Wednesday, November 30, 2011

Bubur Kacang Durian & Nangka


Assalam sebelum kita nak keluar kejap lagi, sebab nak beli buku & uniform buat si Iqram, kita post dulu this entry..buat pengunjung2 yang masih sudi kedapur kita ni..nanti bila ada masa lagi will update mana yang sempat lah ya...Bubur Kacang Durian & Nangka ni, kita buat baru2 ni sebab, nak cuba bubur kacang yang diletak nangka didalamnya..sebenarnya sebelum ni kalau bubur kacang yang ada durian tu kita tak makan!!..heheh..memang jakun habiskan..kalau terhidang pun kita akan tolak isi/durian tu ketepi dan just makan bubur kacangnya aje..Entahlah ..kita ni tak reti nak makan kuih muih, pastries, kek atau apa saja yang ada durian didalamnya, melainkan fresh durian aje yang kita reti makan..hehe..my mum used to say..'Bodoh betul tak reti makan, nilah yang best..!!'..huhu..

Anyway, I've tried this bubur kacang durian & nangka, siap suruh Mr hubby belikan kat Cold storage purposely for this dessert..hehe..sebab nak break the icelah gitu..kan dah pernah kata dulu, semenjak ada blog ni..banyak dish or menu yang dulu kita tak reti makan dan tak berani mencuba sekarang dah boleh terima..Memang sedap rupanya bubur kacang dengan durian lagi pulak ditambah dengan isi nangka yang manis ni!!!..Recipe dari dapur Kak Cek yang dah lama masuk list..Terimaksih Kak cek minta izin kita letakkan recipe bubur kacang akak disini ya..
Bubur Kacang Durian & Nangka
Sources:-From Kak Cek@cekvisonshomes
BAHAN-BAHANNYA...
  • 300 grams kacang hijau dicuci dan direndam semalaman..
  • 10 ulas nangka....disiat2 isinya...
  • 8 ulas/ketul isi durian...
  • 400 ml pati santan Ayam brand
  • 300 ml air
  • 200 ml susu cair jenama Ideal
  • 150 grams gula melaka....diracik2 halus...
  • 4 sudu besar gula pasir...
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 helai daun pandan disimpulkan....
CARA-CARA PENYEDIAANNYA...
  • Kacang hijau yang direndam ditoskan...masukkan kedalam periuk yang sesuai ..campurkan air dan rebuslah sehingga kacang hijau betul2 empuk dan lembut....( sukatan air utk merebus kena agak2 la ya...kalau kacang hijau masih belum lembut...air kena ditambah lagi...)
  • Masukkan gula melaka..gula pasir... durian dan daun pandan sekali....
  • Api biar kecik...dan dikacau  sekali sekala...biarkan durian sebati .....
  • Campurkan santan...dan susu cair.....dan juga garam...Nangka pun dimasukkan sekali....kacau lagi.....sekiranya bubur agak pekat bolehla ditambahkan sukatan air kedlmnya...( 300 ml tu anggaran je ...so masukkanlah sikit2...kalau rasa dah ok...cukuplah air tu...dan seeloknya masukkan air suam....)
  • Rasa manis bubur pun ikut selera memasing k...ada org suka manis ada jugak yang suka kurang manis....
  • Bila sume dah sebati....rasa dah ok...tutupkan api....
  • Siap utk dihidangkan...nank cecah roti atau makan ngan pulut sume pun boleh.....

     *************************

    Ini pula bubur kacang yang tiada durian didalamnya.. sebenarnya bubur kacang ni dah lama kita buat tapi baru nilah kita masukkan since baru2 ni kita buat yang ada durian. ..kalau tengok entry kat dapur yatie it was last year October, kalau tak silap kita buat next few days lepas Yatie buat entrynya, so bayangkan dah setahun baru ni dapat masukkan entry..hehe ..Recipe asal memang dibubuh durian, tapi as what I've said sebelum ni.. kita tak makan durian yang diletak dalam bubur kacang, so I omit the durian...,sedapp juga bubur kacang yatie ni.. terimaksih juga ya kita minta izin letakkan disini as for future reference..
    Bubur Durian Kacang Hijau
    Sources:-From Yatie@yatiememories
     Bahan-Bahan
    • 2 cawan kacang hijau - rendam 1 jam
    • Air secukupnya utk merebus kcng hijau
    • 2 cawan santan pekat
    • 2 cwn santan cair
    • 1 ketul gula melaka
    • 1/2 cawan gula pasir
    • 2 helai daun pandan
    • 1 sudu besar minyak masak
    • 2 helai daun pandan - belah dan simpul
    • 1 sudu kecil garam
    • Isi durian secukupnya.
    Cara-Cara
    1. Rebus kacang hijau bersama air, garam dan masukkan 1 sudu besar minyak masak (*biar cepat empuk).
    2. Bila kacang telah empuk dan kembang, masukkan gula pasir.
    3. Masukkan pula gula melaka yg di racik. Kacau hingga gula larut dan sebati.
    4. Masukkan isi durian....masukkan pula santan cair ke dalam periuk bersama daun pandan. Masukkan santan pekat dan gaul sebati.. Biarkan mendidih sebentar dan tutup api.
    5. Setelah siap bolehlah di hidangkan.(Kalau tak suka durian, tak perlu letak y

Wednesday, November 23, 2011

Talam Sekoteng

Aduhhh..penat mengetuk keyboard ni..heheh..5 hari tak update so 5 post untuk hari ni...kalau seminggu... 7 postlah ya..pengsannnn ...hahah..tak adalah begitu..since hari ni ada kelapangan kita update ajelah ..jangan marah ya...teman2 yang berpatah balik tu..heheh...
Cuti sekolah dah bermula  disini hari Isnin yang lalu...pada hujung2 minggu dah banyak dah dapat undangan untuk kemajlis perkahwinan, pertunangan dan cukur jambul....baru2 ni infact hari Ahad yang baru lepas ni..kita adalah kesatu majlis perkahwinan...selalunya kalau keluar rumah, kita akan put on my glasses tapi hari tu macam tak nak pakailah, sebab dah siap pakai baju yang ada a bit blink2 almaklum ler nak kemajlis orang kahwin kan so ingat nak glamourlah sikitkan..hehe..alah biar BLUR ASAL BERGAYA...hehe.. then macam biasa, bila dah sampai, buffet setting ambil makanan dan lepas makan duduk sekejap menghabiskan dessert, pinggan nasi tadi kita letaklah sebelah, then here come a young man(kendarat) dalam usia belasan tahunlah or early dua puluhan menyapa ..'Kak, boleh saya kemas pinggan ni?..kita tengok dia dan terus cakap oh boleh- boleh..silakan'...(dalam hati alamak dia panggil aku kakaklah!!!sukanyaaaa..wakakaka....then kita realised, selalunya kalau kita pakai cermin mata, orang selalu panggil aku MAKCIK, or Auntie!!!)..huhu..nampak gaya kena tukar cermin mata ni..hehe..or should I pakai contact lens yang warna warni tu??..heheh..

Ok, back to this recipe...another recipe yang kita beli dari Chef Asma, Talam sekoteng, pada mulanya kita pun tak berapa sure sekoteng tu apa, then nampak kat dapur Kak Am,..baru kenal, dan kebetulan terjumpa di Sheng Siong Supermarket just grab ajelah..Recipe kat bawah ni adalah 1/2 adunan ya..so kalau nak buat 1 adunan just double the quantity dan gunakan loyang 10x10x 2 ..Rasa kuih ni pada kita ada macam rasa kuih lapis asli..Lemak2 manis gitu...sedap jugalah pada kita, so here it is pada siapa2 yang ingin mencuba...
TALAM SEKOTENG
Sources: From Chef Asma
Source: Ayu@curlybabesatisfaction
(Recipe untuk 1/2 adunan)

LAPISAN BAWAH
Bahan A
35g sekoteng (rebus  dahulu & toskan)

Bahan B
90g tepung beras
125ml santan pekat
225ml air
1/2 sudu besar Tepung Hoen Kwee (putih)
110g gula castor
1/2 sudu kecil garam

CARANYA:
Bahan A, direbus & toskan, bancuh bahan B & tapis. Masak Bahan B sehingga naik wap, masukkan sekoteng & gaul rata. Tuangkan kedalam loyang & kukus selama 25 minit.(Ayu gunakan loyang 8")

LAPISAN ATAS
Bahan:
90g tepung gandum
125g gula halus-(Ayu gunakan gula kastor)
3 biji telur (kalau nak buat 1 adunan boleh guna telur 5/2/3 biji,)
125ml santan pekat
250ml air
1/4 sudu kecil garam
11/2 sudu kecil perisa rose (Brand : AMINA) - (Ini untuk 1 adunan)-(Since Ayu buat 1/2 adunan I gunakan 1/4 sudu kecil-esen ros cap star + 1/2 sudu kecil pewarna rose pink)-sorry just edited

CARANYA
Bancuh semua bahan2 atas, tapis kedalam periuk. Masak hingga naik wap & tuangkan keatas lapisan bawah. Kukus selama 30 minit(lap 5 minit)
Tuangkan ke atas lapisan bawah

Daging Goreng Berlado

Daging Goreng Berlado ni dah 2 kali buat..time bulan puasa kemarin dan lepas tu beberapa hari lepas tu ..heheh..mula2 kita masak lauk ni daging tu kita ikut macam resipinya tak rebus dulu just goreng as per stepsnya..then kali kedua buat kita rebus hingga empuk atau hingga airnya kering..verdictnya dua2 sedap tapi  yang resipi goreng aje terus lagi sedap..sebab dagingnya lagi meresap cilinya..
Resipi dari Kak Asma, yang baru2 ni  kehilangan ayahandanya yang  tercinta,...Menurut Kak Asma, recipe ni adalah dari arwahnya ...Anak2 cucu semua suka dengan this dish..
salam takziah sekali lagi ya kak..Alfateha buat arwahnya..amin
Kalau nak jenguk blog Kak Asma ni bolehlah kesini ya..Terimaksih buat akak ..minta izin dipanjangkan recipenya disini pula...Insyallah sedapp sangat2 ni..


Daging Goreng Berlado
Sources:-From Kak Asma@myresipi
Sources:-From Ayu@Curlybabesatisfaction
Bahan(4 orang)
  • 300 gm daging
  • sedikit halia kisar-(Ayu tambah)
  • 10 batang lada merah hidup
  • 1 biji bawang besar
  • 3 tangkai daun sup
  • 1 biji limau kasturi
  • buter dan minyak masak
  • garam dan perasa


Cara-cara


  1. daging dibersihkan,hiris nipis dan gorengkan (nak garing sikit pun okay)
  2. lada merah diblend hingga halus(guna blender kering yee)
  3. bawang merah dimayang,daun sup hiris kasar
  4. panaskan buter dan sedikit minyak.
  5. tumiskan daun sup diikuti bawang besar yang dimayang tadi hingga layu.
  6. masukkan lada yang diblend tadi,tumis hingga naik minyak
  7. bila telah mesra kuah nin masukkan daging goreng tadi,garam dan perasa.kacau dan perasakan
  8. masaklah hingga kuah sebati dengan daging,sebelum padamkan api perahkan limau kasturi.kacau lagi.

Sambal Telur Masin

Lauk ni pun ok juga bila darurat, or malas nak masak..or untuk tambah2kan side dish..sesuai juga buat sahur dibulan puasa, tapi hati2 juga sahur telur asin..takut haus during the day..sebab masin..hehehe..


Sambal Telur Masin
Sources:-From SAJIONLINE
Sources:-From Ayu@Curlybabesatisfaction
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur masin (rebus)-(Ayu gunakan telur asin 'low-salt content')
1 labu bawang besar (hiris)
5 tangkai cili hijau (tumbuk kasar)-(Ayu tak gunakan ni)
*20 tangkai cili padi merah (tumbuk kasar)-Ayu gunakan lebih lagi)
*3 biji buah keras
*3 cm belacan
garam + perasa -(Ayu tambah, garam buat syarat aje sebab telur masin dah masin)

CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk.
2. Masukkan buah keras, garam, belacan dan gaul rata.
3. Susun telur dalam pinggan dan tuangkan sambal yang dimasak tadi.-(Ayu gaulkan sekali dalam kuali)

Tauhu Masak Lemak Putih

Lauk lemak putih yang tak pedas ni, kita kenakan  dengan lauk daging berlado..which I will post later..basically hari ni hari mengupdate... so tak boleh nak ngomel banyak2..
so bear with me ya..hehehe.
Tauhu Masak Lemak Putih
Sources:-From Majalah Rasa Julai 2011
Sources:-From Ayu@Curlybabesatisfaction
Bahan:-
2 keping tauhu -dipotong dadu
2 biji bawang merah-Ayu gunkan 1/2 biji bawang besar
5g ikan bilis dikopek- Ayu gunakan 1 cube ikan bilis
10g suhun-direndam
10g fucuk direndam
1 biji cili erah dihiris1 helai daun kunyit dicarik
10 biji fish balls-(Ayu tambah)
500ml santan pekat-(Ayu gunkan 1 kotak santan pekat aje +air)
garam secukup rasa

Cara:-
Satukan bawang merah, ikan bilis, daun kunyit, tauhu, dan santan pekat didalam periuk. Didihkan. Masukkan fishballs. Pastikan api perlahan dan dikacau selalu agar tidak pecah minyak. Kemudian apabila kuah telah mendidih, masukkan suhun, fucuk dan cili merah. Biarkan seketika. Akhir seklai perasakan.Angkat dan sedai untuk dihidang.

Deep Fried Oyster Mushrooms II

Assalam, another recipe cendawan goreng  yang kita adjust sedikit dari recipe yang lalu..pernah buat disini lama dah..this time, letak lebih sikit part rempah2nya tu..dan tambah kan cili kisar so as to give a bit rasa pedas sikit..

Deep Fried Oyster Mushrooms II
adapted from
Deep Fried Oyster Mushrooms
Sources:-From Ayu@Curlybabesatisfaction
Bahan A:-
3 packet cendawan tiram of 150g each
200 g tepung beras
100g tepung kanji/tepung kentang
*2 sudu kecil bawang putih kisar
1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1/2 sudu besar serbuk jintan putih
11/2 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar cili kisar-(kalau nak lagi pedas boleh lebhkan sikit lagi)
1/2 sudu teh soda bikarbonat
garam n perasa (jika suka)
11/2  cawan air anggaran
 
Cara:-
Campurkan semua bahan, masukkan air sedikit demi sedikit.. Buat macam adunan goreng pisang. Celup cendawan dalam tepung dan goreng, macam goreng pisang.

Friday, November 18, 2011

Nasi Lemak, Sambal Sotong & Ayam Tandoori

Nak cepat masak punya pasal, kita terus pergi kedapur Che Mat, sebab dah tahu mesti ada aje recipe yang  bakal kita  ambik dari sana..heheh..memang pun sesimple2 mana pun recipe tu..walaupun to certain people is nothing but to people who are desperate for information & recipes like me...those  simple recipeslah penyelamat diwaktu darurat..hehe...betul takkk..tak apa kita jawap sendiri...betullllll..!!..so inilah hasilnya..Nasi Lemak..!..Nasi lemak, kalau ikutkan masing2 memang ada cara2 tersendiri .. I suka cara Che Mat ni..sebab nasi lemak tu berperisalah sikit kan.. Nasi Lemak kali ni kita gandingkan dengan Sambal Sotong, Ayam Tandoori, dengan sidekicknya, telur rebus, hirisan timun dan kangkong goreng bawang putih...fuh sedappp ni...kita makan sampai perut
buuuuuncit.....heheheh..

Terimakasih, Che Mat macam biasa ..minta izin akak post the recipe kat sini pula ya..

Nasi Lemak
BAHAN NASI LEMAK :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 1 jam, toskan-(Ayu gunakan 5 cawan beras basmathi, rendam sekejap aje & toskan)
6 cawan santan
1 helai daun pandan, disimpul
1 batang serai, dititik
1 biji bawang besar, belah 4
3 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, hiris
Garam secukup rasa


CARA MEMBUATNYA :-)
Masukkan beras dalam periuk nasi elektrik, tuang santan dan masukkan bahan2 lain, perasakan dengan garam secukupnya dan masak seperti biasa hingga nasi tanak dan kering. Biar hingga nasi betul2 masak baru dikareh dengan chip stick. Hidangkan dengan sambal tumis dan bahan2 sampingan lain.

Kita memang dah terpikat betul dengan sambal ni....semenjak dah jumpa recipe sambal yang makan dengan nasi lemak memang suka gunakan recipe ni..this time gunakan sotong pula the last time kita gunakan kerang..I like the masamness, the sweetness & the pedasness for this sambal..semuanya cukup pada kita...Thank you puan punya recipe for this ..memang dah jadi favouriteslah ....
Sambal Sotong
Sources:-From Singapore Local Favourites

Ingredients :
  • One lb(450g) small or med-sized fresh squid, clean the squid by laying it flat on the chopping board and gently pulling out the head in one direction. Empty the cavity of the squid. Wash it clean. Discard the head  except for a small portion of the tentacles. Slice the squid to thin rings.
  • 4 tbsp peanut or vegetable oil
  • One large onion, sliced
  • Two ripe tomatoes, quartered
  • One tbsp tamarind paste
  • One cup water
  • 1-2 tsp palm sugar or dark brown sugar
  • salt
  • 8-10 shallots
  • 2 tsp belacan, also spelt belachan or blacan [dried shrimp paste]
  • 4 cloves garlic
  • 5 tbsp chili paste
  • 4 candlenuts [buah keras/kemiri nuts] [Substitute: macadamia nuts]
(Items in red are to be ground/blended)

To Prepare :

  • In a small bowl, using your fingers, mix together tamarind paste and water, then strain and discard seeds
  • Using a mortar & pestle or blender, grind shallots, garlic, belacan, candlenuts, chili paste into a paste
  • In a heated wok, add oil, stir-fry ground paste until quite toasted and oil starts to ooze, about 5 mins
  • Add onions, tomatoes, tamarind, sugar and salt to taste
  • Cover, reduce heat to med, simmer till tomatoes are well stewed (mash with spatula) and sauce thickens
  • Add squid, stir fry till just opaque - do not overcook as they will become chewy!
  • Dish into a serving dish, allow to sit 10 mins or so, for squid to absorb flavors
  • Served Sambal Sotong over a banana leaf with steamed rice or Nasi Lemak (Coconut Rice)


Ayam Tandoori yang sangat sedapp....kalau nak beli ayam tandoori next time kena fikir 2 kali at least..sebab dah boleh buat sendiri ..memang sama rasanya dengan ayam tandoori beli punya pada tekak kita ni..walaupun kita goreng tapi for me  macam not much difference lah gitu dengan yang bakar punya(of cos bakar more healthy lah)...ke tekak kita dah kebulur kot..hehe..Recipe yang kita nampak kat dapur Zaliedana....asal dari dapur Chef Nizam...sebelum..ni kalau nak buat ayam tandoori terpaksa gunakan rempah tandoori maggi tu..so next time dah tak payah dahhhhhh..hehe...Terimakasih buat Zaliedana & tuan punya recipe for sharing this..minta izin dipanjang2kan disini pula ya...Sorrylah akak lambat masukkan entry sebab banyak menu kena ikut queue number..hehe

Ayam Tandoori
Sources:-From Sayasukamakan
Sources:-From Zaliedana@Ummieisya
Sources:-From Ayu @curlybabesatisfaction
Bahan2:-
+ 2 ekor ayam – belah 4-(Ayu gunakan 3kg chicken wings)


Rempah ratusnya:-(Ayu  gunakan semua sudu besar except garamlah)
+ 3 biji bawang besar
+ 13 ulas bawang putih
+ 2 inci halia
+ 2 sudu teh garam +serbuk perasa-(Ayu tambah)
+ 1 sudu serbuk kunyit
+ 1 sudu serbuk cili
+ 1 sudu serbuk lada sulah
+ 1 sudu serbuk jintan manis
+ 1 sudu serbuk jintan putih
+ 1 sudu serbuk ketumbar
+ 1 sudu serbuk kulit kayu manis
+ 3 biji buah pelaga
+ 1 cawan susu cair
+ 2 biji buah lemon
+ 2 ikat daun ketumbar
+ 2 ikat daun pudina
+ 2 sudu marjerin
+ 2 sudu sos tiram
+ pewarna merah

Cara2:-
Langkah pertama sekali untuk membuat ayam tandoori ini, kita buat tairu. Perahkan ½ biji buah lemon ke dalam 1 cawan susu cair dan kacau. Sekarang anda akan melihat perubahan susu cair tadi menjadi tairu. Kalau nak gunakan plain yogurt pun boleh menggantikan tairu ini.(Ayu gunakan plain yogurt aje)
Lepas itu, masukkan kesemua bahan-bahan rempah ratus tadi ke dalam pengisar. Jangan lupa perahkan 1 biji buah lemon ke dalam pengisar.
Kemudian, masukkan tairu ke dalam pengisar. Kisarkan bahan-bahan ini sehingga halus dan sebati.
Bila sudah selesai mengisar bahan-bahan tadi, lumurkan ke atas ayam-ayam ini. Pastikan kesemua ayam ini dilumur sehingga sebati dengan rempah ratus ini.
Ok, sekarang masukkan ayam-ayam yang telah diperap dengan rempah ratus tadi ke dalam beg plastik kedap udara. Beg plastik kedap udara boleh dibeli di pasaraya berdekatan. Jikalau takde, pakai aje bekas-bekas plastik yang kedap udara. Ini penting supaya tiada bau-bau wap asing di dalam peti ais masuk kedalam ayam yang diperap tadi. Untuk pengetahuan semua, saya perap ayam ini selama 5 jam sahaja.Bakar 170C selama 1 jam.
(Ayu tak bakar sebab nak cepat so goreng aje..heheh)

*Cara aku,aku kisar guna blender kering bawang2,daun pudina,halia bagai,pastu kat mangkuk yg lain aku satu kan semua rempah2 yg jnis serbuk n bhn2 lain,pastu msukkan juga yogurt,gaul2 sebati,baru campur ngan bhn kisar,pastu aku baru lumur atas ayam,Aku bakar 170 c .-(Ini cara Zaliedana)

Thursday, November 17, 2011

Mee Hoon Goreng Beryani


Another menu dibulan puasa..jangan mare ahhh..ok nak cepat2 masukkan entry sebab banyak kerja nak buat..Hasif dah start relaxing at home sebab exams dah habis(mulalah asik cari makan aje kat dapur..heheh)..Marsya pun kinder dah start cuti
dari semalam, Iqram esok last day lepas tu kemayuran ler..kat rumah.... habislah computer ni jadi rebutan... adengan wrestling, adengan air mata semuanya mesti ada ...sebab nak cop computer ni..mak budak kalau nak gunakan kena kasi 1 day advance notice..tak peduli whatever they want to play games ke , buka facebook ke, twitter ke.. kena kasi laluan mak update blog of course bila  masa ada terluanglah..hehe..

Ok..ok...Mee Hoon Goreng Beryani, ni kita ikut bahan2 aje ...cara2nya ada yang kita olah sendiri dengan masukkan  mee hoon tu dan goreng macam biasa..jadilah  jugakan, mee hoon yang berperisa beryani....sebab kalau nak buat macam the original recipe macam leceh pulak kita rasa lagi2 nak cepat makan time berbuka puasa..heheh..

Mee Hoon Goreng Beryani
adapted from
Mee Hoon Beryani Udang
Sources:-From Noraini Razali
Sources:-From Ayu@Curlybabesatisfaction
Bahan2:
1 bungkus mee hoon-(direbus3/4 masak dan toskan)-(Ayu just rendam macam biasa sebab nak goreng aje)
1/2 kg udang hidup(dicuci bersih dan tos)
5 sudu besar rempah beryani daging-(Ayu gunakan 3 sudu besar)
3 helai daun pandan
4 sudu besar susu cair-(Ayu gunakan 3 sudu besar)
4 sudu besar tomato puree-(Ayu gunakan 3 sudu besar)
6 biji tomato-(dipotng dadu)-(Ayu gunakan 2 biji aje)
7 cm kayu manis-(Ayu gunakan 2cm aje)
6 biji buah pelaga-(Ayu gunakan 3 biji aje)
1 cawan bawang goreng-(Ayu agak2 aje)
hirisan pudina-(Ayu tak letak)
1 cawan minyak
garam & gula secukup rasa
serbuk perasa jika perlu

Bahan2 Kisar:-
6 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih-(Ayu gunakan 4 biji aje)
2 cm halia-(Ayu gunakan 1cm aje)
6 biji lada hijau-(Ayu gunakan 10 biji cili padi)
secekak daun pudina-(Ayu tak letak)

Cara:-
Gunakan kuali. Tumis kayu manis, daun pandan dan buah pelaga hingga wangi. Selepas itu masukkan bahan2 kisar, rempah beryani dan kacau rata, hingga matang.

Masukkan susu cair dan kacau rata. Masukkan udang, tomato puree dan tomato biji serta garam, gula dan serbuk perasa jika perlu. Alihkan.
(Ayu tak alihkan macam  cara ini, Ayu terus masukkan mee yang separuh diwarnakan dengan pewarna kuning dan separuh warna putih(actually kalau tak nak warnakan pun ok juga) dan gaulkan aje dengan bahan2 yang ditumis diatas dan goreng mee macam biasa.)

Setengah bahagian meehoon diwarnakan kuning- gunakan koma2 atau pewarna kuning. Setengah dibiarkan putih.
Panaskan periuk atas api yang kecil. Dasar periuk disapu sedikit minyak makan. tuang mee berwana kuning, kemudian lapiskan setengah bahagian lauk beryani udang. Ratakan. Timbus dengan meehoon putih dan ratakan.
Tuankan diatasnya lebihan lauk beryani udang. Tabur bawang goreng dan hirisan pudina. Biarkan atas api kira2 5-10 minit, untuk membolehkan rempahnya meresap dan mee menjadi lembut dan masak.


Kuih Kaswi Gandum

Kuih Kaswi Gandum ni mula2 nampak kat dapur IzahDaut ...simpan dulu recipenya, memang nak cuba, tunggu ada chance aje nak buat then kebetulan dibulan puasa(yes another menu bulan puasa ni ) yang lalu, Mr Hubby requested nak makan kuih kaswi, sebab dah agak lama juga kita tak buat kuih ni..so terus terfikirkan kaswi gandum ni...then ternampak pula kuih ni kat kongsi resepi nya website, terus klik then it goes to blog Che Mat, after comparing, rupanya sama recipe dari Chef Hanieliza juga cuma cara2nya kita ikut Che Mat, sebab more detail stepsnya tu.... ramai yang telah mencuba recipe ni..dan semua rata2 kata sedap..memang pun sedapp..semuanya cukup rasanya...Kat bawah ni yang terlarat kita jejak kasih..siapa2 yang kita overlooked minta maaf ya....So kita minta izin pada semua yang telah berkongsi dan telah mewar warkan recipe ni..untuk diletakkan disini pula for future reference ya..


Kuih Kaswi Gandum
Sources:-From Chef Hanieliza
Yang dah mencuba, 
not in sequence:- Yatie, Mas, Mamahawa, K Anim, Noorsha, Anna Qawina dan terbaru Kak Cek
BAHAN A :-)
5 cawan air
1 cawan gula merah @ gula melaka
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
Sedikit pewarna coklat (mat guna 3/4 camca teh kicap pekat)-(Ayu gunakan coklat emulco)

BAHAN B :-)
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 camca teh air abu (boleh guna air kapur)
Kelapa parut putih, pilih kelapa muda sedikit yang berkulit basah
Sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih. Alas loyang 4 segi berukuran 10 inci x 10 inci x 3 inci dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak makan pada plastik tadi. Ketepikan.
  2. Masak semua bahan A, kecuali pewarna coklat, hingga larut. Biar sejuk dan tapis. Masukkan pewarna coklat atau kicap pekat.
  3. Dalam satu bekas, masukkan tepung gandum dan tepung ubi, kacau rata dan tuang no. 2 tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan whisk hingga sebati. Tapi adunan tadi dan masukkan air abu, kacau rata.
  4. Tuang dalam loyang tadi dan kukus 30 minit atau hingga masak. (mat kukus 35 minit). Biar kueh betul2 sejuk sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut putih yang telah digaul dengan sedikit garam. Selamat mencuba!!

Kurma Sosej

Kerana kebuntuan memikirkan lauk apa nak dimasakkan untuk anak2..Since sosej banyak dalam fridge & since anak2 pun ok dengan sosej....kita cuba pula kurma sosej ni.. .bolehlah dia orang makan no questions asked...sebab tak pedas punnng..

Kurma Sosej
Sources:-From mesra.net
Sources:-From Ayu@Curlybabesatisfaction
Bahan:-
5 batang sosej ayam-(Ayu gunakan 10 batang)
2 cawan santan pekat-(Ayu gunakan 1 cawan/kotak aje)
1 cawan air
4 sudu besar minyak sapi

4sudu besar rempah kurma-(Ayu gunakan 3 sudu besar)
5 ulas bawang kecil (dikisar halus)
2 ulas bawang putih (dikisar halus)
Sedikit halia (dikisar halus)

1 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang-(Ayu gunakan 1 aje)
3 kuntum bunga cengkih-(Ayu gunakan 2 aje)
2 biji tomato (dipotong 2)
2 tangkai cili hijau (dibelah 2) +beberpa biji cilipadi dicampak aje-(Ayu tambah)
Garam secukup rasa
1 sudu besar ikan bilis (dikisar halus)-(Ayu gunakan 1/2 cube ikan bilis)
3 keping asam keping
-(Ayu gunakan 1 keping kecil)
 
Cara:
Panaskan minyak sapi & tumis bawang putih, bawang merah, halia, bunga cengkih,bunga lawang & kulit kayu manis sehingga naik aroma. Masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan sedikit
air. Biarkan sedikit matang, masukkan sosej, ikan bilis & asam keping. Campurkan air & santan pekat. Kacau sehingga mesra. Tunggu hingga mendidih, masukkan tomato, cili hijau & garam. Biarkan lagi sehingga mendidih. Angkat & hidangkan.

Udang Putih Halus Goreng Cili Padi

Bila nampak recipe ni kat dapur Kjee, kita macam tergoda nak cuba..sebab selama ni kalau nampak udang putih yang kecil2 ni..memang confirm kita tak beli..sebab nak mengerjakan dia ada banyak punya leceh..then bila Kjee kata, just gunting aje 'misai/janggut' udang yang panjang2 tu, tumis bahan2 tumbuk dan just masukkan udang bersama dengan kulit2nya sekali dan goreng hingga garing..lagilah nak cuba..bayangkan bila pergi supermarket udang nilah yang kita cari dulu..walhal dulu tak pandang pun..heheh..bila dah masak banyak ratah dari buat lauk..my mum pun cekup satu2 masuk mulut..
Thanks Kjee for sharing this minta izin di letakkan recipenya disini pula ya....you know what, sekarang my mum kalau pergi supermarket..dia akan capai udang ni..masuk dalam bakul..hahaha..


Udang Putih Halus Goreng Cili Padi
Sources:-From Kjee@Dapur Kjee
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
BAHAN2NYA:
500 gms udang putih halus
segenggam cili api (kalau tak nak pedas sgt kurangkan)
2 labu bawang sederhana besar
3 ulas bawang putih
asam jawa

minyak





 

CARA MEMBUATNYA:
Cuci udang bersih2 dan toskan. Kalau janggutnya panjang sangat kauplah dalam segenggam dan gunting. Buang. Buat sampai tak de janggut tinggal misai jer. Hehehe. Tumbuk cili api hingga halus. Kemudian tumbuk bawang berserta bawang putih. panaskan kuali. bubuh kira dua atau tiga sudu minyak dan tumis bahan tumbuk sampai setengah garing. Masukkan sedikit air asam jawa dan udang, garam dan sedikit serbuk perasa. Goreng sampai udang betul2 garing dan ranggup. Kalau guna cili api warna hijau maka lauk tu warna hijau lebam gitu, kalau guna cipi api merah, cantiklah merahnya. Kalau tak suka pedas, boleh gak guna cili merah atau cili hidup. Sedap sangat makan panas2 dengan nasi tau.

Tuesday, November 15, 2011

Ubi Goreng Berempah

Menu berbuka dibulan puasa..goreng ubi letak rempah2 dan gunakan tepung macam goreng pisang gitu..recipe my mum..sesuai dibuat sarapan, minum petang atau bila2 nak makan lah..hehe..kalau dapat ubi yang empuk memang sedapp ni..

Ubi Goreng Berempah
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan
  • 2 btg ubi kayu
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1-2 sudu besar kunyit serbuk 
  • 1 sudu besar serbuk  ketumbar 
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • Garam 
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu besar air kapur
  • air secukupnya
  • Minyak utk menggoreng
Cara:
Ubi kayu di potong panjang2  atau ikut suka dan bersihkan Gaul semua bahan kecuali ubi. Bancuh macam nak buat goreng pisang. Bila dah sebati.masukkan ubi dan perap sekejap. Kemudian di goreng garing. Siap untuk dihidang.

Friday, November 11, 2011

Nasi Kuning & Ayam Sambal Hutan

Raya Aidil Adha yang baru lepas, ni kita langsung tak ambil gambar masak2 kita..even gambar disekitar dan suasana beraya dengan adik beradik & ipar duai pun tak ambik langsung..basically malas ler..hehe..entah ya sekarang ni kenapa kita berperasaan begini...macam dah tak kisah lagi macam dulu..excited every time.. nak ambil gambar especially my masak2..sekarang ni macam dah tone down kot?..yalah blogging pun dan nak masuk 3 tahun..follower pun belum sampai ribu2 lagi..hehe..tapi bukan itu yang kita kejar ya...to me now mungkin kalau ada time kita will update mana yang sempat..dan mungkin juga kerana itu..kita update a few entries at the same time, sebab nak kejarkan masa dan just want to compile as much recipes as possible for my own records & at the same time wanted to share what I have tried with the rest yang sudi kedapur kita ni..(Sorry drama mama sekejap..heheh)

Nasi Kuning ni kita masak the same day that I post entry on Nasi Jintan Putih hari tu..recipe yang dah lama terperap juga..baru ni dapat kesempatan untuk mencuba..Recipe dari dapur Puan NorAzmihah atau nama glamour Nor Terengganu..hehe..sedap juga nasi ni..dia tak muak & very mild flavoured gitu..memang boleh kena with most lauk I can say..Anak2 pun suka makan ni..memang boleh buat lagi next time...So minta izin & halal ya Nor kita panjang2kan recipe ni didapur kita pula untuk future reference..


Nasi Kuning
Sources:-From Nor@Secubit Garam
Bahan:
4 cawan beras (cawan sukatan rice cooker)-(Ayu masak 5 cawan)
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum cengkih
1/2 labu bawang besar ~ dihirs halus-(Ayu gunakan 1 biji)
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1in halia ~ diketuk
2 helai daun pandan
garam +secubit serbuk perasa-(Ayu tambah)
sedikit pewarna kuning-(Ayu gantikan dengan 11/2 sudu kecil serbuk kunyit)
air **
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu minyak

 


Cara:
Basuh beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
Panaskan minyak dan minyak sapi dlm periuk nasi (rice cooker)
Masukkan kulit kayu manis dan cengkih.
Masukkan juga bawang besar. Goreng hingga wangi dan bawang layu.
Masukkan bawang putih, halia dan daun pandan.
Bila bawang putih menjadi kekuningan, masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
Masukkan garam dan pewarna kuning.(serbuk kunyit)
Masukkan beras dan biarkan seketika.
Alihkan periuk ke periuk nasi dan masak lah sehingga nasi masak.
Hidangkan bersama Gulai Ikan Aya, Acar Timun Mentah dan Sambal Belacan.
(Ayu hidangkan dengan Ayam Sambal Hutan)

** K.Nor tak letak sukatan air secara tepat sbb sukatan air yg diperlukan biasanya bergantung pd jenis beras yg digunakan. Jadi letaklah lebih kurang cam masak nasi putih ya..

Nasi Kuning diatas kita gandingkan dengan ayam sambal hutan ni....Alhamdullilah serasi betul dengan nasi kuning ni..besides tu kita sidekick dengan papodum..Macam mana perkataan Hutan ada kat title ni kenalah jawap sendiri ya..sebab kita pun tak tahu ..heheh..

Ayam Sambal Hutan
Sources:-From Hjh Alijah Abdullah
Sources:-From Ayu@Curlybabesatisfaction.
Bahan2:-
1 ekor ayam dibuang kulit dan lemak, dipotong ikut suka
2cm lengkuas, dititik
2 batang serai, dititik
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan kisar:-
2 sudu makan penuh ketumbar biji
2 sudu teh penuh jintan halus
15 biji lada kering
12 biji bawang merah
8 biji bawang puith
2cm kunyit hidup

Cara:-
Gaul ayam yang telah dicuci bersih(Ayu cuci dgn air asam) dengan bahan kisar. Panaskan 1 senduk lauk minyak dan tumis serai & lengkuas hingga wangi. Masukkan ayam dan gaul rata. Kemudian masukkan sedikit air dan kacau sehingga rata. Masak hingga ayam empuk dan kuahnya menjadi pekat. Taburkan gula dan garam secukup rasa. Enak disajikan dengan nasi atau roti.

Apam Labu

Kuih yang telah dibuat dibulan puasa, tapi belum sempat untuk dimasukkan entry hinggalah kehari ini...apam yang sangat sedap  pada kami sekeluarga..my mum orang yang puji melambung kuih ni!!..Bukan senang nak dapat pujian dari my mum ni ..sebab she ada sedikit particular on certain kuih..kalau sedap dia akan cakap sedap dan kalau tak sedap dia akan cakap 'dah jangan buat lagi!'..hehe..manisnya ok to us..actually masih terasa rasa kesedapan apam ni..Sungguh lembut lagi gebu, ...

Rasa2nya ramai yang dah mencuba..dan mostly kata sedap..yes I agree with them..Terimakasih Izah daut for derhaka ing the recipe & sungguh creative, kerana menukar kepada labu ya..Congrats untuk Izah juga sebab dengar khabar di angin lalu tengah mual2 ya..heheh..take care lah dear..Terimakasih juga pada puan2 sebelum ini yang telah mencetuskan idea apam keledek/labu ni..Minta izin dipanjangkan recipenya disini pula ya..

APAM KELEDEK versi LABU
asal resepi: Madihaa@fotopages
nampak kat ratu apam: kak Ummi@homesweethome
digoda oleh: Ain@sweetthots
Perjalanan Apam ni sebelum Izahdaut tukarkan ke labu
Ayu terpikat kat dapur izahdaut@izah muffin lover
Bahan A:-
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu teh yis segera
  • 1 sudu teh gula kastor
  • 3 sudu makan air suam
Bahan B:-
  • 230 gm labu direbus lembut (asal menggunakan 200gm keledek)
  • 150 gm gula (asal menggunakan 180 gm gula)-(Ayu gunakan 160g)
  • 1 biji telor
  • 150 ml santan pekat
Bahan C:- (ayak bersama)
  • 200 gm tepung gandum
  • 1  1/2 sudu kecil baking powder (asal menggunkaan 1 sk double action b.powder)
Cara Membuat:-
  1. Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
  2. Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
  3. Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
  4. Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam (Ummi tutup mangkuk adunan).
  5. Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (Ummi guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
  6. Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.


Udang Goreng Lada Hitam

Udang goreng lada hitam ni lauk last minute actually..Ingatkan tak nak masak sebab rasa macam malas gitu..hehe then Mr Hubby, tanya dinner masak apa..so no choice terus jawap(macam drag sekejap nak fikir macam mana nak jawap, at the same dalam hati cakap..alah tak ada chance nak bermalas malasan...hehe)..ahh..ah..masak udang boleh...dia mengangguk ..(uish terus tersasul udang, sebab dalam fikiran udang cepat cair bila di thawkan..)tapi tak tahu lagi nak masak style apa..so flip majalah yang telah kita bookmarked kan recipe udang ni...boleh tahan sedap..ngam dengan my tekak lah..tapi hati2 sebab kita terlebih  bubuh lada hitam itu yang buat sedikit hangat dan pijar bila makan ..hehe..apa pun memang sedap lauk ni..rasa2nya lauk udang ni memang sesuai juga dimakan dengan any nasi briani atau nasi berperisa yang lain..

Udang Goreng Lada Hitam
Sources:-From Majalah Rasa Julai 2011
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
300g udang-digaul kunyit & garam-(Ayu gunakan 500g)
*2 ulas bawang putih
*5 ulas bawang merah
*2 sudu besar lada hitam
(*ditumbuk)
1 biji bawang besar- dihiris bulat
5 biji cili padi merah- dihiris-(Ayu gunakan lebih lagi sikit & ketuk)
3cm halia dihiris nipis
sos tiram secukupnya
garam & perasa secukupnya
minyak masak untuk menumis

Cara:-
Goreng udang separuh masak. Ketepikan.
Tumis kesemua bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan kicap, sos tiram dan garam secukup rasa. Tambahkan sedikit air jika terlampau pekat. Masukkan halia, cili padi dan bawang besar. Kacau rata sehingga sebati. Masukkan udang dan kacau hingga masak. Angkat dan sedai untuk dihidang.

Thursday, November 10, 2011

Ketam Masak Kari

Ketam masak kari yang dah lama kita masak..kalau u all perasan, the title & logo curlybabe tu adalah versi yang lama ...hehe..So sebelum kita terlupa baik kita masukkan gambar dan recipe for this ketam masak kari..This ketam masak kari actually kari yang tak berkuah banyak ..just sikit aje kuahnya so please adjust sukatan air tu ya...

Ketam Masak Kari
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Ingredients:- 
3-4 ekor ketam dibersihkan

3 sudu besar rempah kari ikan*
2 sudu besar bawang besar kisar*
2 sudu besar cili kisar*
1 sudu kecil bawang putih kisar*
1 sudu kecil halia kisar*
(gaul rata untuk dijadikan pes)

1 biji bawang besar dihiris nipis
2 biji lada hijau dibelah jangan putus(optional)
2 -3 batang daun kari
1 sudu kecil penumis ikan atau halba
2 sudu kecil asam jawa dicampurkan dengan  air
6 sudu besar santan pekat
air secukupnya
garam & serbuk perasa secukupnya

Method:-
Tumis bawang hiris hingga layu dan masukkan penumis ikan dan daun kari.dan biarkan hingga naik bau. Masukkan pes* dan gaul rata.Masukkan santan dan air asam jawa, air dan kacau hingga sebati, dan biarkan hingga mendidih. Perasakan dengan garam & serbuk perasa dan masukkan ketam yang telah dibersihkan tadi. Kacau rata tutup kuali dan biarkan ketam hingga masak, sekali2 gaul supaya tak hangus.Bila sudah msaak, bolehlah dihidang.

Friday, November 04, 2011

Chocolate Marvel Cake

Ok kan dah kata, walaupun tak boleh berblogging tapi tangan gatal nak whipped out something just to lepaskan tension with the kids..so I baked this Chocolate Marvel Cake cause die2 mesti nak  clearkan itu buttercream balance dari buat Orange Macan Roll hari tu...tulah buat banyak sangat itu yang terover stock buttercream kita tu..huhu..

Alhamdullilah within a day or two this cake habis dipasaran..sebab kita hidangkan to the boys tuition teachers..and kebetulan my Sis -in- law(the owner for the buttercream recipe tu) & her kids that came over dapat jugalah dia orang bawa balik..then tinggalkan sikit untuk Marsya..basically my compartment dah cleared of 'tipuware' besar of buttercream..hehe..
Decorate pun simple2 aje ..while Iqram memorising his Science facts kita cepat2 baked the cake..and since buttercream pun dah ada readymade lagilah cepat kerja makcik ..
This cake I would say  macam sponge cake..very lemmmbuttt..Nasib baik I reduced the sugar content sebab buttercreamnya aje dah cukup manis..bear in mind that I tak buat buttercream yang comes with this recipe ya.. so please adjust ikut selera...I used an 8" tray for this.. 

Dikesempatan ni kita ingin ucapkan
Selamat Menyambut Aidil Adha 
pada seluruh umat Islam, tak kira dimana anda berada.
 terutama pada teman2 blogging world dan teman2 yang mengenali kita..
Maaf Zahir Batin.

Chocolate Marvel Cake
Sources:-From Aunty Yochana
Ingredients:
Chocolate cake:-
4 egg white
4 egg yolks
160 gm. sugar-(Ayu used 90g, cause the buttercream that I used was already so sweet)
75 gm. cake flour
30 gm. corn flour
2 Tbsp. cocoa powder
1 tsp. baking powder
50g corn oil- (Ayu added this as reviewed in aunty's comments)

(Ayu didnt used this, so please adjust to taste)
Chocolate Butter cream:
125 gm. Butter
125 gm. margarine
80 gm. icing sugar
100 gm. melted cooking chocolate

Method:

(1) cake: Sift cake flour with cornflour, baking powder and cocoa powder.
(2) Whisk egg white until soft peak forms and then add in sugar gradually and whisk till sugar dissolved and mixture is thick and glossy.
(3) Drop in egg yolks, one at a time, making that it's evenly combined before the next addition.
(4) Fold in flour mixture (Add the corn oil after this) and pour mixture into an 8" round cake tin.
(5) Bake at 175C for about 45 mins. or till skewer inserted in the middle comes out clean.
(6) Leave cake to cool on a wire rack.
(7) For chocolate butter cream, beat butter, margarine and icing sugar till light. Then pour in melted chocolate and mix till evenly mixed.
(8) Apply chocolate cream onto chocolate cake and decorate as desired.

Lontong Semarang

Kalau siapa2 yang mencari menu apa yang nak masak pada Hari Raya Aidil Adha ni..bolehlah cuba lontong Semarang ni...actually kita masak ni a few weeks ago, sebab tekak rasa macam nak makan lontong, teringatkan pernah nampak lontong semarang ni kat dapur Kjee, terus kita print out the recipe..tapi bila buka fridge, banyak sayur mayurnya tak ada dalam stok, like the petola, terung & sayur nangka...so kenalah cari sayur2nya dulu baru best kan..next day kita cari sayur2 tu tapi sayur nangka pulak nak kena cari kat abang yang jual sayur kampung, ..lepas semua dah siap barulah project pun bermula..oops daun belinjau tak jumpa ler..paham2 aje lah...daun2 macam ni memang susah nak cari kat sini..or maybe ada kot tapi kita tak kenal..haha....
Mengikut bahan2 yang tertera..lontong ni menggunakan daging or tulang ayam..memang confirm ler lain dari lontong yang biasa kita masak tu..mesti sedap sebab ada daging or ayam kan..so in this case..kita gunakan ayam 1 ekor, boleh juga siapa yang nak makan nasi lawan kan juga kuah lontong nikan..menurut Kjee juga, kuahnya kalau lagi pedas lagi best..uish memang itu yang kita suka PEDAS....hehe..

Lepas masak, Hasif cakap nak makan, dia tanya ma masak apa..kita cakap lontong..ok acip nak..bila kita dah hidangkan..dia terscoop ketulan ayam dalam kuah lontongnya tu..Ma kata masak  lontong?..Kita jawap dari dapur..lontonglah tu ..habis kenapa ada ayam?..kita pun cakaplah itu lontong Semarang ler..Apa?..lontong sembarang?..(pekak badak pulak budak ni, kita jawap)..itu lontonglah juga tapi ada ayam dalamnya...Acip trylah dulu sedap lah..so dia pun try..aahlah ma sedap.. Then malamnya....kita hidangkan pula untuk Mr Hubby..dia pun tanya ni lontong apa?..kita jawap lagi Lontong SE-MA-RANG..eh I pernah pergi to Semarang tak jumpa pun lontong gini?..alah you pergi Semarang sebelah mana..kita jawap..hehe..

Apa2pun..kalau nak kelainan cubalah lontong Semarang ni..memang sedap pada tekak kita ni..actually kita masih makan dengan sambal tumis & serunding walaupun kuahnya ssudah bercilipadi tau..tapi terlupa pulak nak ambil gambar the complete set..Kita added tauhu & tempe juga for this..Terimakasih Kjee for sharing masakan orang jawa yang sedapp ni ya..Minta izin dipanjangkan disini pula for the rest to try juga..

Lontong Semarang

BAHAN2

Nasi impit
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih 
2 inci belacan
4 biji buah keras
2 inci kunyit hidup (boleh guna 1 sudu kunyit serbuk)
cili api (ikut kepedasan)
2 biji cili merah
2 batang serai
terung
petola
daun belinjau-(Ayu tak letak ni)
kobis   
nangka (dipotong kecik2 dan rebus)
2 cawan santan pekat
daging atau tulang ayam-(Ayu gunakan 1 ekor ayam) 
tauhu & tempe, digoreng dulu -(Ayu tambah)  
garam & perasa secukupnya

CARANYA:
Nasi impit yang telah direbus disejukkan sekurangnya 5 jam.
Kisar atau tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api, kunyit hidup, belacan dan buah keras hingga menjadi paste. Daging dipotong kecik2. Kalau guna ayam, potong sama jugak. Pastu, panaskan periuk dan tumis bahan kisar hingga naik wangi. Masukkan daging atau ayam dan kacau seketika atau hingga dagingnya kecut. Masukkan serai yang telah diketuk. Kemudian masukkan sedikit air dan biarlah daging empuk atau ayam cukup masak. 
Masukkan sayur bermula dengan yang keras iaitu terung. terung dan juga petola dipotong kasar2. Daun belinjau di petik dan kobis juga dipetik dan dikoyakkan. Masukkan semua sayur lain setelah terung empuk.
Kemudian masukkan pula 2 cawan santan, kacau hingga rata dan biarkan mendidih. Bila sudah mendidih, pelahankan api dan reneh seketika. Bubuhlah garam dan sedikit serbuk perasa kalau suka. Kalau tidak bubuhlah sedikit gula.Kemudian taburkan cili merah yang telah dihiris halus, kacau dan angkat.
Susun nasi impit diatas pinggan dan tuangkan kuah lontong.
Itu sahaja. Tidak ada lauk lain sampingan. Kjee pernah buat Lontong Singapura dan Lontong Semarang untuk open house hari raya satu ketika dulu. Lontong Semarang habis dulu! Semua kata rasanya lain dan cukup sedap.