Tuesday, January 31, 2012

Ayam Masak Lemak Padi - Negeri Sembilan Style


Lauk ayam lemak padi ni..adalah menu yang sangat disukai oleh bujang kita yang kedua si Iqram..kalau kita makan diluar, especially kalau makan kat gerai ataupun restaurant, Nasi Padang ..mesti order ayam lemak padi for him..kasi dia lauk itu aje dah cukup for him..
Kalau dirumah..dia boleh bertambah2 nasi for lunch & for dinner..kalau nasinya dah habis, akan diminta ayamnya sahaja for ratah2...

Ayam Lemak padi ni selalunya kita masak tak gunakan bawang...sebab kita suka ikut orang Negeri Sembilan masak lemak padi tak gunakan bawang...Ini cousin kita yang ajar..sebab dia asal orang sana...Tapi kalau masak lemak padi untuk ikan barulah letak bawang katanya...actually masak lemak padi ni masing2 orang masing2 cara, so terpulanglah cara mana yang sesuai pada selera masing2 kannn..hehe

Ayam Masak Lemak Cili Padi - Negeri Sembilan Style
Soures:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
  • 1 ekor ayam-dipotong ikut suka, basuh,toskan dan lumurkan dgn air limau untuk menghilangkan hanyir ayam tu.
  • 2 kotak santam KARA(200ml) +2 kotak air
  • *segenggam cili padi-(ikut kepedasan masing2)
  • *2 inci kunyit hidup
  • 3 batang serai dititik
  • 2 keping asam keping
  • garam & serbuk perasa/gula
  • daun kunyit -(optional)

Cara:-
  • Kisar bahan2*. 
  • Masukkan bahan2 kisar, ayam kedalam periuk/kuali, gaul & masak hingga bahan2 sebati & ayam kecut.
  • Masukkan serai & santan cair/air 1 kotak & asam keping.
  • Gaul rata, bila dah mendidih masukkan santan pekat + 1 kotak lagi air/santan cair. Perasakan dengan garam & serbuk perasa/gula secukup rasa dan biarkan ayam masak hingga empuk.Sentiasa dikacau kuahnya supaya tak pecah santan. Agak2 dah masak & rasa apa yang kurang bolehlah ditambah dan matikan api.
  • *Kalau nak bubuh kentang pun boleh juga. Just masukkan kentang at steps 3, dan biarkan hingga kentang empuk.

5 comments:

quinnie said...

sedapnya kak..suka sgt saya gula lemak style nogori ni..sedap..:)

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Ayu..ngencess saya tengok ayam akak duk posing...Buat pedas siket mesti best ni

Ayu said...

quinnie - samalah q, family akak emnag suka ayam lemak padi macam ni..
negeri sembilan style..

sue - walkslm, memnag lemak padi kena buat pedas sikit baru ada kick kan sue..buat anak akak yang girl tu kalau akak masak lauk ni..for her i will wash away the kuah of the ayam then letak kicap aje..heheh..

cik cek said...

Menu wajib masak setiap minggu...nak masak pun senang...makan pun sedap...kan Ayu..:)

Ayu said...

cik cek - heheh betul tu kak cek..lauk yang wont go wrong kalau kat rumah kita ni..haha