Thursday, March 24, 2011

Kerang Mak Tom

Kalau ikutkan recipe lepas direbus kerang ni, dibuang kulit sebelah aje..tapi kita buang semua tinggal isi sebab nak makan dengan nasi, senang nak cekup..hehe..mungkin kalau nak makan begitu sahaja boleh lah buang kulit sebelah..kerang masak gini kita tak sangka pulak sedap..heheh....cuma bila tengok bahan2 tu yang kita teruja nak cuba..ternyata..memang pass kat tekak kita .bertambah  kasi pedas sikit..Boleh buat lagi recipe ni..

 Ingredients:-
2 kg kerang -(Ayu gunakan 200g kerang yang dah direbus)
*1 biji bawang besar + 1/2 biji Ayu hiris(-Ayu tambah)
*3 biji bawang putih -(Ayu gunakan 2 biji)
*Sebesar ibu jari halia
*Sebesar ibu jari kunyit hidup
*5 biji cili merah-(Ayu gunakan 2 biji cili merah)

*5 biji cili padi-(Ayu tambah)
 *2 sudu besar udang kering -(Ayu gunakan 1 sudu besar)
 

4 sudu besar cili sos -(Ayu gunakan 1-2 sudu besar)
4 helai limau purut -(Ayu gunakan 2 helai)
2 batang serai -(Ayu guanakn 1 batangdi ketuk)
Gula dan garam secukup rasa
Minyak masak



Method:-
Kerang hendaklah direbus dan dibuang kulit sebelah. Bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, cili dan udang kering hendaklah dikisar. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau. Masukkan cili sos, gula, garam, daun limau dan serai. Kacau sekejap. Masukkan kerang dan gaul rata. Tutup api.
Boleh dimakan dengan nasi atau begitu saja.
Sources:-From shidah daud@resipi.mesra.net

2 comments:

K.Nor said...

mak tom... ooooo mak tom.. ehhh silap rumah la.. mak ayu... ooooooooo mak ayu!!! dtg jauh ni, nak ratah kerang! angkut wat lari sepinggan ya.. daaaaaaaa... hehe

spt biasa, kopi & save dulu .. tq :)

Ayu said...

nor - hahaha..mak tom, rumah sebelah ..hahaha..boleh..nak bawa lari pinggan nanti kasi balik tau..hahaa..
silakan nor..