Thursday, August 16, 2012

Batik Aloha

Kukis ni, kita buat sekejap aje dah siap, cuma part nak drizzle dengan coklat cair ajelah yang makan masa sikit, sebab kena tunggu dia kering baru boleh disusun dalam botol.. Pertama kali gunakan coklat yang berperisa macam kat atas ni..Bila double boiled tu coklatnya rupanya ia adalah chocolate compund which i bubuh dengan sedikit butter & whip cream macam nak buat chocolate ganache yang biasa tu..kalau tak dia lambat sangat cair..
The coklat biasa tu kita gunakan normal cooking coklat yang sekejap aje dah cair bila didouble boiled..Not bad juga kukis yang ni..

Batik Aloha
Sources:-From Puan Aini Salim
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
130g mentega
65g gula aising
70g tepung jagung
100g biji gajus(kisar)
130g tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanilla
coklat cair secukupnya
coklat berwanrna pink- perasa strawberry secukupnya-(Ayu gunakan cooklat berwarna oren-perasa oren)
kuning telur secukupnya untuk hiassan
biji gajus secukupnya untuk hiasan
Cara:-
Kaccau rata mentega, gula aising dan esen vanila.Kemudian masukkan gajus, tepung gandum dan tepung jagung. Uli hingga rata.
Canai lalu perapkan selama 1-2 jam. Tekap ikut suka pattern macam mana, sapu kuning telur dan hiaskan dengan biji gajus.
Biarkan lebih kurang 10-15 minit didalam oven dengan suhu 160c.
Picitkan coklat cair dan coklat berwarna. Biarkan sebentar disimpan

4 comments:

~~zana@pb~~ said...

Ayu....akk dah cuti mengukis, kat airport skrg ni, tak sabar nak jumpa sedara mara.
Selamat hari raya Ayu:-)

Ayu said...

zana@pb - wah seronoknya balik kampung ya..selamat hari raya buat akak & family ya..maaf zahir dan batin!!

Unknown said...

salam
slmt hari raya..
mana nk beli choc warna?
kak leeza

Ayu said...

Kak Leeza - walkslm, selamat hari raya dan terimaksih sudi singgah & tinggalkan jejak disini ya..
Kita beli choco warna tu kat Ailin bakery@ tanjung katong complex..