Thursday, April 28, 2011

Milk Chocolate Banana Brownies

Title aje milk chcocolate brownies,, but  I  used semi sweet chocolate for this..sebab tak nak manis2, since pisang yang digunakan pun dah manis..I kurangkan sukatan gulanya dan menggunakan 1/4 cawan je...kita terbeli banyak pisang itu yang over stock dengan pisang...ada lagi pisang recipe after this but that I will update bila2lah ..maybe next week ke...

Recipe I've got it from here. Siapa2 yang nak I translatekan please shout OK...So kalau nak cuba, ikutlah kemanisan masing2 ya..Oh brownies ni, macam my brownies yang pernah kita buat dulu, dia macam cakey type..(macam cake)..dan part swirling tu macam brownies yang ini...so please adjust ikut preference..

 Ingredients

  • 1 3/4 cups (11.5-oz. pkg.)  Milk Chocolate Morsels, divided-(Ayu used 200g semi sweet chcocolate)-(13/4 cawan(345g) milk chocolate chips dibagi dua-Ayu gunakan 200g semi sweet chocolate chips aje)
  • 1/2 cup all-purpose flour-(Ayu used 1 cup)-(1/2 cawan tepung serba guna-Ayu gunakan 1 cawan tepung gandum)
  • 1/2 cup whole-wheat flour-(Ayu didnt use this)-(Ayu tak letak ni)
  • 3/4 teaspoon baking powder-(3/4 sudu kecil baking powder)
  • 1/2 teaspoon salt-(1/2 sudu kecil garam)
  • 1 cup packed light brown sugar-(Ayu used 1/4 cup)-(1 cawan gula perang)-(Ayu gunakan 1/4 cawan)
  • 1/2 cup (1 stick) butter, softened-(1/2  cawan mentega dilembutkan)
  • 2 large eggs-(2biji telur besar)
  • 1 teaspoon vanilla extract-(1 sudu kecil esen vanila)
  • 2 medium ripe bananas, quartered lengthwise and chopped -(Ayu used 150g about 3-4nos bananas + 150g to be spread on top- mashed)-(2 biji pisang sederhana besar dipotong memanjang dan dadukan-Ayu lenyekkan pisang dan menggunakann 150g dlm  3-4 pisang + 150g untuk di lapisan atas dan dimarblekan, leneykkan sekali dan dibagi dua)

    Directions 

    PREHEAT oven to 350ยบ F. Grease 9-inch-square baking pan.-(Panaskan oven 170C dan griskan loyang 9")


    MICROWAVE 1 cup morsels in small, uncovered, microwave-safe bowl on MEDIUM-HIGH (70%) power for 45 seconds; STIR. If necessary, microwave at additional 10- to 15-second intervals, stirring just until smooth. Cool to room temperature.-(Ayu double boiled)-(1 cawan milk chocolate chips dicairkan dalam microwave- Ayu gunakan kaedah double boil aje-200g semi chocolate )

    COMBINE flour, whole-wheat flour, baking powder and salt in small bowl. Beat brown sugar and butter in medium mixer bowl until creamy. Add eggs and vanilla extract; beat well. Beat in melted chocolate. Gradually beat in flour mixture. Stir in bananas (150g) and remaining 3/4 cup morsels. Spread into prepared baking pan.-(Ayu added the remaining bananas 150g on top of batter spread and swirl the mashed  bananas around)-(Campurkan tepung, baking powder dan garam dalam mangkuk. Pukul gula perang dan mentega hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan esen vanila. Pukul hingga sebati. Masukkan chocolate yang telah dicairkan tadi. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Masukkan separuh pisang yang telah dilenyek tadi dan gaul rata.Kalau nak masukkan chocolate chips lagi pun boleh, tapi Ayu tak letak.selepas digaul rata, Ayu masukkan balance pisang yang dilenyek ketas adunan dan marblekan dengan adunan..)
    BAKE for 40 to 45 minutes or until wooden pick inserted in center comes out clean. Cool completely in pan on wire rack. Cut into bars. Store in covered container in refrigerator.-(Bakar selama 40-45 minit atau sehingga lidi menyucuk keluar bersih. Sejukkan didalam loyang diatas rack. Potong kuih dan simpan didalam bekas yang tertutup didalam peti sejuk)
Sources:-From http://www.verybestbaking.com

Kupang Merah Ala Thai

 Lauk yang dah lama dalam folder tapi baru ni nak dimasukkan ...recipe asal menggunakan daging, tapi telah diolah oleh Nor Terengganu menggunakan kerang..Recipe ni juga telah dipublishkan di majalah Jelita..baru2 ni...Ada nampak didapur Mamahawa kalau tak silap di dapur Sofea pun ada.. 
Biasalah, ini lauk kita orang tua..budak2 tak makan pun, only thing kita pulak lagi derhaka menggunakan kupang instead of kerang....heheh..basically untuk tambah2kan lauk or side dish aje..Sedap juga  kupang dimasak macam gini ..satu kelainan lah kira...thanks ladies for the idea and sharing..

Kerang Merah Ala Thai
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)-(Ayu gantikan dengan 1 kg kupang direbus)
2 ulas bawang putih diketuk
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 sudu besar cili giling
beberapa cili padi diketuk -(Ayu tambah)
Sedikit sos tiram
Sedikit sos ikan (thailand mari)
Sedikit sos tomato
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)

Cara-cara
Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2.
Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan cili giling.
Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris tadi biar lawo sket.

*K.Nor suka masukkan daun ketumbar yg dihiris dlm masakan ni dr menggunakan daun saderi atau daun bawang. Sbb daun ketumbar mmg gandingan yg cukup ngam kalau adanya penggunaan sos ikan dan lebih menyerlahkan lagi rasa masakan thai.
Sources:-From http://secubitgaramnor67.blogspot.com

Gulai Ayam & Nangka

If you notice, dari dapur curlybabe nikan..kebanyakannya adalah lauk2 kampung..sebab kita suka makan & masak lauk2 kampung ni..hehe...maklumlah kita pun dah masuk asar..so lauk2 mostly lauk orang tua,dan sayur mayurnya pula suka yang jenis kat bandar tak dapat punya.hehehe...
cuma, yang main ingredients tu aje lah sama..mostly ayam, ..actually nak cerita pasal ayam punya lauk  macam dah tak ada cerita nak kasi reason..hahaha..asal ayam itu lauk budak2 ler..kalau nak masak, mesti kena  fikir lauk budak2 dulu baru from there link kan apa yang sedap dikenakan dengan lauk tersebut...Kalau lauk2 kampung ni memang suka pergi ke dapur  CMG, untuk cari idea....mesti tertawan dengan recipe2 kat situ...Thanks again Mat..lama2 blog akak ni penuh dengan recipe2 dari blog mat..heheh


Bahan Utama :-)
1 ekor ayam kampung-(Ayu gunakan ayam bandar je)
1 kg nangka muda-(Ayu gunakan 1 packet nangka aje)
4 batang serai, dititik
2 keping asam gelugor
2 biji kelapa, diparut
Garam dan sedikit gula

Bahan Kisar Halus :-)
30 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
5 biji cili merah
10 - 15 tangaki cili padi (nak pedas leh tambah)
1 inci lengkuas
2 inci halia
1 1/2 inci kunyit hidup (pilih yang tua)
4 biji buah keras

Cara membuatnya :-)
  1. Ayam dipotong 16 - 18 bahagian, cuci bersih dan toskan. Nangka, dipotong sederhana besar, cuci dan celur hingga 1/2 empuk. Toskan. Tuang 500 ml air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan pekat. Tuang lagi 1000 ml air, ramas dan perah untuk santan cair. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, masukkan ayam, serai titik, asam gelugor dan gaul rata. Masak hingga ayam kecut (kurang lebih 10 minit). Tuang santan cair dan masak hingga ayam lembut (tambah air jika perlu). Tambah garam dan sedikit gula.
  3. Masukkan nangka celur tadi dan tuang santan pekat. Masak dengan api sederhan hingga nangka empuk. Rasa garam dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam2man.
Sources:-From http://tiffinbiru.blogspot.com

Soto Ayam

Menu ulang tayang lagi..suka sangat dengan recipe yang ini...sebab ia tak menggunakan santan..
Ini kalau ikut tekak kitalah..selera, kan tak sama, masing2 ada citarasa sendirikan kita suka kuah soto yang a bit clear..sebab tak muak, kalau dihirup kuahnya, pada kitalah ya...maklumlah kita kalau mee atau sup kita suka berkuah banyak sebab macam itik boleh berenang dalam kuah tu..haha.... Lagi satu this recipe tak gunakan rempah soto or rempah sop macam yang selalu kita buat dulu2. ....menu  last week ni...balance rebus nasi impit yang banyak terlebih..sebab kita pun ada buat lontong kering which I will post the entry soon...
thank you Sis Rossya, I have learnt a lot from her fotopages.. frankly, I love & learnt how to cook kuah lodeh from her kitchen....instead from my mum..hehe...

Ingredients:- 
 1/2 ekor ayam-(Ayu gunakan 1 ekor ayam)
air secukupnya
600g mee kuning (boleh diganti denga meehoon)-(Ayu gunakan ketupat/nasi impit)
300g taugeh
2 biji kentang rebus-(Ayu tak letak)
4 kuntum cengkih
6 kuntum pelaga
1 batang kayu manis 

1 chicken cube-(Ayu tambah)

Bahan- bahan untuk dikisar:
2 sudu besar serbuk ketumbar -(Ayu gunakan 3 sudu besar)
1 sudu besar ketumbar biji yang disangar -(Ayu tak letak)
1 sudu makan jintan halus yang disangar -(Ayu gunakan 1 sudu besar - serbuk)
1 sudu kecil jintan kasar yang disangar -(Ayu gunakan 1 sudu besar - serbuk)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 batang serai
1 inci lengkuas
6 biji bawang putih
1 labu bawang besar
5 biji buah keras
lada putih secukupnya -(Ayu gunakan 1 sudu besar)

1 sudu besar halia kisar

Bahan2 taburan :
bawang goreng
daun sop/bawang yang dihiris
isi ayam yang disiat-siat
begedil goreng

Method:-
Rebus ayam didalam periuk dengan air secukupnya untuk membuat kuah soto. Masukkan perencah kisar,cengkih, pelaga, kayu manis, garam secukupnya dan masak hingga mendidih. Setelah ayam empuk ...angkat dan disiat-siatkan isinya untuk menjadi bahan taburan kelak. Buang segala tulang ayam.
Didihkan kuah soto dan tambah kan garam dan serbuk lada putih jika perlu -(Ayu masukkan cube ayam, serbuk perasa dan tambah air lagi)
Kentang yang telah di rebus, dikisar dengan sedikit kuah soto dan dicampurkan kedalam kuah. -(Ayu tak buat ni)

Untuk menghidang: 
Letakkan mee/nasi impit(tak payah celur) yang sudah dicelur kedalam mangkuk, letakkan sedikit taugeh di atasnya. Tuangkan kuah soto dan hiaskan bahan taburan diatasnya. Hidangkan ia bersama sambal lada padi.
Sources:-From rossyabakes fotopages

Sambal cili padi:-
*15 cili padi
*1 bawang putih
*1 sudu besar gula(rata)
1 biji jus limau sambal
 kicap masin & kicap manis, secukup rasa

Blend *bahan2 kisar dan gaulkan dengan kicap, gula,  & jus limau.

Award Dari Saza Haiza, Adiwieyah & Tahniah Buat Antan Bertingkah

Rolls of awards  from friends..
 Saza Haiza, Adiwieyah & Antan Bertingkah

Award dari
Saza Haiza  
kalau pergi keblog Saza, 
banyak tips2 & petua2 yang menarik yang tak terfikir diakal kita
yang boleh dibuat panduan..
Another award for follower dari Saza Haiza juga..Thank you 
Saza for the nice award.

  Next award come from
Adiwieyah@Fie
tanda persahabatan  dan persaudaraan..
Semuga hubungan ini berkekalan hendaknya..insyaallah..
Thanks Fie for the award..

Tahniah buat
Yusaniza@Antan
kerana menyambut 1st Blogversarynya baru2 ini..
Semuga Blog  Antan Bertingkah akan lebih success
dan teruskan perkongsian ilmu & recipe2 yang menarik di masa akan datang..
Thanks for the thoughts juga ya..

Tuesday, April 26, 2011

Serimuka Pandan

Pada teman2 yang datang bertandang kat bawah tu..waduh janganlah lenguh & serik ya..datang dapur kita ni pergi & patah balik ..heheh ....beginilah kalau kita nak update..sebab  time nilah kita ada chance, kita tak boleh nak update satu2 hari2 sebab memang confirm tak ada time punya....itu yang sekali masuk 2-3 entry..jangan lah boring pulak tau...

Baiklah kalau first entry tadi boleh dibuat sarapan , ini pun boleh juga, tapi kita buat minum petang ajelah since breakfast dah coveredkan..hehehe..dah lama rasanya tak buat serimuka..terpingin pulak nak makan so kita cuba recipe dari Chef Asma ni. Memang berbaloi betul mencuba recipe kuih ni..kalau dulu kita cakap kita nak gunakan recipe sebelum ni untuk bila2, itu sudah berubah kerana, recipe yang inilah yang akan kita gunakan bila2 pulak..sedappppp nya hingga tak terkata2...

Sebenarnya, kita dapat recipe ni dari Chef Asma sendiri!!..oops bukan berjumpa dan pergi kelasnya ya..macam mana nak pergi kelasnya tu jauh awak..kita diselatan Chef di semenanjung..kita cuma beli recipenya dari Chef Asma ..hehhe..dan order TRIO STEAMER darinya juga..memang seronok betul gunakan steamer tu tau..senang dan memuaskan hati.. Thank you chef for the nice recipe, memang keluarga kita suka sangat dengan recipe yang ini...

Anyway, kuih ni kita buat 1/2 adunan aje. sedap ni bolehlah buat lagi ..insyaallah, kalau ada keramaian atau kenduri kita nak buat kuih ni untuk oleh2..sedappp sangat..(tengok tu berapa kali cakap sedap dah)

Bahan2 Lapisan Bawah:-
500g beras pulut
300ml santan pekat
300ml air
 2 sudu besar gula -(Ayu tambah)
2 tsp garam halus

Cara2nya:-
Rendam pulut sekurang2nya 4 jam
Basuh bersih & toskan
Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit.(Kukus dengan loyang yang berlainan tidak berlubang)-(Ayu kukus terus dalam loyang yang nak digunakan- dialas plastik wrap dulu then bubuh pulut dengan yang lain)
Apabila pulut masak, gaul hingga sebati.Tekan dalam loyang 10x10x2". (Since Ayu cuma buat 1/2 adunan , I gunakan loyang 8" aje)

Bahan2 Lapisan Atas:-
Bahan A
250g gula castor
100g tepung kastard
400ml santan pekat
400ml air
20g daun pandan- diblender dengan air diatas.-tapis ketepikan

Bahan B
4 biji telur
1/2 tsp garam halus
1/4 tsp pandan essence

pewarna hijau- secukupnya

Cara2nya:-
Satukan bahan2 A kacau rata & masukkan bahan2 B kacau hingga sebati.(Ayu blender aje semua) Tapis kedalam periuk & masak. Kacau hingga naik wap. sekejap aje (Ayu masak dalam 2-3 minit saja).
Tuang keatas lapisan bawah & kukus selama 30-40 minit.
Sources:-From Chef Asma Baking Class

Sambal Goreng Jawa

Selalunya lauk ni digandingkan dengan lauk2 yang dihidangkan dengan nasi ambeng, tapi kita makan gitu2 aje dengan nasi kering2..since lauk sup ayam special kat bawah ni ada so just hirup2 kuahnya ..untuk senang perjalanannya keperut..hehe...Macam biasa recipe dari  CMG  yang pandai memasak..
Sambal goreng jawa yang ni tak letak kicap, this one letak santan..dan kuning warnanya.. normally kalau kita masak yang merah ..Thanks Mat akak letakkan recipenya disini pula ya..

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 ketul pedal ayam muda-(Ayu rebus dulu)
10 tangkai kacang panjang
1 keping fucuk (tauhu kering), potong kecil dan rendam
3 keping tempe, potong kiub
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek2 dan rendam hingga lembut
1/2 inci belacan, dilarutkan dalam 1/3 cawan air
1/4 cawan jus asam jawa
1/4 cawan pati santan
Garam dan gula secukup rasa
6 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji cili merah, hiris halus
1 biji cili hijau, hiris halus
2 keping hirisan lengkuas
1 batang serai, dititik
1-2 biji kentang dipotong dadu digoreng dulu-(Ayu tambah)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pedal ayam dihiris, cuci bersih dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Kacang panjang dihiris serong, tempe digoreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan pedal ayam dan goreng sekejap hingga masak. Masukkan bawang merah, bawang putih, serai dan lengkuas. Tumis hingga harum. Tuang belacan dan jus asam jawa. Kacau rata.
  3. Masukkan fucuk, tempe goreng, kacau dan tuang santan. Masak hingga hingga pekat. Tambah soo hoon (toskan dulu), hirisan cili merah/hijau, kacau rata, masukkan garam secukup rasa dan secubit gula. Kacau dan masak hingga kering sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat sebagai lauk sampingan.....
Sources:-From http://tiffinbiru.blogspot.com

Sup Ayam Special ...again

Sup ayam special yang memang special pada kita, rasanya satu periuk kuah pun tak cukup kalau kita masak ni..kena kuah lebih baru puas makan..sebab we I like to hirup the kuah & kunyah the cili padi along the way..hehe..pernah buat dulu time bulan puasa, memang bestlah ..itu yang buat lagi ni..
Recipe from Tulips@myresipi .Thanks dear owner, memang sedap sup ni..

Ingredients:-
  • 1 ekor ayam potong 16
  • 1 labu bwg merah
  • 2 ulas bwg putih
  • 1 inci halia
  • sebatang kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 iji buah pelaga
  • 2 bj kentang
  • 1 btg lobak
  • 1 mangkuk air panas br masak
  • lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam-(Ayu gunakan 1 cube ayam)
  • daun sup, daun bawang & bawang goreng

Method:-

  1. Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.
  2. Bwg merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. Lobak dipotong bulat2 anggaran 1.5cm & kentang dipotong 6
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.
  4. Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit
  5. Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lag. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.
  6. Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah. Adjust mengikut selera anda
  7. Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang 
Sources:- From tulip77@myresipi.com

Cucur Cendawan

Selamat pagi semua..sebelum, kita start masak untuk hari ni..baik kita buat sarapan dulu...kalau dah buat sarapan , then makan... baru ada energy nak buat kerja...mood pun happy aje sebab perut dah kenyang, ha kalau dah makan sarapan seperti diatas ni, perut boleh tahan at least sampailah pukul 2 gitu baru boleh makan lunch pulak..hehe..Cucur cendawan resipi dari Kak Wan  yang sudah lama kita print dan asik kena potong queue aje..Akhirnya sampai pun hajat dihati nak rasa cucur cendawan ni..Dah buat  dua kali..sebab ianya kena dengan selera kami..kita tambahkan bahan2 apa2 yang patut for this..Terima kasih Kak Wan, minta izin, kita share pulak dengan the rest ya..

The senduk yang digunakan bawah tu kita beli di Daiso..bila digoreng kita gunakan 'tongs', untuk terbalikkan..tunggu sampai ia tak melekat baru kita sepitkan dan lepaskan dari senduk..

Cucur Cendawan
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
100gm cendawan tiram di dadu
100gm udang kertas kecil / bilis halus-( Ayu gunakan bilis halus-silverfish)
 1 tangkai daun bawang dan daun sup dihiris
1/2 batang carot di sagat memanjang
1 biji bawang besar dihiris nipis-(Ayu tambah)
1 batang lada merah dibuang biji dihiris nipis-(Ayu tambah)
5 biji cili padi dihiris nipis-(Ayu tambah)
1 sudu teh garam + secubit perasa- (Ayu tambah)
1/2 cawan air **-(Ayu gunakan dalam 1-11/2 cawan)


Cara-cara :
1.  Satukan semua bahan, masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati.  Tambah air jika adunan agak likat.
2.  Panaskan minyak, rendam senduk besi dalam minyak sebagai acuan.  Keluarkan senduk dan biarkan sedikit minyak di dasarnya dan ambil satu sudu kecil adunan dan ratakan memenuhi acuan.  Goreng dengan minyak terendam hingga atasnya keperangan.  Keluarkan dari acuan dan balik-balikkan sehingga masak.  Buat hingga habis.
3.  Jika tidak menggunakan acuan, ambil 1 sudu adunan dan goreng seperti cucur biasa.
Sources:-From http://resipicitarasawan.blogspot.com

Thursday, April 21, 2011

Nasi & Ayam Bakar Mandhi

Assalam, selamat petang ..dihari Khamis yang mendung ni..esok hari Jumaat,cuti umum disini..(Good Friday)..so macam biasalah semua ada kat rumah, dan  macam biasa juga tak dapat lah den nak melangok depan pc, ...hehe..since its holiday disini,, mesti ada yang tengah fikir nak masak apa untuk ahli keluarga..well I suggest cubalah buat Nasi Mandhi ni...sebab sedap nasi ni.. ia very light dan tak muak..actually kita dah lama nampak kat dapur Kak Ummi, dan  dah lama masuk list tapi tak berkesempatan untuk mencuba..until recently, nampak di dapur Mamasya, which resipi asal dari ResipiRaidah. Mamasya, dah mencuba lama dari zaman fotopages katanya..so this time she bring over the recipe keblog pulak..memang sesuai betul bila semua ada kat rumah..Mr Hubby yang tak suka makan nasi berperisa macam ni pun makan juga..hehehe..tak banyak lah, tapi makan lah juga..hehe..yalah kalau tak makan lapar ler..sebab kita malas nak masak nasi lain..haha

Anak2 suka makan ..bila ditanya sedap tak, semua cakap seeedappp..Iqram suka ayamnya..my mum suka nasinya..I suka semuanya....hehe...Apa2pun terimakasih to Mamasya & Puan punya recipe yang sedap ni..Kita letakkan disini pula untuk rujukan anak dara kita nanti ya..hehe..

Nasi Mandhi
Sumber;Blog Resepiraidah

Bahan
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 cawan air atau secukupnya - **tambah air supaya nasi lembut
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning- guna 1 sk kunyit campur dgn sikit air
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
*3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.

Nota dapur Mamasya
*tak buat langkah 3 ni .utk dptkan nasi 2 warna gini jgn kacau rata2 sgt nasi.nak nasi masak elok yg biasa buat bila masak nasi minyak dll, bila nasi kering tutup nasi dgn aluminium foil yg lebar,barulah tutup dgn tudung periuk....jadi nasi masak elok sbb wap nasi terperangkap.

Inilah ayam bakar yang kita dah potong sebelum dibakar lagi..hehe..sebab bila beli ayam dah suruh penjual potongkan sebab tak tahu lagi nak buat ayam bakar ni ..so tak secantik macam Ayam Bakar Nasi Mandhi yang seharusnyalah..



Ayam Bakar Nasi Mandhi
Sumber asal ;Blog Resepiraidah

Bahan-bahan ayam:
1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih - potong 4
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar - (Ayu letak 1 sk)
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis-(Ayu letak 1 sk)
1 sk jintan putih-(Ayu tambah)
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )-letak rempah kari
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat-(Ayu gunakan 1 biji aje)
Garam +perasa (Ayu tambah)
Sedikit pewarna kuning
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.

nota dapur mamasya
** bakar suhu 250'c selama 50 min,buka alumium foil.. balikkan ayam bakar menu grill selama 15-20 minit..balikkan lagi ayam masak api grill 15-20 min.

Sos/Sambal:
1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris-guna cili merah+cili padi
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus-tak letak
Garam, Gula
Perahan lemon.- guna limau kasturi

Cara penyediaan:
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.
Ulam:
~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam2 kampung.
Sources:-From http://dapurmamasya.blogspot.com

Wednesday, April 20, 2011

Bingka Ambon Pulut Hitam

Selamat petang, bertemu kembali..heheh..ingat dah keluar dari dapur rupanya ada lagi akak ni ya..heheh..sebenarnya akak tengah mengedit gambar2 ni tadi..itu yang senyap kejap..haha..Ok, kalau masih ingat siapa2 yang mengikuti blog kita ni..sedikit masa dulu kita pernah mencuba bingka ambon yang dibakar dalam oven, beberapa kali kita cuba tak menjadi, akhirnya menjadi juga menggunakan recipe Kak Wan..dulu2 tu siap kita bakar menggunakan pasirlah, pintu oven direnggang lah..macam2 juga dah digayakan..tapi tak menjadi juga..hahaha..last2 bakar macam biasa sudah..hehe..
Bila surf the net, actually ada satu cara lagi membuat bingka ambon ni..dia dimasak atas dapur..tapi mesti ada acuannya untuk membuat cara begitu..

Cerita nya begini...kita ada  beli majalah 'Sedap' ni dah lama jugalah..tapi tak berapa perasan rupanya dalamnya ada recipe bingka ambon yang dimasak atas dapur..a few recipes on bingka ambon ni tau, some of them 'Bingka Ambon Keju', Bingka Ambon Kapucino', Bingka Ambon Badam',..wah tengok macam senanglah membuatnya tapi sayang kat mana kita nak cari acuan yang digunakan dalam gambar majalah tu..fikir punya fikir, teringatkan kita pernah nampak acuan ni di Ailin Bakery@Tanjung Katong Complex, time bulan puasa tahun lepas,..then one fine weekend, kita telah menslow talk dengan Mr Hubby to bring me there..heheh..maklumlah..kita ni nak kemana mesti nak ada transport kalau tak memang susah juga nak bergerak..bukan apa sibudak perempuan  kita tu mesti nak mengekor..leceh kalau bawa dia..nak balik cepat aje kalau dia penat berjalan...kalau tak nak dukung!..semput makcik..

Back to jalan cerita..hehe..so alangkah bertuah rasanya kerana acuan tu masih ada, dan itulah saja yang tinggal..acuan tunggal lah kirakan..heheh..acuannya berat & harganya boleh tahan juga-(lebih kurang harga nordicware sebelum kita tau kita kena conned) ..haha..since that is the only acuan kuih lumpur yang available dan tak mungkin akan kita jumpa kat mana2 kat Singapore ni kita terus TER beli..hehehe..mungkin kat Indonesia ada banyak jual acuan ni..or Malaysialah..tapi kita tak ulik..tutup mata tahan nafas ajelah..

So kita pun mencuba recipe Bingka Ambon Pulut Hitam yang pertama menggunakan acuan tu, ..memang senang membuatnya no heart pain..cuma memanglah baru2 1-2 kuih tu ada sedikit melekat, but after that dah tak ..ok aje..seronok  pulak membuatnya macam kita masak pancake gitu..hehe.
As for this recipe, kejadian kuih ambonnya sangat lembut.. tapi taste wise, I would still prefer the normal ambonlah..huhu..since I dah tahu cara2 nak membuat kuih ambon, next time nak cuba yang biasa tu pulak ada juga recipe diberi..cara2nya semua lebih kurang sama..Cuma kena take note that bila menguli tu kena make sure you gunakan pemutar yang betul..Pemutar spiral & Pemutar telur..

Bahan yis:-
100g tepung gandum
125ml air
1 bungkus yis segera


Bahan:-
300ml santan daripada 1 biji kelapa
15 helai daun limau perut, dicarik-carikkan
2 batang serai, dititik
2 helai daun pandan
1 sudu teh garam
250g gula pasir
7 titik pewarna ungu
150g tepung sagu, ayak
75g tepung pulut hitam, ayak
7 biji telur



Cara membuatnya:-
  • Kacau rata bahan yis. Biarkan selama 15 minit.
  • Rebus santan, daun limau purut, serai, daun panadan, garam dan gula pasir. Kacau rata sehingga mendidih. Masukkan perwarna ungu. Kacau rata. Tapis. Sukat sebanyak 475ml.
  • Campurkan tepung sagu, tepung pulut hitam dan bahan yis. Uli dengan menggunakan Pemutar Spiral sehingga rata.
  • Masukkan telur satu persatu sambil diuli rata menggunakan alat Pemutar Spiral.
  • Masukkan rebusan santan suam sedikit demi sedikit sambil dipukul perlahan dengan menggunakan alat Pemutar Telur selama 15 minit. Biarkan selama 2 jam.
  • Panaskan acuan kuih lumpur dengan dimasukkan kelapa parut sehingga berminyak. Buang kelapanya dan bersihkan dengan kain bersih.
  • Panaskan semula acuan dengan api besar. Tuangkan adunan sehingga setinggi 3/4 acuan. Kecilkan api. Biarkan sehingga kelihatan berlubang-lubang. tutup dan biarkan sehingga masak.
Sources:-From majalah sedap bil18 vol2, 2009

Malaysian Kam Heong Squids

 Dulu pernah buat ketam goreng kam heong ni..sekarang kita cuba dengan sotong pulak..memang sedaplah pada kita..gandingan udang kering dengan serbuk kari, dan daun kari, memang kena dengan rasanya...recipe dapat dari Tastesof Home, thank you dear owner..for this so sedap recipe..anak2 pun suka..kita masak 1kg sotong, so kita adjustedlah mana2 tu..bayangkan 1kg sotong untuk 1 hari makan!..hehe..kuat betulkan makan sotong..yalah dah masak sotong kecut!..hehehe

Ingredients:
12 small sized squids, cut into rings (remove the film inside the body) - marinade in 2-3 tsps corn starch
2 cloves garlic, minced roughly
4 shallots, minced roughly
6 bird's eye chilli peppers, sliced
2 heaped tablespoons dried shrimp (soaked, drained then minced)

1 tbsp fish/ seafood curry powder
Generous handful of curry leaves, rinsed
1 tsp light soy sauce
2-3 tbsps water
Method:
Firstly, heat up a wok until almost smoking.  Add about 6 tbsps of oil.  Heat until hot then shallow fry the squid rings in batches.  Remember to remove as much liquid as possible from the squid before placing in oil.  You just need to quickly fry the squid, it should only take about 1 minute for a quick fry as squid gets cooked easily. Remove the squid from oil, drain and set aside.

Briefly rinse your wok and wipe dry.  Heat up your wok until almost smoking again.  Place about 2 tbsps of cooking oil and heat until hot.  Turn heat to low and add the minced garlic, shallots, chilli peppers and curry leaves.  Saute until aromatic.  Add in the minced dried shrimp and stir-fry around until aromatic.

Add the curry powder into the wok, then the soy sauce.  Turn heat up to high and add in the pre-fried squid from earlier and stir around briskly.  Add in the water.  Add more water if you want more sauce.  Stir around to coat the squid with the mixture well.  Serve hot with steamed rice.
Sources:-From http://tastesofhome.blogspot.com

Urap Pucuk Ubi & Taugeh

Percaya tak akak dulu tak pandai makan urap2 ni..hehe..sekarang lah baru teruja nak makan,..ni my mum yang ajar..dulu my mum kalau buat dia ada letak cekur dalam tu..itu yang buat  kita terus put off  so for this memang tak letak ler..then taugeh ada orang suka gaul mentah2 terus, dan  kerana tekak jakun akak ni...tak suka rasa taugeh mentah, sebab ada rasa macam maung2..akak gaul kan sekejap aje dalam kuali..hahah..bolehkan..

Ingredients:-
1/2 ikat pucuk ubi direbus, dihiris kasar
30 cent taugeh
1 mangkuk kelapa parut -putihnya sahaja
*2 tangkai cili merah
*10 tangkai cili padi
*3 biji bawang merah
*2 ulas bawang putih
*sedikit belacan
*1 sudu udang kering
1 sudu air asam atau 1 biji jus limau sambal
garam, gula & serbuk perasa secukupnya

Method:-
Masukkan semua bahan kisar* kedalam bekas. Campurkan dengan kelapa parut, air asam, garam & perasa. Kemudian gaul rata. menggunakan api sederhana gorengkannya tanpa minyak. Setelah sambal kekuningan, masukkan pucuk ubi dan gaul rata, masukkan taugeh dan matikan api.(Kalau tak nak masukkan pucuk ubi & taugeh kedalam kuali pun boleh juga, tapi sebab kita tak reti makan taugeh mentah, so kita kacau sekejap aje dalam kuali just make sure- jangan sampai layu ala kadar aje) Gaul hingga rata.

Lemak Cili Padi Telur & Belimbing

Selamat pagi...rasa macam dah lama tak masak lauk telur berkuah, kebetulan ada jumpa belimbing hari tu, kita belilah itu pun dah tinggal sikit sebab dah habis.., dapatlah masak 1-2 lauk yang gunakan belimbing ni..ingat nak gunakan telur asin for this, but since telur ayam banyak kat rumah so gunakan aje telur ayam.. recipe dari CMG, baru kita tahu kalau tak nak telurnya pecah dalam kuah, gunakan cara Che mat..pecahkan dalam mangkuk lain dulu dan tuang pelahan2 kedalam kuah dan jarakkan jauh sikit dari telur sebelah..
Terimakasih Mat, macam biasa akak letakkan disini pula ya untuk rujukkan..

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 biji telur gred "B"
2 batang serai, dititik
10 - 12 biji belimbing buluh, cuci, belah 2 tapi tak putus untuk setiap biji
200 ml pati santan
1 liter santan cair
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
4 biii bawang merah*
3/4 inci kunyit hidup*
1 ulas bawang putih*
1 genggam cili padi kampung yang hijau*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam periuk, masukkan bahan tumbuk halus, serai, asam gelugor dan santan cair, kacau dan didihkan. Kemudian perlahankan api pada tahap kecil. Pecah kan telur dalam satu bekas lain, dan berhati2 masukkan ke dalam kuah tadi, pastikan kuning telur tidah pecah, buat kaedah saya untuk yang lain, tapi jangan letak terlalu rapat antara satu sama lain.
  2. Biar masak perlahan sehingga telur mengeras, kacau perlahan.Tuang santan pekat, masukkan dan perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula.
  3. Bila mendidih, masukkan belimbing buluh, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat...
Sources:-From http://tiffinbiru.blogspot.com

Tuesday, April 19, 2011

Baked Mussels

Assalam, just a quick update, kita masukkan baked mussels pulak ..Pun senang juga nak membuatnya...Dah selalu juga buat benda ni..sebab case tak cukup makan kat Swensen'snya baked mussels..Actually kita tak ada recipe , tapi kalau nak cuba2 apa salahnya kan..this was how I did my version.. dulu I pernah added white sauce lepas curahkan pregos sauce then taburkan cheese, but this time, tak taruk pun ok jugalah..lagi senang..basically all the ingredients adalah balance dari buat lasagna or spaghetti sauce... 1kg kupang  ni kita boleh habiskan sorang2..


Ingredients:-
  • 1kg kupang yang besar2 atau boleh gunakan yang dah siap direbus dalam kotak
  • tomato/mushroom prego's sauce secukupnya- dalam botol, boleh just terus scoop atau balance dari kuah spahetti or lasagna
  • parutan mozarella cheese secukupnya
  • parutan cheddar cheese secukupnya

Method:-
Rebus kupang hingga masak. Toskan. Buang kulit sebelahnya aje. Susun kupang rebus diatas loyang pembakar.Sudukan pregos's sauce keatas kupang rebus, taburkan cheddar cheese diikuti dengan mozarella cheese. Bakar dalam oven hingga cheese cair dan keperangan. Siap untuk dimakan. Hidangkan segera.


Sudukan sos, keatas kupang rebus.Taburkan, mozarella & cheddar cheese.Masukkan dalam oven dan bakar hingga golden yellow. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera.
Sesuai untuk snacking.

Friday, April 15, 2011

Blended Orange Madeleines

Bila pergi kat myresipi.com, resepi ni yang kita nampak tengah hot....apakan tidaknya, sebab dia senang nak buat sekejap aje dah siap pakai blender ...bila nampak kat rumah Kak Rosaliza hari tu terus kita pun godeh2 cari limau dlm fridge..nasib baik ada limau yang tinggal satu..yang kulitnya dah kecut berut...instead of kita buat dalam loyang untuk dijadikan kek, kita buat dalam acuan madeleines..hehe...ramai juga kita nampak dah buat Kak Rose, Hasue pun dah buat kek ni..

Buat madeleines ni susah betul nak kasi dia ada hump kat belakang dia tu..dalam banyak cuma satu aje yang jadi ...picture yang bawah ni..hehe...kalau nak cepat untuk buat breakfast pagi2 bolehlah cuba recipe ni...lembut aje kejadiannya tapi kita  lebih suka kalau dimakan the next day, sebab lagi moist..

BLENDED ORANGE CAKE
Sumber : myresipi @kakfida
Sources:-From Kak Rosaliza@embunrosaliza

Bahan-bahan ( loyang 9 inc )-(Ayu used madeleines moulds)
1 bji buah limau
1 cawan minyak
2 cawan gula halus- (Ayu gunakan 1 cawan aje-ikut kemanisan limau)
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )

Cara-cara
Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.


Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.

Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.-(Ayu bakar 160C selama 30 minit untuk acuan madeleines ni)


Ketam Lemak Merah Berjintan

Lauk nilah untuk mak bapak, sebab anak2 tak makan jadi kenalah masak lauk ayam kat bawah tu untuk dia orang...Ketam ni pun dah macam2 gaya kita buat..sama macam sotong juga..masih tercari2 lagi new ideas untuk masak ketam..so kali ni cuba pulak masak lemak merah berjintan ni..boleh tahan lah juga rasanya...dapat pulak ketam yang fresh manis aje rasa kuahnya tu..


Actually kita tak ada plan langsung nak masak ketam time tu..tapi pasal kita pergi pasar, the fishmonger tu ngoyok suruh ambil satu bakul ketam ..dia kasi discount lah kira sebab dah tengahari dia nak balik ..hehe..ha pecah rahsia, pergi pasar dah tengah hari ya..haha tak lah sebenarnya at that time baru balik dari sekolah Iqram ada parents meeting, so lepas tu kita singgah sekejap cari apa yang ada.. nampak ketam, terus right hand signal berhenti kejap itu yang terus terbeli..hehe..ketam pulak kalau dah beli tak sedap disimpan so balik tu terus ajelah masak...

Bahan:-
5 ekor ketam ( dibersihkan dan potong 2)
Sebiji kelapa ( 1 mangkuk santan )
Sedikit garam, gula dan perasa
sedikit minyak untuk menumis

Dikisar:

4 sudu kecil ketumbar
4 sudu kecil jintan manis
6 tangkai cili kering( bersihkan dan rendam air panas) -(Ayu lebihkan lagi sikit)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm kunyit 


Cara:-
1. Masukkan minyak dalam periuk dan tumis bhn yg dikisar. Tumis hingga agak garing dan wangi.
2. Setelah itu masukkan santan hingga mendidih dan masukkan ketam. Kacau hingga ketam masak. Angkat dan hidangkan

Sources:-From amy@resipi.mesra.net

Ayam Harum Thai

Ayam Harum Thai yang ramai dah mencuba..akhirnya baru sampai ke dapur Curlybabe ni ya...
dah nampak juga dibeberapa dapur, tapi kalah dik tergoda didapur Nor Terengganu..heheh....terus 'Ter' masuk list ...recipe asal dari dapur Kak Ummi..sedap ayam harum thai ni..ada macam paprik pun ada, lauk untuk anak2 maklum lah mak bapak makan lauk lain yang anak2 tak makan ..so kenalah masakkan lauk dia orang...Thank you ladies for the recipes tu ya...Minta izin dipamerkan disini pula untuk rujukan masa akan datang...

AYAM HARUM THAI
resepi: TryMasak
sumber: Ummi @ Home Sweet Home
Sources:-Nor@Secubitgaram

Bahan:-
1/2 ekor ayam (dipotong kecil/ikut suka) - bersihkan-(Ayu gunakan 1 ekor ayam)
2 batang serai - dititik (akak letak 3 btg)
4 helai daun limau purut - (akak letak 6 helai)
2 biji lada benggala - belah 4 (akak guna yg hijau & merah)
5 bj cili api ~ ni K.Nor tambah-(Ayu tambah lebih sikit)

sedikit gula dan garam secukup rasa
4 sudu besar minyak untuk menumis

Bahan A (dihiris nipis/ditumbuk):-
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan B (dicampur, jadikan sos):-
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar pes tomyam
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap manis
1 biji limau nipis - ambil jusnya
daun sup - dihiris halus-halus ~ k.nor gantikan dgn daun ketumbar

Cara Memasak:-
Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam dan goreng sekejep separuh masak je. Angkat dan ketepikan.
Tumiskan bahan A sampai wangi.
Masukkan bahan B dan kacau rata dan naik bau wangi jgk.
Masukkan ayam, serai dan daun limau purut.
Masak dengan api perlahan dan gaul sekata.
Masukkan lada benggala dan bila ayam telah masak, tutup api.
Hidangkan dengan nasi putih panas-panas.

Taugeh Kupang Belacan

Lauk sayur yang kita suka buat ratah  yang semestinya ada belacan as part of the ingredients..ambil recipe dari dapur  CMG, terimakasih daun keladi,  as usual  ya CheMat, akak copy & paste  kat sini pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g taugeh kasar, dibuang ekor, cuci dan toskan
1 keping tauhu dipotong dadu digoreng sebentar-ketepikan-(Ayu tambah)
1 1/2 cawan isi kupang, cuci dan toskan
1 biji cili merah, hiris serong
1 biji cili hijau, hiris serong
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci belacan, larutkan dalam sedikit air
1 camca besar sos tiram
Sedikit air
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, cili hijau dan cili merah hingga harum dan layu, masukkan belacan dan sos tiram, kacau rata dan masukkan kupang. Tuang sedikit air. Biar mendidih.
  2. Masukkan taugeh, tauhu kacau rata. Tambah garam secukup rasa, gaul dan masak hingga taugeh lembut tapi masih rangup. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat dan lauk2 lain...
Sources:-from http://tiffinbiru.blogspot.com

Spaghetti Goreng Jawa

 Assalammualai kum warahmatullahhiwabaraktu, bertemu kembali di hari Jumaat yang ceria ini..
macam biasa, hari untuk mengupdate blog, nak masukkan apa yang sempat masakkan2 yang dah lama menanti giliran untuk buat tayangan amal..hehe..Kita masak ni, macam biasa juga ah lama tak ingat bila, tapi time ketandusan ilham, sebab rasa macam nak makan mee tapi mee hoon tak ada, mee kuning pun  lagi  tak ada, yang ada spaghetti ni aje..so kita ubahsuai kan dari recipe asal yang menggunakan mee kuning kespaghetti ..Kenapa kita pilih recipe yang ni sebab kita masih ada lagi air rebusan udang yang disimpan dalam freezer balance dari Mee Goreng Jawa ni...dan kerana kita suka dengan rencah mee goreng jawa sebab tu kita buat lagi tapi menggunakan spaghetti pulak..

Ingredients:-
1 kg mee kunig-(Ayu gantikan dengan 1 packet spaghetti)
10 biji buah keras - dikisar halus
2 biji bwg besar - 1/2 ditumbuk halus dan yg lainnya dihiris.
5 sdm cili kering yg telah dikisar
lengkuas sebesar ibu jari - dititik
3 ulas bawang putih - dikisar
1 sdm lada hitam - dikisar
1 genggam udang kering - dikisar
1/2 kg udang basah - dikopek dan diambil kulitnya dan direbus untuk dijadikan air rebusan
200 - 300 gm sotong
Sawi
Kobis
Lobak Merah-(Ayu tak letak ni)
Bunga jagung-(Ayu tak letak ni)
Taugeh-(Ayu tambah)
3 biji telur -(Ayu tambah)
2 sdm kicap pekat
2 cawan air rebusan udang

sedikit aje garam & sedikit perasa-(Ayu tambah)

Cara2 menyediakan:
Tumiskan bwg besar yang dihiris sehingga kekuningan.
Kemudian masukkan cili kering, bwg putih, lada hitam, buah keras & udang kering.
Apabila bahan tadi garing masukkan air rebusan udang diikuti dengan udang & sotong
Masukkan mee. Jika air rebusan tidak mencukupi boleh ditambah sedikit air.
Kemudian masukkan sayuran diikuti dengan kicap pekat.
Akhir sekali masukkan garam mengikut cita rasa masing2.
Sources:-From aidahomeer.blogspot.com

Tuesday, April 12, 2011

Red Velvet Cake

This was the birthday cake that I baked that day...At last I did it!!.. The all time
controversy..cake..heheh..some liked it some loved it some even banned it..hahaha....But for this I looooooooveeeeeeeee it!!..Well dont be surprise cause before I came to this recipe I have been scrutinising banyak recipe yang digunakan for Red Velvet Cake..hehe..bukan apa, kiasu mah!!!..haha..
I sure never regretted using this one!!! Thanks to Maya, I asked her for this as when I read about this cake it has higher demand then Classic Chocolate Cupcake punya order confirmed ni lagi sedap kan and dah tentu2 CCC tu pun sedap..hehe..Ok rasa kek ni kan to me macam Devil's Chocolate Cake!!. cuma yang ni merah colour nya..sedap lagi dengan gandingan chocolate ganache + cream cheese mak ai..makan tak berhenti ler..my niece berebut2 makan... sedap dia orang kata..minta tapau balik lagi ada..haha....Maya also suggested letak chocolate ganache tu kalau cream cheese aje mungkin my kids tak berapa kot?..Cuma I guessed my red cake is not so red sebab I used Valrhona cocoa powder maybe next time I tambah lagi sikit warnanya tu..walaupun I dah tambah another 1/2 tsp.

So lepas letak cream chesse frosting untuk fillingnya tu kita letak chocolate ganache pulak...
For the cream cheese and chocolate ganache, I used the Devil's Chocolate Cake punya recipe..as for the buttercream I used Thousand layers Chocolate Cake..
So combination of all the nice cakes recipes made this a wonderful birthday cake for me this year!!..I am satisfied!! Akan ada ulang tayang for this recipe definitely.. Maya!!!!!..thank you so so so much for sharing this with me and I would like to share this treasure to the rest who visited my blog..

Updated:- 14/4/2011
Ingredients:-
12/3 cup self raising flour-(12/3 cawan tepung naik sendiri)
2 tbsp cocoa powder-(Ayu used Valrhona cocoa powder)-(2 sudu besar serbuk koko)
1/2 tsp baking soda-(1/2 sudu kecil baking soda)
110g butter-(Ayu used 125g)-(110g mentega-Ayu gunakan 125g)
1 cup fine sugar- (Ayu used 3/4 cup)-(1 cawan gula halus-Ayu gunakan 3/4 cawan )

2 large eggs-(2 biji telur besar)
1/2 cup milk-(1/2 cawan susu)
1/4 cup buttermilk-(Ayu made 1/2 cup milk + 1/2 tbsp distilled vinegar- leave it for while abt 15-20 minutes-but used only 1/4 cup)-(1/4 cawan buttermilk-Ayu buat 1/2 cawan susu + 1/2 sudu besar cuka biarkan hingga 15-20 mint- digunakan hanya 1/4 cawan untuk resipi ini ya)

1 tsp vinegar-(1 sudu kecil cuka)
1/2 bottle liquid red colour or 1 tsp red gel-(Ayu used 11/2 tsp wilton-no taste)-(1/2 botol warna merah cecair atau 1 sudu kecil gel warna merah- ayu gunakan 11/2 sudu kecil wilton -no taste)

Method:-
Cream butter & sugar till creamy. Add eggs one at a time. Add vanilla essence. Mix in dry ingredients(sifted) & milk plus buttermilk in alternate batches, ending with dry ingredients. Lastly stir in vinegar.Bake in a preheat oven at 170C for 30-40  minutes or just cooked-(Pukul mentega & gula hingga berkrim. Masukkan telur satu persatu. Masukkan esen vanilla. Masukkan bahan kering(Yang sudah diayak), bersama dengan susu & buttermilk bergilir2 berakhir dengan bahan kering. Akhir sekali masukkan cuka dan gaul rata. Bakar dalam oven yang sudah dipanaskan selama 30-40 minit disuhu 170C atau ikut kepanasan oven masing hingga masak.)

Cream Cheese Frosting
250g Philadelphia cheese-(250g cream cheese)
125 butter-(125 mentega)
1 cup icing sugar-(Ayu used 1/4 cup)-(1 cawan gula ising-Ayu gunakan 1/4 cawan)
1 tsp vanilla extract-(1 sudu kecil vanilla esen)
juice of a squeezed slice of lemon-(Ayu used 1 lime juice)-(jus dari 1 hirisan lemon-Ayu gunakan 1 biji limau sambal)

Beat the cheese and butter, just until creamy, add the icing sugar, vanilla and lemon juice.-(Pukul cheese & mentega hingga berkrim, masukkan gula ising, vanilla dan jus lemon.)


Chocolate Ganache
200ml double cream with at least 30% fat content-(Ayu used whippping cream)-(200 ml whip krim)
250g dark chocolate, chopped finely-(250g coklat gelap di cincang halus)
a pinch of salt-(secubit garam)
In a double boiler, warm the cream until just at boiling point, add the chocolate & salt and stir. When all the chocolate has melted, remove for heat and continue stirring until all well mixed.
Let the cake cool completely, spread the cream cheese frosting and pour the ganache on top-(Menggunakan kaedah double boil, cairkan whip cream hingga panas, masukkan coklat, & garam kacau rata. Biarkan kek sejuk betul2 baru sapukan cream cheese frosting dan tuangkan coklat ganache diatas.)

Buttercream Frosting:-
125g unsalted butter-(125g mentega tanpa garam)
75g shortening-(Ayu used 1/2 shortening 1/2 krimwell)-(75g shortening-Ayu gunakan 1/2 shortening 1/2 lagi krimwell)
100g confectioner's sugar-(100g gula ising)
1 tsp pure vanilla extract-(1 sudu kecil vanilla esen)
1-2 tbsp cocoa powder-(up to preference for darkness- not too much if dont want bitter)-(1-2 sudu besar serbuk koko-(ikut suka nak gelap mana- jangan banayk sangat nanti pahit pulak)
Beat all the above except cocoa powder till smooth . Add cocoa powder and mix well. ready for piping.-(Pukul kesemua bahan kecuali serbuk koko hingga gebu. Masukkan serbuk koko dan gaul rata. Siap untuk di pipekan)

Happy 1st Blogversary to Nieza & Mas & Award dari Mama Noor

 Happy 1st Blogversary to 2 of my good friends
Buat

Buat

Semuga perkongsian ilmu ini diteruskan hingga bila2 dan 
hopefully more to come..
its nice to have you as my friends.
Congratulations to both of you..


Updated:-
Award ini khas datangnya dari Mama Noor
untuk followersnya.

 Thank you ya mama for the thoughts.

Friday, April 08, 2011

Kaswi Labu Kuning

Semenjak dua menjak musim labu ni..ramai teman2 blogger yang dah mencuba beberapa recipe yang menggunakan labu as bahan asasnya...kita juga masih tak cuba lagi apam labu, kuih koci labu, bingka labu,pengat labu, dan sebagainyalah..bila ada beli labu angan2 nak buat tapi ended up terus masak buat lauk labu lemak cili api..hehe..then while browsing kita terjumpa recipe kaswi labu ni..terus bekenan dan mencuba..pada mulanya a little bit macam tak sure lagi sedap ke labu dibuat kaswi ni..jadi kita buatlah separuh adunan aje..jadilah kan nak rasa macam mana..ehhhhh..ternyata menyesal tak cukup lah..Mr Hubby suka, my parents suka, kita pun sukaaa....sedapp nyah....
kalau tak percaya cubalah sikit dulu..suku ke jadilah ..boleh dibuat lagi kuih ni..Thanks Kak Fida for the recipe..Kita korek betul2 recipe2 kat situ..this recipe was posted way long ago...alhamdullilah terjumpa recipe ni.. For those yang dah tak tahu apa nak buat lagi dengan labu ni..cuba pulak lah kaswi labu ni ya..heheh...those in bracket apa yang kita gunakan
Bahan-bahan ( loyang 11x11 inc. )
-Ayu gunakan acuan kalau loyang mungkin boleh gunakan 8"
  • 500 g labu kuning - kukus dulu baru timbang-(250g)
  • 500 g gula pasir-(250g -Ayu gunakan 220g)
  • 500 ml santan - (dlm kotak)-(250ml - 200ml santan pekat +50ml air)
  • 3 helai daun pandan - disimpul
  • 1 sk garam-(1/2sk )
  • 700 ml air-(350ml)
  • 300 g tepung sagu-(150g)
  • 150 g tepung gandum-(75g)
  • 50 g tepung jagung-(25g)
  • 1 sk alkaline water/ air kapur(1sb)-(1/2sb air kapur)
  • 1 sk pewarna kuning-(Ayu gunakan warna oren)
  • 1/2 sk esen vanilla/ros(opt)-(Ayu gunakan esen vanila)

Cara-cara

  1. Labu kukus dilecek halus .
  2. Santan, gula, garam dan daun pandan dimasak hingga gula larut.
  3. Bancuh tepung2 dgn air dan tuangkan santan panas dan masukkan semua bahan yg lain lalu tapis.
  4. Masak adunan yg ditapis hingga naik wap dan tuangkan ke dlm loyang dan kukus hingga masak.
  5. Hidangkan kaswi labu bersama kelapa parut putih yg dikukus dulu dgn sedikit garam 
Sources:-From kakfida@myresipi.com

Kerapu Kukus Bersos Tauco

One day, Mr Hubby bawa balik ikan kerapu ni dan suruh kita kukus, tak pulak dia cakap nak kukus style apa..kita pun terfikir juga  kalau ikut selalu kita kukus ikan biasa2 aje..so apa lagi..browse ler kerja kita..jumpa recipe ni terus print..memang sedappp, hingga ketulang Mr Hubby makan...heheh...kita dapat rasa pun sikit aje..suka tengok dia makan laju aje..Mr Hubby ni jarang makan dinner, as what I've told you guys before kan..so sekali2 tengok dia makan macam hilang penat mengerjakan ikan tu..heheh..cubalah kalau suka pedas tambah lagi cili padi tu, ikan ni tak payah nak buat sambal kicap ke apa, sebab bahan2 dalam nya tu semua dah cukup semuanya masam, masin, pedas dan lemak2 & manis ikan dah cukup.

 Ingredients:-  
  • Seekor Ikan Siakap sederhana besar /Bawal putih bersaiz besar.-(Ayu gunakan ikan kerapu)-dibersihkan dengan air limau dan toskan, ayu lumur sedikit garam dibadan ikan)
  •  2 sudu besar tauco-(Ayu bilas dan lenyek sikit dengan batu lesung)
  •  1 sudu halia (dikisar)
  • 8 biji cili padi(dihiris)
  •  Bawang putih tiga ulas(dikisar)
  •  1 sudu gula
  •  3 sudu air perahan limau
  •  4 sudu air
  •  Hirisan halia  
  • serbuk perasa +secubit garam -(Ayu tambah)
Method:-
Gorengkan halia dan bawang putih dan tauco hingga naik bau selama 5 minit. Masukkan hirisan cili padi, air, perahan limau dan gula, kacau. Kemudian ratakan pada seluruh ikan tadi dan letakkan hirisan halia pada kedua-dua belah ikan. Dan akhir sekali balut ikan dengan aluminium foil dan kukus untuk 20-30 minit. Pasti menyelerakan.
Sources:-From Sue Abdullah@resipi.mesra.net

Buncis Goreng Rampai

Lauk sayur favourite kita..kacang buncis..suka ratah2 aje kalau nasi dalam pinggan dah habis....recipe dari  CMG . Terimakasih Mat, akak suka selongkar dapur mat bila tak tahu apa nak masak dengan bahan2 yang ada..selalunya sekejap aje dah jumpa dan confirm...


BAHAN-BAHANNYA :-)
12 tangkai kacang buncis, hiris serong
5 keping cendawan black fungus, potong kecil-(Ayu tak letak)
1 tiub tauhu telur, potong dan goreng garing
Sedikit soo hoon, kerat dan rendam hingga lembut
1/2 cawan isi udang
1 biji cili merah, hiris-(Ayu guanakan beberapa cili padi)
1 biji kecil bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa
Sedikit air
sedikit belacan -(Ayu tambah)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis hirisan bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan udang, cili hiris dan sos tiram, kacau rata dan masukkan cendawan. Tuang air, kacau dan biar mendidih.
  2. Masukkan kacang buncis, tauhu dan soo hoon (toskan). Masukkan garam secukup rasa, kacau dan masak hingga kering sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera...
Sources:-From http://tiffinbiru.blogspot.com

Chives Omelette

Kita ada bekalan stok kucai yang banyak, tak tahu nak masak apa..so browse the net jumpa beberapa recipe telur dadar yang menggunakan daun kucai..so combine kan recipe yang kita jumpa dan ikut selera tekak kita untuk membuat telur dadar daun kucai ni...

Ingredients:-
2-3 batang kucai potong pendek2
1/2 biji tomato dipotong dadu
4 biji telur
1 batang lada merah dihiris
1 biji lada hijau dihiris
1 biji bawang besar dipotong dadu
3 biji  cili api dihiris

1/2 sudu kecil sos ikan
1/2 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil sos tiram
sedikit perasa secukup rasa.


Method:-
Potong kucai pendek, ketepikan. Pukul telur dan masukkan bahan2 perasa. Masukkan kucai, lada, bawang dan tomato dan gaul rata. Panaskan minyak. Tuangkan adunan telur tadi dan goreng macam biasa..Hidangkan segera.

Makaroni Sup Udang

Assalam, cepat2 nak masuk kan entry ni..heheh..kelam kabut akak mu ini menaip sebab nak masukkan a few recipe hari ni...Ok bila tak ada mood nak makan nasi, mesti nak makan something else kan..so TERbuat makaroni sup udang ni ler.buat time kita kemalasan nak masak lauk dan mood nak makan nasi merundum jatuh dari tingkat empat rumah kita ke bawah parking lot....heheh  pernah buat disini. Tapi kali ni kita tukar main player nya, dan gunakan apa yang ada dalam fridge..recipe asal dari CMG...maceh ya mat..akak letak lagi sekali  recipe ni disini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 ekor udang sederhana besar + beberapa ekor sotong
1 kiub pati ayam "MAGGI"
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, cincang
1/2 inci halia, diketuk
1 liter air
1 mangkuk kecil bunga kobis yang dipotong sekuntum2
1 biji tomato belah 8
3 batang putih jagung, hiris serong setiap satu
1 keping fish cake, hiris nipis
1 pokok daun bawang potong kasar
1 camca teh lada hitam yang baru dikisar
1/4 camca teh minyak bijan
2 camca besar minyak masak
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
500 g mee kuning, cuci dan celur sekejap, toskan-(Ayu gantikan dengan makaroni)
Hirisan daun bawang
Hirisan daun sup
Bawang goreng
Cili jeruk atau sambal kicap

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dibersihkan, kerat hujung kepalanya, lumur dengan garam dan jus lemon, perap sekajap, cuci kembali dan toskan.
  2. Dalam periuk, panaskan minyak masak + minyak bijan, tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum. Tuang air dan masukkan kiub ayam maggi, biar mendidih.
  3. Tambah udang, fish cake, bunga kobis dan lada hitam, kacau dan biar masak perlahan. Masukkan daun bawang, putih jagung dan juga tomato. Tambah garam secukup rasa, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. Mee kuning dialih kedalam bekas yang sesuai. Tuang kuah tadi atas mee, hias dengan taburan daun bawang, daun sup dan bawang goreng. Hidangkan bersama cili jeruk atau pun sambal kicap. Sedap dimakan panas2...
Sources:-From tiffinbiru.blogspot.com