Thursday, August 02, 2012

Jemput Jemput Udang Cendawan Enoki

Kita nak masukkan recipe jemput jemput udang cendawan enoki ni dululah sebelum my scribble kat kertas tissue ni hilang..hehe....Idea nak buat jemput2 udang cendawan enoki ni timbul bila ternampak didapur Aenio hari tu..bila tengok namanya aje dah buat kita teruja nak mencuba, sebab kita suka udang dan juga cendawan... oh baru teringat the same day kita buat ayam golek impiana .. buat jemput2 ni pun nak tambah2 side menu aje dan nak kasi jiran2, bukan apa seganlah kan kalau jiran kasi makanan dan kita tak balas walaupun dia tak mengharapkan balasan, unless betul2 tak adalah..hehe....

Walaupun tak ada  sukatan berapa banyak mana, kita ikut bahan asasnya dan  adjust ikut keperluan keluarga kita ajelah ya..Kita catat sukatannya as I went along menyediakan jemput2 ni..Alhamdullilah memang sedap jemput2 ni..the first time kita buat was on Monday, dapatlah juga diberikan pada 2 rumah, tak sangka juga  response yang sangat menggalakan dari orang rumah ni sampai tidak kecukupan tau..hehe ..semalam my dad suruh buat lagi..habis satu adunan kat bawah ni..untuk kita aje... Jemput jemput ni rangup diluar lembut didalam..


Jemput Jemput Udang Cendawan Enoki
Sources Adapted from:-Aenio@home
Bahan:-
350g tepung gandum
1 packet cendawan enoki dipotong 1cm panjang dan dilerai2kan
1 biji lada merah dibuang biji dihiris halus
1 biji lada hijau dibuang biji dihiris halus
1 biji bawang besar dipotong dadu
2 keping roti disiat2kan
10-15 ekor udang dibuang kulit dan dipotong dadu
1 biji telur
2 sudu kecil kunyit serbuk
2 sudu kecil lada sulah
daun bawang dan daun sup secukupnya
garam + secubit perasa aje
air secukupnya

Cara:
Masukkan semua bahan2 kedalam mangkuk besar dan gaul rata.
Masukkan air sikit2. Adjust consistency adunan jangan terlalu cair atau terlalu pekat.
Bila dah sekata, ketepikan dan biarkan sekejap dalam 20 minit. Goreng dengan minyak penuh. Siap untuk dihidang. 


6 comments:

ijayuji said...

Salam mama ayuuuuu!!!! alaaaaaa... buatkan kita jugakkkkkkk jemput2 niii, kita suke enoki, biasanyer tak tahu nak kerjakan apa dgn enoki ni, balik2 masukkan dlm miso soup hihihi... nanti boleh cuba harus cuba nii, pakwe suka tak? kalau pakwe suke makwe kompem suke jugak :D da siap masak ke belum ni mama ayu? kita tgh buat inti sambil jalan2 :D

Zaliedana said...

Sy cendawan enoki nih pernh goreng krispy jer xnh lagi er wat cekodok,wah sure sdp kan..nmpk pon menarik nih kak ayu..

Ayu said...

ijayuji - walkslm, aah ika, samalah macam akak selalu buat masak sop or goreng crispy aje..boleh buat jemput2 pulak sekaarng kan.. pak we makan juga ni ika..hari ni akak masak sikit aje..my mum nak masak menu dia so relax lah hari ni..hehe

Ayu said...

zaliedana - samalah ct..selalu gitu ler juga buat sop atau goreng aje..sedap ni ct..akak dah buat 2 kali ni..

aeinio said...

Wahhh yg ni lg meriah... X sedor mkn sepinggan kannn..

Ayu said...

Aenio - bukan sepinggan tapi berpinggan pinggan..kejap2 capai kejap2 capai..hehehe thank u aenio for the idea tu ya..