan), dia tak nak ikut anaknya untuk tinggal bersama, she rather tinggal dirumahnya sendiri (faham2 ajelah orang tua)....so basically dia selalu keseoranganlah dirumah, Mr Hubby being the quite close anak saudara & our house pun tak jauh dari rumah each other, mempelawanya kerumah untuk 'hilang2kan' boring..Mungkin dia tak nak kecilkan hati Mr hubby dia terima juga pelawaannya tu..sebab, ada beberapa perkara yang she wanted Mr Hubby uruskan..well let that Mr Hubby yang handle lah ...hahaha

Anyway, to shorten my story, bila sahaja saya hidangkan lauk2 kampung ni, memang berselera betul dia makan...bertambah nasi lagi tau...ehem! ehem!(nak action sikit ni)hahaha..maklumlah orang lama, kan suka masakkan kampung...Eh, kita pun sukalah lauk kampung...

Sebab tak jumpa keladi, saya masukkan nangka dalam lauk siput tu.....then goreng telur dadar cendawan, tumbuk sambal belacan ikan bilis, dan goreng ikan masin gelama..fuh..
Siput Sedut Masak  Lemak Nangka
Ingredients:-
1 kilo siput sedut
1 biji santan kelapa
10 - 15 biji cili api*
6 ulas bawang merah*
2 cm kunyit hidup* @ ½ suduh teh serbuk kunyit 

1 batang serai-(Ayu ketuk)
3 pokok keladi hitam/hijau -Ayu gantikan dengan 400g nangka muda)
3 keping asam gelugur 

1 helai daun kunyit -(Ayu tambah)
Garam secukup rasa

* Ditumbuk/kisar.


Method:-
 1. Siput diremdam sehari semalam supaya kotorannya keluar setelah itu dipotong ekornya dan dicuci bersih.
2. Keladi disiat/buang lapisan kulitnya & dipotong-potong sepanjang 2 - 3 inci & direbus bersama 5 - 8 keping asam gelugor sehingga keluar buih & ditoskan. -(Ayu rebus nangka, buh sedikit garam  hingga lembut & toskan)
3. Masuk bahan yang telah ditumbuk/kisar & serai yang dititik, 3 keping asam gelugor ke dalam belanga/periuk dan digoreng tanpa minyak untuk beberapa minit.
4. Masukkan santan, siput sedut, keladi, garam dan biarkan ia sehingga mendidih & angkat. 


Jika santan terlalu pekat tambahkan 1 @ 2 cawan air supaya ia berkuah.
Untuk mengelakkan rasa gatal pastikan keladi direbus dengan asam gelugor secukupnya sehingga keluar buihnya. 

Sources:-From mesra.net

Pernah buat ni, tapi dalam bahasa Inggeris, so this time I convertkan dia...sedapp..cendawannya tu rasanya macam ayam my kids commented..hehehe

Telur Dadar Cendawan
Ingredients:-
1 packet cendawan tiram-disiat2 kasar -150g
5-biji telur
1 biji bawang besar dihiris nipis
5-10 cili padi atau 1 biji cili merah & 1 biji cili hijau dihiris-(ikut kepedasan masing2- tapi cili padi lagi best)
garam & perasa secukupnya

Method:-
Kacau telur dan campurkan bahan2 yang lain hingga rata. Panaskan minyak diatas kuali leper. Masukkan adunan dan ratakan bawang, cendawan & cili . Bila agak kecoklatan terbalikkan dan  biarkan seterusnya hingga masak. (Ayu goreng 2 kali dengan sukatan yang diatas)



Sambal Belacan Ikan Bilis 
Ingredients:-
10 biji cili api-(Ayu bubuh lebih ler..heheh)
1 biji bawang besar
ikan bilis ikut suka 
belacan bakar suku-(ni agak2 nak banyak mana lah ya)
garam & perasa secukupnya


Method:-
Goreng semua bahan tadi. Goreng berasingan terutama belacan. Kemudian tumbuk bawang diikuti cili api dan ikan bilis dan last sekali belacan.
Sources:- mesra.net

Note from Ayu:- Jangan bubuh garam terlalu banyak sebab ikan bilis dah masin.

7 comments:

Mak Peah Bini Sood said...

Salam Ayu

wah sambal belacan tu kita nak cobalah...mesti makan bertambah...

hailah ayu, I pun sama bila orang kata nak datang rumah jerr I terover stress...hanya tuhan jer lah yang tahu kan kan...hahahahha

Anawahid said...

uitttt kak ayu, org2 lama jan sebut ye, kita pon org lama gak... huehuehue... eh x la, x lama lg jadik la org lama, tp ank tekak ni mmg ank tekak org lama... heheh... wallaweiiii!!!... siput tu akak pi kutip kat tp pantai stulang ke kak?... ngeeeeeeee... ampunnnn!!!... :D

mrs Gee :) said...

sedap nye lauk kg.. xpernah mkn sambal belacan ikan bilis.. nk kena try nih..

nur easy said...

singgah jalan2 sini. aishh, sedapnya siput sedut tu.. mana nak cari siput ni

K.Nor said...

ishhh... kalau nor pun, tak toleh kiri kanan dah bila hadap menu kampung yg menyelerakan tuh.. apasal tak ajak nor sorang! hehe

ady said...

salam kak Ayu

melihat laut2 kak ayu ni kan... buat prut saya trus berkeroncong!!!lagi2 si sambal belacan tu.......yummy

Ayu said...

mak peah - walkslm, cubalah gee, sedap makan gitu2 dgn nasi panas pun ok..kalau tak ada lauk lah..heheh, aahlah stress tau jika ada orang nak datang rumah...habis kena keluar pinggan mangkuk 'royal albert' cecehceh..macam lah ada..haha..yalah kitakan pakai pinggan disposable...wakakaka...

anawahid - hahaha..mana lamanya.. ana..muda lagi..anyway, orang lama start dari umur berapa ya?..hahaha....siput tu akak tak kutip..dia datang sendiri kat depan rumah
wakakaka....bila tanya dari mana datang dia cakap dari stulang lah tu..hahaha...

mrs gee - cubalah gee, sedap.

nur easy - jemput masuk ya..thanks sudi singgah & tinggalkan jejak..
siput sedut memang best siapa yang meminatinya..

nor - hahaha..nak ajak juga, kita dah kelam kabut..bersilat kat dapur, terlupa
pulak nak pelawa nor ..hahah..

ady - walkslm, blog ady juga lauknya2 pun kasi akak terliur tau..heheh..sambal belacan tu lebih kurang macam adynya sambal ketuk, ada bawang, cili & ikan bilis..heheh..