Thursday, August 16, 2012

Honey Cornflakes Again

Tahun ni kita buat honey cornflakes ni 2 kotak besar..patah pinggang makcik sampai kesahur buat ni sorang2..Nak cepat punya pasal kita dah tak gunakan sudu, tapi kita gunakan 'sudu manual' kita iaitu cekup pakai tangan aje..dengan menggunakan disposable gloveslah kan..cookies yang harus ada disetiap rumah sebab anak2 pasti suka..termasuklah anak2 kita..:)

Honey Cornflakes
Sources:-From wannorbaya@resipidiana.blogspot.com -(tak boleh link)
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan A
100 gram cornflakes
100 gram bubble rice-(Ayu gunakan cornflakes aje)
100 gram badam/ kacang (dicincang dan dibakar sedikit)-(Ayu gunakan gajus, pistachios dan sedikit badam)

Bahan B
110 gram mentega
90 gram gula halus
5-6 sudu besar sirap kencana/madu

Cara-caranya
1. Campurkan kesemua bahan B dan masak diatas api yang kecil selama beberapa minit.
2. Masukkan gula, mentega, sirap kencana/ madu dan gaul rata.
3. Setelah bergaul rata masukkan Bahan A dan gaul sebati.
4. Masukkan sesudu adunan kedalam paper cup.
5. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah C dan bakar selama 5 – 7 minit atau sehingga ia masak.
Sources:-From wannorbaya@resipidiana.blogspot.com

No comments: