Friday, April 20, 2012

Sambal Ayam Udang Kering

Sambal Ayam Udang Kering ni actually adalah entry sebelum Chocolate Chips Cookies & Oreo Fudge Brownies...entah macam mana kita terdelete the whole entry dengan tak sengajanya..huhu..rasa nak tarik2 rambut kita time tu..sebab dah penat2 type & link kan..just because of nak adjust something terus hilang segala content ni..uish...

Then selepas kejadian yang 'malang' hari tu ..terus terbantut dan terencat nak masukkan posting....terus perap dan pendam, rindu dendam..huhu..so here it islah..Lauk last minute dah petang baru nak masak,... dalam freezer ada 1 packet dada ayam, so quickly thaw kan ia..dan decided on this recipe yang diambil dari dapur Diana adik manis yang cun ... memang ternyata sedappp..Lauk anak2 tapi mak budak yang makan terlebih sudah..Terimkasih Diana for the recipe..akak minta izin dipanjangkan disini pula ya...


Sambal Ayam Udang Kering
Sources:-From Diana@Sky Blue Kitchen
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan²
900 gm ayam _ dibuang kulitnya dan dipotong kecil
1 genggam udang kering _ direndam dalam air panas, ditoskan dan ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah _ dicincang
2 ulas bawang putih _ dicincang
1 biji bawang besar _ dibelah 2 dan dihiris
2 biji cili merah _ dihiris menyerong
2 biji cili hijau _ dihiris menyerong
3 tbsp cili kering kisar
1 tsp perencah pati ayam Tumix - (Ayu gunakan 1/4 cube chicken stok)
100 ml air
Garam jika perlu
Gula melaka secukup rasa
Daun sup _ dihiris ( boleh juga guna daun ketumbar )
Minyak untuk menumis


Bahan² Perap
1/2 tsp minyak bijan
1 tsp seasoning Maggi-Ayu gunakan serbuk perasa)
3/4 tsp garam
1 tsp gula
1 tsp serbuk kari daging dan ayam Baba's-(Ayu gunakan 1 sudu besar)
1/2 tsp serbuk cili-(Ayu gunakan 1 sudu besar)
1 tbsp tepung jagung
-sedikit halia kisar-(Ayu tambah) 
-1 sudu besar serbuk kunyit-(Ayu tambah)


Cara²
  1. Perap ayam bersama bahan perap selama 30 minit dan goreng ayam 3/4 masak.. Ketepikan. 
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga sedikit garing.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis selama 3 minit.
  4. Setelah itu masukkan udang kering dan tumis seketika. 
  5. Masukkan gula melaka dan gaul rata..Tumis sehingga pecah minyak. 
  6. Kemudian masukkan ayam goreng dan gaul rata.
  7. Tambahkan air dan perencah pati ayam.. Bubuh garam secukup rasa jika perlu. 
  8. Setelah ayam empuk bolehlah masukkan bawang besar, hirisan cili merah dan hijau. Gaul rata dan masak seketika lagi.
  9. Angkat dan sedia untuk dihidang.
  10. Taburkan daun sup / daun ketumbar semasa menghidang.

14 comments:

Gee® said...

belum lunch lagi ni, laparnya perut... tmpang mkn sini boleh?

adda syuhada said...

nak seketul, xdpt seketul semangkuk pun ok..ahakss...

Ayu said...

gee - alahai dah pukul berapa ni gee, masih belum lunch lagi...boleh2 mari2 jemput makan...hehe

Ayu said...

adda - hahahh seketul sikit nah tu adda...meh 10 ketul..kalau semangkuk kena masak sendirilah..hahhaa

Mama Hawa/Mama Nani said...

Alahai lapor plak tgk lauk ayam... kalau ganti ngan ikan sesuai tak Ayu?
Naik jelak plak kat rumah nie asyik ayam jer!!! hehehe

Ayu said...

mamahawa - mama kita kurang pasti pulak ma, kalau gantikan dengan ikan sedap ke tidak, sebab pada kita udang kering ni memnag kenalah rasanya dengan ayam dada yang digoreng kunyit ni..tak dapat nak bayangkan rasanya ma..
memnag betul tu ma, kadang2 tengok ayam pun jelak kan..hahaha

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak...
terima kasih kerana sudi mencuba resipi nie... Alhamdulillah seronok bila tau akak suka... :)

ermm.. diana pun perna juga mcm tu akak.. dah taip entri nak sampai ke penghujungnya.. tapi bila dah sve tu mmg x der.. kekdg tu x bole sve langsung.. mmg geram d buatnya kan akak.. huhuu

ijayuji said...

Salam mama ayuuuuu! alaaaaaa... meh kita tolong tarik2kan rambutnyer :D biasanyer kan kalau masa kita menaip kan dia automatik terus saving kat draf, tak carik kat draf ke kak? nmpk sedap ayam udang kering tuuu, nanti nak suh mama ayu buatkan :D

sabar dubai said...

salam kak ayu..nmpk sedapp laa ayam tuh..kecur air liur kite..ypio

Naz / Nadz COSK said...

Kak Ayu..kak Ayu... where are you??? Hello..hello..roger..roger... Hehehe..saja jer kacau2 akak..

kak, sedap lauk ayam akak ni.. Terliur Naz tau tak..

Ayu said...

diana - walkslm, memang sedap diana lauk ni..akak suka sanagt..
tulah dah penat2 type, sebab nak adjust bila akak publish dia tak keluar so buka kat handphone ingat nak edit..terus terdelete semuanya..huish...

Ayu said...

ijayuji - walkslm, memnag ika, masa kita type dia akan automatik save tapi pasal akak tengok dalam hp kenapa posting tak kelaur padahal dah dipublish, so nak adjust balik dalam hp tapi terus terdelete dan hilang..buat pulak tu dalam bilik temenung..hahaha..

Ayu said...

sabar - walkslm, menag sedap sabar..harus dicuba ni..:)

Ayu said...

Naz - Hello2 I am here dear..tak apa kacaulah selalu..hahaha..memang sedap lauk ayam ni..Naz..