Monday, May 30, 2011

Fried Oyster Omelette

Assalam, ...bersiaran dipetang Isnin ..disini dah start cuti sekolah sebulan...so pagi2 lagi pc dah kena booked dengan budak 2 ekor tu..heheh..maknya nak interframe pun tak ada chance..tak apa kasi main puas2 bila mama punya turn jangan nak mengacau ya..heheh..Hari ni juga Hasif  sat for his  GCE 'O' level Mother Tongue Papers...harap2 Hasif dapat buat dengan senang  dan dipermudahkan segalanya...my prayers for you son!!...

Made this fried oyster omelette quite sometimes ago actually..When I shop for my weekly groceries , terjumpa the frozen oyster, since I rarely see the fresh ones,... I have heard of this fried oyster omelette during those days when I was still working..I can say it is one of those favourite Chinese snacks here in Singapore...my colleagues who are mostly Chinese, would usually ordered this from the hawker's centre and they would eat them in the office...well since I am not sure of the halal status of the food, normally I would turned my friends offer  down to sample some..hehe..

This time, I tried frying them myself..of course follow recipelah... well, I loveeeee this snacks/appertiser..sedappp...surprisingly it just passed my parents throats easily..and commented 'boleh tahan sedap'..(not bad ah!!")..so if you come across the fresh ones, you should grab some and try this fried oyster omelette yourself..

Fried Oyster Omelette
Sources:-From Eric Teo's Simply Singaporean
Ingredients:-
2 tbsp tapioca flour
1/2 tbsp plain flour
1 tbsp rice flour
150ml water
3 eggs (beaten)
300g fresh oysters
cooking oil

Garnishes:
1 stalk celery leaves
1 stalk spring onion (finely cut)


Seasonings:-
fish sauce or light soy sauce to taste
pepper, salt & msg to taste

Method:-
  1. In a mixing bowl, mix tapioca flour, plain flour, rice flour and water to form a runny batter.
  2. Heat 10 tablespoons of cooking oil in frying pan till hot. Reserve one ladleful of batter and pouring the remaining into pan. Once the batter coagulates, pour in beaten eggs.
  3. Cut through  the batter with frying ladle so as to allow egg mixture to flow to the bottom. Pan-fry till bottom layer is crisp brown
  4. Drizzle with fish sauce or light soy sauce. Cut omelette into smaller pieces using frying ladle. Push to the side of pan, leaving a hole in the middle. Toss in oysters and remaining batter. Stir-fry quckily for half a minute..Dish up. Sprinkle with celery leaves, spring onion and pepper.

Friday, May 27, 2011

Turkish Pide

Turkish pide ni adalah menu pertama yang memecahkan dara my new breadmaker..hehe..recipe yang kita dapat dari blog Diana(tak boleh access now)...dah beberapa kali buat dulu memang my family suka sangat..dah lama tak buat macam lost touch of making bread gitu..hehe..shape pun tak berapa nak menjadi...tapi asal rasanya still maintain then oklah kan...Kalau buat ni tak payah makan nasi lagi, sebab makan satu keping aje dah kenyang dan boleh tersengih lepas tu..haha....The recipe below, for the inti tukan, boleh buat 2 kali, maksudnya, 1 adunan hanya menggunakan 1/2 dari inti yang kat bawah..well terpulang jugalah nak besar mana pidenya tu..kita suka mine kecik2 dan tipis sikit..

Lagi satu adunan memang lembik, so nak  kena uli hingga betul2 tak melekat ditangan...dengan tambah minyak zaitun dan tepung sikit2 aje..jangan banyak nanti rotinya keras pulak..

Turkish Pide
Sources:- From http://resipidiana.blogspot.com 
Bahan Doh pide
  • 480 g tepung roti
  • 375 ml air suam
  • 60 ml minyak zaitun
  • 1 sudu besar yis
  • 1 sudu teh garam,
  • secubit gula kastor


Bahan Inti pide
  • 250 g daging cincang
  • 250 g cheese mozarella, dipotong nipis
  • 150 g cheese cheddar, dipotong dadu
  • 2 biji tomato, dipotong dadu
  • 1 biji bawang dpong dadu
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu teh serbuk cayenne
  • 1/2 sudu teh serbuk hot cajun
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 3 biji telur
  • daun sup secukupnya, dipotong halus
  • garam secukup rasa, serbuk perasa jika suka


Bahan sapuan pide
  • 50ml susu segar
  • 1 biji telur

Cara membuat pide
  1. Larutkan yis dan gula dengan 125ml air suam dan ketepikan pada suhu bilik selama 10 minit sehingga berbuih.
  2. .Menggunakan tangan masukkan 90g tepung roti kedalam aduan yis yang telah berbuih tadi dan gaul rata sehingga adunan menjadi adunan yang lembik.Taburkan atas permukaan adunan sengan sedikit tepung roti dan tutup dengan tuala dan biarkan pada suhu bilik selama 30 minit untuk menjadi 'sponge'
  3. Letakkan lebihan tepung(390g) kedalam mangkuk yang besar. Buatkan lubang ditengah dan masukkan adunan'sponge' yang telah diperap tadi, minyak dan juga lebihan air suam(250ml).(D ambil langkah senang masukkan semua dalam breadmachine dan masukkan adunan "sponge'.) Kalau gunakan tangan adunan memang melekit, tapi jangan panik.
  4. .Selepas diuli sehingga menjadi doh yang sebati, alihkan adunan roti pide kedalam mangkuk yang telah disapu dengan sedikit minyak zaitun dan tutup dengan tuala dan biarkan ia naik dua kali ganda selama 1 jam.
(*Adunannya memang lembik, uli sampai tak melekat ditangan, dengan adding minyak zaitun and tepung sedikit demi sedikit).

Cara Inti Pide
  1. Panaskan minyak didalam kuali.Tumis bawang besar sehingga layu.Masukkan serbuk lada hitam, cayenne,hot cajun, garam dan serbuk perasa. Gaul sebati.
  2. Masukkan daging cincang. masak sehingga daging bertukar warna dan masak betul. Angkat dan ketepikan
  3. Didalam mangkuk yang besar,campurkan tomato, daun sup, cheese mozarella dan cheddar dan daging yang telah disejukkan tadi. Gaul rata. Inti pide pun telah siap untuk digunakan.

Cara membuat pide
  1. Bahagi adunan doh pide kepada 6 bahagian(Boleh adjust nak berapa keping). Canai doh berbentuk lonjong memanjang 35cm x10cm.
  2. Angkat doh pide yang telah dicanaikan dan letakkan diatas loyang yang telah disapukan dengan minyak zaitun atau taburkan tepung.
  3. Taburkan inti pide dibahagian tengah tinggalkan 2cm pada bahagian tepi.Inti pide yang telah ditabur dibahagian tengah dilekukkan sedikit(jadi mudah untuk letak telurnya nanti).
  4. Tepi pide dilipat keatas inti pide sedikit dan tepinya dipusing(twist) sedikit jadi bentuknya macam sampan gitu
  5. .Campurkan bahan untuk sapuan pide dan sapu tepi pide.Bakar pide dalam oven pada suhu 180C selama 5-7 minit sehingga doh masak.
  6. Pecahkan sebiji telur dalam mangkuk dan pecahkan kuningnya.Bila waktu membakar 5-7 minit telah tamat. Keluarkan pide,tuangkan telur yang telah disediakan diatas pide pada bahagian tengah inti dan bakar selama 2-3 minit sehingga telur masak.
  7. Pide pun siap untuk dihidangkan.Enak dimakan panas.

Asam Pedas Daging Berkerisik

Semenjak dua menjak ni..mana2 kita tengok lauk asam pedas, made a return, ..heheh..memang pun macam dah lama tak masak asam pedas, ....rasa nak makan daging tapi nak yang masam2 & pedas2 itu yang decided to buat ni...recipe pernah digunakan dulu...so repeat telecast lah kira ni....one thing different tentang lauk ni adalah bahan kerisik didalamnya....apa2 pun kita cuma masak 1/2 dari bahan2 kat bawah with adjustment, to my tekak..

Asam Pedas Daging Berkerisik
Sources:-From Berita Harian

Bahan2:-1kg daging lembu dipotong ikut suka hati

Bahan A (dikisar halus)-(Please adjust the sukatan tu ikut keperluan masing2)
*50 batang cili kering
*2 biji bawang besar
*7 ulas bawang putih
*halia sebesar ibu jari



Bahan B:-
1 sudu makan jintan halus
1 sudu teh kunyit serbuk
3 sudu makan kerisik


Lain2 Bahan:-
1 mangkuk air asam  yang pekat yang diambil dari 100g asam dan selebihnya 2 mangkuk air dari air asam yang cair(1 mangkuk kira2 500ml)
daun limau purut
daun kunyit dan beberapa batang serai diketuk
daun kesum
1 cawan minyak untuk menumis
garam, gula & perasa secukupnya

Sayur- sayuran yang sesuai digunakan:-
Kacang panjang
terung
sawi asin
bendi

Peraturan:-
Panaskan minyak. Tumis bahan A. Masukkan serai, daun limau purut, daun kesum dan daun kunyit. Goreng sehingga garing.
Masukkan bahan B dan goreng sebentar kemudian masukkan daging. Tuangkan air asam yang cair dan rebus daging sehingga empuk. Tuangkan air asam pekat, gula, garam dan masukkan sayur sayuran yang digunakan. Renihkan selama 5 - 10  minit

Thursday, May 26, 2011

Serimuka Gula Merah

Rasa2nya pernah nampak kuih ni kat dapur a few teman2 blogger, tapi kurang pasti dapur siapa,  serimuka gula merah, ni is another type of kuih yang boleh dikatakan ada kena mengena dengan  serimuka pandan..macam sepupu kot?..hehe..lain mak lain bapak tapi ada bau2 bacang gitu...apa tak nya..instead of gunakan perisa pandan, kuih ni just gunakan gula melaka...kita adjusted to my taste & sukatannya untuk loyang 8 inci..sebenarnya..I ada ikut sikit sukatan serimuka pandan, part gula dan amount of beras pulutnya tu..so overall ok lah juga rasanya pada kita..tapi permukaan atas tu  tak cantik macam banyak jerawat..heheh..walaupun dah pakai SKII...tak licin ler..

Actually, mood ada meruntum sikit ni sebab semalam ada cuba buat keria labu..tapi adunannya tersangatlah lembik...ikut sukatan 2 cawan tepung, dan labunya direbus.. dah nak hampir 3 cawan lebih  tepung digunakan adunan tetap lembik lotek..hahaha..siap masuk fridge tunggu dia keras sikit tapi lepas keluar dan nak diuli balik..masih susah nak dibentukkan.. last2 boleh jugalah dibentukkan tapi bila digoreng keras kekau..wakakaa....mungkin lain kali labu tu kita nak steam aje..sebab bila direbus, dia lembik & mengandungi air...tak apa belajar dari pengalaman..

Serimuka Gula Merah
 Sources:-From riaputih@myresipi.com
 Bahan2:-
  • BHGN ATAS-(1 loyang kecil)- (Ayu gunakan loyang 8 inci)
  • 1 bj telur-(Ayu gunakan 2 biji telur)
  • 2 camb gula pasir
  • 1 1/4 cwn pati santan-(Ayu gunakan 200ml santan pekat + 200 ml santan cair/air)
  • 1/2 cwn gula merah-(Ayu gunakan 112g gula melaka)
  • 1 1/2 camb tpg. gandum-(Ayu gunakan 9g)
  • 1 1/2 camb tpg. jagung-(Ayu gunakan 9g)
  • 1 camt garam -(Ayu gunakan 1/2 sudu kecil garam)

  • BHGN BAWAH
  • 2 cwn beras pulut (rendam 15 min)-(Ayu gunakan 11/4 cawan-250g)
  • 2 1/2 cwn santan cair-(Ayu gunakan 150ml santan pekat + 150ml air)
  • 1 1/2 camt garam-(Ayu gunakan 1 sudu kecil garam )

Cara-cara

  1. BHGN BWH: Campur semua bhn - kukus selama 20 min. Setelah masak, tekan mampat dgn daun pisang.
  2. BHGN ATAS: Kisar semua bhn dan tapis. Kemudian tuang ke atas BHGN BWH tadi. Kukus lagi 20 minit atau sehingga masak. Sejukkan betul-betul barulah dipotong.-(Kalau nak lebih detail boleh pergi ke Serimuka Pandan dan tengok cara2nya disitu)
Petua: Balut dgn towel bersih tudung pengukus supaya air wap tidak menitis ke atas permukaan kuih.

Sotong Goreng Benggala

Resipi asal menggunakan udang tapi I dah tukarkan kepada sotong...maklum ler..rumah kitakan ramai yang hantu sotong,tapi for this kita ada stok cuma 2 ekor aje..jadilah buat dinner , satu kali makan, dan untuk tambah2 kan lauk, so kalau nak masak lebih, tambahlah sukatan pada bahan2 tu ya......resipi asal juga puan punya resipi hidangkan dengan nasi carrot..tapi I hidangkan dengan nasi putih aje...ada slack sikit ..si Iqram bila time makan ..dia kuis2 kan biji sawinya tu..nasib baik kita bubuh sikit aje...Apa2pun sedap lauk ni..pada kita..Terimakasih pada penyumbang resipi ni .minta izin di panjang2kan disini pula.. 
Sotong Goreng Benggala
Bahan2 -(2 orang)
  • 3 suduB butter-(Ayu gunakan 2 suduB)
  • 400 gm udang (+ - je)-(Ayu gunakan 200g sotong-dalam 2 ekor besar)
  • sebiji bwg besar (hiris)-(Ayu gunakan 1/2 biji bawang besar dihiris)
  • 3 ulas bwg putih (cincang)-(Ayu gunakan 1 sudu kecil bawang putih kisar)
  • 1/2 inci halia (cincang)-(Ayu gunakan sedikit halia kisar)
  • 1/2 suduT biji sawi
  • 1/2 suduB serbuk jintan putih-(Ayu gunakan 1/2 sudu kecil)
  • 1/2 suduB serbuk ketumbar-(Ayu gunakan 1/2 sudu kecil)
  • 1/2 suduB serbuk lada hitam kasar-(Ayu gunakn 1 sudu kecil)
  • sedikit serbuk kunyit (pewarna je)
  • stok ikan (sye xde so gna 1/2 kiub ikan bilis je)-(Ayu gunakan 1/4 kiub ikan bilis)
  • 30 sen daun ketumbar (hiris halus)-(sedikit daun ketumbar)
  • garam n gula(perasa)

Cara-cara

  1. cairkan butter dlm kuali, tumis bwg besar, putih n halia
  2. kemudian masukkan biji sawi
  3. masuk pula udang dan grg smpi separuh masak
  4. selepas itu, masukkan sume serbuk dan kiub ikan bilis.... gaul rata
  5. tambah air utk kuah nk byk mana dan bg yg suka boleh campurkan tepung jagung + sedikit air utk memekatkan kuah. Didih bolehla diangkat.
  6. sye hidangkan dgn nasi karet... mmg ngam la. hehehe-(Ayu hidangkan dengan nasi putih aje)

Wednesday, May 25, 2011

Ayam Sambal Lada Hidup

Actually, pagi ni kita tak ada dirumah..kena pergi sekolah Marsya..ada parents teachers meeting..
so..sementara tu layankan ajelah ya lauk sambal ayam yang menggunakan lada hidup instead of lada kering ni...sedapp..Hasif makan bertambah2 nasinya..make sure cilinya ditumis hingga pecah minyak baru lah best..hehe...oh ya..just wanna inform results hari tu kita pergi check mata Marsya..the optometry said, at the moment she dont have to wear the glasses, but need to be reviewed again next year..Phew!!..kita punya selenga pergi tanya, macam mana nak elak supaya tak perlu pakai cermin mata..the answer given was, tak boleh elak sebab retina nya was oval instead of round since birth..huhu....

Ayam Sambal Lada Hidup
Sources:-From SHR@http://resepi.mesra.net
Ingredients:-
½kg isi ayam -(Ayu gunakan 1 ekor ayam)
½ sudu teh serbuk kunyit
½ sudu teh garam
minyak masak

10 btg cili hidup merah -(Ayu lebihkan sikit)
5 ulas bwg putih
8 ulas bwg merah
3 inchi halia
5 sudu sos tiram (jika suka boleh tambah) -(Agak2lah ya)
1 sudu teh gula
garam sesedap rasa
serbuk perasa.
minyak masak


Method:-
Gaul kan ayam dengan serbuk kunyit dan garam selama 10 minit. kemudian goreng separuh masak.

kisarkan bahan cili hidup, bwg putih, bwg merah dan halia.Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga keluar minyak. kemudian masukkan isi ayam yang digoreng. gaul sehingga sebati kemudian masukkan sos tiram dan bahan perasa lain. Elakkan memasukan garam terlebih awal kerana sos tiram sudah mempunyai rasa masin yg cukup.

Siput Gong Gong ....Again & Again

Musim siput gong gong datang lagi...kali ni kita dapat yang fresh & live punya...kalau masih ingat, dulu I pernah cakap yang my mum tak suka makan ni...Mr Hubby jangan cakap lah now & forever tak favour sangat  siput gong gong ....since ada musim I actually dah masak beberapa kalilah juga..offered my mum, ..I cakap cubalah  ..then dia try lah rasa...uish..dia cakap eh sedap lah!!!..
Ah kan dah kata..sedap..lepas tukan..esoknya dia sanggup pergi pasar cari lagi siput ni...hehehe...

Kalau siapa2 yang belum pernah makan siput gong gong ni..cubalah kalau jumpa tu ya..mesti nak lagi ..wa cakap sama lu..ah..hahaha..Macam biasa I copy & paste from my last entry ..I ambik recipe dari blog Diana, yang sekarang dah tak boleh masuk....mungkin juga sudah diprivatekan ..

Siput Gong Gong
Sources:- From http://resipidiana.blogspot.com

Ingredients:-
2kg siput gong gong(washed & cleaned, a few times cause slimy)
1 big onion sliced
1 lemongrass crushed-(Ayu added 2)
1 red chili sliced
3-4 birds eye chillies (Just throw inside)-(Ayu added more)
1 tbsp belachan (mashed)-(Ayu used belacan granules aje)
water to estimate as long cover the gong gong
2-3 dried tamarind sliced
salt and msg to taste

Method:-
Add all the ingredients in a pot and put to boil. Boil till cooked and use the toothpick to 'cungkil' the isi.(According to Diana, dip in sambal belachan. But for me I just eat like that with rice pun sedap.)

Disini I letakkan cara2 nak cungkil gong gong yang kita selalu buat..
  • dengan menggunakan pencungkil gigi, "jolokkan' ke 'montot' siput.
  • masukkan dan rasa isi gong gong dan terus cucuk 
  • bila dah agak2 dapat 'mencucuk' isinya kuis kekanan perlahan2 sampai isi semua terkeluar..
  • siap untuk dikunyah..sedapppp!! macam sotong kenyal2 gitu isinya..

Tuesday, May 24, 2011

Lempeng Pisang Lapis Kelapa TokMi

AsSalam Pagi Selasa..lets start from basic hari ni..dengan bersarapan lempeng pisang lapis kelapa ni..sebenarnya I ni tak berapa gemar sarapan manis2 dipagi hari..hehe lebih suka yang pedas2 dan mengenyangkan..dan juga tak berapa gemar makan lempeng..tapi bila nampak menu lempeng pisang ni entah kenapa I terus rasa nak cuba, sebab nampak gambar dari dapur Rabiatun@Sweet Touch sungguhlah menggoda tekak kita ni..as ada macam garing2 dipermukaan kuihnya..bila dah buat sedap rupanya..sebab ada kelapa ditengah dan rasa lempeng ni... pada kitalah ya ada macam rasa 'pisang salai'..sebab ada rasa asap2 gitu & wangi dengan bau daun pisangnya tu...actually kalau tengok Tun punya lempeng cantik & tebal aje..kita punya ternipis dan terlembik pulak sebab pisang yanng  digunakan dah  masak ranummm benar..hahah..apa2 pun rasanya tetap sedap, dan dapat lah kita merasa dan kongsi dengan my parents, mereka pun suka juga..

So Tun terimakasih sudi berkongsi recipe mak Tun ni ya..akak minta izin letak disini pula untuk rujukan dimasa akan datang..

Note for ayu:- Lain kali nak buat tebal sikit..
Lempeng Pisang Lapis Kelapa TokMi
Sources:-From Rabiatun@Sweet Touch
Bahan:
1 mangkuk besar pisang lenyek (anggaran dalam 1 sikat)
1 -+ cawan tepung gandum - (jangan masukkan semua, agak2 dengan pisang yer)
2 tbsp gula ~ jika perlu (Tun tak letak sebab pisang yg Tun guna dah cukup manis)-(Ayu pun sama)
secubit garam
1 mangkuk kecil kelapa parut + sedikit garam
Daun pisang secukupnya.

Cara:
1). Gaulkan pisang yang dilenyek dengan secubit garam, gula (jika perlu). Kacau sebati. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil dikacau. Agak2 bancuhan seperti nak buat cekodok pisang. (Sukatan untuk gandum tu, Tun agak2 jer klu perlu dikurang atau ditambah silakanlah sebab bergantung kepada banyaknyer pisang yang digunakan). Biarkan 30 minit.

2). Panaskan kuali leper (flat pan - kalau orang Kelantan panggil ni ceper). Letakkan 1 helai daun pisang.

3). Letakkan adunan di atas daun pisang dan ratakan. Biarkan seketika. Kemudian letakkan pula kelapa parut di atasnya. Bolehla letak 1 lagi lapisan adunan pisang di atas kelapa tadi dengan menutup semua bahagian kelapa. Biarkan lapisan bawah masak. Jika daun pisang tu macam nak terhangus, boleh tambah 1 helai lagi daun pisang di bawahnya.

4). Letakkan 1 helai daun pisang di atas adunan tadi dan terbalikkan kuih supaya sebelah lagi masak. Pusing2kan kuih di atas kuali supaya kuih masak rata. Setelah masak, bolehla ianya diangkat dan sejukkan sikit barulah dipotong.

Follower Award Dari Amie

  Got this follower award dari 
yang duduk jauh nun di  Sabah.
Orang Selangor tapi sudah menetap di Lahad Datu..
Banyak menu yang sedap2 diblog Amie ni..
kebanayakkanya mempunyai nama yang unik2
tapi nampak menyelerakan tau..
Terimakasih Amie, for the award..
diharap persahabatan dialam maya ini akan kekal lama hendaknya ya..
Insyaallah.

Friday, May 20, 2011

Serunding Cendawan Tiram

Assalam, a quick entry hari ni..type pun kelam kabut  ..tapi tetap nak update blog..heheh..maklum ler..hari Jumaat, esok confirm kita tak boleh..kejap lagi nak siap2 sebab nak pergi hospital..oops, tak ada siapa yang sakit cuma nak bawa Marsya ni pergi eye check up..dapat surat hari  tu dari sekolah, nurse ada datang check mata dia tu disuruh pergi eye clinic check..adooiii..macam ada tanda2lah anak akak yang ini pun kena pakai cermin mata lor!!....Macam gini parah ah..tiap2 tahun kena invest kat kedai cermin mata..apo nak dikato..

Anyway, berbalik ke makan..bila kita tengok recipe ni kat blog Kak Ilah hari tu,..terus masuk list..
sebab tak pernah dengar cendawan dibuat serunding..sekali dah buat amboi..memang pass betul kat tekak kita ni..sedap lah..kita buat ratah2 ada makan dengan nasi pun ada, makan dengan nasi impit pun sedapppp...ni ada beli cendawan ingat nak buat lagiii..heheheh...Kak ilah, sedappp kita suka..thanks kak for sharing the simple yet nice recipe ni ya..mohon diletakkan disini pula..


Serunding Cendawan Tiram
Sources:-From Kak Ilah@ ilahmasakanku
Bahan2:-
50 keping cendawan tiram basuh bersih dan perah airnya dan siatkan/carik2 halus2 ya puan. -(Ayu gunakan 450g cendawan tiram)
*10 tangkai cili kering -(Ayu gunakan 20 bji cili padi + 1 sudu besar cili kisar)
*1 labu bawang besar saiz kecil
*3 biji bawang putih
*1 sudu besar serbuk jintan putih
*1 sudu besar serbuk ketumbar-(Ayu tambah)
*1/2 sudu besar serbuk  jintan manis-(Ayu tambah)
*1 batang serai
*1 potong nipis halia(jgn byk bukan daging atau ayam) -(Ayu tak letak)
*1 potong nipis kunyit

3 sudu besar pati santan
garam & perasa secukupnya

Cara2:-
Kesemua bahan* ini dimesin halus dan tumis dgn minyak yg secukupnya sehingga pecah minyak
setelah itu masukkan cendawan dan pati santan. Masak sehingga kering macam serunding ayam/daging.

Thursday, May 19, 2011

Bitter Chocolate Chiffon with Chocolate Chips & Ganache

Since my birthday hari tu rasa lama tak makan chocolate cake..selak2 my printed recipes yang masuk list..decided to try this chocolate chiffon cake...the sugar amount I didnt adjust sebab the bitter chocolate tu dah balancekan rasa manis & pahit chocolate cake ni...kejadian kek ni kecik aje..loyang 7" so buat untuk sekali makan dah habis...got this recipe from Jess@hearty-bakes..at the moment I cant access her kitchen, maybe she already privatise her blog..but luckily I've got hold of the recipes on paper and got to type it here..So Jess, if you see this would like to say thank you for sharing this nice chocolate cake and I would like to share with the rest of friends here...

psst:-Dont mind the messy deco..hehehe

Bitter Chocolate Chiffon with Chocolate Chips & Ganache
Recipe reference & adapted from Chiffon cake book
Sources-From http://hearty-bakes.blogspot.com
Ingredients:-
(A)
Valrhona Bitter chocolate 100g(chopped)
Corn oil 10ml

(B)
3 yolks
sugar  20g

(C)
water 40ml

(D)
Cake flour 60g
Valrhoona cocoa powder 10g
baking powder 1tsp

(E)
5 whites
40g sugar

(F)
choc-chips 21/2 tbsp

Choc Ganche:-
100g Whipping Cream
100g Valrhona Bitter Choc


Method:-
  1. Sieve Cake flour with cocoa powder and baking powder. Put aside.
  2. Preheat oven to 170C
  3. Double boil to melt (A). Stir till smooth
  4. In another bowl.whisk (B) till pale in colour
  5. Add in melted choc(A) mixture, add (C) stir til combine
  6. Add in (D) fold till mixture well mixed, follow by adding in the choc-chips(F)
  7. In another bowl, whisk whites(E) ill frothy, add sugar. Whisk till peak
  8. Fold gently 1/3 whites with chocolate mixture
  9. Fold the balance of whites
  10. Pour batter into 7" cake pan
  11. Baking time around 40 mins
  12. Insert skewer to check if cake is done
  13. Overturn cake tin to cool cake
  14. Unmould cake
  15. Prepare choc ganache
  16. Double boil whip cream till boiling
  17. Add in choc cubes.Stir till choc melts
  18. Pour ganache onto top of cool chiffon
  19. Ready to serve.

    Inche Kabin -Ayam Goreng Kari

    Macam biasa, lauk ayam goreng untuk anak2..rasa2nya ramai yang dah mencuba ayam goreng ni..tahun2 yang lepas, tapi kita baru nak cuba tahun ni...haha..recipe dari rumah  CMG I dont have whole chicken kat rumah jadi kita gunakan chicken wingstick aje..nampak kurus aje wingsticknya tukan..heheh..ni ayam tak cukup makanlah...Macam biasa juga ya Mat, terimakasih..akak minta izin letak recipenya disini untuk rujukan dan dikongsi dengan lain2..

    Inche Kabin -Ayam Goreng Kari
    Sources:-From http://www.tiffinbiru.com
    Bahan-Bahannya :-)
    4 keping bahagian dada ayam dengan kepak2nya sekali
    1/3 cawan rempah kari
    200 ml pati santan
    1 inci halia*
    4 ulas bawang putih*
    1 ketul kiub ayam "MAGGI"*(*tumbuk halus)
    1 camca besar serbuk cili
    2 biji limau nipis, perah jusnya
    3/4 camca besar gula
    1 camca teh garam

    Cara membuatnya :-)
    1. Ayam dibuang kulit dan lemak, cuci bersih, perap dengan garam dan jus lemon selama 15 minit, cuci kembali toskan dan kelar2. Ketepikan.
    2. Satukan rempah kari, serbuk cili, bahan tumbuk, gula, jus limau nipis, santan dan garam. Kacau hingga menjadi pes. Gaul bersama ayam tadi dan perap sekurang2nya 3 jam.
    3. Masukkan ayam tadi bersama2 bahan perap ke dalam kuali, masak dengan api perlahan sehingga bahan2 perap kering dan bersalut pada ayam. Angkat dan sejukkan.
    4. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Biar minyak betul2 panas, masukkan ayam tadi dan goreng hingga senyap (tak de bunyi desiran lagi), angkat dan toskan.
    5. Panaskan kembali minyak tadi dan goreng kembali ayam tadi hingga kuning keemasa, guna api sederhana untuk kali ini....(pada mat goreng macam biasa pun ok!!!)

    Gulai Labu Lemak Udang

     Assalam, sebelum my boys balik sekolah nanti, I updatelah sikit2 apa yang ada ya..nanti kalau dia orang dah balik sibuk semua nak gunakan computer ni..maklum ler exam dah over..kalau tak kasi kang,ada yang merengek kat telinga kita ni..bingit!!..so just short & sharp ajelah ya..heheh..

    Lauk ni dah lama dalam folder.. kalau tanya kita rasa macam mana kita pun dah lupa..kahkah..
    Labu  ni yang kita ingat actually nak buat kuih tapi ended up buat lauk..sebab dah nampak macam layu gitu..so kita masakkan dia aje..

    Gulai Labu Lemak Udang
    Sources:-From http://resepi.mesra.net
    Bahan2:-
    600g labu
    600 g udang sederhana besar
    *2cm belacan
    *10 biji cili kering
    *4 labu bawang merah
    *2 ulas bawang putih
    *1 batang serai
    *1 hiris lengkuas
    1/2 sudu teh serbuk kunyit
    1/2 biji kelapa-(Ayu gunakan santan kotak aje)
    1 sudu besar minyak
    air secukupnya
    garam & perasa secukupnya

    Cara:-
    Potong labu setebal 2.5cm x2.5cm. Kisar bahan2 yang bertanda*. Gaul perencah bersama kunyit. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis perencah. Masukkan udang dan kacau. Masukkan santan dan labu. Kacau selalu. Setelah empuk masukkan pati santan, air dan kacau lagi. Masukkan garam & perasa. Apabila masak, angkat.

    Wednesday, May 18, 2011

    Marbled Mocha Drops

    Made this dah lama juga..so this time giliran cookie yang ni for today's entry ...well actually kita ni tengah type cepat2..sebab si budak Hasif dah duduk sebelah nak gunakan computer as hari ni dia dah habis exam..so basically dia rushed/pressured me to pakai cepat2 sebab dia nak 'release' dia punya tension after 1 week plus memeras kepala otak for his exams..hahah...

    So tak boleh lah kita kasi reasons suruh belajar hari nikan..adoooihai....Apa2 pun, this cookie I pernah buat dulu.. here so this time kita buat lagi....memang sedap, rangup, chocolatey & ringan cookienya ni.. Bear in mind kita gunakan chocolate M&M  yang mini size ya for this, yang ada dijual dalam tube dalam gambar kat bawah ni....Part gula nya tu please adjust..kita tak adjust apa2 pun ..a bit sweet sebab M&M nya dah manis lah..tapi still ok..masih boleh diterima...

     
    Ingredients:-
    2 cups all-purpose flour
    1 teaspoon baking soda
    1/2 teaspoon salt
    3/4 cup butter, softened (170g)
    2/3 cup granulated sugar (150g)
    2/3 cup firmly packed light brown sugar (150g)
    1 large egg
    1 teaspoon teaspoon vanilla extract
    2 tablespoons instant coffee granules, dissolved in 1 tablespoon of water-(Ayu used 1 sachet 3-in-1)
    1/2 cup coarsely chopped nuts (100g)-(Ayu didnt add this)
    1/4 cup unsweetened cocoa powder (50g)
    1 cup M&M’S® MINIS® Milk Chocolate Candies

    Method:-
    Preheat oven to 350°F (175C). In a small bowl, combine flour, baking soda and salt; set aside. In a mixing bowl, cream together butter and sugars until light and fluffy; add egg, vanilla and dissolved coffee granules. Blend in flour mixture, nuts and M&M’S® MINIS® Milk Chocolate Candies.
    Remove half the dough to a small bowl. Blend cocoa powder with dough remaining in the mixing bowl. Combine the doughs and mix together just enough to marbleize, about 4 strokes.
    Drop a heaping tea spoonfuls about 2 inches apart onto ungreased cookie sheets. Bake 10 to 12 minutes just until set; do not over bake. Cool 1 minute on cookie sheet; remove to wire rack until completely cooled. Store in tightly covered container.
    Sources:-From M&M's Recipes & Ideas.
     

    Tuesday, May 17, 2011

    Beef Steak Kering

    Menu hari Ahad yg lalu...beef steak kering yang dah lama tak masak..the last time kita masak was during my early blogging days..itupun main hentam sendiri  menggunakan recipe BEEF CHOP Kak Nuridah sebab ada balance daging yang tak habis tu yang kita buat beef steak kering ayu style.....this time, menggunakan recipe Kak fida siap dengan sukatannya..and by adding colour merah  baru rupa macam beef steak kering mamak yang kat Beach road tu..heheh...

    This dish memang sesuai bila semua rakyat ada kat rumah...makan dengan roti, fuh, kenyang tak payah makan nasi lagi....today is a holiday kat sini...Hari Vesak..so bolehlah siapa2 yang nak mencuba recipe kak fida ni...boleh tahan sedap  juga... terimakasih puan punya recipe ni kita minta izin panjang2kan recipenya disini ya...
    psst- This is a scheduled post


    Beef Steak Kering
    Sources:-From kakfida@myresipi.com
    Bahan2 -(4 orang)
    • 1/2 kilo daging - dipotong kecil dan nipis-(Ayu gunakan 600g)
    • 4 ulas bawang putih *
    • 2 hiris halia*
    • 1 sk lada hitam* (* ditumbuk halus)-(Ayu gunakan 2 sk)
    • 2 sb rempah steak/daging/beriani-(Ayu gunakan 4 sb rempah bistik)
    • 4 sb tomato sos-(Ayu gunakan 5-6 sb)
    • 2 sb cili sos-(Ayu gunakan 3-4 sb)
    • 1 sb kicap manis-(Ayu gunakan 1 sb kicap manis + 3 sb kicap masin)
    • 2 biji bawang besar - dihiris bulat 
    • 2 sb cili kisar-(Ayu tambah)
    • 2 biji kentang - rebus dan dadu kasar
    • 2 kelopak kobis - dihiris-(Ayu tambah lagi)
    • 1/2 batang lobak merah - dihiris bulat
    • 2 batang lada hijau - di hiris bulat.
    • 2 biji tomato - dadu kasar
    • garam,gula secukup rasa
    • secukup air-(Ayu gunakan 21/2cawan)
    • 2 biji telur-(Ayu gunakan 3-4 biji)
    • secukup minyak masak utk menumis
    • Sedikit pewarna merah (opt)-(Ayu gunakan)
    • sedikit hirisan daun ketumbar atau daun sup 
    • sedikit kacang peas-(Ayu tambah)

    Cara-cara

    1. 8 bahan pertama diperap 1/2 jam.
    2. Panaskan secukup minyak dan tumis bawang hiris hingga layu.Keluarkan 1/2 bahagian bawang yang telah layu dan ketepikan(Ayu tumis cili kisar sebentar) lalu masukkan daging yang telah diperap tadi dan masak hingga daging empuk dan hampir kering dan masukkan telur dan kacau hingga sebati dan kering lagi.
    3. Masukkan pula kobis,lobak merah dan lada hijau dan masak hingga layu lalu masukkan kentang rebus, tomato,bawang goreng layu tadi dan daun ketumbar/sup dan kacau sebati.Bubuh perasa jika perlu dan tambah pewarna merah(opt) dan sedikit air jika inginkan steak yang tak terlalu kering.Masak atas api yang kecil selama 5 min. dan matikan api.
    4. Hidangkan ketika masih panas.

    Nasi Ketumbar & Rendang Ayam Bandar

    Assalam teman2..recipe nasi ketumbar yang kita masukkan hari Khamis yang lalu, dengan rendang ayam bandar telah ghaib entah kemana diangkasa...ini termasuk comment2 nya sekali dan beberapa comments kat roselle juice sebelum itu...Adalah difahamkan hari Jumaat yang lalu blogger.com ada mengalami sedikit masaalah technical dan mostly bloggers tak boleh update, access dan baca comments..diblog masing2 dan diblog2 yang lain...atas dasar itu, dengan tidak disengajakan..hari Jumaat yang lalu adalah public holiday untuk semua bloggers!!!..heheh..

    Disebabkan entry yang telah hilang itu..kita masukkan lagi nasi ketumbar dengan rendang ayam kita ni ya..nak repeat balik pun kita dah lupa apa yang kita type hari tu..cuma nak bilang, set nasi ketumbar ni ingat nak buat acar timun to go along with it..tapi pasal dah tak sempat, sebab my dad dah kelam kabut nak berangkat ke solat jumaat dan nak makan nasi sebelum keluar..then lepas tu malas pulak nak buat..so ..kita potong ajelah timun dan hiriskan cili..hehehe..

    Nasi Ketumbar
    Sources:-From Q'ein@myresipi.com
     Bahan2-(7 orang)
    • 500g beras
    • 3 s/b mentega-(Ayu guankan minyak sapi)
    • sedikit minyak
    • 1 biji bawang merah (dimayang halus)
    • 3 batang daun ketumbar (blender halus)-(Ayu tapis)
    • sedikit garam
    • pewarna hijau
    • 1 kiub ayam

    Cara-cara

    1. basuh beras dan toskan
    2. cairkan mentega bersama sedikit minyak
    3. Masukkan bawang goreng sehingga wangi dan masukkan kiub ayam
    4. Kemudian masukkan beras, daun ketumbar yang telah blender tadi dan secubit garam
    5. Masukkan air dan masak seperti nasi biasa
    6. bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna hijau
    7. tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang.

    *************************************

    Rendang Ayam Kampung(Bandar)
    Sources:-From matgebu@myresipi.com
    Bahan--(7 orang)

    • 1 ekor ayam kampung (anggaran 1.5 kg)
    • 1 biji kelapa, diparut-(Ayu gunakan 300 ml santan pekat)
    • 2 helai daun kunyit, dimayang halus
    • 3 ulas bawang merah kecil, dimayang*
    • 2 ulas bawang putih, dimayang*
    • 2 asam keping 
    • 1 batang kayu manis (anggaran 3 inci)*
    • 1 kuntum bunga lawang*
    • 3 biji buah pelaga*
    • 4 kuntum bunga cengkeh*(*bahan2 tumis)
    • 3 camca besar cili kisar-(Ayu gunakan 21/2 sudu besar)
    • 4 camca besar kerisik-(Ayu gunakan 3 sudu besar )
    • 2 camca besar rempah kari daging
    • 1 camca besar gula Melaka-(Ayu gunakan 1 sudu besar gula pasir)
    • Garam secukup rasa dan 1 cawan minyak utk menumis 
    • BAHAN2 DIKISAR HALUS :-
    • 5 batang serai, dimayang
    • 8 ulas bawang merah kecil
    • 4 ulas bawang putih
    • 2 inci halia
    • 1/2 inci lengkuas-(Ayu gunakan sehiris aje)
    • 1 inci kunyit hidup
    • 4 biji buah keras-(Ayu gunakan 2 biji aje)
    • 2 biji tomato dipotong dadu-(Ayu tambah)

      Cara-cara

      1. Ayam dibersihkan dan potong 24 kepingan. Cuci dgn asam dan garam, perap 10 minit. Bilas dan toskan. (Boleh juga gunakan ayam daging)
      2. Masukkan 1 cawan air dalam kelapa parut dan ramas. Perah santan pekat dalam satu bekas, ketepikan. Kemudian masukkan 2 cawan air lagi, ramas dan perah utk santan kemancar. Ketepikan.
      3. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bhn2 tumis dan kacau hingga wangi. Masukkan cili kisar, bahan2 dikisar halus dan juga rempah kari. Masak hingga harum dan pecah minyak.
      4. Masukkan sedikit garam dan diikuti ayam. Gaul ayam hingga sebati dgn rempah dan masak hingga ayam agak kecut (10 minit). Masukkan santan cair dan biarkan masak atas api perlahan hingga daging ayam 1/2 masak.
      5. Kemudian masukkan santan pekat,kerisik dan asam keping, masak hingga ayam empuk dan kuah pekat. Baru dimasukkan gula melaka dan daun kunyit yg telah dimayang tadi. Gaul rata dan masak hingga rendang agak kering. Rasa garamnya. Angkat dan boleh dihidangkan.
      6. Rendang ini boleh juga dimasak dalam periuk tekanan (bagi sesapa yg ada), bergantung pada jenis periuk tekanan masing2. Dan kemudian keringkan di dalam kuali.

      Wednesday, May 11, 2011

      Wordless Wednesday - Roselle Juice





      Friday, May 06, 2011

      Kuih Lapis Sago

      Semenjak dua menjak ni biji sago menjadi permainan didapur2 teman2 blogger..heheh..kita pun tak mau ketinggalan bermain dengan  biji sago..well actually kebetulanlah juga..last week, Mr Hubby ada beli kuih lapis sago ni, di BENGAWAN SOLO, dia bertanya dengan kita..You boleh buat  kuih ni?..
      I jawap, ermm, tak salah I have the recipe, maybe I can try.. he answered dengan jawapan sinis.."Ah make sure sama eh, jangan cakap aje tau..Eeeh!!, I jawap, mulut  laser eh...Dalam hati ku, akan ku proofkan pada mu!!..hehe

      So I  made this, a few days ago..dengan tekebil2 macam mana nak mengadjust sukatan gula sebab banyak juga..takut kang kalau kurangkan sangat kuih tak manis pun tak sedap jugakan..berapa kali kita test2rasa manis tak bila kita add gulanya tu..anyway..I adjusted ikut my sukatan yang buat cuma 1/2 adunan aje dan adjusted cuma buat 3 lapis instead of 4 lapis..so macam biasa, kalau teman2 nak cuba, sukatan gula tu please adjust ikut selera ya..

      Buat nya malam, potongnya the next morning..so I bekalkan Mr Hubby for his breakfast or morning tea..9am, no sms, 10am pun diam aje....I texted him and tanya..


      Mama:-          Any feedback , comment  about the kuih?
                            Manisnya OK tak? Or nak manis lagi?
      Mr Hubby:-   Very Sedap!! Manis is Ok..
      Mama:-          Sama macam Bengawan  punya tak?
      Mr Hubby:-    Sama macam Bengawan, ...
                             tapi yang ini lebih baik macam PERAWAN!!!!
      Mama:-           Kahkahkahakahakah....hawauuuu..



      Ingredients:-
      Bahan A
      90g gula melaka
      25ml air
      1 helai daun pandan
      (masak bahan2 atas dan tapis, buang daun pandan)

      Bahan B
      250g  biji sago, direndam 1 jam dan toskan
      150g kelapa parut,yang telah dibuang kulit arinya
      garam

      Bahan C
      130g gula kastor 
      50ml air
      1 helai daun pandan
      (masak bahan2 atas dan tapis, buang daun pandan)

      pandan paste-(Ayu tambah)
      sedikit pewarna merah dan hijau

      Method:-
      Satukan biji sago yang telah direndam dan toskan tadi bersama dengan kelapa parut dan garam.
      Kemudian bagikan kepada 3 bahagian yang sama banyak.1/3 bahagian dicampurkan dengan bahan A, dan gaul rata. Campurkan bahan C kedalam 2/3 bahagian yang tinggal. Gaul rata. Ambil 1/2 dari bahagian ini di campurkan dengan warna merah, ketepikan, 1/2 lagi dicampurkan dengan sedikit pandan paste dan warna hijau ketepikan.
      Alas loyang 7x7 inci dengan plastik wrap. Masukkan sago yang berwarna merah dan kukus selama 10-15 minit. Angkat dari kukusan dan ratakan( macam nak ratakan pulut serimuka), hingga betul2 padat & rata. Masukkan sago biji yang dicampurkan dengan air gula melaka tadi dan kukus selama 10-15 minit. Angkat dari kukusan dan ratakan. Diakhiri dengan sago yang berwarna hijau+pandan paste dan kukus selama 30-40 minit atau sehingga masak. Biarkan betul2 sejuk baru dipotong.
      Sources:- My secret recipes volume 4- delightful sweet treats. + with some adjustments from me..

       Note:- Bahagian yang dicampur dengan air gula melaka seharusnya digaul dulu baru dimasak air gula melakanya, kerana takut air gula melaka akan mengeras sementara menunggu adunan sago, sebab air yang digunakan sedikit saja..itu yang terjadi pada kita..so terpaksalah kita panaskan balik air gula melaka yang mengeras tu.. huhu

      With this would like to wish  all Mothers, Mothers-to be and Grandmothers 
      a very
      HAPPY MOTHER'S DAY
      for this coming
      8th May 2011..
      May you enjoy your day..

      Daging Lompap

      Lauk telur kurma kat bawah tu kita gandingkan dengan lauk daging lompap nilah..Daging Lompap?..first time kita dengar..tak kiralah nama apa pun  bila tengok bahan2..ermm ada CILI PADI!..mesti best dalam hati berkata2..uish memanglah best.. orang negeri cakap SODAPPPPP....bahan celery dalamnya tu yang kasi daging ni lain dari yang lain...nak cakap pun susah nak explain, tapi memang lah sedappp..kalau nak tahu kenalah cuba..memang suka pada rasa daging yang ada cili padi then kena pulak dengan celerynya tu...Resipi ni kita dapat dari dapur Kak Cek@cek vison homes katanya resipi ni asal dari sebelah hubby Kak Cek, dan sekarang sudah menjadi masakkan kegermaran anak2nya...Thank you kak cek for generously sharing recipe keluarga kak cek ni , minta izin kita letakkan recipenya disini pula ya..

      Bahan2nya:-
      • 500 - 600 grams...dipotong sederhana kecil...dicuci...ditoskan..-(Ayu gunakan daging yang sudah direbus dulu dengan sedikit halia kisar)
      • 13 biji cili padi 
        (Ayu tambah lebih lagi sikit)
      • 3 biji cili hijau  *
      • 1 biji bawang besar  *
      • 1 inci halia  *
      • 2 ulas bawang putih  *
      • 1 batang serai dititik...-(Ayu tambah 1 lagi jadi 2 batang)
      • 2 biji cili merah dipotong serong2..
      • 1 batang celery dihiris2...
      • 1 ketul chicken cube
      • Garam...sedikit gula secukup rasa
      • 1 keping asam keping...
      • Minyak secukupnya untuk menumis
      • Sedikit air....

      Cara Penyediannya:-
      • Kisar sume bahan2 yang bertanda  *
      • Panaskan minyak...tumiskan sume bahan2 kisar dan serai...hingga naik baunya...
      • Masukkan daging....kacau sebati....tutupkan kuali...kecikkan api....sekali sekala...dikacau..tambahkan air...jgn byk sgt...tutupkan kuali semula...biarkan daging empuk...
      • Masukkan chicken cube...garam dan gula secukup rasa....masukkan jugak asam keping...biarkan kuah agak pekat sedikit....akhir sekali masukkan hirisan cili dan celery...kacau sebati...siap dah...tutupkan api....
        Sources:-From http://cekvisionhomes.blogspot.com

      Kurma Telur Pengantin

      Last weekend my ex neighbour ada kahwinkan anak, after the majlis she got lots of berkat telur left over..so she passed to us about 20 biji..dapatlah dibuat beberapa lauk for that...some of them dibuat kurma telur ni..teringatkan Kak Ummi ada masak lauk telur pengantin ni kemarin ...kita pun ambiklah resipinya.. jadilah buat lauk untuk hari Isnin yang lalu...congak punya congak pada mulanya nak masak kari aje..tapi fikirkan nak masak daging juga so decided on this sebab tak pedas..kita masak cair2 sikit sebab nak berkuah...Thank you Kak Ummi, for sharing, memang dah kena lah tu telur pengantin namanya..heheh..


      KURMA TELOR PENGANTIN
      Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

      Bahan:-
      • 5 biji telor yang telah direbus dan dikupas.
      • 4 ulas bawang merah *
      • 2 ulas bawang putih *
      • 2 cm halia * (bahan * ditumbuk kasar)
      • 1 inci kulit kayu manis
      • 2 kuntum bunga lawang
      • 2 kuntum bunga cengkih-(Ayu gunakan 1 aje)
      • 2 biji buah pelaga
      • 3 sudu besar rempah kurma #
      • 1 cawan santan pekat # (bahan # dibancuh sebati)
      • 2 cawan santan cair
      • 2 tangkai cili merah & hijau - dibelah
      • 2 biji kentang - kupas dan belah 4
      • 2 biji bawang besar - belah 4 atau 6
      • 2 biji jus limau sambal-(Ayu tambah)
      • beberapa cili padi -(Ayu tambah)
      • garam secukup rasa + perasa-(Ayu tambah)
      • minyak untuk menumis
      Cara Memasak:-
      1. Panaskan minyak dalam periuk/caserol, tumiskan rempah 4 sekawan (kayu manis, lawang, cengkih & pelaga) dan masukkan bahan tumbuk. Kacau hingga naik bau.
      2. Masukkan bancuhan santan dan rempah kurma. Perlahankan api dan masak hingga pecah minyak.
      3. Masukkan kentang dan gaul rata. Masak sebentar.
      4. Masukkan pula telor dan masak sekejap dalam bahan rempah.
      5. Kemudian masukkan pula santan cair, dan garam. Masak/reneh hingga nampak berminyak dan kuah agak pekat.
      6. Masukkan bawang besar dan cili.
      7. Seimbangkan rasa dan pastikan ubi kentang lembut. Tutup api.
      Sources:-http://ummizaihadi.blogspot.com

      Thursday, May 05, 2011

      Lontong Kering, Ayam Rendang Cili Api w/Kacang Panjang & Sambal Goreng Berkentang

      Inilah lontong kering yang kita cakapkan tu..rebus nasi impit, sampai 2 packet that was why ada lebih kita buatkan soto ayam, the next day..anyway this time, kita cuba rendang ayam cili api together gether ada kacang panjang dalamnya....Lontong Kering, atau baru kita tahu another name was Lontong Darat in Malaysia..yalah sebab darat  dia kering tak berkuah.. heheh..inilah menu yang jarang2 kita buat selalunya kita beli, tapi pasal dah lama tak makan so decided to buat sendiri...
      Lauk or side dish  lontong kering ni boleh dipelbagaikan, ada makan dengan rendang daging, sambal tumis sotong kering, paru goreng ayam goreng dan sebagainyalah..tapi mine I just made Sambal Tumis Udang, sambal goreng berkentang, rendang ayam cili api, some Bagedil dan just buy the readymade serunding...sedap juga sekali2 masak sendiri dan muailah..dapat juga kita makan berulang2 satu hari tu...haha..

      Rendang ayam cili padi ni kalau ikut recipe asal tak bubuh kerisek, so ia ada ala2 lemak cili padi tapi yang kering type..Tapi I derhaka sikit  letak kerisek, dan tambah some daun limau purut, daun kunyit kasi wangi  ..hehehe tapi sedapp.. Recipe dari tuntung15@myresipi. Terimakasih for sharing this nice recipe, Minta izin diletak disini pula ya..

      Ayam Rendang Cili Api & Kacang Panjang
      Bahan2 (sekeluarga)
      • 1 ekor ayam (buang kulit dan potong kecil2)
      • 2 paket santan (1 paket = 1 biji kelapa)
      • 1 cekak kacang panjang
      • 30 - 40 biji cili api (ikut rasa pedas masing2)
      • 1 inci kunyit hidup
      • 1 inci lengkuas-(Ayu gunakan 3-4 hiris nipis aje)
      • 4 batang serai (diketuk)
      • 2 keping asam keping 
      • 2 helai daun limau purut-(Ayu tambah)
      • 1 helai daun kunyit-(Ayu tambah)
      • 1 sudu besar kerisek-(Ayu tambah)
      • Garam + perasa secukup rasa

      Cara-cara

      1. Blender cili api, kunyit hidup dan lengkuas.
      2. Kacang panjang dipotong serong dan tebal supaya tidak mudah hancur.
      3. Masukkan ke dalam periuk ayam, bahan yang telah diblender, serai, asam keping, santan pekat dan garam.
      4. Masak diatas api sederhana sambil dikacau sehingga pekat dan agak kering dan nampak berminyak.
      5. Akhir sekali masukkan kacang panjang.
      6. Gaul rendang sekejab dengan kacang. Jangan lama kerana kacang panjang mudah lecur. 
      Sources:-From tuntung15@myresipi.com
      Yang ni pula my version of sambal goreng berkentang.. sambal goreng yang  simple aje, letak santan & kiub ayam untuk rencahnya..

      Sambal Goreng Berkentang
      Ingredients:-
      4 keping tempe dipotong dadu, goreng ketepikan
      3 keping tauhu dipotong dadu, goreng ketepikan
      2 biji kentang dipotong dadu, goreng ketepikan
      6-7 batang kacang panjang, dihiris panjang, goreng ketepikan

      *3 sudu besar cili kisar
      *1 sudu besar bawang putih kisar
      3 sudu besar bawang besar/merah kisar
      * 1 batang serai diketuk
      * 1 kiub ayam
      * 1 asam keping

      1/2 cawan santan pekat
      1/2 cawan air
      garam, gula & perasa

      Method:-
      Tumis bahan2 bertanda* hingga naik bau & garing. Masukkan santan, air, garam, gula & perasa. Kacau rata. Masukkan bahan2 yang telah digoreng tadi dan kacau rata. Rasa dan tambah apa yang kurang.Matikan api, siap untuk dihidang.

      Chocolate Cake For Mothers Day From Puan Ros & Award From Paty's Kitchen


       This was the chocolate cake that was sent to me through the wires for the coming Mother's Day 2011..
      Thank you Puan Ros for the delicious rich moist cake!!
      Wow, bukan apa I am imagininng the taste sebab tak dapat rasa pun
      hehe..
      A 'heart' shape symbol cake represents love
      to all mothers, mother's to be &
      grandmothers..
      May this year and all the years to come and
      not only on  Mother's Day that we celebrate this ..
      but 
      everyday being a mother to your loving kids 
      are mother's day itself..
      Happy Mother's Day to ALL..

       
      **************


      Just updated
      Got 'The Sisterhood of the world Bloggers Award'
      from Paty's Kitchen 
      May the sisterhood in world of blogging will last forever..
      There goes to the rest of my friends too.
      Thank you Kak Paty for the lovely award..

      Tuesday, May 03, 2011

      Mee Tom Yam

      Buat mee ni saja nak nak tukar selera dari the normal, mee yang bersup dan berkuah...normally tom yam, kita suka hirup kuahnya ..kali ni bubuh mee dalamnya...selak2 buku masakkan yang dah lama dalam simpanan yang dah 1 inci berdebu..heheh...jumpa & cuba2 recipe yang ini..satu kelainan for my family...oklah try something difference for a change..

      Ingredients:-(Anggaran 1-2 orang)
      150g mee kuning
      100gdagin ayam-((Ayu  gunakan daging lembu yang sudah direbus)
      100g udang
      100g sotong
      100g kobis bunga
      1 biji tomato dibelah
      1 biji bawang besar dihiris
      2 batang serai diketuk
      8 biji cili padi diketuk
      1-2 bawang putih diketuk
      1 sudu besar pes tomyam-(Ayu gunakan 1/2 kiub tomyam)
      1/4 kiub stok ayam-(Ayu tambah)
      2 helai daun limau perut
      1-2 biji jus limau nipis
      air, garam & perasa secukupnya
      minyak masak

      Method:-
      Panaskan sedikit minyak masak. Tumiskan bawang putih hingga naik bau.
      Maukkan air. daging. serai dan cili padi. Masak hingga daging lembut.Kemudain masukkan udang, sotong, kobis bunga, tomato, bawang besar hiris dan pes tom yam.
      Apabila mendidih masukkan daun limau perut, garam, dan air limau nipis.
      Akhir sekali masukkan mee dan masak selama 3 minit.
      Sources:-From Aneka Hidangan Mee- Saadiah Mohamad

      Gold Card From CT Delima, & Giveaway from Moscow by Miszlullaby

      Bukan senang nak dapat Credit Card ..kena gaji ribu2 baru dapat apply..kalau gaji bagus, dapatlah merasa, silver platinum card kalau gaji lagi atas. ..dapat gold card....heheh
      tapi yang ni tak perlu ada gaji... kita dapat FREE...
      inilah card dari bank DDCT, International..
      with compliments dari

      Thank you Ct for the card, kita nak gunakan card ni nak beli loyang, acuan kuih, cookie cutters dan sewaktu dengan nya bolehkan..haha





      Terima satu tugasan dari Diana@Melley Mey
      yang duduk di Sabah..negeri yang belum pernah kita jejak..
      Terkujut makcik, bila dapat ni..heheh
      Anyway, ada giveaway yang sedang berlaku 
      Kalau ingin hadiah dari Moscow, bolehlah cuba2 nasib kan..
      Lepas dijenguk2 rasa2nya nama kat bawah ni masih belum kena tag..
      so sila2kan lah ya..


      Just a little update the latest tag was also given to me by Noorsha
      @1001 Cerita 1001 Rasa.
      Thank you dear.
      " Giveaway from Moscow by Miszlullaby"
      Tag 5 orang rakan blogger 

      Thank you Diana for the thoughts 
      penganjur Giveaway ni..Miszlullaby..