Friday, November 04, 2011

Lontong Semarang

Kalau siapa2 yang mencari menu apa yang nak masak pada Hari Raya Aidil Adha ni..bolehlah cuba lontong Semarang ni...actually kita masak ni a few weeks ago, sebab tekak rasa macam nak makan lontong, teringatkan pernah nampak lontong semarang ni kat dapur Kjee, terus kita print out the recipe..tapi bila buka fridge, banyak sayur mayurnya tak ada dalam stok, like the petola, terung & sayur nangka...so kenalah cari sayur2nya dulu baru best kan..next day kita cari sayur2 tu tapi sayur nangka pulak nak kena cari kat abang yang jual sayur kampung, ..lepas semua dah siap barulah project pun bermula..oops daun belinjau tak jumpa ler..paham2 aje lah...daun2 macam ni memang susah nak cari kat sini..or maybe ada kot tapi kita tak kenal..haha....
Mengikut bahan2 yang tertera..lontong ni menggunakan daging or tulang ayam..memang confirm ler lain dari lontong yang biasa kita masak tu..mesti sedap sebab ada daging or ayam kan..so in this case..kita gunakan ayam 1 ekor, boleh juga siapa yang nak makan nasi lawan kan juga kuah lontong nikan..menurut Kjee juga, kuahnya kalau lagi pedas lagi best..uish memang itu yang kita suka PEDAS....hehe..

Lepas masak, Hasif cakap nak makan, dia tanya ma masak apa..kita cakap lontong..ok acip nak..bila kita dah hidangkan..dia terscoop ketulan ayam dalam kuah lontongnya tu..Ma kata masak  lontong?..Kita jawap dari dapur..lontonglah tu ..habis kenapa ada ayam?..kita pun cakaplah itu lontong Semarang ler..Apa?..lontong sembarang?..(pekak badak pulak budak ni, kita jawap)..itu lontonglah juga tapi ada ayam dalamnya...Acip trylah dulu sedap lah..so dia pun try..aahlah ma sedap.. Then malamnya....kita hidangkan pula untuk Mr Hubby..dia pun tanya ni lontong apa?..kita jawap lagi Lontong SE-MA-RANG..eh I pernah pergi to Semarang tak jumpa pun lontong gini?..alah you pergi Semarang sebelah mana..kita jawap..hehe..

Apa2pun..kalau nak kelainan cubalah lontong Semarang ni..memang sedap pada tekak kita ni..actually kita masih makan dengan sambal tumis & serunding walaupun kuahnya ssudah bercilipadi tau..tapi terlupa pulak nak ambil gambar the complete set..Kita added tauhu & tempe juga for this..Terimakasih Kjee for sharing masakan orang jawa yang sedapp ni ya..Minta izin dipanjangkan disini pula for the rest to try juga..

Lontong Semarang

BAHAN2

Nasi impit
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih 
2 inci belacan
4 biji buah keras
2 inci kunyit hidup (boleh guna 1 sudu kunyit serbuk)
cili api (ikut kepedasan)
2 biji cili merah
2 batang serai
terung
petola
daun belinjau-(Ayu tak letak ni)
kobis   
nangka (dipotong kecik2 dan rebus)
2 cawan santan pekat
daging atau tulang ayam-(Ayu gunakan 1 ekor ayam) 
tauhu & tempe, digoreng dulu -(Ayu tambah)  
garam & perasa secukupnya

CARANYA:
Nasi impit yang telah direbus disejukkan sekurangnya 5 jam.
Kisar atau tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api, kunyit hidup, belacan dan buah keras hingga menjadi paste. Daging dipotong kecik2. Kalau guna ayam, potong sama jugak. Pastu, panaskan periuk dan tumis bahan kisar hingga naik wangi. Masukkan daging atau ayam dan kacau seketika atau hingga dagingnya kecut. Masukkan serai yang telah diketuk. Kemudian masukkan sedikit air dan biarlah daging empuk atau ayam cukup masak. 
Masukkan sayur bermula dengan yang keras iaitu terung. terung dan juga petola dipotong kasar2. Daun belinjau di petik dan kobis juga dipetik dan dikoyakkan. Masukkan semua sayur lain setelah terung empuk.
Kemudian masukkan pula 2 cawan santan, kacau hingga rata dan biarkan mendidih. Bila sudah mendidih, pelahankan api dan reneh seketika. Bubuhlah garam dan sedikit serbuk perasa kalau suka. Kalau tidak bubuhlah sedikit gula.Kemudian taburkan cili merah yang telah dihiris halus, kacau dan angkat.
Susun nasi impit diatas pinggan dan tuangkan kuah lontong.
Itu sahaja. Tidak ada lauk lain sampingan. Kjee pernah buat Lontong Singapura dan Lontong Semarang untuk open house hari raya satu ketika dulu. Lontong Semarang habis dulu! Semua kata rasanya lain dan cukup sedap.

5 comments:

Kjee said...

hahaha like your ramblings. kelakar. ini antara menu wajib pagi Raya. But this time around Kjee tak buat. tapi kalau teringin nak makan, Kjee buat tak tunggu raya. Salam aidil Adha to you and your family.

cikmanggis said...

sedang mencari cari resepi untuk raya lusa ni..hmmm nampak sedap ni ayu.Boleh cuba tapi kena cari pucuk ubi dulu.Selamat hari raya Aidil adha buat Ayu sekeluarga:)

Yatie said...

adoyaiiiii..takleh cakap apa2 daaaaa...menyelerakan sungguh...mmng harus di cuba one day...tq kongsi resepi..

Ayu said...

kjee - hahaha..betul tu kjee..kalau dah terpingin tak payah tunggu raya nak buat..bila2 pun boleh buat..Salaaaidil adha jga uat akak & faamily ya..

cikmanggis - selamat hari raya aidil adha juga buat cm..cubalah rendang pucuk ubi tu..its a uniqe recipe kak..

yatie - aah yatie..cubalah bila2 tak payah tunggu hari raya pun ok kan..hehe

Rumah Dijual said...

wah jadi rasa lapar ngeliat lontong sayur, pasti rasanya kas banget semarang.