Monday, August 08, 2011

Telur Goreng Kicap II

Telur goreng kicap ni adalah menu sahur hari ke empat..this time kita masukkan sos tiram & kiub ayam untuk ubah sikit rasanya.. pernah buat disini.. tapi yang tu tak letak sos tiram & kiub ayam..bahan2 kicap dan air tu please adjust ikut selera dan preference ya..sebab kita masak ni main tuang  & eye judgement..


Telur Goreng Kicap II
Sources:-From Ayu @Curlybabesatisfaction
Bahan-bahan :-
8 biji telur digoreng dan ketepikan
1 sdm sos tiram
kicap masin & manis secukupnya-anggaran 2-3 sudu besar each
1/2 kiub ayam
2 bj cili hijau/merah, dipotong serong
5 biji cili padi diketuk
1/2 biji buah tomato -(optional)
1-2 biji bawang besar, potong bulat
2 biji bawang putih dihiris
2 biji jus limau sambal
air secukupnya
garam & perasa secukupnya-(kalau perlu)

Cara-cara :-
  1. Goreng telur mata lembu , ketepikan.
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tapi kurangkan untuk menumis. Panaskan minyak semula dan masukkan, bawang besar , bawang putih, lada hijau/merah, cili padi  dan tumis hingga layu.
  3. Tuang sos tiram dan kacau seketika kemudian tuang kicap.  Masukkan air. Biar mendidih seketika.
  4. Masukkan telur goreng , dan kaup balik hingga sekata. Last masukkan buah tomato dan kacau lagi seketika. Perahkan jus limau, rasa apa yang kurang  kalau perlu tambah garam & perasa then tambahkan secukup rasa.Matikan api, siap untuk dihidang.

9 comments:

anymz said...

salam ayu,menu yang paling best utk bersahur..tak pernah jemu makan ni tika sahur..yg paling tak best tukang masaknya lah..terpisat2 mata,mengantuk waktu memecahkan telur masuk dalam kuali..hehe

izahdaut said...

BETUL KATA KAK ANIM.. LAUK PALING BEST... ELOK LA SANGAT . NAK TRY CARA KAK AYU NI LAK LA. BIASA SAYA BUAT TAK LETAK SOS TIRAM TU

ijayuji said...

Salam mak ayuuu! baca tajuk dah dpt agak ni mesti menu sahur, dulu2 kalau kat mesia kena paksa sahur jdnyer menu kicap2 mmg menu kegemaran kita ikan bilis kicap keeee sume nak kicap hihihi... mmg itu ajer seleranyer tp peliklah skrg ni puasa kalau mkn berat2 masa sahur tgh hari peut kita dah tak tahan lapo! mcm budak2 jerr ahahaha... tp kalau mkn kurma 5 biji mmg tak rasa lapo cuma petang2 tu dah rasa letih lahh :D

Ayu said...

anymz - walkslm, aah kak tak jemu lauk ni..heheh..oh kita masak sebelum masuk tidur kak..kalau yang masak time sahur tu cuma goreng sayur aje..part lauk2 ni malam kita masak..tapi memang pun bangun sahur tu mata kejam sebelah lagi jalan dalam gelap kedapur..heheh

izahdaut - tulah izah, sebelum ni tak letak oyster sauce & kiub just kicap aje..sedikit perubahan aje..izah adjustlah mana yang patut tu ya..

Ayu said...

ijayuji - walkslm, aah lauk tak ada idea & tak kuasa..heheh..mungkin ika, oh family akak sahur mesti cari nasi..kalau tak semua lembik..hahah..cuma itulah berbuka jarang makan nasi normally mee lah..heheh

nOOrsha said...

sahur mkn telur masak kicap ni, mmg berselera jr kak.. hehe..

Ayu said...

noorsha - memang betul tu sha, besides tak ada idea nak masak apa..simple & senang lagi menyelerakan kan..hehe

Rina NAR said...

ni la fav i dr kecik sampai ke besar heeheh

Ayu said...

rina - betul tu akak pun sama juga fav ni..hehehe