Wednesday, February 16, 2011

Ayam Masak Kicap Cili Api

Ayam masak kicap cili api ni, telah diadjust ikut my selera..recipe actually dari mesra.net....original recipe hanya menggunakan bawang putih, cili padi, kicap, tomato & mentega..so the rest tu kita add, shukur alhamdullah, my kids suka....

Ingredients:-
1 ekor ayam(large)- cuci bersih, lumur dengan jus limau sambal, - then gaul kunyit & garam perap sekejap)
6 sudu besar kicap masin
4 sudu besar kicap manis
*1 biji bawang besar
*3 biji bawang putih
*20-25 biji cli api-(ikut kepedasan)
*sedkit halia
(*kisar bahan2)
2 biji tomato dipotong baji
1-2 biji kentang dipotong baji -digoreng dan ketepikan
1-2 cawan air-(ikut kesesuaian)
garam -kalau perlu
sedkit serbuk perasa

Method:-
Goreng ayam embal2 terlebih dahulu, angkat & ketepikan. Goreng kentang ketepikan.
Tumis bahan2 kisar hingga naik bau dan  sedikit  pekat. Masukkan kicap gaul  rata dan tambahkan air ikut kesesuaian. Bila  sudah  mendidih masukkan ayam,  kentang. Masak hingga ayam benar2 masak dan menyerap. Rasa kalau cukup masin,manis & pedasnya Last baru masukkan tomato, gaul sebentar. Matikan api. Siap untuk dihidang.

4 comments:

Mas said...

sedappnya ayam masak kicap...
ain ngan daniel pun suka...

izahdaut said...

akakk..saya suka lauk cam ni..hubby pulak tak berapa suke..huhu..
kalau dia tak de, saya akan try resepi akak ni plak ngan anak2

mokwonik said...

waaahhh so rich with seafood..ade lala lagik..much be so2 delicious..(memang tengah lapar nih)

Ayu said...

mas - aah mas, budak2 kat rumah ni pun suka ..hehe

izah daut - haha..samalah mcm akak masak lauk yg hubby tak suka bila dia tak makan kat rumah..contohnya nasi beriani..haha..silakan izah kalau nak cuba..

mokwonik - kalau spaghetti sos, my family suka yg seafood..hehe..boleh lah diterima anak2 kita mokwo..hehe