Friday, February 25, 2011

Sotong 3 Rasa

Lauk seterusnya adalah sotong..sotong ni dah macam2 gaya kita masak..bila nampak recipe sotong aje yang baru terus masuk list..tak pandang belakang punya..hehe..kali ni cuba pula recipe sotong 3 rasa ni..recipe diambil dari dapur Nor Terengganu, recipe asal dari periuk tanah@Raihan..terimakasih diucapkan kerana sudi share recipe yang sedap ni..puan2 minta izin & halalkan kita letak recipenya disini pula ya..lauk ni pun complete dengan sayur..maklum ajelah ya kita lebihkan cilinya ..hehe itu yang nampak merah aje..

SOTONG 3 RASA
sumber: PeriukTanah@Raihan
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Ingredients:-
500 gm sotong sederhana besar- bersihkan, potong ikut citarasa
3 ulas bawang putih dihiris halus-(Ayu blender aje)
1 labu bawang besar dicincang-(Ayu blender aje)
5 biji cili api akar-dicincang ***ikut ketahanan pedas-(Ayu blender aje)
4 tangkai cili merah dibuang biji dan dicincang-(Ayu blender aje)
1 sudu makan cuka
3-5 sudu makan sos Thai
garam dan gula secukup rasa
minyak masak
sayuran seperti bunga kobis, kacang buncis dan jagung manis-ikut citarasa

Method:-
1. Panaskan 5 sudu besar minyak dalam kuali. Goreng sebentar sotong untuk mengeluarkan airnya. Angkat dan ketepikan.
2. Gunakan minyak dan kuali yang sama, tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
3. Masukkan cili merah dan cili padi. Kacau sebentar.Masukkan sayuran dan sedikit air. Biarkan sayuran masak sedikit.
4. Masukkan cuka dan sos Thai. Masukkan sotong yang telah digoreng tadi. Perlahankan api dan gaul sebati. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Sedia dihidang bersama nasi putih dan lauk-pauk lain.

Kobis Masak Lemak Putih

Since dah duduk depan pc ni siaran langsung terus ajelah mengupdate ya..hehe..maybe you guys tertanya2..kalau tak update tak update langsung..sekali dah update macam tak reti nak stop gitu ya..hee hehe..sorry ya friends, tapi begitulah hakikatnya..kalau tak boleh tu means tak sempat ler tu..kalau boleh..tak pedulilah tu..nak update juga..haha..apa2 ajelah makcik nikan...

Lauk kuah, bersayur, tak pedas & senang..functionnya untuk menyenangkan perjalanan nasi ke perut.,sudah ada sayur dan tak payah goreng sayur lain, tak pedas sebab anak pompuan boleh makan dan terakhir, cepat dimasak..cukup syarat2nya semua..hehe..recipe dari orang Singapore juga..yang rajin contribute recipe2 yang best2 kat myresipi.com..kita juga tak reti2 nak masukkan laporan..maklumlah kita part IT ni memang ada banyak punya 'benak'(bodoh)..

Bahan-bahan ( 4-6 orang )

  • 1/2 biji kobis - hiris ikut suka
  • 1 labu bawang besar - hiris halus
  • 2 ulas bawang putih - hiris halus
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 batang lada merah - hiris serong
  • 1 batang lada hijau - dihiris serong
  • 200 g udang hidup - dikupas kulit
  • secukup santan
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Satukan kesemua bahan2 kecuali kobis di dalam periuk dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan kobis dan gaul hingga rata.Tambah santan jika perlu dan masak hingga kobis lembut.Siap untuk dihidangkan. 
Sources:-From kakfida@myresipi.com

Tauhu Bakar

Assalamualaikum, sekejapnya dah hari Jumaat, dan sekejap juga dah almost sampai kepenghujung bulan February..nak update blog pun rasa macam tak sempat aje....baru nak type ada aje yang dok memanggil ..past few days, ada sikit sibuk..terpaksa keluar rumah (kalau boleh memang malas kalau tak ya ya)..sebab nak settlekan somethings at the post office and the bank..pergi bank pun bukan kerana masukkan duit ya..tapi collect my new passbook yang telah ditelan machine bila Mr Hubby updatedkan kat ATM , hari tu..

Anyway, macam biasa, hari ni nak kena update sebab..esok dah confirm  tak boleh punya..hehe..
Ok tauhu bakar ni buat pun dah lama ..pernah buat dulu tapi this time kuahnya kita buat pekat sikit..
since dulunya recipe diconvertkan ke bahasa Inggeris, this time ambik terus dari asalnya..
Thank you Che'iza, akak letak recipe nya disini ya..mana iza ni..lama tak dengar berita..harap2 tempat iza dah tak banjir lagi..

Bahan-bahan ( 2 org )

  • 4 kpg tahu-(Ayu gunakan taupok)
  • 100 gm taugeh
  • 1/2 btg timun
  • 1/2 biji sengkuang
  • * 3 sb lada boh / lada giling
  • * 1 ulas bawang putih dititik
  • * 2 sb gula merah
  • * 1 sb gula pasir
  • * 3 sb air asam jawa
  • * 2 cwn air
  • sedikit garam
  • 1 sb bijan digoreng tanpa minyak
  • kacang tanah tumbuk utk tabur atas tauhu

Cara-cara

  1. Tahu bakar hingga masak dan ketepikan.
  2. Celur taugeh dgn air panas, tapis dan ketepikan.
  3. Potong kecil2 atau baji sengkuang dan timun
  4. Masak semua bahan bertanda * sehingga pekat. Consistencynya bergantung pd citarasa masing2 tp baik buat pekat sikit sbb tauhu akan kuar air gak sikit nanti. Bila kuah hampir siap masukkan bijan kacau rata dan matikan api.
  5. Potong tahu kecil2, letak taugeh sengkuang n timun, bolehlah tuang kuah sos keatasnya. Tabur sikit ngan kacang tumbuk, siap tuk dihidang....
  6. Sos boleh simpan dlm fridge n boleh tahan lama gaklah, sesuai gak tuk keropok lekor, popia n karipap sayur.. 
Sources:-From che'iza@myresipi.com

Tuesday, February 22, 2011

Apam Beras

Akhirnya tercapai sudah hajat dihati nak buat apam beras ni...geram kita tengok ramai yang dah buat apam beras, apam snow white & the 7 dwarfs, apam labu, apam keladi..dan apam2 yang sewaktu dengannya...
memanglah betul kata teman2,..this apam is very the soft and sedap!!..rasa gulanya just nice & boleh digrade kan the perfect 5/5..boleh buat lagi ni..pass the Iso standard!!..
Thanks cha@myresipi.com for this recipe.

Bahan-bahan ( 5 org )

  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air
  • 1 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

  1. blend nasi dan air sehingga hancur.
  2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. perap selama 3 jam.
  6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap! 
  8. Sources:-From  cha@myresipi.com

Nasi Lemak Terengganu Hujan Panas

Assalammualaikum teman2..yang dirindui selalu..hehe..sebelum dimulakan entry hari ni..saya ingin mohon maaf jika entry ni akan membuat orang Terengganu, marah kat kita sebab dah pandai2 mengubah nama makanan tradisi orang disana ..

Nasi Lemak Terengganu yang sepatutnya menggunakan ikan tongkol untuk sambalnya..telah kita ubahkan menggunakan ikan unga..baik2 nasinya putih kita telah ubahkan kepada Nasi Lemak Hujan Panas..dari itu terjadilah combinasi nasi lemak dari dua daerah ..lauknya dari Terengganu dan nasinya dari daerah saya pun tak tahu..haha...saya kahwin kan ni dua untuk menjadi santapan makanan tengahari kami sekeluarga hari Ahad lepas...sekali2 main dengan colour best juga ni..hehe
So puan2 punya recipe dibawah ni , terimakasih & minta izin pamerkan recipenya disini pula ya..

Nasi Lemak Terengganu
Bahan-bahan ( 5-6 org )
  • 1 ekor ikan tongkol yang besar - dipotong keping-keping besar.-(Ayu gantikan dengan ikan unga)
  • Segenggam cili kering (ikut suka pedas)
  • 3 ulas bawang putih
  • 5-8 ulas bawang merah
  • sedikit sos tomato
  • sedikit belacan (kalau ada)
  • air asam jawa
  • garam,gula sesedap rasa

Cara-cara

  1. Kepingan ikan tongkol yang telah dibersihkan dimasukkan ke dalam periuk. Masukkan air hingga tenggelam. Tambah sedikit garam dan 2-3 keping asam keping/gelugor. Rebus sampai mendidih. Angkat dan ditoskan. (jgn lama takut lembik)
  2. Goreng ikan tersebut dlm minyak. (supaya ikan pejal dan tidak hancur)
  3. Bawang putih, bawang merah, cili kering ditumbuk atau dikisar.
  4. Dlm kuali yg lain-panaskan minyak. Goreng bahan-bahan kisar tadi hingga garing.
  5. Masukkan belacan,air asam jawa,sos tomato, garam, gula.
  6. Masukkan ikan dan bawang besar yang dimayang.Masak sehingga bawang besar layu. Bolehlah dimakan bersama nasi lemak. 
Sources:-From sitiazma@myresipi.com


Nasi Lemak Hujan Panas
Bahan-bahan ( 4 orang )
  • * 2 mug beras (dicuci bersih)
  • * 1/2 mug santan pekat
  • * 2 mug air (ikut jenis beras)
  • * 1 biji bawang putih (di mayang halus)
  • * 1/2 inchi halia (di ketuk / dihiris halus)
  • * 1/2 sudu kecil halba
  • * 1 sudu kecil garam
  • * Sehelai daun pandan
  • * Sedikit pewarna merah, kuning dan hijau

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker KECUALI pewarna.
  2. Masak nasi seperti biasa. Sekali sekala kacau supaya santan bergaul rata.
  3. Bila nasi telah kering, baki 2 minit sebelum nasi masak, buatkan 3 lubang. Titiskan setitik warna...satu warna untuk satu lubang.
  4. Kacau nasi di setiap bahagian warna, jangan di kacau secara keseluruhan lagi.
  5. Selepas 2 minit nasi masak barulah di kacau secara keseluruhan supaya berwarna warni seperti warna pelangi selepas hujan panas...tu le sebabnya di panggil NASI LEMAK HUJAN PANAS.
  6. Sesuai di makan bersama sambal tumis, timun, telur rebus/goreng, sambal sardin atau apa sahaja lauk kegemaran anda. Selamat mencuba.
  7. *gambar kecik kat atas tu Sardin Serai... Tumis bawang putih & bawang merah dan sedikit halia. Masukkan sardin dan sebatang serai yg diketuk. Masukkan sedikit air dan cili api. Campurkan sedikit air asam jawa. Biarkan mendidih. Masukkan garam dan perasa. dah siap! -(Ayu tak buat yang ni)
Sources:-From rinsca@myresipi.com


Friday, February 18, 2011

Dulce De Leche Pound Cake

If you have tried baking Condensed Milk Pound Cake, then you should try baking this DDL Pound Cake!!!..Frankly one of the reasons why I've decided to do the DDL, was because of this recipe!!..Since I have already fallen in love with the taste of condensed milk pound cake, I guessed I should go for this too, as  one of the ingredients was to used the 'Boiled' (DDL)condensed milk..hehe..

Just cant wait to try it when my DDL was ready!!..of course I  waited till the next day after boiling the cans of milk till they are really cooled..Same like the cake I baked earlier for the CMPC, & Sicilian Orange Cake this cake was gone few hours after baking it..
Saw the recipe in Jess Kitchen, straight away book marked it and here it is!!..Thank you Jess for sharing this nice recipe. I've made slight adjustment to it hope you dont mind..I put up here for the rest to try it too ya..


Dulce De Leche Pound Cake
(adapted and modified from Pichet Ong's The Sweet Spot Condense Milk Pound Cake)

Ingredients:-
250g unsalted butter, room temperature-(Ayu used salted)
240g top flour-(Ayu reduced slightly 220g)
3/4 tsp baking powder
106g castor sugar, reduced to 80g-(Ayu used 60g)
1 tsp vanilla extract
239g Dulce De Leche -(Ayu used 304g-abt 1 cup)
3 large eggs


Method:-
  1. Preheat oven to 160C. Butter and flour a 9" x 5" loaf pan, set aside.
  2. Sift flour and baking powder together, set aside.
  3. Beat butter and sugar until light and fluffy, add DDL and vanilla and mix until well combined.
  4. Add the flour mixture and beat until no traces of flour remains.
  5. Beat in eggs 1 at a time, beating well after each addition.
  6. Scrape batter into prepared pan and smooth the top. Bake in preheated oven for 60mins or until a skewer test comes out clean.
  7. Cool completely on wired rack before unmolding, serve as desire.
Sources:-From http://jesskitchen.blogspot.com

Dulce De Leche

The first time I saw this, was in AlongRoz 's  blog ...quite a unique thingy I thought, but still no 'seru' to try it, cause of the boiling duration & I dont have a pressure cooker at that time,...then a few bloggers tried it too like Hana & a few whom I cant  remember, and still  DDL was put into my wish list-to-do ... lately saw this in Love2cook and this time I already have a pressure cooker.Decided to go ahead for the talked about Dulce De Leche.....

In Along's posting she mentioned about the link in  Wendy's blog, I went up to browse and read what Wendy has posted, researched and comments on this Dulce De Leche. One thing for sure those condensed milk that I have in store was not suitable for DDL!!.Those were not condensed milk but actually sweetener!!..Oh my..baru saya tau!!..haha..

Searched the supermarket that I usually buy my groceries, and I could only find these below..not the type like Wendy used the 'Full Cream Sweetened Condense Milk', but the 'Low Fat Sweetened Condensed Milk'..I just grabbed 4 of those(already costly leh..S$1.80 each) and put all to boil in my pressure cooker for 1 hour, infact 40-45 minutes is good enough according to Wendy, but I just wanted my DDL to be darker in colour that was why I boiled it longer..

After opening up the can, what I can say it is very yummy...and cant wait to try a few of the recipes using DDL!!..
Thank you  guys for promoting this DDL..I am beginning to love it.
Not forgetting, thank you very much to Wendy for sharing all the resources & researched you linked below,
dont mind I posted the link here too for future reference and for those who are interested to do this DDL..

So, how to make it? Few methods Wendy.. listed them below.
Method (A)
Milk , sugar, baking soda and maybe some flavourings like vanilla or cinnamon.
1. Traditional simmering
http://www.uruguayuruguay.com/dulce-de-leche-recipes.htm
2. Slow Cooker
http://www.glutenfreeturtle.com/2008/01/09/slow-cooker-dulce-de-leche-cajeta-gluten-free/

Method (B)
Opened can of condensed milk:
1. Bake in oven: http://www.davidlebovitz.com/archives/2005/11/dulce_de_lechec.html
2. Microwaving : http://southamericanfood.about.com/b/2010/01/31/microwave-dulce-de-leche.htm
3. Double Boiler: http://southamericanfood.about.com/b/2009/01/16/easier-dulce-de-leche.htm

Method(C)
Unopened can of condensed milk.
-I don’t see how dangerous this as, as canning is also done with unopened jars/cans in heated in boiling water for an amount of time. Just don’t leave the pot dry and the heat on. Read: http://www.mykitchensnippets.com/2008/05/dulce-de-leceh-cheesecake.html
1. Simmering a can of sweetened condensed milk for 2-3 hours http://notwithoutsalt.com/2009/09/12/dulce-de-leche/
2. Pressure Cooker : cook a can of unopened sweetened condensed milk for 30-40 minutes, everywhere on the internet.
3. Simmering in slow cooker/crockpot: http://www.mangiodasola.com/2010/01/crockpot-dulce-de-leche.html

I tried out method (C)2.Boiled them in pressure cooker. for 1hr.

Belado Terung & Telur Puyuh

Recipe  telah diadjust ikut apa yang ada didapur kita..Adaptasi dari 'dapur cantik' blogspot.
Lauk malam semalam sebab lauk siang  yang kat bawah tu dah tinggal sikit nak sampai kan kemalam..
Adjustlah ikut citarasa ya..;)


Ingredients:-
  • 1 biji terung -dipotong serong dadu atau ikut suka-di goreng sebentar angkat ketepikan
  • 15 butir telur puyuh- direbus, kopik kulitnya & goreng angkat ketepikan
  • 10 biji lada merah*
  • 1 biji bawang besar*
  • 2 biji bawang putih,*
  • 1 biji tomato*
  • minyak goreng secukupnya
  • garam & perasa secukupnya

Method:-
Panaskan minyak hingga panas,  goreng telur puyuh sebentar saja hingga permukaan luarnya menjadi kekuningan.
Terong dipotong kecil arah menyerong, cuci bersih, lalu goreng hingga lembut.Cuci bersih lada merah, bawang besar, bawang putih dan tomato lalu dikisar kasar tapi kering menngunakan chopper. Tumis bahan2 kisar hingga pecah minyaknya, masukkan garam & perasa ..Baru masukkan terung yang sudah digoreng, telur puyuh goreng  & gaul rata.
Sources:-From http://dapur-cantik.blogspot.com

Thursday, February 17, 2011

Murtabak Spaghetti

This was the balance dari spaghetti yang dah direbus hari tu sebab kuah sosnya dah habis..I made murtabak spaghetti..recipe yang diadaptasi dari dapur  CMG Murtabak Makaroni..lebih kurang samalah jenisnya nikan..tapi I gunakan spaghetti instead of makaroni. Tukarkan isi ayam ke udang dan adjust mana2 yang patut..Thanks Che Mat, kasi akak idea macam mana nak perhabiskan balance spaghetti rebus ni..yang balance lagi sikit kita buat spaghetti sup for Iqram & Marsya..
Murtabak ni my parents makan pun laju aje..kalau laju tu tandanya oklah..kalau slow dan ada balance lagi tandanya tak ngamlah dengan tekak mereka..hehe
So below recipe nya..akak letakkan disini pula ya CheMat..

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram makaroni yang belum direbus-(Ayu gunakan 400g spaghetti yang siap direbus)
*100 gram daging ayam, potong halus-(Ayu gunakan 150-200g isi udang yang dipotong dadu)
*2 ulas bawang putih, tumbuk halus
*3 keping hirisan halia, tumbuk halus (Ayu tak letak ni)
 (*disatu kan dan perap 10 minit)

1 biji bawang holland, dadu kecil
1/2 biji cili merah, buang biji dan dadu kecil-(Ayu gunakan 1 biji lada merah + 3 biji lada api)
1/2 biji cili hijau, buang biji dan dadu kecil-(Ayu gunakan 1 biji lada hijau)
3/4 camca besar rempah kari daging (mat guna baba's)-(Ayu gunakan 1 sudu besar rempah kari ikan-Baba's)
2 camca besar sos ikan
Secubit gula+sedikit garam + perasa kalau suka
1 pokok daun bawang, dihiris
1/2 cawan air-(Ayu tak letak sebab udang dah berair)
4 biji telur

BAHAN BAWANG JERUK :-)-(Ayu tak buat ni)
1 biji saiz sederhana bawang holland, hiris halus
1 camca besar cuka makan (mat guna jenama Jalen)
3 camca besar sos cili thai (mat guna jenama LIFE)
2 - 3 camca besar air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK BAWANG JERUK :- Satukan semua bahan untuk bawang jeruk, kacau rata dan biar selama 30 minit. Rasa dan jika perlu tambah sedikit gula. Ketepikan untuk kegunaan kemudian.
  2. UNTUK PENYEDIAAN BAHAN2 :- Rebus makaroni hingga lembut, toskan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis 1/2 bahagian bawang besar yang didadu tadi bersama cili hijau dan merah hingga layu. Masukkan rempah kari, kacau dan masukkan ayam, gaul rata dan tuang air. Tambah sos ikan dan sedikit gula. Masak dengan api kecil hingga kering. Rasa dan jika ok boleh angkat. Masukkan baki bawang tadi, dan gaul rata.
  3. UNTUK MURTABAK MAKARONI :- Panaskan non-stick pan berukuran 8 inci, lenser dengan sedikit minyak. Ambil 1/2 bahagian makaroni tadi, campur dengan 1/2 bahan dari no 2. gaul rata. Pecah kan 2 biji telur, kacau dan masukkan ke dalam bancuhan makaroni, tabur 1/2 bahagian hirisan daun bawang. Gaul rata dan tuang dalam non-stick pan tadi. Tutup permukaan nya hingga bahagian atas kering. Berhati2 terbalikkan murtabak dan masak sekejap lagi. Alihkan ke dalam pinggan. Buat kaedah yang sama untuk sebahagian lagi.(Ayu bahagikan 100g each(Spaghetti rebus) untuk 1 murtabak dan  isi udangnya tu pun dibahagi 4, 1 telur untuk 1 murtabak)Potong kepada 6 bahagian atau ikut suka, hidangkan bersama bawang jeruk tadi, selamat mencuba untuk semuaa....-(Ayu makan gitu2 aje)
Sources:-From http://tiffinbiru.blogspot.com

Tempe Goreng Ikan Bilis, Bayam & Jagung Masak Bening & Cencaluk Bawang Cili

Assalam dan selamat tengahari, bersiaran dari Utara Singapura..cuaca disini ada sikit panas, angin sikit pun tak bertiup dan ini membuat ketiak ada sikit melekit..hahaha..cit!!!..dirty fellow..tak apalah sekali2 dirty..manis gitu..wakaka..
Hari ni entry lauk simple tapi kita makan bertambah2...

Tempe Goreng ikan Bilis
Ingredients:-
8 keping tempe dihiris nipis
300g ikan bilis dibelah dua- atau ikut suka
1 sudu besar cili kisar
garam +gula+ perasa secukupnya
bawang goreng untuk tabur


Method:-
Goreng tempe hingga garing, angkat  ketepikan. Goreng ikan bilis hingga garing ketepikan.
Kurangkan minyak, tumis cili kisar hingga garing, masukkan gula, garam & perasa. Kacau rata. Matikan api. Masukkan tempe, ikan bilis & bawang goreng. Gaul hingga semua sekata. Siap untuk dihidang
Bayam & Jagung Masak Bening
Ingredients:-
1-2 cekak bayam disiang daun & batangnya
1-2 biji jagung dipotong 3
1 batang lada merah dihiris
1 biji bawang besar dihiris
2-3 biji bawang putih dihiris
air secukupnya
garam+ gula+ perasa secukup rasa


Method:-
Bubuh air dalam periuk ikut banyak mana. Campakkan hirisan, lada merah, bawang besar & bawang putih dan biarkan ia mendidih. Masukkan,  jagung dan biarkan hingga lembut & masak. Masukkan bayam, perasakan dengan garam, gula & perasa. Biarkan seketika hingga bayam agak2 dah layu. Matikan api.
Cencaluk Bawang Cili
Ingredients:-
Cencaluk
bawang besar dihirs
cili api dihiris
1-2 limau sambal diambil jusnya

Method:-

Gaul semua except limau..perah jus limau bila nak makan..Siap untuk dimakan.hehe

Wednesday, February 16, 2011

Spaghetti Seafood Marinara..again

It has been quite sometimes since I last cooked spaghetti ..so bila, masak ni semalam, sampai tak kecukupan, itu pun I gunakan botol besar for this...macam nilah..orang2 kat rumah ni..kalau spaghetti saucenya colour merah macam ni dia orang makan, tapi kalau yang putih2 tu..semua tak reti makan..baik yang tua ataupun yang muda..so no choice asik masak spaghetti sauce macam gini ajelah..hehe..

Bila dah rebus spaghettinya 1 packet,  Hasif requested untuk tambah lagi, tapi spaghettinya dah habis so terpaksalah kita rebus 1 packet lagi..then ada balance 3/4 lagi spaghetti rebus, itu yang kita perbagaikan like masak spaghetti soup and another menu which I will post later..meanwhile enjoy this seafood spaghetti of mine ya..

Ingredients:-
1 packet spaghetti
some olive oil
salt
water
Boil all the above till al dente and drained.

Sauce:-
1 small bottle PREGO' tomatoes sauce + 1 bottle water(same bottle) or more
1-2 tomato diced/chopped
1 carrot shredded
1 big onion diced
2 garlics diced/chopped
1 capsicum diced-(optional)
1 small can  button mushrooms slice
some medium prawns
some squids
$2 lala-(or mussels,optional)
1 tbsp chili powder-(optional kalau nak pedas)
2 tsp Italian herbs
1 tbsp pepper
1 tbsp black pepper
1 cube chicken stock
salt to taste
oil

mozzarella cheese shredded sprinkle on top
cheddar cheese shredded sprinkle on to
parmesan cheese sprinkle on top

Method:-
Heat oil and saute garlics, add in onions and stir till soft. Add in carrots,capsicum, and stir well. Add in chili powder,pepper,black pepper, Italian herbs,chicken cube and stir. Add Prego sauce, mushrooms,prawns, squids and lala and stir well. Add in water to estimate how much runny preferred, if wants thick then less water. Add salt let simmer for a while and turn off heat.
Pour onto boiled spaghetti and sprinkle with mozzarella, parmesan and cheddar cheese. Ready and serve hot

Ayam Masak Kicap Cili Api

Ayam masak kicap cili api ni, telah diadjust ikut my selera..recipe actually dari mesra.net....original recipe hanya menggunakan bawang putih, cili padi, kicap, tomato & mentega..so the rest tu kita add, shukur alhamdullah, my kids suka....

Ingredients:-
1 ekor ayam(large)- cuci bersih, lumur dengan jus limau sambal, - then gaul kunyit & garam perap sekejap)
6 sudu besar kicap masin
4 sudu besar kicap manis
*1 biji bawang besar
*3 biji bawang putih
*20-25 biji cli api-(ikut kepedasan)
*sedkit halia
(*kisar bahan2)
2 biji tomato dipotong baji
1-2 biji kentang dipotong baji -digoreng dan ketepikan
1-2 cawan air-(ikut kesesuaian)
garam -kalau perlu
sedkit serbuk perasa

Method:-
Goreng ayam embal2 terlebih dahulu, angkat & ketepikan. Goreng kentang ketepikan.
Tumis bahan2 kisar hingga naik bau dan  sedikit  pekat. Masukkan kicap gaul  rata dan tambahkan air ikut kesesuaian. Bila  sudah  mendidih masukkan ayam,  kentang. Masak hingga ayam benar2 masak dan menyerap. Rasa kalau cukup masin,manis & pedasnya Last baru masukkan tomato, gaul sebentar. Matikan api. Siap untuk dihidang.

Tofu Kung Pao

Assalam, maaf blog tak berupdate almost a week..makin lama macam sekali2 aje timbul nampak..heheh..dah malas ke?..atau dah tak kuasa ke?..Ishhh tidak lah..kita masih suka berblogging in fact masih 'active menembak' masakan & makanan kat rumah ni..itulah cuma kadang2 baru nak update, ada aje yang perkara yang menghalang..like wise,pagi sibuk memasak cause nak rushkan sebelum anak2 balik sekolah nak makan.. bila anak2 dah balik pulak, kena settlekan dia orang dulu, then by that time, gitu gini dah petang,..then tak termasuk tertidur depan pc as usual...hehe tersengut2 kita sampaikan my mum selalu ketawakan kita...bila sedar leher rasa kebas aje..hehe..

Oklah banyak pulak celoteh eh..oleh kerana kita ada overstock tofu tube ni, bila ternampak hari tu  kat dapur  Iza Akma tofu kung pao ni..terus bekenan minta izin nak cuba..I gunakan sayur2 yang ada dalam fridge aje..tapi bahan2 sosnya ikut Akmalah..sedap & kena dengan selera akak mu ini..tapi macam biasa, cili padi mesti nak masukkan juga..hehe kita buat kokil2 gitu..Thanks Akma, akak letakkan recipenya disini pula ya..
TOFU KUNG PAO
source: Akma @ SSK

Bahan-Bahan
  • 3 silinder tofu
  • 10 ekor udang
  • 1 keping dada ayam
  • 1 pokok sawi kailan
  • 1/2 batang carrot
  • 2 ulas bawang merah - dihiris
  • 1 biji cili merah - dihiris
  • 2 biji telur
  • 1/2 kiub ayam
  • garam secukupnya
  • sedikit air tambahan [nak kuah lebih,letaklah air lebih]
Bahan Tumbuk
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 tsp biji lada sulah
Bahan Pemekat
  • 2 tsp tepung jagung
  • 1/2 cawan air
Caranya
  • Hiris tofu dan goreng hingga kekuningan. Ketepikan.
  • Tumiskan bawang merah yang dihiris bersama bahan tumbuk sehingga sedikit garing. Kemudian masukkan isi ayam dan udang.
  • Kemudian masukkan sedkit air, garam, kiub ayam dan biarkan sehingga mendidih. Setelah didih masukkan carrot, kailan dan hirisan cili merah. Tunggu hingga didih sekali lagi dan pecahkan telur ke dalam. Kacau supaya telur tidak berketul-ketul.
  • Masukkan bahan pemekat, kacau dan rasakan garam dan lada sulah. Jika kurang tambahkan lagi. Masukkan tofu goreng tadi, kacau-kacau biar serata. Boleh lah ditutupkan api.
  • Sources:-From http://seleraputeri.blogspot.com

Friday, February 11, 2011

Mocha Coffee Cream Cake

This was the project I did the other day, tak berapa menjadi frostingnya tu..sebab terover whip..terlupa that this was not buttercream frosting but fresh cream frosting, I just terlepas pandang sekejap ajer...toleh kebelakang the next turn  terus the whip cream deflate!! see how fast it is?..No wonder when I read in the net, fresh cream is a bit difficult to handle..so lesson learnt!!

Anyway, I just proceeded with frosting the poor cake..nak buang sayang whip cream kau..so masukkan dalam fridge sekejap tunggu dia keras sikit barulah I sapukan atas tu yang nampak tak level cakenya sebab frostingnya cair huhu..Actually this cake was for my dad's 71st birthday, tanya dia nak kek apa, dia cakap nak kek gula hangus, sebab itu favourite dia....hehe..My mum & me laughed..I told him, alah kek gula hangus hari biasa boleh buat, ni birthday special sikitlah...Since my dad suka minum kopi, I made this mocha coffee cake for him..

The sweetness of this cake is just nice!!..Nak ikutkan my dad ni tak berapa suka sangat kek2 yang bercream, sebab takut manis..tapi lepas dia makan ni dia makan 2 potong lepas cake cutting hari tu..
Recipe after browsing sana sini jumpa kat blog Florence, Alah the blog yang I found the Butter cookies recipe tulah....Thank you Florence for the nice recipe, I posted it here for my future reference & to be shared with the rest ya..

ps note for me: Do not overwhip the frosting as it will not become thick & stiff. It will turn out to be runny & difficult to frost.Just like mine!!.. Just as soon as you see the frosting  become stiff quickly stop
 Updated:-if you overbeat the whipping cream, just add a bit more and continue to  beat, it will be back ok..
Ingredients:
(A)4 egg yolks
1/4 tsp salt
50g sugar
1 tbsp rum-(Ayu used vanilla essence)

(B)75ml corn oil

(C)120ml mocha coffee solution (1.5 tbsp instant coffee+ 1 tbsp cocoa powder + 120ml boiling water)

(D)140g cake flour
3/4 tsp baking powder

(E)4 egg whites
50g sugar
1/2 tsp cream of tartar



Frosting:
2 tsp instant coffee dissolved in 2 tsp hot water
1 tsp double chocolate-(Ayu used 2 tsp Mortimer chocolate powder)
1/4 tsp coffee essence-(Ayu used vanilla essence cause dont have this)
3 tbsp icing sugar-(Ayu added 2 more tbsp so 5 tbsp)
400ml whipping cream
Some ground walnut powder(optional)


Method: 
1. Cream (A) till lemon colour. Add in (B) and mix well. Add in (C) and mix well. Lastly stir in the sieved flour mixture.
2. Beat egg white till foamy, sprinkle in the cream of tartar and beat till the whites are white in colour. Beat sugar in over 3 times until egg white is stiff.
3. Pour 1/2 the white into yolk mixture and combine well. Pour yolk mixture into the remaining egg white
and combine well.
4. Pour batter into lined cake pan and bake at 170C for 45 minutes or till cooked.
5. For frosting, combine all ingredients and beat till whipping cream is thick and sitff. Frost all over cooled cake and decorate as desired.

Notes:
I sprinkle some ground walnut powder in the middle layer of frosting as well as on the surface of the cake. Walnut powder brings out the coffee aroma very well.
Sources:-From http://wlteetf .blogspot.com

Nasi Goreng Cencalok

Goreng dengan telur sudah, Masak dengan ayam pun sudah, ha sekarang goreng nasi pulak dengan CENCALOK!!..oooo..best!!..wa cakap luu..my kids makan pun gear 5 terus..hehe..recipe dari sifu  CMGlah yang pandai masak tu..buat ni pun quite sometimes ago..kalau nak ikut versi  MOKWO,boleh juga tengok kat sini...itu yang teringat kita pun dah cuba nasi goreng cencalok ni cuma belum ada time nak masukkan entry..Terimakasih daun keladi ya CheMat, akak letakkan disini pula ya..

BAHAN-BAHANNYA ;-
3 cawan nasi semalam, dileraikan
1 1/2 camca besar cencalok, buang sedikit airnya-(Ayu letak lebih sikit)
1 cawan isi ayam
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 camca besar cili kisar-(Ayu letakkan lebih sikit)
2 biji telur
10 biji cili padi
4-5 biji ceri tomato-(Ayu gunakan 2 biji tomato biasa aje)
6 biji cendawan butang, hiris-(Ayu gunakan cendawan tiram)
1-2 fishcake dihiris-(Ayu tambah)
Kicap cair jika perlu
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Belahan limau kasturi, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan cendawan. Masukkan daging ayam dan cili kisar. Biar hingga masak. Masukkan cencalok, kacau rata dan tolak ke tepi kuali. Pecahkan telur, biar sekejap dan kacau hancur.
  2. Masukkan nasi dan cili padi hiris, gaul rata. Besarkan api dan masak sambil digaul. Kecilkan semula api. Rasa nasi tadi, jika kurang masin tambah sedikit kicap cair.
  3. Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap dan hidangkan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng. Jika suka boleh perah limau kasturi sebelum dimakan.
  4. Sources:-From http://tiffinbiru.blogspot.com

Siput Buluh Goreng Cili Api

Dah lama rasanya tak  makan siput buluh ni..kalau jumpa mesti nak beli..sebab dia jarang2 ada..
Siput buluh ni, Mr Hubby & me yang suka..my mum & dad tak suka pulak the kids lagi lah..so I  dapat lebih..eh tak lah kita berdua dapat makan  lebih..hehe..sedapp!!..

Ingredients-
500g - 1000g siput buluh
*1 biji bawang besar
*2 ulas bawang putih
*15-20 biji cii api-(ikut kepedasan)
1 batang serai dititik
2-3 helai daun limau purut-dicarik atau hiris
sedikit air asam
sedikit air, kalau nak berkuah lebihkan sikit
garam & perasa secukupnya.

Method:-
Kisar bahan2*. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar, daun limau purut dan serai hingga naik bau & garing. Masukkan air asam jawa dan air. Biarkan mendidih sekejap. Masukkan siput buluh yang telah dibersihkan dan kacau rata. Perasakan dengan garam & perasa. Siap untuk dihidang panas2.

Enoki Goreng Hot & Crunchy

Assalam, selamat pagi Jumaat..eh pagi lagi ker ni?...belum pukul 12 masih pagilah kirakan..haha..
Pagi ni kita masukkan entry... cendawan Enoki goreng yang sepatutnya masuk lepas entry sotong kena kurung hari tu..hah...Pertama kali kita goreng cendawan enoki ni, dulu pernah dah nak beli, tapi fikir2 halus sangat nak mengerjakannya itu yang tak jadi..tapi, fikir balik nak try jugalah menggunakan cendawan halus ni....tapi this time, kita gunakan recipe dari Puan Nor Terengganu, Thank you ya puan .. kita minta ampun derhaka sikit sebab mengadjust mana2 tu..hehe..recipe asal Nor gunakan cendawan tiram..Sedap juga cendawan goreng menggunakan recipe ni ya Nor!!..Cuma itu ajelah kalau guna cendawan enoki ni kena buat kerja lebih sikit sebab dia halus sangat..rasa macam lama nak game gitu..hehe..makannya sekejap aje dah habis...
So kita letakkan disini pula untuk siapa2 yang nak mencuba ya..

CENDAWAN GORENG HOT & CRUNCHY
Bahan2:
400 gm cendawan tiram-(Ayu gantikan dengan 1 packet cendawan Enoki)
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 cup/bekas yogurt plain-(Ayu kurangkan sikit)
1/2 sudu besar serbuk cili ~ lebihkan jika ingin lebih pedas-(Ayu letak 1 sudu besar)
1 sudu besar serbuk cili kasar
1 1/3 cawan air
1 sudu kecil garam + sedikit perasa-(Ayu tambah)
1 sudu besar bawang putih kisar-(Ayu tambah)
1 sudu besar serbuk ketumbar-(Ayu tambah)
minyak utk menggoreng

Cara2:
Siatkan cendawan ikut saiz yg dikehendaki.
Basuh bersih dan toskan. Lapkan dgn paper towel sekiranya ada lg lebihan air pd cendawan.
Bancuh kesemua bahan2 lain kecuali minyak hingga sebati.
Panaskan minyak dgn api yg kuat.
Bila minyak dah cukup panas, celupkan cendawan ke dalam batter dan goreng hingga masak/garing.
Angkat dan toskan.
Boleh lah dihidangkan dgn sos cili thai atau sos cili kegemaran masing2.
Selamat mencuba :)

* proses menggoreng cendawan mmg perlu menggunakan api yg kuat supaya cendawan tidak menyerap minyak dgn banyak atau lebih dikenali dgn panggilan kembang minyak.
Sources:-From http://secubitgaram67.blogspot.com


Inilah cendawan enoki yang I gunakan tu..

Wednesday, February 09, 2011

Sambal Tumis Sotong Kurung

Ingat lagi tak recipe sotong yang dalam tin yang pernah I posted here?..Rupanya sotong ni dipanggil sotong kurunglah..hehe..I panggil sardin sotong..haha..asal boleh aje eh kita ni..kali ni cuba recipe dari  Diana lagi..kalau dulu I gunakan kicap & cili kisar, kali ni gunakan cili padi..memang best..I masak 2 tin, licin..

SAMBAL TUMIS SOTONG KURUNG
Bahan-bahannya
1 tin sotong dalam tin-(Ayu bilas, tos & siat2kan macam atas)
1 biji tomato, dipotong baji
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
3 batang lada merah
7 batang cili padi thailand (merah)-(Ayu gunakan lebih lagi)

Cara-caranya
1. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.
2. Tumiskan bahan yang telah dikisar dengan api yang perlahan sehingga bangkit baunya dan rempahnya masak dengan sempurna.
3. Masukkan garam, serbuk perasa dan juga gula. Gaul rata dan masukkan sotong bersama sosnya Tumis lagi sehingga rempahnya memekat. Rasakan sambalnya jika ada perasa yang kurang boleh ditambah apa yang patut.
4. Akhir sekali masukkan tomato, gaul sebati dan padamkan api. Sedia untuk dihidang.

Nota D: Penggunaan garam pun jangan terlalu banyak sebab sotong dalam tin nih ada kala sosnya dah masin jadi kena seimbangkan.

Taugeh Masak Kuah Kincam

Ok, entry hari ni..lauk simple2 aje..pasal apa simple sebab, kita sibuk buat project hari tu..haha..Kalau nampak fishballs tu, tau untuk siapakan..hehe si budak perempuan tulah..Recipe from Diana I adjusted apa yang ada in stok dan adjust mana2 ikut my seleralah..Thanks Diana, akak copy & paste kesini pula ya..

TAUGE MASAK KUAH KINCAM
Bahan-bahannya
500 gram tauge, dibersihkan-(Ayu gunakan taugeh kasar)
5 ekor udang
1 kotak tahu sutera, dipotong 6-(Ayu tak letak sebab tak ada stok)
1 ikat su’un, direndam
1 biji bawang besar, dihiris
1 ulas bawang putih, dihiris halus
7 batang cili padi thailand, dihiris-(Ayu ketuk aje)
2 sudu teh serbuk lada putih
8 sudu makan kicap-(Ayu gunakan 2 sudu besar kicap manis + 2 sudu besar kicap masin)
Bawang goreng
Daun sup, dibersihkan dan potong sepanjang 3 inci
Air secukupnya
Garam secukupnya
Serbuk perasa jika suka
Minyak untuk menumis

Cara-caranya
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan bawang dan cili padi thailand dan juga udang. Tumis sehingga bawang layu dan udang masak.
2. Masukkan garam, serbuk perasa dan serbuk lada putih, diikuti dengan air sebanyak mana anda inginkan kuahnya. Kemudian masukkan juga kicap. Gaul rata.
3. Bila kuah mendidih, masukkan tahu, su’un, tauge, daun sup dan bawang goreng. Padamkan api dan tutup periuk.

Nota: Jika takut pedas boleh gantikan cili padi dengan cili merah. Tauge jangan dimasak terlalu lama nanti layu sangat tak sedap. D selalu menggunakan kicap lemak manis cap Kipas Udang.
Sources:-From http://resipidiana.blogspot.com

My favourite Blog Award - From Hana Memories


Sebelum kita start berblogging dulu, bila masuk keblog masakkan I've spent so much time, browsing one by one blog2 ni..melompat dari satu blog kesatu blog..hingga lah terjumpa blog2 masakkan seperti sifu2 Che Mat Gebu, Kak Ummi Kuantan, Anawahid, Mamafami, Jun@yummylicious, Bro Rozzan, Diana dan salah satu daripadanya adalah blog HANA .. merekalah yang membuat dunia masakkan begitu colourful & fun...then  dengan adanya Myresipi.com lagilah membuat I nak mencuba apa saja yang dipostkan..
Sungguhlah I  rasa banyak yang dipelajari since blog2 nilah yang memberi kita inspirasi, resources & knowledge yang kata orang, tak kan jumpa diluar .. mereka dengan ikhlas berkongsi recipe2,... yang banyak juga I cuba hingga ke hari ini...and mostly sedap2 & kena dengan selera my family..

Terasa siapalah kita didunia masak memasak ni..lagi2 kita dengan almost zero knowledge... bila post comment kat shoutbox, beberapa kali masuk check tuan punya dah jawap kebelum..hehe..bila dah jawap sukalah kita..
Then bila ada blog, sudi pulak mereka melinkkan blog kita..tapi tak sangka juga,  salah satu blog favourite dari sifu Hana  kat atas tu tercatat nama blog kita yang tak seberapa ni..
SUNGGUH2 TERHARU!!!..
tak terfikir dan terimagine langsung..begitu tersentuh sekali..Walaupun Hana ni jauh lebih muda dari kita,  I really salute to her for her great skills, creativity & quick thinking in whatever she do..akak bayangkan diusia semuda Hana time akak dulu satu habuk pun akak tak reti masak..heheh...memang jauh perbezaannya kalau compare Hana dengan akak dulu..memang pun bak kata orang tinggal sendiri dengan tinggal dengan mak lain...
(adik2 dengar tu..hehe)

Updated:- 
Award ni diterima dari
Yat Maria
&
Ayu Safieza
juga..
lagi2lah terharu..sebab dapat lagi award ni dari
both of you
Terimakasih semuanya, kerana sudi berikan award ni buat akak..
Dibawah ni rulesnya for this award..

1. Copy gambar atas ni di entry. Letak kat atas sekali.

  • Done
2. Nyatakan dari mana dapat tag ni.

3. Listkan 5 blog yg menjadi favorite serta sebabnya.
  •  Actually my favourite lebih dari 5 ..kalau nak tulis kena bukak blog baru lagi satu ..hehehe..Each blog mempunyai ciri2 yang tersendiri & keunikkan, so favourite, nice, like or dont like is subjective to each of us..Boleh dikatakan blog2 yang dilinkkan, blog2 yang I follow tapi tidak dilinkkan juga my favourite..so thats it..

3. Tagkan ke 5 blog tu jika kamu mahu - tiada paksaan.
  • Silakan siapa yang sudi ambik award ni dan letakkan diblog anda,
4. Letak link entry kamu di blog insan yg tag kamu tadi.
  • Kalau dah ambik yang ni jangan lupa ..hehe

Tuesday, February 08, 2011

Barbecued Beef, Chicken Wings, Prawns, & Crabs

Assalammualaikum warahmahtullahhiwabarakatu....Rasa2nya dah kenyang makan talam beras yang kita buat 3 loyang tu untuk semua ya..hehe..bak kata Mr Hubby 10 tahun tak nak lagi dah..hahaha....tak adalah mungkin lama sikit baru boleh buat lagi..haha..

Sorry juga tak update blog for the past few days, sebab holidays yang lalu my family semua masuk Johore and overnight kat sana ..biasalah cuti2 nikan, lagi2 quite panjang continue over the weekends and budak2 pun tak ada tuition, so apalagi kembanglah sayap sekejap..hehe..Kita pun tak kemana actually cuma lepak2 kat rumah my brother and we had a family BBQ, just within us aje..my parents dah masuk dulu, my family pulak, Thursdaynya baru berangkat..nasib baik tak jammed..as mostly orang2 yang berbangsa Cina, dah masuk earlier the day before untuk dinner with each family...cuma bila kita balik on Saturday night, jammednya panjang dari kawasan bandar Johore hingga ke Causeway....called the traffic hotline and to our surprise Tuas checkpoint was free flowing..apa lagi kita pun buat U-turn and headed to 2nd link ler..

Anyways, since we already planned nak buat Bbq , I've decided to browse through my collection, and cari recipe untuk bbq tulah..maklumlah jarang buat bbq so tak berapa sure ingredients yang digunakan, kalau dulu2 kita bantai taruk kicap aje..hehehe....terjumpa this in one of my magic cooking book..heheh..so dengan buku2nya sekali  masuk ikut tuannya..and as usual juga, kita( Mr Hubby and me) tuju ke pasar borong SMART to buy the stuff for panggang memanggang..sayang hari tu sotong & anak ikan pari tak ada stok pulak..so just apa yang ada ajelah..dapat ikan pari tapi bapak parilah..

Overall, I beli 1 kg, daging batang pinang untuk dipanggang, 1kg lagi untuk buat satay.(tapi tak buat kuahnya, sebab malas..hehe)
2 kg udang, 1 kg ketam bunga, 1 kg kepak ayam,
sausages & fish/sotong balls..cakap dengan Mr Hubby, ini betul2 nak melan***..ke apa.hehe...
alah anyway, itupun tak habis bbq, kita simpan the rest and buat lauk the next day..

BARBECUED BEEF
Ingredients:-
500g topside- cut into large thin slices, beat to tenderise

Grind coarsely:-
2 red chillies-(If want hot add more)
4 shallots-(bawang merah)
2 garlics-(bawang putih)
1 tsp shredded ginger-(halia)
1 tsp shredded galangal-(lengkuas)
1 stalk lemongrass-(serai)- slice fine

Grind coarsely and add to ground ingredients:-
1 tsp coriander-(ketumbar)
1 tsp cumin-(jintan putih)

1 heaped tsp sugar
1 tsp turmericc powder
salt to taste


Method:-
Combine ground ingredients with beef. Add sugar, salt and turmeric powder.Rub into beef. Marinate overnight or a minimum of 8 hours. Brush with oil and grill or barbecue.


BARBECUED CHICKEN WINGS
Ingredients:-
8-10 chicken wings- wash and slash
11/2 tbsp dark soya sauce-(kicap masin)
1 tsp sugar
salt to taste


Grind coarsely:-
2 cloves garlic
4 red chillies
 4 shallots
2 heaped tsp shredded ginger


Grind coarsely and add to above ground ingredients:-
1 tsp coriander-(ketumbar)-(Ayu used powdered)
1 tsp cumin-(jintan putih)-(Ayu used powdered)

Method:-
Combine chicken wings with ground ingredients, soya sauce, sugar and salt. Marinate overnight or a minimum of 6-8 hours. Brush with oil and barbecue or grill.










BARBECUED PRAWNS, SQUIDS & CRABS
Ingredients:-
Spicy seasoning:

Grind fine:-
8 red chillies-(If want hot add more)
4 shallots-(bawang merah)
2 large garlic-(bawang putih)
1.5cm length fresh tumeric roots(kunyit hidup)
6 candlenuts-(buah keras)-soak to soften


Add to ground ingredients:-
1 tsp coriander-(ketumbar)
1 tsp cumin-(jintan putih)
salt to taste

500g medium size squids(sotong)
- clean well, removeing eyes and ink sac. Peel off skin, slash body, stuff temtacles in body and marinate with 1/3 of spicy seasoning pushing some into the body.


300g MEDIUM SIZE PRAWNS
- clean, removing whiskers. Keep
 head and hell. Marinate with 1/3 spicy seasoning.











3 FLOWER CRABS- remove shell cavity, discard sotmach contents and spongy gils fm claw sockets. Wash well. Crack pincers, rub with the rest of spicy seasoning.

Method:-
salt to taste Leave the above to marinate for at least 5-6 hours. Brush with oil-sugar mixture(proportion 3-1) and babecue or grill. Serve with SAMBALAN.-(Ayu tak buat buat ni, just cicah dengan cili sos aje)


SAMBALAN
Ingredients:--(Ayu didnt make this, just  used chilli sauce)
2 tbsp brown sugar
1 tbsp prawn paste-(petis)
1 tbsp sugar
1 cup water
1 tsp salt
lemon or lime juice(optional)

Method:-
Put all ingredients in a saucepan(except lemon juice), stir and boil for ten minutes. Remove from heat, add lemon juice, stir and cool.
Note:- Squids, prawns and crabs can be marinated overnight.
Prawn paste:- obtainable in jars or pots from most supermarkets or grocery stores.
Sources:-From Zarina Easy Cooking

Maaf juga, as some of the ayam & daging dibakar hitam ler.., sebab yang bakar orang lelaki.. dan bakarnya pun dalam gelap...so macam tulah rupa our bbqed stuff..hehe asal boleh makan sudahlah...
yang bawah ni, side menunya..


Ikan Pari Bakar the usual recipe I ever used before here..


Beef Satay recipe  here 
I malas nak buat kuahnya..haha

Tuesday, February 01, 2011

Talam Beras @ Talam Tepung Beras

   
Entry kali ini, adalah my trial & error membuat Talam Beras aka Talam Tepung Beras..Recipe yang mula2 keluar quite sometimes ago, adalah menggunakan senduk according to my mum's agakration.Bila tanya dari mana dia dapatkan recipe ni, she pun dah lupa sebab dah lama. Then faham2 ajelah orang dulu2 guna sukatan main agak2 aje..Oleh kerana my mum gunakan senduk, sukatanya tak ramai yang dapat mencuba kerana tak semua ada senduk yang macam my mum gunakan...                                

So, Shafidah Shamen dengan baik hati telah meluangkan masa menconvertkan ke metric measurements diblognya dan kita pun ada c&p kat sini , as kita malaslah time tu..heheh.Then Jun pun ada mencuba , lepas tu tiba ke rumah Kak Ummi pula... Baru2 ni, CheMat pun ada mencuba, ini yang copy & paste dari rumah CMG recipe bila diconvert balik kebahasa Melayu...Thanks ya Che Mat, akak adjust balik mana2 yang patut..dan harap Che Mat tak marah akak gunakan your layout for the recipe tu ya...Kat bawah ni, I edit balik recipe yang lama, with my mum's help..Kalau recipe yang lama santan tu tak dibreak down santan pekat & santan cair, so takut kalau miss understand gunakan santan pekat nanti bawahnya keras pulak, so dibawah I dah adjust kan, tapi if you prefer keras sedikit please adjust ikut seleralah ya...

Disini juga saya ingin jelaskan yang saya pun bukannya pandai mana kalau compare dengan orang2 yang ada pengalaman dan belajar membuat kuih2 talam ni..cuma nak berkongsi apa yang dah saya buat dalam experiment membuat kuih Talam Beras ni aje..Still couldnt find the answer lepas saya buat percubaan TIGA kali dalam seminggu, Mr Hubby pun naik jelak dah makan Talam beras ni..hahaha..
of course ada yang kasi jiran ada yang dibawa keofis, dan  orang2 disekeliling rumah lah.. 

Updated 11/5/2012
BAHAN LAPIS BAWAH :-)
133 gram tepung beras
310ml santan pekat
285ml santan cair/air
Garam secukup rasa (jangan banyak sangat, kasi rasa lemak2 jee)

BAHAN LAPIS ATAS :-)
11/4 cawan air*
70 gram gula melaka, potong kecil*
3-4 sudu besar gula pasir*
2 helai daun pandan, disimpul*
(*dimasak hingga gula larut, sejukkan dan tapis)

1 cawan santan
2 sudu besar tepung beras
3 sudu besar tepung gandum
2-3 biji telur gred B-(Ini terpulang pada selera masing2)
1 camca teh esen vanilla-(optional)-(Ayu tak letak)
Secubit garam



CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih. Alas loyang bulat 9 inci atau 8' persegi dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak(tak sapu pun tak apa) pada permukaan plastik tadi. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, satu bahan untuk lapisan bawah.Kacau rata, masukkan dalam blender, tapis dan masak dalam kuali non stick hingga naik wap atau sedikit pekat. Tuang ke dalam loyang, ratakan dan kukus 20 minit.
  3. Sementara itu, siap kan lapisan atas. Satukan semua bahan lapisan atas kacau dengan whisk masukkan dalam blender, lepas tu tapis dan masak dalam kuali non stick hingga naik wap atau pekat sedikit.
  4. Tuang lapisan atas perlahan2, pastikan lapisan bawah kering dari air kukusan dan keras sedikit. sebelum tuang. Kemudian sambung mengukus selama 45 minit(Ayu kukus 1 jam lebih) dengan api sederhana. Bila masak biar betul2 sejuk, baru dipotong dengan pisau plastik atau pisau yang dilapis dengan plastik cling.... Boleh hidangkan..Insyaallah kali ini permukaan atas tak berlubang..(11/5/2012)

Tapis, adunan lapisan bawah, then masak atas double boiler or dalam kukus kacau hingga adunan melekat sikit disudu, tutup penutup kukusan dan kukus selama 10-15 minit.
Sementara itu, campurkan adunan.
Masak atas double boiler hingga adunan berkumpul sedikit disudu dan cepat2 tuang keatas lapisan bawah yang sudah hampir masak.
teruskan mengukus selama 45 minit - 1 jam atau sehingga masak.

 Talam yang pertama ni I buat menggunakan 3 biji telur.
(Kita bubuh sedikit chocolate emulco untuk kasi dia gelap sedikit sebab my gula melaka birat)
Campurkan tepung, santan dan gaul rata. then masukkan air gula melaka dan gaul lagi.
Masukkan garam.
Last I leraikan TELUR pakai garfu, 
Then masukkan kedalam adunan tepung dan kacau rata perlahan2.
OUTCOME - Lapisan berlubang2 walaupun telur dileraikan pelahan2.

Talam kedua, I gunakan 2 biji telur. 
(Yang ini kita tak bubuh chocolate emulco, pucat sebab gula melaka dia birat.)
Campur semua adunan sekali gus termasuk TELUR, even tak pukul/leraikan pun
just gaul rata.
OUTCOME - Lapisan tidak berlubang tapi rendah sedikit.

Talam ketiga, menggunakan 3 biji TELUR.
(Yang ini gunakan gula melaka original colour)
Ikut sama cara2 talam kedua, tak leraikan pun telurnya, just lebur aje dalam 
campuran tepung, santan dan air gula melaka.
OUTCOME - Lapisan tetap berlubang
VERDICT-
 (to my thinkinglah)
Penggunaan telur sikit sebanyak memainkan peranan dalam lapisan atas ni..
Meaning, bila I gunakan 2 BIJI TELUR, 
lapisan atasnya tak berlubang walaupun tak dipukul dulu.
Bila menggunakan 3 BIJI TELUR, 
dia berlubang walaupun tak dileraikan ataupun dimasukkan sekali dalam adunan.

So terpulanglah pada teman2 prefer yang mana..Rasa tetap sama, cuma rupa lain sikit..
Tapikan difikir balik macam mana pulak CMG punya cantik aje atas tu ya..
Ataupun disini, saya mohon siapa2 yang mahir tentang bagaimana nak atasi masaalah ini , lagi2 those yang memang professional dan memang ahli dalam menalam ni dipersilakan kasi pendapat dan buah fikiran. Boleh tak berkongsi tips2 kat sini..
Maklumlah, kita ni tak pandai tapi ada hati nak mencuba dan berkongsi apa yang terdaya.
Kalau ada class menalam ni memang kita nak belajarlah..

Updated 11/5/2012
Masukkan bahan2 lapisan atas dalam blender untuk ratakan dia adalah satu cara yang nak mengelakkan dari berlubang.
insyaallah dah tak berlubang lapisan atasnya tu..
so saya gunakan 3 biji telur ..
selamat mencuba..

Daging Goreng Jintan

Side dish..lauk repeat telecast..hehe..pernah buat dulu sedap itu sebab buat lagi..heheh ... buat ratah2 pun best ni..kunyah daging dengan bawang & cili padinya tu best..Budak 3 orang tu mana suka makan ikan, so gorengkan ni buh kuah kari..laju ler dia orang makan..hehe

Ingredients A:-
300g daging dipotong nipis
1 sudu teh jitan manis ditumbuk-Ayu gunakan serbuk aje
1/2 sudu teh lada hitam ditumbuk -Ayu gunakan serbuk aje
1 sudu teh serbuk jintan putih-Ayu tambah
1 sudu teh serbuk ketumbar-Ayu tambah
sedikit kunyit
air untuk merebus daging

Ingredients B:-
3 tangkai cili api dipotong-Ayu gunakan 5-6 tangkai
1 tangkai cili merah dipotong -Ayu xletak
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 tangkai daun sup
1 tangkai daun bawang
2 sudu  minyak menumis
sedikit cuka
sedikit kicap
garam + perasa secukupnya

Method:-
Daging digaul bersama Bahan A, Rebus sehingga empuk dan air telah kering. Didalam kuali yang sama masukkan minyak, tumiskan bawang besar, cili daun sup dan daun bawang. Masukkan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan sedikit cuka dan kicap untuk membangkitkan aroma yang cukup menyelerakan.
Sources:-resepi.mesra.net

Kari Ikan Ala India

Lauk kari ni was the lauk berkuah lah kira...rasanya dah lama tak masak kari..tapi teringin makan kari yang tak menggunakan banyak santan..so decided on this, sebab plan memang nak buat kuahnya lebih untuk dimakan dengan roti prata instant for breakfast..dan kerana itu juga I masak kari ala India recipe dari CMG@myr ni...Mum cakap normally kari India dia memang kurang pakai santan or tak pakai langsung, that was why I added mangga muda dan tambah lagi asam kepingnya tu to give a little bit more masam for the kari..sedapp!!..Thanks CheMat, family akak makan  berulang2 kali, kari ni sampai habis kuahnya..heheh

Bahan-bahan ( 6 - 8 orang )

  • 1 ekor ikan merah, dibersihkan dan potong ikut suka-(Ayu gunakan 1 ekor ikan tenggiri)
  • 2 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 3 biji cili merah*(*dikisar halus)+(Ayu tambah 1 sudu besar serbuk cili)
  • 3 camca besar rempah kari ikan (mat guna rempah "babas"+(Ayu tambah 3 sudu besar lagi sebab nak banayk kuah)
  • BAHAN2 TUMIS:-
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus (kalau besar guna 1 ulas saja)
  • 4 biji bawang merah kecil, dihiris halus
  • 1 camca teh halba campur (terdiri dari halba, jintan putih/kasar dan biji sawi)
  • 2 tangkai daun kari
  • BAHAN2 LAIN:-
  • 2 keping asam gelugor+(Ayu tambah 1 keping lagi)
  • 2 biji terung. dipotong dan goreng separuh masak-(Ayu gunakan bendi)
  • 3 biji tomato, dibelah dua
  • 1/2 cawan pati santan (guna santan kotak)-(Ayu gunakan 3 sudu besar santan)
  • Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
  • 2 biji cili merah/hijau, dibelah dua, jgn putus 
  • 1 biji mangga muda-(Ayu tambah)

Cara-cara

  1. Bersihkan ikan, perap dgn asam limau dan garam, cuci bersih dan toskan. Satukan rempah kari ikan dan juga bahan2 yg telah dikisar tadi. Gaul rata.
  2. Panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga wangi. Masukkan rempah yg telah dibancuh tadi dan masak hingga terbit minyak. Gunakan api perlahan.
  3. Masukkan air (kurang lebih 700ml, atau ikut suka), dan kacau. Biar hingga mendidih. Masukkan ikan, asam gelugor dan perasakan dgn garam, gula dan serbuk perasa jika suka.
  4. Bila mendidih, masukkan pati santan, terung, tomato dan belahan cili hijau dan merah. Biar mendidih seminit dua. Matikan api dan boleh dihidangkan panas2. 
Sources:-MatGebu@myresipi.com

Peria Telur Asin Berlada

Peria adalah one of  my favourite veggie..walaupun pahit, tapi sedap...besides the normal way of cooking/goreng peria which is normally I just used udang kering and telur, this time ada sikit kelainan sebab menggunakan telur asin..sebelum ni pun ada cuba peria goreng lada hitam, pun sedap juga..
Kali ni,  recipe dari Aeini AT HOme bila ternampak aje she posted this entry hari tu...terus kita serbu..hehe For those yang makan peria cubalah sedapp ni!!..Thank you Aeini kerana sudi berkongsi recipe, kita letakkan disini pula ya..

ps:- tips nak pilih peria yang kurang pahit pilih ketak2nya yang lebar..lupa pulak kita baca kat mana..tapi gitulah sikit lebih kurang..hehe

Bahan2nya
4 biji peria kecik (peria katak) - buang biji tengah dan hiris seperti dalam gambar.-(Ayu gunakan 1 biji peria besar-direndam dalam air garam selama beberapa minit, toskan)
1 biji telur masin
minyak masak
bahan yg ditumbuk / kisar
1 sudu teh udang kering - rendam dan buang airnya 2 - 3 kali
3 biji bawang merah kecil
1 ulas bawang putih
3 biji cili padi-(Ayu tambah lagi)
1 biji cili merah-(Ayu tak letak)

cara2nya
tumiskan bahan tumbuk hingga naik aroma dan garing, ketepikan sedikit dan bahagian yang disebelah lagi pecahkan telur masin biarkan hingga telur mula mengeras dan bolehlah di gaulkan sebati.. masukkan sayur peria dan kacau rata hingga sayur masak.. hidangkan panas.. tak payah garam ek.. telur dah asin..
Sources:-From http://aenisugar.blogspot.com

Cucur Nasi Ikan Bilis & Tahniah Buat Yatie


Assalammualaikum, cucur nasi ikan bilis ni actually dah lama buat, in fact ni dah kali ke3 kita buat, disebabkan the first & 2nd time tu, bulatnya tak cantik, kita tak sanggup nak masukkan blog..hehe..Tapi untuk kali ni kira bulat2nya tu just passed... so here it is ..kali ni kita cekup2 pakai tangan dan bulat2kan & masukkan pelahan2 dalam minyak panas(oops bukan tangan kita tau adunan tu aje)..haha..the first 2 tu, I gunakan sudu so jadinya leper..(samalah macam my cucur/jemput2 yang lain, selalu leper aje)..Apa2 pun thank you untuk  Yatie@Sinar Kehidupanku , for this nice recipe yang garing diluar tapi lembut didalam..Kalau ada balance nasi yang tak habis tu jangan dibuang tau..boleh dibuat cucur nasilah pulak.

Bahan-Bahan
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn air
  • 1 biji bwg besar
  • 2 biji bwg putih
  • 1/2 cwn ikan bilis
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)-(Ayu gunakan 1biji lada merah & 1 biji lada hijau)
  • Daun sup/bawang (di hiris halus)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk menggoreng
Cara Membuatnya
  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...
  6. Sources:-From http://yatiememories.blogspot.com

Kebetulan dah cuba, cucur nasi ni dari Yatie, sempat juga kita bawa balik sejambak bunga khas dari nya buat teman2 blogger sempena menyambut follower ke blog Yatie yang ke 1000!!!.(oops sekarang dah lebih dan melepasi angka tu!!!)
Walaupun Yatie cakap blognya baru berusia 1 tahun lebih, tapi dengan follower yang ramai menunjukkan blognya ramai peminat tu!!
Recipe2 dari blog Yatie pun hebat2 belaka..
Banyak juga recipe2 yang telah kita cuba dan mostly tak mengeciwakan!!..
So Tahniah lagi sekali buat blog 
Yatie ya..
Semuga more to come!!..