Thursday, August 02, 2012

Bubur Som Som II

Ramai yang dah mencuba recipe dari kak fida ni..memang menjadi...lembut aje ..kita buat ni for iftar ke2..Mr Hubby suka makan ni..bila ditanya..nak yang hijau ke yang putih warnanya..dia cakap nak yang putih..so I adjusted kat bawah tu dan cuma letak sedikit pandan flavour aje..Dulu2 Bubur Som Som, selalunya my mum yang buat..sebab kita ni tak minat sangat dengan bubur yang manis2 macam ni..kan kita ni lebih suka kuih2 savoury dari yang manis..bukan apa nak cepat kenyanglah kiranya..hehe..
Ok walaupun recipe tak suruh dikukus..tapi my mum preferred ia berkukus..so kita kukus dalam 30 minit gitu..
Terimakasih Kak Fida for the recipe.Minta  dipanjangkan disini pula untuk rujukan akan datang..

Bubur Som Som
Adapted from Bubur Som Som Pandan
Sources:-Ayu@curlybabesatisfaction

Bahan2(Tergantung acuan atau loyang)
  • 100 g tepung beras
  • 100 g tepung jagung
  • 1,600 ml santan (500 ml KARA+ air)-(Ayu gunakan 1,700ml)
  • 100 ml air pandan (atau 100 ml air + pandan pes)-(Ayu tak buat ni)
  • 1 sk garam atau secukup rasa
  • sedikit pewarna hijau (opt)-(Ayu tak letak ni)
  • SIRAP GULA MELAKA :-
  • 500 g gula melaka
  • 1000 ml air
  • 2 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara

  1. Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan.
  2. Satukan kesemua bahan2 dalam periuk dan gaul rata.Masak hingga pekat dan kilat,hingga adunan meletup-letup.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.(Ayu masukkan adunan kedalam acuan dan kukus selama 30 minit baru diangkat dan sejukkan dalam peti ais)
  4. Sajikan bersama sirap gula melaka.

9 comments:

Zaliedana said...

Kak Ayu,sy n ank2 sukaaaa sgt klo bubur som2,lompat tikam ke tpng pelita ke,jenis lembut2 gini mmg sodap msk tekak..tapi hb lak kureng gemar ,klo wat sy mkn ngan ank dara berdua tuh jerla,hehe..

Ayu said...

zaliedana - wah hubby ct sama macam akak lah tak suka sangat ..heheh..
begitulah kan..selalunya kalau satu suka yang lagi satu tak suka pulak..haha

Yatie said...

kalau kuih mcm ni mmng kegemaran yatie...lagi kalau di sejukkan nyaman je lalu kat tekak..

Ayu said...

yatie - aah kita tahu yatie suka kuih2 macam ni..sebab tulah orangnya pun manis aje..hehe..

Nuridah said...

Assalamualaikum adik ku Ayu,

maaf kak Nur lambat sampai...nampak sedap bubur som2 ayu nie...kak Nur pun kalau manisan tk jln...hehehe..cantik kejadian nya...

Outbound di malang said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

Ayu said...

Nuridah- sorry juga knur..kita pun lamabt reply ..sibuknya sampai nak pergi toilet pun tak ada masa..hehe..tak aleh2 rasa penuh aje..haha.. samalah macam kita ya knur tak suka makanan manis2 sanagt..hehe

outbound dimalang - thank you,
rasanya kita sudah pernah bertegur ya..saya juga sudah keblog nya..terimakassih ya sobat..

Azie said...

Dear, gambar tu cantik sangat menjadikan kuihnya so tempting. Ininyg teruja untuk mencuba juga ni

Ayu said...

Azie -thank you azie for the compliments..cubalah bubur som som ni..:)