Thursday, August 25, 2011

Biskut Anzac

Biskut Anzac, not sure kenapa namanya begitu..bila nampak recipe ni dalam buku, kita pun teruja nak cuba sebab ada kacang pistachio for the topping..apa2 pun bikut ni pun ok juga..cuma kita potong ikut convenience sebab , resipe asal dipotong macam diamond...
Memandangkan kerja kita masih banyak menanti.. kita tak sure whether ini adalah entry terakhir, sebelum raya..kalau sempat kita akan updatekan more kukis recipe itu kalau sempat lah dan kalau sempat nak buat pun..heheh..menu2 kek nampak gaya macam biasalah kena tunggu lepas beraya lah baru kita dapat nak update..

Biskut Anzac
Sources:-From Puan Saadiah Mohammad
Bahan2:-
210g tepung gandum
140g mentega kacang halus-(peanut butter)
125g mentega
100g cornflakes-kisar kasar
80g gula kastor
80g tepung suji
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar sirap kencana-(golden syrup)
1 sudu kecil serbuk penaik-(baking powder)
1 biji telur

coklat masakan-dicairkan
kacang pistachio -dicincang halus-(Ayu bakar sekejap)


Cara membuatnya:-
  1. Pukul mentega kacang, mentega, gula  dan telur sehingga sebati.
  2. Masukkan sirap kencana dan pukul rata.
  3. Kemudian masukkan bahan2 lain dan uli perlahan hingga menjadi doh.
  4. Canai doh antara lapisan plastik. Potong bentuk berlian 4cm panjang.Atur atas dulang pembakar.(Ayu potong squares aje)
  5. Bakar dalam ketuhar denagn suhu 180C selama 15-20 minit.
  6. Setelah biskut sejuk, celupkan separuh bahagian dengan coklat cair dan taburkan pistachio.

Black Sesame Seeds Cornflake Cookies

Biskut Ketiga kita tahun ni..sedap, rangup, lemak dengan rasa cornflakes & juga bijan..actually kita ni masih banyak kerja lagi nak kena buat, but I put aside kan sedikit masa untuk mengupdate blog dengan resipi biskut yang telah dibuat, ..mana tahu  kot2 siapa2 yang masih terfikir2 nak buat biskut apa seterusnya..

Maaf jika kita tak sempat nak balas kunjungan dan singgah kedapur teman2..faham2 ajelah sibuk teramat sangat..insyaallah jika ada waktu kita jengah2 ya..

Black Sesame Seeds Cornflakes Cookies
Sources:-From Puan Siti Kalsom Edi
Bahan2:-
250g mentega
200g gula kaster
1 biji telur
375g tepung gandum atau top flour-diayak
1 sudu teh baking powder-diayak
1/2 sudu teh esen vanilla
40g bijan hitam dibakar sebentar
150g cornflake dihancurkan sedikit

Cara:-
Pukul mentega, gula kaster dan vanilla dengan kelajuan yang kuat selama 3 minit atau sehingga kembang. Masukkan telur, pukul lagi selama 2 minit. Perlahankan kelajaun mesen dan masukkan tepung yang telah diayak, bijan hitam serta cornflake. Pukul lagi selama 2 minit. Bentukkan bebola kecil dan atur didulang pembakar.(Ayu buat bulat then leperkan dengan garpu). Bakar diketuhar 170C selama 15-20 minit atau sehingga garing.


Tuesday, August 23, 2011

Green Peas Cookies

Another cookies yang kita buat ..nak buat cookies ni actually dari tahun lepas tapi bila tengok recipe, kena gunakan tepung instant (tepung dengan kacang hijau) yang confirm tak dijual di Singapore ni..pernah terjumpa tepung kacang hijau ni kat JB, tapi kita hairan kenapa putih pulak..bila tanya salesgirl nya itulah tepung kacang hijau yang dibuat cookies..macam tak confident so kita pun lenyapkan aje hajat dihati.. then baru2 ni kat myresipi ada recipe ni..kita tengok bahan2 tak gunakan yang instant but instead kena kisar sampai halus apa lagi kita pun cubalah ..cari kacang hijau yang dimaksudkan dan kisar sendiri hingga halus dalam food proccesor..lepas digaul dengan tepung, memanglah putih kejadiannya..hehe..so actually betullah yang instant tu putih..selepas digaul dengan minyak & gula icing, baru nampak adunannya hijau..heheh..

Kita beli kacang hijau yang bergaram tu aje..bukan yang coated dengan tepung ya..Kukis ni sedap..masuk mulut, ia cair didalam, dan lepas tu rangup2 bila tergigit hampasan kacang yang dikisar ..Auntie yang tukang rasa sebab kita buat Jumaat  lalu siang hari..tak dapat nak rasa kerangupannya sebab berpuasa... so kita bakar dalam anggaran masa kat bawah tu ler..then malam lepas berbuka, my mum & me pun cuba..memang sedap cookies ni..nak buat pun senang aje..gentel2 timbang dalam 10g tiap doh untuk mendapatkan kukis yang sama size..then coat dengan kuning telur then baru tekan kan kacang hijau diatasnya..Terimakasih puan punya recipe ..mohon kita letakkan disini pula untuk rujukan akan datang..

Green Peas Cookies
Sources:-From farrahaiza@myresipi.com 
Tried & Tested :- Ayu@curlybabsesatisfaction
Bahan2:-
250 gm kacang hijau ( beli di kedai yang dh ada garam)
250 gm tepung gandum ( i used cookies flour) -(Ayu gunakan tepung top flour)-(Ayu ayak)
125gm gula icing-(Ayu ayak)
150gm-160gm minyak jagung Daisy- adjust ikut kesesuaian doh-(Ayu gunakan 160g)


Cara-cara: 
1. Blend dulu kacang hijau dengan pengisar sampai jadi tepung/serbuk
2. Campur dengan tepung dan gula
3. Last sekali masukkan minyak dan kacau sebati hingga menjadi doh. Or masukkan sume bahan-bahan dalam mixer dan mixer sebatikan hingga menjadi doh
4. Bentukkan bulat-bulat.(Ayu timbang dalam 10g each) Sapukan egg glaze dan letak 1 biji kacang peas sebagai hiasan
5. Untuk steps yang ini puan punya tak letakkan dibakar atau tidak..so Ayu google dan nampak beberapa blog masakan kaum cina yang bakar dalam oven  175C selama 20-25 minit, so please adjust ikut suhu oven sendiri ya..

Chocolate Chocolate Chip Cookies

Assalam teman2..wahh!!...rasa2nya this few days, ramai yang dah start mengukis ya..mesti sibuk menguruskan urusan seharian..mana nak masak untuk berbuka, nak mengemas rumah (spring cleaning, nak last minute shopping, nak buat kek, nak pasang langsir, nak tu nak ni...pokoknya..semua sebab nak raya punya pasallah..heheh.. as for me, ontop of all that anak2 tengah periksa ..Hasif tengah Preliminary Exams, while Iqram tengah CA2nya..so sibuknya berdouble2...
Dah beberapa tahun,  selalu nak raya mesti clash dengan exams, ini nasib baik sebelum raya dah exam, ada pernah tu hari ni raya pertama esok dah exam..nak enjoy pun tak best..yalah sebab tak dapat nak jalan2 lagilah..

Anyway, kita nak masukkan recipe cookies yang sempat kita buat hari tu...actually kita buat ni dah 2 kali, bayangkan within 2-3 days, adunan pertama dah mukhlisin dek dibaham budak2 kat rumah ni..apa tidaknya siHasif berbuka aje capai botol cookies ni..puas kita terpekik ..beringat2 makan tu..then si Iqram, Marsya pun join sekali..then nenek & mama pun sekaki....hahaha..lama2 habis ler..Kan dah kena buat lagi..tapi this time kita dah warning..tak boleh makan banyak2..kena catu..sebab mama nak buat kuih lain pulak..haha..



Chocolate Chocolate Chip Cookies
 Sources;- From All recipes.com
 Ingredients:-
  • 225 g butter, softened
  • 300 g white sugar
  • 2 eggs
  • 2 tsp vanilla extract
  • 250 g all-purpose flour
  • 55 g cocoa powder
  • 3/4 tsp baking soda
  • 1/4 tsp salt
  • 335 g semisweet chocolate chips
  • 60 g chopped walnuts (optional)-(Ayu used this- roast slightly in oven first)
  • dark chocolate buttons for topping-(Ayu added- optional)

Direction:-

  1. Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C).
  2. In large bowl, beat butter, sugar, eggs, and vanilla until light and fluffy. Combine the flour, cocoa, baking soda, and salt; stir into the butter mixture until well blended. Mix in the chocolate chips and walnuts. Drop by rounded teaspoonfuls onto ungreased cookie sheets. (Ayu added the dark chocolate buttons ontop)
  3. Bake for 8 to 10 minutes in the preheated oven, or just until set. Cool slightly on the cookie sheets before transferring to wire racks to cool completely. 

Tuesday, August 16, 2011

Tauhu Udang - Iftar 13

Sebelum kita start... nak ketawa sendiri ni..hahaha..baru iftar 13 ya..hahaha.. lagi berapa to go ni?..hahaa ..ok  tanpa membuang karen..sebenarnya iftar 13 hari Sabtu hari tu kan..kita tak berbuka dirumah, kita berbuka diluar so actually tak ada menu berbuka nak ambik gambar sebab tak bawa camera..boleh juga kalau  nak ambik gambar tru  camera phone tapi tak kuasalah..kita berbuka pun menu biasa2 aje..

So kita letakkan menu yang kita buat same day time kita buat Wat Tan Hor hari tu..Recipe tauhu udang dari dapur Kak Ros, sedap tau..can say light snack kalau dimakan 1-2 ketul tapi kalau dapat makan 5 ketul dah kenyang habis ni..suka benda2 yang berasas kan tauhu ni..sebelum ni kita pernah  buat Otak2 Tauhu  Pok also from dapur Kak Ros, then Kak Ros reccommended buat yang ni sebab yang ni dia katanya  lagi sedap, so kita try memang betul yang ni lagi sedapp although both I should say sedap but this one one level up lah..

Lepas ambik gambar for this I realised, my udang I letak terbalik hehe..instead of keatas kita terlungkupkan dia pulak..tapi tak apalah..terbalik ke terlungkup ke asal udang kan..Kalau nak tengok steps macam mana nak buat udang ni silakan keblog Kak Ros ya.. So Kak Ros, kita letakkan recipenya disini pula ..Thanks for sharing kak..I like!!


Tauhu Udang
Sources:-From Kak Ros@SinaranMenu
Bahan-bahannya
* 10 keping tauhu kering bentuk 4 segi tepat.
* 10 ekor udang sederhana besar dicuci bersih dan buang kepalanya
* 2 tangkai daun kesum hiris halus
* 1/2 helai daun kunyit dihiris halus
* 1 tangkai daun pasli dihiris halus
* 1/2 biji bawang besar dimayang nipis
* 1 biji cili merah potong halus (boleh guna cili padi jika suka)
* 3 biji telur
* Garam secukup rasa
* 1/2 sudu kecil lada sulah
* 2 cawan minyak masak


Cara memasak
1- Buat lubang memanjang diatas permukaan tauhu (guna gunting) Korek keluar sedikit isinya
2- Dalam mangkuk kocok telur bersama garam dan lada sulah.Masukan pula bahan-bahan yang dihiris tadi.Kacau sebati.
3- Masukkan 1 sudu kecil bancuhan telur kedalam tauhu dan letakkan seekor udang.Masukan lagi dalam 3 sudu bancuhan telur sehingga permukaan tauhu kelihatan penuh.(jangan bimbang bila nampak telur meresap kedalam tauhu dan kelihatan seperti kering)Buat lah sampai habis.Jika ada lebihan telur yang mengalir keluar dalam pinggan,masukan semula kedalam tauhu.
4- Panaskan minyak dengan api sederhana.masukkan sebiji tauhu secara perlahan.Gunakan 2 batang sudip.1 untuk menekan tauhu dan satu lagi untuk menyeduk minyak panas ( lakukan dengan cepat) dan siram keatas tauhu agar telur cepat masak.Bila telur diatas tauhu kelihatan masak,boleh lah balik-balikkan tauhu sehingga garing di semua bahagian.
5 - Masak lah sebiji-sebiji sampai habis.Siap untuk dihidang.
6- Mesti cuba sebab sedap!

Mee Pattaya - Iftar 12

Kalau tengok telur dadar kat atas ni mesti orang ingat betul2lah kita bungkus macam sampul surat ya tak?..heheh actually telur dadar tu kita selimut aje atas mee tu, then gunting kat tengah2 tu kasi ada opening...hahaha..sebab kita goreng telur tu tak cukup 'kain' terkecik so tak bolehlah nak bungkus..

Inilah menu iftar ke 12 kita..macam biasa..tak ada idea nak buat apa untuk iftar so decided on this ajelah...mee biasa2 aje ni cuma letak telur dadar kat atas tu...hehe ramai yang dah start mengukis kita tengok..kita masih belum apa2 lagi ni..macam mana nii!!

Mee Pattaya
Sources:- Aneka Hidangan Mi Alaf 21 via mesra.net
-(Bahan2 ni kita sesuaikan dengan berapa orang penduduk dirumah ni)
Bahan2:-
150g mee kuning
50g udang
50g daging ayam(dipotong)- Ayu gunakn ayam dada dihiris
50g sotong dihiris
50g kobis bunga dipotong
2 tangkai sawi dipotong

1sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
2 ulas bawang putih(ditumbuk)
2 sudu besar cili kisar
2 biji telur(dipukul)
minyak masak & garam& serbuk perasa

Cara:-
Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bawang putih & cili kisar hingga garing. Masukkan ayam, udang, sotong, kobis bunga & sawi. Masak selama 2 minit. Kemudian msaukkan kicap pekat, sos tiram & mee. Apabila cukup masak, angkat & ketepikan. Panaskan sedikit minyak & dadarkan telur hingga masak. Bubuhkan mee diatas telur tadi & dilipat bentuk sampul surat.

Daging Goreng Ala Kaprau

Another lauk daging yang telah lama masuk list dan ramai juga teman2 blogger yang telah mencuba..nak sebut satu2 tak sure lah pulak tapi kalau tak silap lah Nor Trengganu was the first few yang telah mencuba, recipe dari Kjee ni..memang sedap daging goreng ala kaprau ni..lagi2 semua bahan2 kita ada especially daun selasih tuu....caya tak kita sebenarnya tak kenal daun selasih ni..tapi kita dapat agak2 sebab baunya tu..tu yang kemarin kita ada post kat facebook tanya teman2 siapa kenal daun selasih ni..bila tanya kat nyonya penjual dia pun tak tahu namanya in Malay..tapi dia cakap orang Cina, suka masukkan daun ni kalau menggoreng ayam..so kita nekad beli ajelah..

Betullah yang kita beli tu daun selasih, bila dapat confirmation dari teman2 kat Fb, sebab nak tanya my mum, kebetulan my parents tak ada hari tu. .hehehe..sedap tau daging ala kaprau ni dan betul kata Kjee, kalau ada daun selasih lagi sedapppp..memang tak rugi mencuba..Mr Hubby laju aje makan ni..kita makan pun banyak mengalah..heheh sebab tengok dia makan berselera...suka tengok , oh ya kita tak tambah garam or serbuk perasa dalam masakan ni ya sebab semua dah cukup rasanya tu....thanks Kjee for the marvelous recipe..kita minta izin dipanjang2kan disini pula ya kak..

Daging Goreng Ala Kaprau
Sources:-From Kjee@Dapur Kjee
BAHAN2:
250 gms daging batang pinang dihiris nipis (atau ayam)
2 sudu besar paste tomyam (Kjee guna paste Adabi)-(Ayu gunakan 11/2 cube stok tomyam knorr)
cili api  diketuk2 (ikut kepedasan. resipi asal mesti pedas)
2 labu bawang besar (dibelah lapan dan dicerai2kan)
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili (Kjee guna sos cili Thai)
daun selasih (Kjee tak bubuh sebab tak ada. Ada daun selasih sedap sangat)-(Ayu bubuh daun selasih memang sedap sangat!!

CARA:
Perap daging yang telah dihiris bersama 2 sudu paste tomyam selama ½ jam(Ayu bubuh sedikit halia kisar). Kemudian tumis 1 labu dulu bawang besar yang telah dikerat 8. Kemudian masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar. Setelah agak garing, masukkan hiriisan daging yang telah diperap dan goreang hingga daging kecut.

Kemudian masukkan kicap manis dan sos cili dan terus goreng. Masukkan daun selasih yang telah dipetik2, dicuci dan ditoskan. Kemudian masukkan juga baki 1 labu bawang besar. Setelah bawang besar layu, padamkan api dan hidang.

Monday, August 15, 2011

Wat Tan Hor - Iftar 11

 Menu yang dah berapa kali diulang tayang dan recycle..pernah buat disini dan juga disini dah jatuh cinta dengan recipe ni..sampaikan Auntie part time yang datang rumah kita pun suka, Recipe asal dari Cheiza( her blog) tapi kita ambik kat myr.com, sama puan punya recipe ..Thanks ya iza, minta halalkan recipenya .. luv ya....ok dah lambat ni nak masuk office(dapur) dulu ya..zasss..........

Wat Tan Hor
Sources:-From Cheiza@myr.com
Bahan2 untuk 2 orang:- (so kalau ramai kena gandakan sukatannya tu ya.).

  • * UTK MEE *
  • 300 gm kuey teow
  • 2 ulas bawang putih di ketuk
  • 1 sk kicap pekat
  • 1 sb kicap manis
  • 2 sb sos tiram
  • sedikit serbuk lada sulah / lada hitam
  • * UTK KUAH *
  • 6 ekor udang
  • beberapa hirisan daging
  • 1 biji baby jagung
  • 3 helai sawi
  • sedikit lobak merah
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 3 hirisan halia dihiris halus
  • sedikit lada sulah
  • 1 sk serbuk pati ayam
  • 500 ml air / lebih kurang 3 cwn
  • garam secukup rasa
  • 1 sb tepung jagung bancuh ngan sikit air
  • 1 biji telur

Cara-cara

  1. Utk mee. Tumis bwg putih hingga kekuningan masukkan kuey teow, kicap pekat, manis n sos tiram. Gaul rata, masukkan lada sulah. Siap angkat mee letak pada 2 pinggan dan ketepikan
  2. Utk kuah. Tumis bwg putih n halia hingga kekuningan masukkan air. Biar mendidih masukkan daging, masukkan pati ayam n lada sulah. masukkan pula udang, sawi, lobak n jagung. Buh garam sikit.
  3. Bila kuah mendidih masukkan tepung jagung yg telah di campur ngan sikit air. Pecahkan telur n kacau cepat biar telur hancur. Kejap jer, siap n tuang kuah pada mee tadi...

Udang Asam Daun Kari

Lauk sahur kita hari tu..actually nak masak lauk ni menggunakan ikan tenggiri dari sebelum puasa lagi tapi asiklah tergendala aje..ada beli ikan tenggiri ingatkan nak buat lauk nilah tapi asik kena potong queue kena masak lauk lain ..this time teringatkan lauk nilah tapi kita tak ada ikan tenggiri so kita gantikan dengan udanglah pulak..Recipe dari dapur KakAsma , sedap dan simple aje masakakn ni..tapi memang berseleralah time sahur..dapat makan udang besar sikit ni..heheh Terimakasih buat Kak Asma for sharing this recipe  ya..licin kak lauk kita hari tu..hehehe..


Tengiri Asam Daun Kari
Source: Kak Asma@ dari rumah teres kakasma
Bahan2:

  • 4 keping ikan tengiri-(Ayu gantikan dengan 10 ekor udang besar)
  • 1 labu bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • sedikit halia*
  • 1 biji lada merah dan hijau*(*bahan bertanda dihiris )-(Ayu gantikan dengan 5-6 cili padi ketuk)
  • 1 batang serai(ketuk)
  • sedikit daun kari
  • garam,perasa,air asam jawa
  1. Bersihkan ikan,lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam.panaskan goreng hingga garing.angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dari kuali tinggalkan sedikit,masukkan bahan yang telah dihiriskan tadi,tumis hingga layu.
  3. masukkan lada,serai,daun kari,garam,perasa dan air asam.
  4. biarkan sebentar,baru masukkan ikan tadi.
  5. kalau suka berkuah agak2 hampir pekat matikan api.

Kacang Phool II - Iftar 10

Kacang Phool pun menu wajib dibulan puasa ni..tahun yang sudah kita buat gandingkan dengan daging kisar  dan beberapa jenis kacang dalam tin yang boleh tengok disini,Kita buat open house pun menggunakan recipe yang tu..Sebelum berjumpa dengan recipe yang berdaging tu, kita buat tak letak daging disini, Kali ni kita adjust bahan2 yang digunakan so jadilah Kacang Phool II, which I think taste better then the last time. Kira ni upgraded version for kacang phool yang tak berdaging lah..hehehe

Kacang Phool II
Sources:-From Ayu@ Curlybabesatisfaction
Bahan2:-(4-5 orang)
1 tin foul medammas(kacang parang)-diblender dengan sedikit air
1/2 sudu kecil serbuk  jintan putih*
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis*
1 sudu kecil serbuk ketumbar*
1/2 sudu kecil bawang putih kisar*
1 sudu kecil bawang besar kisar*
1 sudu besar rata cili kisar*
1 sudu besar minyak sapi
11/2 sudu besar minyak
air secukupnya
garam secukup  rasa

Bahan hiasan & Taburan:-
5 batang cili hijau dihiris bulat
1 biji bawang besar dipotong dadu
5 biji telur digoreng 'mata lembu'
5 biji limau sambal, dibelah 2 untuk diambil jusnya
1-2 batang roti perancis atau secukupnya - dipotong dan dibakar didalam oven sebelum dihidang

Method:-
Panaskan minyak sapi & minyak didalam kuali dan tumiskan bahan2 yang bertanda* hingga naik bau. Masukkan kacang parang yang telah diblender tadi, gaul rata. Masukkan garam dan sedikit air kalau adunan nampak pekat, atau terpulang nak pekat atau cair macam mana, tapi jangan terlalu cair atau terlalu pekat ya. Bila sudah mendidih matikan api. Siap  untuk dihidang bersama bahan2 hiasan  taburan dan perah jus limau sebelum dimakan/cicah dengan roti perancis yang telah dibakar tadi..

Friday, August 12, 2011

Sambal Tumis Telur

Sambal Tumis Telur yang digunakan untuk Inti daging Roti Pita, dan juga untuk sahur puasa hari ke10..lauk 2 in 1..berapa biji telur tu ikut sukalah ya..dan agak2lah bahan2nya tu.Terimakasih puan punya recipe..Suhana yang dah lama tak online..


Sambal Tumis Telur
Sources:-From Sayang Suhana
Ingredients:-
Boiled eggs - amount as according to your consumption

Blend together :
15(or more) dried chilles - seeded,soaked to soften or microwave for 10mins in a bowl of water
a really huge pinch of belachan(shrimp paste)
5-6 cloves of garlic
2-3 big onions
1 tbsp of ikan bilis(anchovies) granules

1 heaped tbsp of tamarind-add some water and knead to produce some juice
3 tbsp sugar or to taste (add more if chilli is too hot for u)
salt to taste

Heat sufficient oil in wok(it's ok if u add too much-u can always scoop it out after cooking)and saute blended ingredients.Make sure it's cooked (tumis sampai betul2 pecah minyak),stirring continuously.Add tamarind juice,sugar and salt.Add some water if u like some gravy but the consistency shudn't be too dry nor too dilute.Taste to suit yr liking. Add the bolied eggs (u may fry the boiled eggs for a more unique texture).Coat gravy over eggs and simmer for a few minutes bf turning off the heat.Serve.

Inti Daging Roti Pita - Iftar 9

Roti Pita yang ready made aje dimakan dengan inti daging homemade punya, to go along dengan hirisan timun, tomato, daun salad dan sambal tumis...pernah buat juga dulu  Roti Pita..ni..pun gunakan roti pita yang siap segera aje..


Inti Daging Roti Pita
Sources:-From Ayu@Curlybabesatisfaction
Ingredients:-
500g minced beef-(500g daging cincang)
2 tbsp meat curry powder-(2 sudu besar serbuk rempah kari daging)
2 tsp minced ginger-(2 sudu kecil halia kisar)
1 tbsp minced onions-(1 sudu besar bawang besar kisar)
1 tsp minced garlics-(1 sudu kecil bawang putih kisar)
1 red chillies sliced-( 1 biji lada merah dihiris)
1/2 large onions diced-(1/2 biji bawang besar dipotong dadu)
salt and msg to taste.-(garam & serbuk perasa secukupnya)

Method:- Washed, cleaned & drained minced beef. Saute all the ingredients till meat has turned browned (sampai kering airnya) and add in salt and msg to taste. Turn off heat once meat has cooked. Dish out and let cool.Ready to be served with pita bread, with slices of cucumber, tomato, salad & sambal)-(Basuh, bersihkan dan tos daging cincang. Tumis bahan2 semua hingga daging bertukar warna, dan airnya kering. Masukkan garam & serbuk perasa, gaul rata. Siap untuk dihidang., bersama roti, hirisan tomato, timun, daun salad & sambal tumis)

Sotong Berkuah Telur

Lauk sahur, untuk puasa 9..sotong berkuah telur..layan ajelah ya..banyak nak kena catch up ni..heheh
baru iftar 8 huhu...thank you puan punya recipe for sharing  recipe  sempoi tapi sedap ni..

Sotong Berkuah Telur
Sources:-From Rohaisha@myr.com
Bahan2 (Hidangna untuk 7 orang)
  • 600 gm sotong (potong kecil)
  • 1 biji telur (boleh tambah telur jika mahu)
  • 1 biji bawang besar (hiris memanjang)
  • 5 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 4 biji cili besar merah (2 utk ditumbuk dan 2 lagi untuk hiasan)
  • 2 cm halia (dihiris halus/memanjang)
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1/2 @ 1 cawan air
  • Garam dan gula (secukup rasa)
  • Minyak masak untuk menumis
  • *Boleh titikkan serai untuk menambah rasa wangi
  • *Bahan yang ditumbuk tidak perlu ditumbuk terlalu halus

Cara-cara

  1. Tumiskan bawang besar dan halia.Biarkan seketika.
  2. Masukkan pula bahan yang ditumbuk dan biarkan sehingga kekuningan.Selepas itu masukkan sedikit serbuk kunyit dan sedikit gula.kacau rata.
  3. Masukkan air dan biarkan mendidih.Kemudian barulah masukkan sotong.Kacau rata dan tutup kuali dalam masa 2 minit sahaja. (*jangan masak sotong terlalu lama kerana ia akan liat).
  4. Masukkan garam dan kemudian pecahkan telur.Kacau sebentar dan tutup api.Taburkan Hirisan bawang merah.

Wadeh Udang - Iftar 8

Assalam, hari ni dah masuk hari ke 12 kita berpuasa..macam dah tak tahu nak buat apa untuk berbuka ...basically menu yang telah kita masak adalah menu ulang tayang, yang normally kita buat time bulan puasa ....actually main menu was mee hoon soto, tapi kita malas nak ambik gambar sebab kita dah buat banyak kali menu tu..so instead kita nak masukkan  another menu ulang tayang untuk iftar ke 8 hari tu..Wadeh Udang ni..pernah buat tapi dah lama dah, time baru2 start blogging dulu..My dad suka sangat wadeh ni..so ada permintaanlah itu sebab kita buat..

Kita buat wadeh ni macam kita buat  Cucur Cendawan yang pernah kita buat dulu..ambik adunan dan letakkan diatas senduk dan masukkan kedalam kuali, then baru letakkan udang diatasnya tu..

Wadeh Udang
Sources:-From Bro Rozzan
Bahan-Bahannya :
150 gm kacang dhal hitam (ulundu) yg telah dibuang kulit(rendam 4-5 jam)-(urid dhall)
450 gm tepung gandum
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 tangkai daun kari (dihiris)
½ sudu teh soda bicarbonate atau potas
1 sudu makan yeast segera-(Ayu gunakan 1 packet )
350 -400 gm udang hidup
1 sudu teh garam
2 batang lada hijau (dihiris)
sedikit cili padi dihiris halus-(Ayu tambah)
1 cm halia (dihiris)
½ sudu teh serbuk lada hitam
1½ cawan air (lebih kurang)


Peraturannya :
Kacang dhal dikisar bersama air sehingga halus. Masukkan halia dan kisar lagi. Kemudian tuangkan ke dalam bekas dan bubuh yeast dan potas. Kacau rata-rata. Seterusnya, masukkan potongan/hirisan lada hijau, bawang dadu, daun kari, garam dan serbuk lada hitam. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan adun sehingga rata semuanya. Perapkan adunan ini selama 2-3 jam.

Ambil sekeping plastik dan basahkan sedikit dipermukaannya. Dengan tangan yang basah, ambil sedikit adunan dan bulatkan seperti donut. Letakkan udang pada adunan itu lalu digoreng dengan minyak yang banyak. Hidangkan bersama lada hijau.-(Ayu tak buat cara ni Ayu cedok macam biasa dan letakkan diatas senduk bulat leper dan masukkan kedalam minyak macam nak menggoreng rempeyek atau cucur cendawan baru letakkan udang diatasnya..bila adunan dah tak melekat disenduk baru dipalingkan)

Wednesday, August 10, 2011

Shabsuka - Iftar 7

Menu wajib dibulan puasa.. Kali ni dibuat dalam loyang aluminium..Senang, nak bakar,  kalau nak makan dan dibagi2kan kejiran2, Pernah buat disini dan gambar stepsnya disini, kali ni kita tambah cili padi hiris campur dengan cili biasa tu..lagi kick tau..hehehe..
Pada kita lagi sedap dimakan dengan roti perancis dari roti biasa tu sebab roti biasa tu ada letak susu, as for roti perancis, dia kan tawar  lemak so memang ngam rasa nya..Siapa2 yang belum cuba tu sudi2kanlah mencuba ya..

Shabsuka
Sources:-From resipi.net via Ayu @Curlybabesatisfaction
Ingredients:-
500g minced beef(or sliced beef)-(500g daging lembu kisar atau daging dihiris)
3 tbsp chili paste-(3 sudu besar cili kisar)
3 tbsp minced garlics-(3 sudu besar bawang putih kisar)
2 tbsp minced ginger-(2 sudu besar halia kisar)
4 tbsp curry powder-(4 sudu besar serbuk kari daging)
1 big onion diced-(1 biji bawang besar dipotong dadu)
1 tomato diced-(1 biji toamto dipotong dadu)
1 cup mix vegetables-(1 cawan sayur campuran)
1 can medium size tomato puree-(1 tin tomato puree size sederhana)
4 tbsp tomato sauce-(4 sudu besar tomato sos)
1/2 -1 tbsp sugar-(1/2 -1 sudu besar gula)
1-2 cups of water-(1-2 cawan air)
salt and MSG to taste-(garam & serbuk perasa)

Ingredients for toppings:-(Bahan untuk taburan)
2 big onions diced-(2 biji bawang besar dipotong dadu)
2 tomatoes diced-(2 biji tomato dipotong dadu)
some coriander leaves or chinese celery-(sedikit daun ketumbar atau daun sup)
1-2 red chilies sliced-(1-2 lada merah dihiris halus))
1-2 green chilies sliced-(1-2 lada hijau dihiris halus)
2 tbsp fried shallots (optional)-(2 sudu besar bawang goreng-optional)
6 eggs-(6 biji telur)

   Method:-
Mix minced beef with garlics, ginger, and curry powder. Let it rest for at least 20 minutes.
Heat oil in wok and saute onions till soft. Add in chili paste and cook till oil goes up the surface.
Add in marinated beef and stir well. Add in 1-2 cups of water. When beef has reached 3/4 cooked, add in tomato puree, tomato sauce, mixed vegetables and diced tomatoes. Stir well and add in salt, sugar and MSG to taste. Adjust the taste(it should be a bit sour, sweet etc) according to your preferences. Let it simmer for a while and dish out.The mixture shouldn't be too thick or too thin.-(Campurkan daging, dengan bawang putih kisar, halia kisar, serbuk kari dan biarkan selama 20 minit. Panaskan minyak dan tumins bawang besar hingga layu. Masukkan cili kisar dan kacau hingga pecah minyak. Masukkan perapan daging tadi dan gaul rata. Masukkan 1-2 cawan air. Bila daging sudah hampir 3/4 masak, masukkan tomato puri, tomato sos, sayur campuran dan toamto yang dipotonfg dadu tadi. Kacau rata dan masukkan garam, gula & serbuk perasa secukup rasa. Sesuaikan rasa-ia harus ada masam dan manisnya.. Biarkan ia reneh sebentar dan matikan api. Shabsuka ini haruslah tidak terlalu cair atau kering.)



Method for preparing Shabsuka:-(Cara menyediakan dan menghidang shabsuka)
Put the beef in a bake able dish and level it.
Sprinkle all the topping ingredients like the tomatoes, onions, chillies, coriander leaves and fried shallots on top of the beef mixture. Make small holes for eggs and bake at 180C degrees for 15 minutes or at least till the eggs are almost cooked. Scoop the some mixture and serve hot with white toasted soft bread or toasted french loaves.-(Bila daging sudah masak, masukkan kedalam loyang atau mangkuk yang boleh dibakar dan ratakan. Taburkan bahan2 taburan, seperti tomato, bawang, lada, daun ketumbar/sup dan bawang goreng diatas daging tadi. Buatkan lubang untuk telur dan bakar 180C selam 15 minit atau hingga telur hampir masak. Ceduk sedikit adunan tadi dan hidangkan dengan roti putih atau roti perancis bakar/panggang)



Note* Another method of serving shabsuka.
Serve beef mixture on a plate. Sprinkle the toppings. Add fried eggs.(No need to bake)..
and dip in with bread.-(Kaedah lain, ketika menghidangkan shabsuka, adalah, ceduk adunan daging keatas pinggan, taburkan bahan2 taburan dan makan  dengan telur yang sudah digoreng dan cicah dengan roti.(Tak perlu dibakar)

Ayam Masak Sambal Hijau

Ayam masak sambal hijau dah lama kita nak masak tapi asik tertangguh aje..so hari tu masak untuk sahur lah..sebelum masuk tidur kita dah masak lauk ni..ada rasa sikit , sedap, then by the time sahur rempah ratus dalam lauk nidah meresap dalam ayam lagilah sedappp..Recipe sekali lagi kita ambil dari dapur  Kak Cek, kita siap beli leek just to cook this dish sebab nak tahu rasanya macam mana..memang sedap..Mr Hubby normally ambil lauk sekali aje, he came back for 1 more ketul of ayam tau..hehehe..sedap lah tu kalau tak , saja dia makan sikit aje.. terimakasih Kak Cek, minta izin diletakkan disini pula ya..sodapp ni kak

Ayam Masak Sambal Hijau
BAHAN-BAHANNYA...
  • 1 kg ayam dipotong sederhana kecil....dicuci dan ditoskan.
  • Serbuk kunyit dan garam secukupnya untuk digaul rata bersama ayam....kemudian digoreng sehingga masak...jangan terlampau lama digoreng....ketepikan...
  • 2 biji bawang besar  *
  • 2 - 3 ulas bawang putih  *
  • 9 - 11 biji cili padi  *
  • 7 biji cili hijau  *
  • 2 batang serai dititik  *
  • 1 biji bawang besar lagi....dihiris
  • 1/2 batang "leek"....dihiris
  • 2 biji cili hijau....dihiris
  • 7 biji tomato cherry-(Ayu gunakan toamto biasa aje dipotng baji)
  • 1 ketul chicken cube
  • Garam dan gula secukup rasa...
  • Minyak secukupnya untuk menumis...
CARA-CARA PENYEDIAANNYA....
  • Kisar sume bahan2 yang bertanda  *
  • Panaskan minyak....tumis bahan2 kisar bersama serai  sehingga naik baunya.....kacau sekali sekala dan biarkan bahan2 tumisan dimasak hingga pecah minyak....
  • Tambahkan sedikit air.....dan masukkan ayam yang telah siap digoreng tadi.....kacau sebati....perlahankan api....biarkan kuah agak pekat.....tambahkan garam dan gula secukup rasa.....garam jgn letak byk2 ya....ayam yang digoreng tadi pun dah berperisa garam....nanti terlebih masin lak kuahnya.....
  • Akhir sekali masukkan bwg, cili hijau dan leek yang telah dihiris dan jugak tomato cherry....gaul sebati....siap dah...tutupkan api.....

Kuih Bom - Iftar 6

Asalam, iftar pada hari ke 6, kita berbuka puasa dirumah my brother in law(Mr Hubby's 1st brother)..so bascially kita tak buntu pada hari tu..heheh cuma kita bawa oleh2lah untuk berbuka..kebetulan pagi tu, nampak AlongRoz, posted kuih bom ni didapurnya..terus decided to make this..Sebenarnya this was also my virgin kuih bom!!!..Belum pernah buat sebelum ni dan tak berapa sure actually kuihnya sepatutnya macam mana..maklum ler, kita ni dulu2 tak berapa nak ambik tahu hal2 kuih ni, semua.. my mum selalu beli aje , kita tengok dia macam keras & liat..so memanglah tak teringin nak rasa pun..heheh

After reading along's write up tentang kuih ni kita pun terpaut ler, sebab she said, ia tak meletup, crispy outside & lembut didalam..adding to ramai juga yang telah mencuba..kita buat 3 adunan dari recipe kat bawah ni, senang pun ya nak membuatnya tu...so off we went to BIL house, ramai juga yang dijemput, termasuk SIL's siblings..so adik beradik on both sideslah...lepas dah nak balik tu..somebody tanya, siapa buat kuih bom ni..sebab ada orang nak ORDER!!!..So my SIL cakaplah kita yang bawa..wah dengan tidak disangka, ada orang minat betul dengan kuih ni..Reasons was kuih bomnya lembuttt!!..dan tak liat macam yang jual kat luar tu!!!..wah kembang semangkuk lah makcik(me) yang buat kuih bom tu..hahaha..Mr Hubby ada jeling2 aje..wakakaka....so this Saturday kita akan buatkan for the order :-)

Untuk AlongRoz, terimakasih tak terhingga kita nak ucapkan for sharing this marvelous recipe..I should have tried it earlier kan Along, pada siapa2 yang minat dengan kuih bom, should try this recipe..memang pasti berbaloiiii..Minta halal, dan izinkan kita put the recipe here for the rest to try juga ya Along,

ps:- I used my coconut filling sebab memang ada lebih dari balance dari my Steamed coconut Blossoms hari tu yang kita buat untuk tahlil..Recipe dari Along & mine ada diattachedkan dibawah.. So kalau nak cuba yang mana ikut sukalah ya..

Kuih Bom
By: Roz@HomeKreation
(Makes a dozen)
INGREDIENTS:
80g Sweet Potato
- steamed & mashed
120g Glutinous Rice Flour
20g Plain Flour
35g Castor Sugar
A pinch Salt
100ml Water
Sesame Seeds
- for rolling
Coconut/Bean Filling

METHOD:
1. Mix all ingredients (except sesame seeds & filling) to form a soft dough.
Divide into 12 balls.-(Ayu weigh the dough to 30g each)
Flatten each ball, place a ball of filling & wrap.
Roll onto sesame seeds.

2. Deep fry until golden.
Enjoy!



Along's coconut filling:-
FILLING:
50g + 50g Black/White Sugar
50ml Water
150g Desicated Coconut
1 Screwpine Leaf
- Heat up sugar & water until boiled. Add the rest & cook for a while.

Ayu's Coconut Filling:- 
Bahan untuk Inti:-(Coconut filling)
1packet kelapa parut (250g)-(1 packet grated coconut-250g)
160g gula melaka -(160g palm sugar)

11/4 cawan air -(11/4 cup water)
1 helai daun pandan-(1 screwpine leaf)
sedikit garam-(a pinch of salt)
2 sudu besar tepung gandum(diayak sikit)-(2 tbsp plain flour-sieved)

Method:-
Masukkan kelapa parut, daun pandan, garam dan air gula melaka dan didihkan atas api. Bila adunan sudah agak pekat masukkan tepung gandum(tabur2kan sikit supaya tak bergentel). Masak hingga agak pekat tapi jangan sampai kering, lembab2 gitu. Angkat dan sejukkan. Bila dah sejuk buat bulat kecil2.-(Add grated coconut, screwpine leaf, salt and palm sugar syrup and put to boil. When mixture has almost thickens, add in plain flour-sprinkle slightly so as not cuddle. Cook further till slightly thickens but not dry, almost moist. Dish out and set to cool)



Monday, August 08, 2011

Mee Kolok Mukah Basah - Iftar 5

Mee Kolok, kita pernah dengar tapi selalunya di Sarawak..makan pun belum pernah, sebab belum pernah ke sana..hehe..so kita cuba recipe dari Delila ni, untuk mengetahui macam mana rasanya...setahu kita ada mee yang dipanggil mee kolok ni..tapi bila kita tengok meenya tu menggunakan mee sanggul/yee mee, kita pun tertarik nak mencuba, sebab stok kat rumah pun ada....ermm boleh tahan sedap juga recipe ni..rasanya ada ala2 Sizzling Yee Mee  yang pernah kita cuba dulu.....Terimakasih puan punya recipe yang sedapp ni, kita minta izin diletakkkan disini pula ya..

Wah!!!..rasanya sampai disini dululah untuk hari ni...dah tak larat dah ni..hahahah..nak cari idea nak masak apa pulak for iftar 8..

Mee Kolok Mukah Basah
Sources:-From Delila@myresipi.com
Bahan2nya-(1orang)-(Walaupun recipe untuk 1 orang, tapi kuahnya tu boleh cukup untuk 3-4 orang, terpulang berapa banyak air/stok digunakan)

  • 1 gulung mee kering (mee sanggul/yee mee)
  • 3 ulas bawang putih (mayang)
  • 2 sudu besar minyak
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap pekat-(Ayu gunakan sikit aje)
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 4 helai daun sawi (potong 1 inci)
  • 1/2 cawan daging / ayam rebus (rebus dgn 1 ketul kiub ayam maggi)
  • 3 cawan air rebusan daging/ ayam
  • 1/2 labu bawang besar (potong berbaji halus) 
  • 1 biji telur -(Ayu tambah)
  • Garam , gula, lada sulah dan ajinomoto secukup rasa
  • HIASAN - Daun bawang dan bawang goreng secukupnya

Cara-cara

  1. Panaskan minyak.Tumis bawang putih hingga naik bau.Masukkan bawang besar.Kacau seketika hingga layu.Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap cair dan air rebusan daging/ayam.
  2. Masukkan mee.Biarkan sedikit lembut.Masukkan garam, gula dan ajinomoto secukup rasa.Kacau seketika.Masukkan sawi, daging/ayam rebus (yang telah dipotong nipis).Masak hingga mee lembut sedikit dan sawi layu.
  3. Angkat dan hidang segera.Hiaskan dengan daun bawang dan bawang goreng. Tambahkan lada sulah jika suka.

Kuih Lopes

Kueh Lopes pertama ku!!!..Virgin lopes ni..hehe..selalu memang beli aje kalau nak makan..this time nak rasa buat sendiri..memang suka sangat dengan kejadian kueh ni....my mum at first macam tak percaya kita nak buat lopes..sebab dia cakap leceh nak merebusnya lama..tapi kita cakap kita nak rebus dalam pressure cooker, so dia pun tak boleh kata apa2..hahaha...

Mr Hubby yang actually suka kueh ni..itu yang kita nak belajar buat..so dah boleh buat next time..
Recipe diambil dari dapur Cheiza, memang suka lah dengan outcomenya tu walaupun kita bungkus tak perfect triangle tapi jadilah kan..Terimakasih Cheiza for the recipe ni ya..Akak mohon dipanjangkan disini pula..

Kueh Lopes
Sources:-From Cheiza@Pangkin.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 300 gm beras pulut (boleh dpt dlm 10- 12kpg)
  • 1/2 sk kapur-(Ayu gunakan 2 sudu besar air kapur)
  • kelapa parut
  • sedikit garam
  • daun pisang
~    *Utk air gula*
  • 1 buku gula melaka (dlm 150 gm lah)
  • 100 gram gula merah
  • beberapa helai daun pandan
  • 1 cawan air-(Ayu gunakan ni) 
  • secubit garam -(Ayu tambah)

Cara-cara
  1. Rendam pulut dgn air kapur selama 2-3 jam ( Satu jam pun okey ). Toskan beras pulut yg telah direndam.
  2. *Utk air gula* masak gula melaka dan gula merah, masukkan daun pandan yg disimpul. Masak sehingga pekat. Biarkan air gula sejuk.
  3. Siat/potong daun pisang selebar 3 inci.... Ikut sukelah lagi lebar, lagi besar kuih lopes yg akan kita dapat.
  4. Layurkan daun pisang..... Sbb saya tak rajin, saya celur jer sikit ngan air panas....
  5. Buat bentuk segitiga pada hujung daun pisang dan masukkan beras pulut (dlm 2 sb) dan bungkus.... Buat 2-3 kpg dan ikat ( saya ikat pakai getah gelang jer)... Buatlah hingga habis. Pastikan bungkus pulut padat2... kalau tak pulut akan terkeluar atau pecah.....
  6. Rebus kuih yg dibungkus selama 2 jam.... Lagi lama lagi baik.... kueh yg terhasil lebih cantik dan tahan lebih lama...(Ayu rebus dalam pressure cooker, tenggelamkan dan rebus sampai bunyi kuat 5 kali)-anggaran dalam 10-15 minit)
  7. Bila siap rebus..... toskan kuih lopes dan biarkan sejuk......
  8. Dah sejuk buang ler daun pisang tu.... balut ngan kelapa parut yg telah di gaul dgn sedikit garam.... makan dgn air gula.....

Ayam Mentega Rangup

Sahur hari ke 5..buat ayam mentega rangup yang terus terpaut pandang pertama bila kita nampak kat dapur Diana..ada dada ayam, so teringatkan recipe Diana ni..sedap,  rasa macam pop corn chicken  pun ada..inilah juga lauk untuk dewasa..heheh.. makan lepas goreng panas2 tu..memang best..Terimakasih Diana, akak panjangkan recipe nya disini pula ya..


Ayam Mentega Rangup
Sources:From Diana@skymelleymey
Bhn²
2 keping dada ayam _ d hiris
2 tangkai daun kari _ d hiris
4 biji cili padi _ d cincang
60 gm mentega ( Boleh d tambah jika hendak kuahnya bersalut banyak kat ayam tu yer )
1/2 biji bawang besar _ d cincang-(Ayu potong dadu)
Tepung jagung secukup kegunaan
Minyak untuk menggoreng
Sedikit gula-(Ayu gantikan garam sedikit  instead of gula)

Bhn² Perap
1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
2 tsp gula-(Ayu tak letak, Ayu letak sedikit serbuk perasa)
1 biji telur
1 tbsp tepung jagung
1/2 tsp serbuk lada hitam
1/2 tsp serbuk lada putih
Garam secukup rasa


Cara²
  1. Ayam d gaul bersama bhn² perap dan perap selama 20 minit.
  2. Saluti ayam tadi dengan tepung jagung.. Goreng.. Setelah ayam masak angkat dan ketepikan.
  3. Cairkan mentega dan masukkan bawang besar, daun kari dan cili padi.. Tumis sehingga naik baunya.
  4. Kemudian masukkan ayam dan gula.. Gaul sebati.
  5. Angkat dan hidang.

Angel Hair Lemak Pedas - Iftar 4

Hahaha..tengok tu baru dapat update iftar 4..3 more to go before kita on time ..hahaha...as for iftar 4 ni..kita try buat mee pasta yang rasanya dah ramai yang mencuba.. pada mulanya takut2 nak cuba sebab
rakyat jelata kat rumah ni kalau pasta colour lain aje dia orang tak makan..tapi kita nekad mencuba sebab ada cili padi dalam bahan2nya tu..well memang tak menyesal mencuba recipe ni..memang sedap..anak2 nampaknya makan..excluding my mumlah sebab dia kalau ada susu, cheese memang dia geleng kepala..heheh..so dia berbuka dengan menu yang lainlah..Recipe asal dari CMG, tapi kita ambil dari dapur
Nor Terengganu, sebab tengok dah beberapa kali dia buat itu yang teruja nak cuba juga..

So lain kali boleh buat lagi..Terimakasih pada CheMat & Nor, for sharing dan mencetuskan idea untuk mempelbagaikan mee pasta ni..
SPAGHETTI LEMAK PEDAS
resipi : CMGebu
sumber: K.Nor @ SecubitGaram


BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cekak spaghetti ~ k.nor guna angel hair-(Ayu juga gunakan angel hair)
2 biji tomato ceri tomato, hiris bulat-(Ayu gunakan tomato biasa potong dadu)
1/4 bahagian red capsicum, dadu-(Ayu gunakan cili merah dihiris aje)
1/4 bahagian green capsicum, dadu-(Ayu gunakan cili hijau dihiris aje)
1/4 bahagian yellow capsicum, dadu-(Tak letak)
1 helai bay leaf-(Ayu gunakan 1 sudu kecil  italian herbs aje)
3 biji cii padi, hiris halus (optional)--(Ayu gunakan cili padi diketuk)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/3 cawan susu cair IDEAL-(Ayu gunakan fresh milk)
1 keping meat loaf "ayamas", didadu ~ k.nor gantikan dgn sosej dan udang-(Ayu gantikan isi ayam + udang)
1/2 kiub pati ayam "Maggi"
Sedikit air ~ k.nor guna air rebusan pasta tu

CARA MEMBUATNYA :-)
Rebus spaghetti tadi hingga lembut mengikut arahan pada paket atau citarasa masing2. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ketepikan.
Panaskan minyak zaitun dalam kuali tak melekat. Tumis bawang putih hingga layu, masukkan bay leaf dan meat loaf tadi, kacau sekejap dan tuang susu + air, biar mendidih. Tambah serbuk lada hitam dan kuib ayam, kacau dan biar masak perlahan.
Masukkan red/green/yellow capsicum bersama cili padi. Tambah spaghetti dan gaul rata. Masak hingga pekat, dan rasa jika perlu tambah sedikit garam. Bila dah ok boleh matikan api.
Alih ke dalam pinggan yang sesuai, hias dengan hirisan tomato dan taburkan sedikit lagi serbuk lada hitam. Hidangkan segera.

Kerabu Ikan & Belimbing Buluh

 Kerabu ni kita lawan kan dengan telur goreng kicap kat bawah ni..budak2 tak makan ni..so they just makan telur ajelah..since tak masak lauk lain kerabu ni pun dah jadi side dish sebab ada ikan didalamnya.. sedappp..!!!!..

Kerabu Ikan & Belimbung Buluh
Sources:-From Sambal & Kerabu
Bahan2:-
1/2 cawan isi ikan keli bakar- (Ayu gunakan 2 ekor ikan kembung, dibersihkan dan dilumur dengan garam & kunyit, then dibakar dalam oven dan ambil isinya)
3 sudu besar kerisek
1 biji limau nipis-(Ayu gunakan 2 biji limau sambal)
6 biji belimbing buluh dihiris
1 batang bunga kantan dihiris-(Ayu gantikan sikit daun kesum dihiris)
taugeh secukupnya -(Ayu tambah)
10 tangkai cili padi dihiris
1 tangkai cili merah dihiris-(Ayu tak letak ni sebab cili padi ayu dah lebihkan)
3 ulas bawang merah dihiris
garam & serbuk perasa secukupnya

Cara Membuat:-
Campurkan isi ikan bersama semua bahan hirisan, kerisik, garam & serbuk perasa secukupnya. Gaul rata hingga sekata.  Hiaskan dengan daun ketumbar dan cili hiris.Sedia dihidang.

Note:- Kerabu ni sedap dimakan selepas beberapa minit digaul..sebab bahan2 sudah meresap & taugeh dah tak rasa mentah..

Telur Goreng Kicap II

Telur goreng kicap ni adalah menu sahur hari ke empat..this time kita masukkan sos tiram & kiub ayam untuk ubah sikit rasanya.. pernah buat disini.. tapi yang tu tak letak sos tiram & kiub ayam..bahan2 kicap dan air tu please adjust ikut selera dan preference ya..sebab kita masak ni main tuang  & eye judgement..


Telur Goreng Kicap II
Sources:-From Ayu @Curlybabesatisfaction
Bahan-bahan :-
8 biji telur digoreng dan ketepikan
1 sdm sos tiram
kicap masin & manis secukupnya-anggaran 2-3 sudu besar each
1/2 kiub ayam
2 bj cili hijau/merah, dipotong serong
5 biji cili padi diketuk
1/2 biji buah tomato -(optional)
1-2 biji bawang besar, potong bulat
2 biji bawang putih dihiris
2 biji jus limau sambal
air secukupnya
garam & perasa secukupnya-(kalau perlu)

Cara-cara :-
  1. Goreng telur mata lembu , ketepikan.
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tapi kurangkan untuk menumis. Panaskan minyak semula dan masukkan, bawang besar , bawang putih, lada hijau/merah, cili padi  dan tumis hingga layu.
  3. Tuang sos tiram dan kacau seketika kemudian tuang kicap.  Masukkan air. Biar mendidih seketika.
  4. Masukkan telur goreng , dan kaup balik hingga sekata. Last masukkan buah tomato dan kacau lagi seketika. Perahkan jus limau, rasa apa yang kurang  kalau perlu tambah garam & perasa then tambahkan secukup rasa.Matikan api, siap untuk dihidang.

Friday, August 05, 2011

Mee Goreng Kerang - Iftar 3

Buntu punya buntu last2..goreng mee sudah..hehe..ada isi kerang, google recipe terus keblog CheMat..
Mee goreng kerang kejadiannya..sedappppp..licin, tak cukup ..hingga menjilat siku..haha..tak lah..tapi serious memang sedap..tengok bahan2 tak gunakan bawang besar so kita ikut totally ..
Thanks Mat akak letakkan disini  pula ya..untuk menambahkan lagi  recipe koleksi mee didapur yang tak seberapa akak ni ya..

Mee Goreng Kerang
Sources:-From CheMat@ Dapur Tanpa Sempadan
BAHAN-BAHANNYA :-)-(Ayu gandakan bahan2)
500 gram mee kuning, cuci dan toskan
1 cawan isi kerang
3 ekor sotong, potong bulat, cuci dan toskan
1 genggam, taugeh, cuci dan toskan
1 genggam, hirisan kobis, cuci dan toskan-(Ayu gunakan daun kucai, sebab stok kobis tak ada)
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 camca besar cili kisar
2 camca besar kicap pekat
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos ikan
1 camca besar sos tomato
Sedikit gula
2 biji telur
1/2 cawan air
Hirisan cili merah untuk hiasan
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Hirisan tomato, untuk hiasan
Belahan limau kasturi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, tolak ke tepi kuali, masukkan telur, biar sedikit mengeras dan kacau hancur. Tambah sos tomato, sos tiram, kicap pekat, sos ikan dan sedikit gula, kacau rata, masukkan kerang serta sotong. Tuang air dan biar mendidih.
  2. Masukkan mee dan gaul rata, tambah hirisan kobis, gaul dan tabur pulak taugeh, kacau hingga rata. Masak sekejap, rasa dan jika kurang masin, renjis dengan sos ikan. Kacau dan boleh diangkat. Hidangkan dengan hirisan cili merah, belahan limau kasturi dan daun bawan

Onde Onde Pulut Hitam

Ok, seterusnya..ini dessert untuk iftar 3..dah aim onde2 pulut hitam ni dari last year lagi bila nampak Ika aka anak antu buat..heheh..kemarin kebetulan masuk JB, ada jumpa tepung pulut hitam ni..kita pun rembat ler..so buat for iftar hari tu..

Tapi kita punya tak cantik sebab tak ada bunga, ingatkan nak ambik bunga raya kat bawah block, leceh pulak, sebab nak kena pakai tudung ..hehe..ambik gambar pun kelam kabut, maklumler dah sibuk nak berbuka....Apa2pun terimakasih buat Alongroz & Ika for sharing this recipe..sedap, my mum suka..Izinkan kita letakkan recipenya disini pula ya..


ONDE2 PULUT HITAM
Sources:-From Alongroz, via Ika Bangkok
Bahan2
  • 90 g Tepung Pulut Hitam*
  • 110 g Tepung Pulut*
  • 2 sb Santan Pekat*
  • Air+Garam secukupnyer*
  • Kelapa Parut+Garam secukupnyer untuk salutan kuih
  • Gula Melaka yg di potong kecik2
Cara2
  • Satukan semua bhn bertanda * dan masukkan air sedikit demi sedikit uli sehingga menjadi doh yg sempurna.
  • Ambil sedikit doh dan bulat2 kan kecik dan isikan dgn gula melaka yg telah dipotong kecil2 td terlebih dahulu, tutup rapat supaya doh nanti bila direbus tidak terkeluar isi gula melaka td. Buat sehingga doh habis.
  • Didihkan air di dalam periuk sehingga menutupi keseluruhan buah melaka tadi, pastikan air mendidih dan masukkan doh yg telah di isi dgn gula melaka td sehingga buah melaka timbul ke permukaan air yg di didihkan tadi, angkat buah melaka yg timbul tadi dan golek2kan dgn kelapa parut yg telah di campurkan dgn garam tadi buatb sehingga habis, tunggu sejuk barulah boleh dimakan untuk keselamatn di dalam mulut ehehe...

Sambal Serai Bebola Ayam

Assalam , dan selamat pagi..eh dah tengahari..hari ni nak masukkan beberapa menu yang seharusnya dah dimasukkan semalam..tapi kerana kepenatan dan mengantuk kita masukkan apa yang sempat ajelah ..macam biasa masih tengah fikir apa nak buat untuk berbuka hari ni..huhu..

Ok ini adalah menu sahur untuk puasa hari ketiga hari tu..actually dah pernah buat sebelum ni tapi belum sempat diuploadedkan, then kali ni buat lagi..so here it islah..menu 'sekali harung'..untuk my 2 boys & orang dewasa pun masuk sekali lah..hehe..recipe dari Naz, nampak Naz buat recipe ni menggunakan ayam juga..nampak pedas tapi kita dah kurangkan sukatan cilinya so oklah pada tekak kami..Thank you Naz for the recipe, tengoklah dah 2 kali buat baru sempat nak upload..
SAMBAL SERAI WANGI BEBOLA AYAM

Bahan-bahan kisar :
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 30 batang cili kering (direndam)
  • 5 biji cili padi
  • 2 biji cili merah
  • 6 batang serai (dihiris kasar)-(Ayu gunakan 2 batang aje)
  • 1 inci belacan

Bahan-bahan lain :
  • 20 biji bebola ayam-(Ayu gunakan 10 biji aje)
  • 2 biji kentang (dibelah 12 - macam wedges tu)-(Ayu tak letak ni)
  • 1/2 labu bawang besar (dimayang)
  • 2 batang serai (hiris nipis)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 4 helai daun limau purut (dikoyakkan)
  • 1 tsp asam jawa + 1/4 cawan air
  • Garam
  • Gula
  • Minyak masak


Cara-cara :
  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan gorang kentang. Angkat dan toskan. Kemudian goreng bebola ayam seketika dan toskan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak tadi untuk menumis bahan kisar. Tumis bahan kisar bersama bawang besar, hirisan serai, serai yang diketuk dan daun limau purut. Biar hingga kering.
  3. Masukkan air asam jawa dan gaul sebati. Masukkan garam dan gula mengikut citarasa.
  4. Masukkan bebola ayam dan kentang goreng tadi ke dalam kuali dan gaul rata. Sesuaikan rasanya. Tutup api dan boleh dihidangkan bersama nasi panas.

Wednesday, August 03, 2011

Kaleidoskop - Iftar 2

Waduh..terkial2 kita mengtype mendalah ni...mata pulak dah kusam..gosok2 banyak kali nak kasi clear..tapi tak clear2..kena adjust position jauh sikit..baru nampak..wakaka..macam ginilah kalau ambik recipe dari buku..kena type pelan2..kalau dari internet copy & paste aje senang..huhu..

Ok ini adalah salah satu menu iftar semalam..nama dia macam tu ler..kita pun tak tahu kenapa..recipe ni walaupun dagingnya nampak sikit tapi lepas dicampur dengan bahan2 lain tu kita dapat bakar dalam loyang 8". Sebenarnya dalam buku tu tak dinyatakan makan dengan apa..tapi kita makan dengan roti , basically kita hiris bila dia dah sejuk dan buat makan macam sandwich..kapitkan roti & boleh dimakan dengan daun salad, tomato & timun..kenyang nyah...


Kaleidoskop
Sources:-From Norgiham Gulam@Resipi Ceria Keluarga
Bahan A:-
200g daging cincang-(Ayu keringkan atas kuali + sedikit halia kisar)
1 sudu besar tepung gandum
125 ml susu cair
1 sudu kecil serbuk buah pala-(Ayu bubuh secubit aje)
1 sudu kecil italian herbs-(Ayu tambah)
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk pati daging-(Ayu gunakan 1 kiub stok daging)
1-2 sudu besar mentega
garam & perasa secukupnya

Bahan B:-
4 biji telur

Bahan C:-
2 biji bawang besar dipotong dadu
3 biji lada merah & hijau dipotong bulat -(Ayu tambah cili padi lebih sedikit)
daun sup & daun bawang dihiris halus
keju mozarella diparut secukupnya
125g lobak merah dipotong dadu
100g kacang buncis dipotong bulat
2-3 biji telur rebus dipotong bulat
2 sudu besar sos perasa
11/2 biji tomato dipotong dadu + 1/2 lagi dihiris bulat untuk hiasan atas

Cara A:-
Masukkan susu bersama daging, garam, lada hitam, buah pala serbuk, italian herbs dan serbuk pati daging. Kemudain masukkan tepung gandum dan dimasak dengan api yang kecil. sesudah itu masukkan mentega dan dikacau sampai kental lalu diangkat.

Cara B & C:-
Pukul 4 biji telur tadi hingga kembang.
Kemudian masukkan bahan C dan kacau hingga rata lalu masukkan bahan A dan kacau hingga sebati semuanya lalu tuangkan kedalam acuan yang telah disapu mentega.(Ayu ambil setengah dari adunan ini masukkan kedalam loyang, rata2kan kemudian susun hirisan telur rebus tadi diatas permukaan layer 1, lepas tu, masukkan adunan daging yang balance tadi menutupi hirisan telur rebus tadi. barulah disusun hirisan tomato dan cheese & kacang buncis diatas)
Bakar selama 45 minit hingga kekuningan lalu diangkat dan sejukkan dan boleh dipotong.



Ayam Goreng Nyonya

Lauk ayam goreng, yang confirm laku & laju..lawan dengan asam rebus bendi belacan kat bawah tu...recipe diambil dari buku masakan ..kepala otak tengah blurr tak tahu apa nak type..so layan ajelah ya..mungkin tengah buntu nak masak apa untuk berbuka..adoiiihai..

Ayam Goreng Nyonya
Sources:-From Citarasa Istimewa Berasaskan Ayam
Bahan2:-
500g ayam -dipotong sederhana-(Ayu gunakan ayam dada)
8 biji cili padi -diketuk
1 biji bawang besar -dipotong bulat
1 sudu besar sos plum masam-(Ayu gunakn sos plum aje tak masam)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
sedikit daun kari
garam & perasa secukupnya
minyak - untuk menggoreng

Bahan Perap:-
1 batang serai*
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2cm lengkuas*
sedikit halia*
(*dikisar halus)
1 sudu kecil sebuk kunyit
1 biji telur
1 sudu besar tepung jagung
sedikit garam

Cara membuatnya:-
  1. Bersihkan ayam dan keringkan dengan kain. 
  2. Gaulkan dengan bahan perap hingga rata. Biarkan selama 20 minit
  3. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan tos.
  4. Panaskan minyak dan goreng bawang besar, cili padi dan daun kari hingga naik baunya.
  5. Masukkan ayam, sos plum masam, sos tiram dan sos tomato, garam & serbuk perasa. Kacau sebati.

Asam Rebus Bendi Belacan

 Lauk sahur berkuah semalam..simple aje ni..lawankan dengan lauk gorengan ayam..nyamann..hhehe

Asam Rebus Bendi Belacan
Sources:-From Ayu@Curlybabesatisfaction
Bahan2:-
  • 10 biji  bendi
  • 1 sudu kecil kunyit serbuk
  • 1 inci belacan*
  • 3 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 cube ikan bilis*
  • 1-2 keping asam keping-ikut rasa
  • garam + serbuk perasa (secukup rasa)
  • 4-5 cawan air
  • 6-10 biji cili api diketuk dan dicampak
Cara2nya:-

Kisar atau tumbuk bahan2*. Masukkan bahan kisar, air,asam keping dan cili padi kedalam periuk dan biarkan hingga mendidih. Masukkan bendi dan biarkan hingga masak dan empuk perasa kan dengan garam dan serbuk perasa.matikan api dan siap untuk dihidang