Friday, February 11, 2011

Nasi Goreng Cencalok

Goreng dengan telur sudah, Masak dengan ayam pun sudah, ha sekarang goreng nasi pulak dengan CENCALOK!!..oooo..best!!..wa cakap luu..my kids makan pun gear 5 terus..hehe..recipe dari sifu  CMGlah yang pandai masak tu..buat ni pun quite sometimes ago..kalau nak ikut versi  MOKWO,boleh juga tengok kat sini...itu yang teringat kita pun dah cuba nasi goreng cencalok ni cuma belum ada time nak masukkan entry..Terimakasih daun keladi ya CheMat, akak letakkan disini pula ya..

BAHAN-BAHANNYA ;-
3 cawan nasi semalam, dileraikan
1 1/2 camca besar cencalok, buang sedikit airnya-(Ayu letak lebih sikit)
1 cawan isi ayam
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 camca besar cili kisar-(Ayu letakkan lebih sikit)
2 biji telur
10 biji cili padi
4-5 biji ceri tomato-(Ayu gunakan 2 biji tomato biasa aje)
6 biji cendawan butang, hiris-(Ayu gunakan cendawan tiram)
1-2 fishcake dihiris-(Ayu tambah)
Kicap cair jika perlu
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Belahan limau kasturi, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan cendawan. Masukkan daging ayam dan cili kisar. Biar hingga masak. Masukkan cencalok, kacau rata dan tolak ke tepi kuali. Pecahkan telur, biar sekejap dan kacau hancur.
  2. Masukkan nasi dan cili padi hiris, gaul rata. Besarkan api dan masak sambil digaul. Kecilkan semula api. Rasa nasi tadi, jika kurang masin tambah sedikit kicap cair.
  3. Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap dan hidangkan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng. Jika suka boleh perah limau kasturi sebelum dimakan.
  4. Sources:-From http://tiffinbiru.blogspot.com

6 comments:

Kak Rosaliza said...

assalam ayu..menari nasi goreng cencalok ni, leh cuba ni, umah akk ada lg cencalok

anymz said...

terliur tgk nasi gorng ayu ni..sebut cencalok je dah buat perot akak jadi lapar..nak sikit ayu..

mrs Gee :) said...

adooii.. 1st time dgr nasi goreng cencalok. tp dapat byg kan rasa nye.. mesti best kan.. nak kena try nih..

Mamasya said...

Salam Ayu


belum pernah buat nasi goreng cencalok...nampak sedap. siput buluhpun belum pernah cuba.masa di Brunei dulu selalu ada di pasar tp tak pernah beli.
best mkn2 bbq kat bawah tu...mcm2 ada....yg paling nampak sedap udang bakar tu.
slmt berhujung minggu buat Ayu sekelaurga.

Mr. Mama said...

salam...
mr.mama nak rasa, mai 1/2 pinggan dah la...hehehe...

Ayu said...

Kak Rosaliza - walkslm, aah kak, cubalah sedap tau..anak2 kita yang tak makan cencalok boleh makan pulak nasi goreng cencalok ni..sebab bila digoreng tak berapa rasa sangat cencaloknya tu..hehe

anymz - cubalah kak, lagi2 akak senang dapat cencalok kat tempat akak tu..kita ni semenjak dah pandai makan cencalok, suka bebenor dengan cencalok..hehe

mrs gee - cubalah mrs gee..sedap, tak rasa sangat cencaloknya tu..

mamasya - walkslm, nasi goreng ni memang kena dengan my family nya taste mama, cubalah buat mana tau kena juga dengan mama & family punya taste..siput buluh pun sedap..ish kita ni semua sedapp..haha..maklumlah tekak kuat makan..tapi tak bedek..memang sedap.. Thanks mama, same to you too..

mr mama - walkslm, 1/2 pinggan tak cukup tu mr mama, akak tau mr mama, mesti suka makan macam akak..at least mesti nak 2 pinggan baru kenyang..hahaha