Friday, December 16, 2011

Bunga Kucai Berdaging Ala Thai

Assalam teman2..hari ni nak masukkan lauk daging yang dimasak beberapa hari yang lalu..uish..lauk beberapa hari yang lalu dah masuk lauk bulan2 yang lepas or tahun lepas belum lagi..hehe..bukan apa..kita masukkan entry pun tengok mood dan tengok keadan..macam test the marketlah gitu..haha..macam orang meniaga..hari ni kita nak jual lauk ni hari esok lauk yang lain pula..ahh..begitulah..ceh..ceh...ceh..

Oklah tanpa membuang waktu..marilah tengok recipe lauk daging yang sangat sedap pada kita dan family..semua suka lauk ni..tapi yang paling suka anak bujang kita Hasif..dah makan dengan nasi, ambil lagi buat ratah2 aje..nasib baik masak lebih..dia ni memanglah ikut ayahnya..suka daging!!..hehe..Daging ini ada rasa2 macam Daging Goreng Ala Kaprau yang pernah kita masak dulu, cuma yang tu gunakan daun selasih tapi yang ini ada letak daun bunga kucai, dan ada letak tauhu, sedapp sangat pada kita..oh ya..daun bunga kucai ni..inilah kali pertama kita gunakan..kalau selalu daun kucai tu aje..sebenarnya nampak lauk nilah yang bila pergi beli groceries terus ambil satu ikat..sebab ingin mencuba apa rasanya..ternyata sedapp..Recipe macam biasa  tak lain tak bukan dari CMG yang pandai masak..Terimakasih & minta izin dipanjangkan disini pula ya Che Mat..

Bunga Kucai Berdaging Ala Thai
Sources:-From CMG@Tiffinbiru
Sources:-From Ayu@Curlybabesatisfaction
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ikat bunga kuchai (boleh tengok disini)
300 gram daging batang pinang
1 keping tauhu, didadu dan goreng, toskan
1 inci halia muda, hiris nipis
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji bawang besar, hiris
8 biji cili padi, dititik
1 camca besar sos tiram
1 1/2 camca besar pes tomyam-(Ayu gunakan 1 cube tomyam)
Sedikit gula
Sedikit air
Sedikit sos ikan jika perlu (mat tak letak)-(Ayu pun tak letak)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Bunga kuchai, dicuci dan toskan hingga kering. Kemudian kerat pendek kurang lebih 1 1/2 inci. Daging batang pinang dihiris nipis, cuci dan tos. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan cili padi hingga harum, masukkan sos tiram dan pes tomyam, kacau rata dan masukkan daging, kacau dan biar daging kecut sedikit. Tuang sedikit air.
  3. Masukkan tauhu dan gaul rata. Tambah hirisan bawang besar, bunga kuchai dan sedikit gula, kacau rata dan masak sekejap hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit sos ikan. Matikan api dan hidangkan panas bersama nasi hangat.

7 comments:

cik cek said...

Fuhhh....hari ni akak no.1...sampai dulu...yayyyyy....
Kalau menu2 daging kat rumah ni...memang laris sangat....kalau masak ikan...adoiai! jeling pun tak nak...he he....
Mesti cuba lak menu ni...lapo lak akak tengok lauk ni Ayu....lum lunch lagi ni....:)

Ayu said...

cik cek - hahah..yes kak cek menang!!!..samalh kak cek..kalau ikan ada slow banayk ah..kalau daging or ayam laju aje..hehe..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

aduhh kak ayu... terliur tgk lauk daging ni.. kalau ada rasa ala2 daging kaprau tu mmg sedaplah.. mcm nak cuba jer.. tp payah sikit nak jumpa bunga kuchai tu..kalau terjumpa harus dicuba resepi ni.. tq kak ayu..

Ayu said...

ratna - cubalah ratna..memang sedap daging masak macam ni..akak ni baru first time masak gunakan bunga kucai ni..selalu namapk tapi tak tahu nak masak apa.so bila dah ada resipi ni akak pun cuba..memang best ..

IZA AKMA said...

assalam kak ayu
menyelerakan walau ringkas...bahan pun senang semua ada..yg susah nak jumpa bunga kucai tu, nasib2..kdg2 terjumpa tp tak pernah beli pulak..tak tau nak dimasak apa..ni dah tau next time jumpa sambar je laa

Ayu said...

iza - walkslm, memang simple aje masakn ni iza, dan bahan2nya semua mesti ada..tulah bunga kucai tu yang kadang2 ada kadang2 tak adakan..tapi next time mesti sambar tau kalau jumpa..heheh

Anonymous said...

Ayu...Bunga kucai ini KakSal goreng dgn udang pun sedap kalau KakSal pegi Shing siong bedok mesti beli...sayur rasa manis2 gitu.KakSal....