Friday, June 29, 2012

Ikan Becuk Masak Taucu

The first time, when Mr Hubby bought this ikan becuk(parrot fish), it was the bigger version..
this time, bila ternampak ikan ni kat Giant terus kita beli..Well permulaan kita tahu pasal ikan ni was when kita pergi pasar basah dengan Mr Hubby kat my arealah..I went around the pasar to get stuffs while Mr Hubby pula went to park his car..after dah beli what I wanted to buy..tup2 dia cakap dia ada beli ikan becuk ..In my heart what is ikan becuk?hehe..kita ni ikan2 pun tengok juga sebab banyak juga ikan2 yang kita tak kenal..till now ikan yang kita kenal adalah ikan kerisi, parang, bawal, kembong, selar kuning, kerapu, tenggiri pun masih confuse lagi dengan tenggiri papan & tenggiri batang..ikan merah, unga, pari benggol, tilapia..yang lain2 tu cam tak cam lah gitu..heheh..

Ok, back to this fish..so dia dah beli ..bawa balik  dan bila nak bersihkan ikan ..ikan ni ada warna kebiru-biruan dan dimulutnya tu serupa macam parrot beak..memang confirm kita tak pernah makan dan masak..I think even my mum pun tak pernah masak ikan ni..hahaha..Mr Hubby cakap kakak yang jual ikan ni cakap masak taucu sedap..So kita pun masak ler..uish ternyata sedap isi ikan ni lembutttt dan manis memang sesuailah masak taucu..So bila terjumpa lagi yang kecil version kat atas ni, terus kita beli dan masak taucu lagi!!..sebab rasa2nya ikan ni pun jarang2 kita nampak..

Ikan Becuk Masak Taucu
Adapted from Ikan masak Taucu
Sources:-From Minami133@myresipi
  • 2 ekor ikan (ikan pape pon bole)-(Ayu gunakan 5 ekor ikan becuk)
  • 1/2 labu bawang besar-(Ayu gunakan 1 biji bawang besar)
  • 1 ulas bawang putih-(Ayu gunakan 2 biji)
  • 2 hiris halia(potong panjang2)-(Ayu gunakan 1 inici)
  • 3 biji cili api(nak pedas tambah lg)-(Ayu gunakan lebih lagi)
  • 2 sudu besar taucu-(Ayu gunakan 3 sudu besar)
  • air asam jawa+ 1/2 inci belacan-(Ayu tambah)
  • serbuk kunyit
  • minyak
  • garam
  • 1 sudu besar gula
  • 3 cawan air 


Cara-cara

  1. goreng ikan yg telah digaul garam dan serbuk kunyit
  2. sementara goreng ikan, boleh lah menyediakan kuah taucu. masukkan 1 sudu minyak masak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan. then, masukkan halia dan cili api.
  3. masukkan taucu dan kacau sekejap. masukkan air dan air asam jawa. tambah gula.(garam tak perlu sbb taucu dah masin)
  4. setelah ikan masak, masukkan ke dalam kuah tersebut. biar hingga mendidih, tutup api.

6 comments:

Lawa Collections✿ said...

1st time tgk ikan mcm ni dan nama dia unik...hehe

Mama Hawa/Mama Nani said...

ikan becuk nie mmg sedap msk asam pedas Ayu.. tapi kena hati2 sbb isi nyer lembut sgt2

Mama lama betul tak mkn ikan msk taucu.. padahal mmg masa kecik lauk nie jgk yg mak mama msk.. ltk tahu tempeh hissshhh sodap lah :P

Anonymous said...

Ayu..KSal pun jarang makan ikan becok tapi banyak orang kalau jumpa di pasar cakap isi ikan ini lembut...sedaplah ikan masak tauco yg Ayu masak ini...menggiurkanlah nanti besok pegi pasar cari ikan becok ok ....KSal...

Ayu said...

lawa collection - samalh akak pun first time makan & masak ikan ni..hehe

mamahawa - betul tu memnag terlalu lembut isinya tukan..tapi manis isi ikan ni kalau dapat yg fresy punya kan..masak asam pedas pun sedap juga ya ma..

kak sal - aah kak sal, lembut isi ikan ni kak sal..kalau jumpa cubalah beli & masak sedap tau kak sal..

Anonymous said...

Ikan becuk madak asam pedas...perghhh...

Ayu said...

anonymous - sedap tu masak asam pedas..:)