Tuesday, January 31, 2012

Chewy Gooey Yummy Brownies

Assalammualaikum warahmatullahhiwabaratu...lamaaanyaaaa tak update blog...maklum ler semenjak dua menjak ni mood nak update macam tak ada ler..apasal ya...mungkin juga keadaan disekeliling yang membuat kita berperasaan begitu....haish...entahlah sampai bila blog kita ni boleh bertahan lets wait & see...walaupun mood nak update tak ada, tapi   mood memasak tetap ada, as mood nak makan SENTIASA  ada ...hahaha....yang hairannya mood ambil gambar pun masih ada juga ni, ...so I guessed masih ada hopelah ...heheh..
So banyak gambar yang back log yang masih terkandas dalam folder yang menanti untuk dipamerkan ...

Oops for my Chinese readers, friends or guest..hope it is still not too late to wish you guys a Happy Lunar New Year 2012, may this year  bring joy, happiness wealth, health & prosperous one ya... Talking about the New year, I made this brownies, the other day, to be given to my neighbour next door, a Mr Hubby's close friend and Auntie the part time helper... Overall I made 2 batches which I baked in an 8" tray and I've got 4 trays..so 1 tray for the family to eat..my mum loves this brownies so much that she ate so many..hehe..

Yes this is the best Chewy Gooey Yummy Brownies that I ever baked.. Actually I have baked this before, but way before I have a blog...so here it is  the  wonderful  & marvelous brownies..thanks to Bro Rozzan & Mase for sharing ...this is definitely a keeper..
Chewy Gooey Yummy Brownies
Sumber : MasE
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahannya
A
250g butter - potong kecil2
400g baking chocolate - potong kecil2-(Ayu gunakan dark, semisweet & milk chocolate)

B
6 biji telur
340g gula perang (brown sugar)-(Ayu gnakan 300g aje)
2 tsp esen vanilla
20g chocolate emulco (I used 1 sudu makan)

C
80g tepung gandum } diayak
60g serbuk koko } "
140g kacang walnut/pecan/almond (optional)-bakar sebentar dan gaul dgn tepung dan koko-(Ayu gunakan kacang hazelnut- di kisar kasar)


Cara-caranya
1. Panaskan oven pd suhu 160C. Sediakan dan alas acuan ukuran 11”x11” - (saya gunakan loyang 10" x 10")
2. Double boil bahan A hingga cair , ketepikan biar suam sikit.
3. Pukul bahan B hingga gula hancur - guna hand whisk saja.
4. Tuangkan adunan chocolate dan gaul hingga rata dan sebati.
5. Kemudian masukkan tepung dan digaul lagi hingga rata tetapi jgn terlalu lama.
6. Tuang ke dalam acuan dan bakar dgn suhu 160C- 170C selama 50 minit-1 jam.
7. Setelah masak, biarkan brownie tu dalam acuan hingga sejuk. Rasanya akan lebih sedap jika disimpan semalaman.
8. Enak dimakan begitu saja atau dibubuh ganache. Boleh juga dimakan dengan ais krim.


(Ayu tak buat ni, Ayu gunakan balance chocolate ganache dari sini )
Untuk Bahan Krim Cokelat atau Ganache, saya gunakan resipi yg sama dari sdri Diella
CREAM COKLAT / GANACHE
250 gm cooking chocolate
1 sudu besar marjerin (saya guna mentega)
1/2 cawan fresh cream/whipping cream

Cara:
1. Cairkan cooking chocolate secara double-boil.
2. Angkat dari air panas tadi dan masukkan fresh cream/whipping cream dan mentega.
3. Kacau sehingga sebati.
4. Tuangkan atas brownie dan hiaslah mengikut citarasa sendiri.


Pucuk Ubi Rebus & Air Asam II

Another side dish for ayam lemak padi..Pucuk ubi Rebus & air asam..Selalu kalau rebus pucuk ubi, kita cicah dengan sambal kacang cili padi... kali ni Mr Hubby requested nak cicah dengan air asam pula...Ingat nak  gunakan recipe Air Asam Noorsha here, tapi fikir2 balik nak cuba explore yang lain pulalah....Wah I tell you..this Air Asam pun sedappp gilerr..besides air asam yang dulu tu... this one pun got fightlah..haha..difference yang ini ada bahan2 hirisnya itu yang kasi this air asam meletops!!!!..Mr Hubby makan sampai berpeluh2 dan satu mangkok atas ni kita dua orang aje yang bedal...Terimakasih puan punya recipe minta dihalalkan recipenya ya..

Air Asam II
Sources:-From Yummiez@myresipi.com
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-(beberapa2 orang pun boleh)
  • Bahan tumbuk:
  • 2 - 3 biji cili merah+ 6 cili padi-(Ayu tambah)
  • 3-4 biji bawang merah
  • 2 sudu teh belacan
  • Bahan hiris:
  • 1 biji bawang merah
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji tomato-(Ayu gunakan 1/2 biji besar)
  • air asam jawa secukupnya
  • garam secukup rasa+ gula-(Ayu tambah)
  • jus limau-(Ayu tak letak ni sebab dah letak air  masam kat atas dah masam)

Cara-cara

  1. Tumbuk semua bahan tumbuk sehingga sebati (cili merah tak perlu halus sgt). Buat macam sambal belacan. Setelah siap, pindahkan ke dalam sebiji mangkuk.
  2. Masukkan garam secukup nya. Tak perlu byk sgt kerana belacan dah masin.
  3. Hiriskan semua bahan hiris.
  4. Masukkan air asam jawa ke dalam sambal yg ditumbuk tadi, agak2 jgn terlalu masam.
  5. Akhir sekali, masukkan semua bahan hiris ke dalam air asam. Tambahkan perahan limau secukupnya.

Ikan Sepat Sambal Cili Padi

 Lauk ikan sepat masin ni adalah side dish for ayam lemak padi kat bawah ni...Suka lauk kampung macam ni..memang berselara betullah kalau makan tengah2 hari..Asal recipe ada letak teruk limbang(terung pipit), tapi kat rumah tak ada stok terung ni so kita just masak without itlah....pun sedapp..

Ikan Sepat Sambal Cili Padi
Adapted from Ikan Sepat Sambal Cili Padi Terung Limbang
Sources:-From majalah Rasa Julai 2010
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
5 ekor ikan sepat masin
100g terung limbang-(Ayu tak letak ni)
1 biji bawang holland-dipotong bulat -(Ayu guna bawang besar biasa aje)
3 ulas bawang putih -dihiris
15-20 biji cili padi-ditumbuk kasar
garam & gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara:-
Panaskan minyak dan goreng ikan sepat masin yang direndam seketika dan ditoskan sehingga garing. Angkat toskan dan ketepikan.
Dengan menggunakan minyak gorengan ikan sepat masin tadi, panaskan minyak dan tumis bawang holland serta bawang putih sehingga layu dan naik bau. Kemudian masukkan cili padi yang ditumbuk tadi dan tumis sehingga pecah minyak. Setelah itu masukkan ikan sepat masin dan terung limbang. Kacau  rata. Akhir sekali perasakan secukupnya. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Ayam Masak Lemak Padi - Negeri Sembilan Style


Lauk ayam lemak padi ni..adalah menu yang sangat disukai oleh bujang kita yang kedua si Iqram..kalau kita makan diluar, especially kalau makan kat gerai ataupun restaurant, Nasi Padang ..mesti order ayam lemak padi for him..kasi dia lauk itu aje dah cukup for him..
Kalau dirumah..dia boleh bertambah2 nasi for lunch & for dinner..kalau nasinya dah habis, akan diminta ayamnya sahaja for ratah2...

Ayam Lemak padi ni selalunya kita masak tak gunakan bawang...sebab kita suka ikut orang Negeri Sembilan masak lemak padi tak gunakan bawang...Ini cousin kita yang ajar..sebab dia asal orang sana...Tapi kalau masak lemak padi untuk ikan barulah letak bawang katanya...actually masak lemak padi ni masing2 orang masing2 cara, so terpulanglah cara mana yang sesuai pada selera masing2 kannn..hehe

Ayam Masak Lemak Cili Padi - Negeri Sembilan Style
Soures:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
  • 1 ekor ayam-dipotong ikut suka, basuh,toskan dan lumurkan dgn air limau untuk menghilangkan hanyir ayam tu.
  • 2 kotak santam KARA(200ml) +2 kotak air
  • *segenggam cili padi-(ikut kepedasan masing2)
  • *2 inci kunyit hidup
  • 3 batang serai dititik
  • 2 keping asam keping
  • garam & serbuk perasa/gula
  • daun kunyit -(optional)

Cara:-
  • Kisar bahan2*. 
  • Masukkan bahan2 kisar, ayam kedalam periuk/kuali, gaul & masak hingga bahan2 sebati & ayam kecut.
  • Masukkan serai & santan cair/air 1 kotak & asam keping.
  • Gaul rata, bila dah mendidih masukkan santan pekat + 1 kotak lagi air/santan cair. Perasakan dengan garam & serbuk perasa/gula secukup rasa dan biarkan ayam masak hingga empuk.Sentiasa dikacau kuahnya supaya tak pecah santan. Agak2 dah masak & rasa apa yang kurang bolehlah ditambah dan matikan api.
  • *Kalau nak bubuh kentang pun boleh juga. Just masukkan kentang at steps 3, dan biarkan hingga kentang empuk.

Sosej Goreng Merah

Lauk anak2, yang telah diubah main ingredientnya iaitu ayam to sosej ayam..Asik makan ayam aje, so sekali2 gantikan dengan sosej ayam pula..well sebab stok ayam kat rumah dah habis sebenarnya..heheh..tengok dalam freezer ini aje yang tinggal..so just proceed ajelah..


Sosej Goreng Merah
Adapted from Ayam Goreng Merah@trymasak
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
10 batang sosej ayam dipotong ikut suka
kunyit & garam
(Gaul bahan2 atas dan perap sekejap)

3 sudu kecil bawang putih kisar
1 biji bawang besar- dihirs bulat
1-2 hiris halia
6 sudu besar sos cili-(Ayu gunakan 3 sudu besar)
3 sudu besar sos tomato-(Ayu tambah)
1 biji lada merah
1 biji lada hijau-(Ayu tambah)
garam secukup rasa  kalau perlu

Cara:-
Goreng sosej yang diperap tadi dan ketepikan ditepi kuali. Tumis bawang putih kisar dan halia hingga naik bau. Masukkan bawang besar dan gaul hingga layu. Masukkan hirisan cili dan sos cili. Boleh tambah sedikit air kalau kering.  Rasa apa yang kurang bolehditambah, kacau sebati dan siap untuk dihidang.

Cucur Ketam Bersos Jingga

Menu sarapan yang dah lama kita buat..tahun lepas ..hehehe..cuba pula cucur or jemput2 ketam ...not much differnce dari cucur yang lain sebab isi ketam kita letak macam  sikit gitu..so tak berapa terasa, next time kena letak lebih sikit baru ada rasa isi ketamnya....recipe comes with sos jingga tapi kita tak buat sebab dah lapar & nak cepat makan...just cicah dengan cili sos biasa aje...Anyway, kita letakkan jugalah recipe sosnya for next time reference..

Cucur Ketam Bersos Jingga
Sources:-From Cucur@Kompilasi Majalah Karangkraf
Sources:-From Ayu@curlybabesatifaction
Bahan:-
300g isi ketam-(Ayu gunakan isi ketam sarimi)
350g tepung gandum
80g lobak merah-(dihiris memanjang)
1 biji bawang besar dihiris-(Ayu tambah)
2 lada merah dihiris-(Ayu tambah)
1 lada hijau- dihiris -(Ayu tambah)
80g daun bawang -dihiris
1 biji telur
1/2 sudu teh serbuk penaik
garam secukup rasa
air sekupnya
minyak untuk menggoreng


Cara:-
Satukan tepung, isi ketam, telur, lobak merah, daun bawang, serbuk penaik, garam dan air secukupnya. Adun sehingga sebati dan biarkan selama 30 minit hingga satu jam.

Dalam ketika itu, sediakan bahan untuk membuat sos. Pukul mayonis bersama denagn sos cili sehingga sebelum diperahkan limau nipis dan diperasakan dengan lada sulah serta garam. Ketepikan.-(Ayu tak sempat nak buat ni)

Kemudian panaskan kuali dan jemput2kan adunan tepung kedalm minyak yang panas. Masak sehingga kekuningan. Sedia untuk dinikmati bersamaa dengan sos jingga.

Note:- Apabila serbuk penaik(baking powder) bercampur dengan bahan yang lembab ia akan mengeluarkan karbon dioksida berbentuk buih kecil yang menjadi kan adunan naik gebu.

Friday, January 20, 2012

Nasi Komok aka Khao Mok Gai aka Nasi Beriani Siam

Nasi komok aka Khao Mok Gai aka Nasi Beriani Siam, pertama kali dengar ni..Ingat orang India aje pandai masak nasi beriani, rupanya orang Siam pun masak nasi beriani...
Sebenarnya ternampak nasi ni bila link kongsi resepi kat bawah tu flashed kan nasi ni kat websitenya ..Curious sangat apa nasi ni kita terus klik, then terus keblog Azian .. 

Lepas baca ulasannya, baru lah kita tahu rupanya nasi komok ni actually ada rempahnya..and that only terdapat dinegeri yang dekat dengan Siam iaitu Kelantan .. kalau nak cari kat sini memang confirm tak adalah, so Azian dah letak rempah2 yang boleh digantikan dengan rempah nasi komok tu kat bawah ...
Of course macam biasa, kita akan google lagi for alternatif recipes, and mostly gunakan rempah komok, but tak letak alternatif yang boleh digunakan, besides that I compared & added beberapa bahan2 yang kita nampak kat recipe lain dan adjusted it here...

Memang sedap sangat nasi ni...pada kita rasanya ada sedikit macam nasi beriani & ada juga macam rasa nasi ayam..its a combine cross over.. Nasi beriani, sebab gunakan rempah dalam menumis, nasi ayam sebab sos cilinya macam nasi ayam...hehe..confuse?..Kalau nak tahu kenalah cuba, guarantee bertambah nasi ni, sebab sos cilinyalah yang memberi kesedapan dan kelainan pada nasi ni..hehe ...
Buat Azian, terimakasih kita ucapkan for sharing this recipe..minta izin dipanjangkan disini pula for the rest to try..Kalau tengok review kat kongsi resepi tu ramai juga yang telah mencuba dan rating is good!!..

ps:- As the latest update, jam 11.20pm tadi Mr Hubby just ate this rice, rating 9.5/10!! ..
orang yang tak gemarkan nasi berperisa tu..hehe


Nasi Komok aka Khao Mok Gai aka Nasi Beriani Siam
Sources;-From Azian @Aziancollection, via Kongsi Resipi

For the Spice Mix-(REMPAH KOMOK)
2 tsp curry powder (I used a Malaysian meat curry powder)
1 tsp ground turmeric(serbuk kunyit)
1 tsp ground coriander-(serbuk ketumbar)
1/2 tsp ground cumin-(serbuk jintan putih)(Ayu gunakan 1 sudu kecil)
1/2 tsp fennel-(serbuk jintan manis)-(Ayu tambah)
1/2 tsp cinnamon powder-(serbuk kayu manis)-(Ayu gunakan 1/4 sudu kecil aje)
1 tsp salt-(garam)
1 tbsp sugar- (gula)(Ayu gunakan perasa sedikit)


BAHAN-BAHAN
5 cawan beras basmathi
4 sudu minyak sapi
4-5 ulas bawang merah*
1 Inci halia*
4 Ulas bawang putih*
3 batang akar ketumbar-(Ayu gunakan batang yang bawah sekali yang tak berdaun atas akar)
2-3 Sudu rempah komok
200 ml susu cair
1 ekor ayam
8 cawan air

garam secukup rasa
Rempah penumis.-(Ayu gunakan 1 batang kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 3 biji pelaga, 3 biji bunga cengkih)
(*Hiris benda bertanda*) 

CARA MEMASAK:-
1. Cuci ayam ( seeloknya di potong 4 saja)
2. Cuci beras basmathi dan rendam sebentar.
3.Hiris nipis bahan bertanda *
4.Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak sapi hingga naik bau.
5. Masukkan rempah komok dan kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah nampak garing masukkan air dan akar ketumbar.
6.Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
7. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit(Ayu tambah sedikit cili kisar, halia kisar, bawang besar kisar, bawang putih kisar). Perap sebentar biar ia mesra. Goreng ayam yang di perap samada garing atau tidak ikut citarasa sendiri.
8. Keluarkan 1 cawan kuah tadi untuk sos cili.
9. Masukkan kuah kedalam periuk nasi dan masukkan susu. biar ia menggelegak sambil di kacau. Masukkan garam secukup rasa.
10. Masukkan pula beras yg telah di toskan.Tutup  dan biarkan ia masak.

BAHAN SOS CILI
1 Cawan air kuah nasi komok* -(sedikit halia dari kuah pun Ayu masukkan)
6 biji cili merah*
segenggam cili padi*-(Ayu tambah
4 ulas bawang merah-(Ayu tambah)
2 Ulas bawang putih*
4 tangkai daun ketumbar*
gula, garam ,cuka
(secukup rasa)
(Blender semua*)

CARA MENYEDIAKAN:-
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Masak hingga agak pekat.
3. Perasakan ia dengan garam, gula dan cuka secukup rasa.
4. Hidang bersama nasi komok.


Milo Double Chocolate Chips Muffins

Milo Double Chocolate Chips Muffins ini dah beberapa kali kita buat...Pernah buat  here & here, kali ni kita adjust sukatan gula, milo & chocolate chipsnya tu..sebab memang diketahui, pemilik recipe ni memang adjust supaya kurang manis..tapi kurang manisnya tu pada kita boleh dimanis kan lebih sikit..hehehe..Anak2 suka makan muffins ni itu yang buat selalu..

Milo Double Chocolate Chips Muffins 
Sources:-From Happy Home Baking
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction

Ingredients:-(makes 9 big muffins)
270g self raising flour
30g Milo (Ayu added 60g)
1 tsp baking powder
55g butter
80g sugar(Ayu added 100g)
150g milk or semisweet chocolate chips (Ayu used 200g)
2 eggs, lightly beaten
225ml milk
1 tsp vanilla extract(vanilla essence)

Method:-
1. Preheat oven to 200 degreeC . Grease a 12 cup muffin pan or line with paper muffin cups.
2. Mix the flour, milo and baking powder in a large bowl.
3. Rub in the butter until the mixture resembles bread crumbs.
4. Stir in sugar and chocolate chips.
5. In a small bowl, whisk together the eggs, milk and vanilla extract. Pour the mixture all at once into the dry ingredients. Mix quickly until just blended. Do not over mix.
6. Spoon batter evenly into thr prepared muffin pan and bake for 20 mins or until golden brown, and a skewer inserted into the centre comes clean.
7. Cool in the pan for 10 mins then transfer to a wire rack to cool completely.

Asam Pedas Daging Salai

Kalau Quinnie, gunakan daging tetel, kita gunakan daging salai..Pada mulanya kita ingat nak salai daging nak masak daging salai lemak padi..tapi  sebab beberapa hari sebeblum tu dah masak lauk yang berlemak, jadi tukar plan lah ke asam pedas..asam pedas ni kalau kat rumah kita at least 1-2 kali seminggu tau..my dad memang penggemar asam pedas..oops (Mr Hubby pun actually) heheh..kalau tanya lauk apa nak masak mesti cakap alah masak asam sudah ler..nanti my mum tukang reject..hehe..

As for this, kita decided to try recipe dari Quinnie pula..sebab tengok recipenya ada letak kerisek..bukan tak pernah masak asam pedas letak kerisek, tapi saja aje nak cuba dan nak perbagaikan masak asam pedas ni kan..kalau tengok  dapur kita ni actually a few types of asam pedas yang kita dah cuba..semuanya got their own taste, dan semua boleh diterima my family..

Dalam recipe ni, kita ikut some steps yang terdapat dalam recipe Asam Pedas II- recipe kak Anim dulu, where serai & daun kesum diblender,dimana dalam recipe ni menggunakan daun limau purut, kita gantikan dengan daun kesum jadilah kuahnya pekat..Apa2 pun nak ucapkan terimaksih to Quinnie sebab kongsi recipe yang sedapp ni..family semua suka tau..
Minta izin akak letakkan recipenya disini pula ya..


Asam Pedas Daging Salai
Adapted from Asam Pedas Daging tetel
Sources:-From Quinnie@myr.com
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
  • 1 kilo daging tetel - direbus dlm 2 jam utk empukkan daging-(Ayu gunakan daging salai 1kg - Daging dilumur dengan garam & kunyit dan bakar dalam oven hingga masak, then hiriskan)
  • 1 bawang besar *
  • 5- 6 bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 sudu kecil lada hitam biji*
  • 1sudu besar ketumbar biji*
  • 1 sudu besar jintan kasar*
  • 1 sudu besar jintan halus*
  • 1inci lengkuas *
  • 2 buah keras*
  • 1 inci kunyit hidup* ( blend bahan*)
  • 1 sudu besar belacan **
  • 20-30 cili kering **- direbus dulu dan toskan ( blend bahan** hingga lumat...isi sedikit minyak masak utk hancurkan biji cili kering) + 7 biji  cili padi -(Ayu tambah)
  • 8 batang serai - diketuk bagi hancur-(Ayu gunakan 5 batang diblender)
  • 2 sudu besar asam jawa - dicampur dgn air
  • minyak tuk menumis, garam dan gula
  • 6 helai daun limau purut-(Ayu tak gunakan daun limau purut, tapi gunakan 7 batang daun kesum diblender)
  • 2 biji tomato - dibelah 6
  • 2 biji terung panjang/ bulat - dipotong jgn dibuang kulitnya-(Ayu gunakan bende)
  • 1 sudu besar kerisik

Cara-cara

  1. tumis minyak sedikit....agak2 jgn byk sgt...nanti berminyak kuah dia...tumiskan bahan blend * hingga naik bau dan masukkan serai yg telah diketuk tadi...bila dah agak kering airnya tumisan tadi...baru masukkan bahan blend **....masak sampai pecah minyak....macam masak asam pedas biasa.....
  2. bila dah pecah minyak...masukkan daging tetel yg telah direbus tadi bersama2 air rebusan daging....sebelum masukkan daging buang dulu minyak2 yg dah beku kat permukaan air rebusan supaya tak berminyak sgt nanti kuahnye....masak sampai kuah didih dan masukkan air asam jawa.....tambah air kalau terasa kurang air.....masak lagi hingga daging betul2 dah lembut...kalau kurang air boleh tambah air lagi...
  3. bila dah empuk daging...masukkan kerisik, buah tomato dan terung. masak hingga terung tadi layu atau bertukar warna ....kemudian masukkan daun limau purut yg dicarik2...garam serta gula.....rasa kuahnya...kalau o.k boleh tutup api.......siap utk dihidangkan.
  4. ( nota: saya suka makan gulai ni dgn ikan masin goreng atau telor masin...memang ngam sgt rasanya....kalau nak makan dgn gulai pisang masak lemak pun sedap....)

Tumis Rampai Sayur & Kupang

Kalau nak cari  recipe sayur, lauk2 kampung kita suka kedapur Che Mat, sebab mesti ada aje idea yang very creative dengan perbagaikan bahan2 yang sedia ada..Frankly kita suka lauk2 yang dimasak Che mat ni..maklum ler, kita ni kan orang lama, so tekak pun orang lama juga..
Terimakasih Che mat , akak letak recipenya disini pula ya..

Tumis Rampai Sayur & Kupang
Sources:-From CMG@tiffinbiru
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
BAHAN-BAHANNYA :-)
6 tangkai kacang panjang, hiris serong, cuci dan toskan -(Ayu gunakan 3 pokok bak choy)
12 kuntum straw mushroom, belah dua setiap satu -(Ayu tak letak)
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut -(Ayu gantikan dengan cendawan enoki 1 pkt)
1 biji cili merah, hiris -(Ayu gantikan dengan 5-7 biji cili padi diketuk)
1/2 cawan isi kupang segar yang telah dibersihkan
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1/2 camca besar sos tiram
1/3 cawan air
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan cili merah dan juga isi kupang, gaul rata dan masak sekejap.
  2. Masukkan cendawan, kacang panjang dan air, kacau rata dan biar kacang lembut sedikit, masukkan soo hoon (toskan) dan gaul. Tambah garam secukup rasa dan masak hingga kering sedikit. Boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas.

Telur Masak Kicap Lada Hitam

Kali ni masak telur kicap ikut recipe kak Ummi,..lauk untuk anak2, yang tak tahan pedas..also side dish for adults..dan juga bila bahan2 dalam freezer dah surut..haha..kita gunakan 7 biji, maklum lah 7 orangkan..sedap ni, Telur tu memang sengaja kita pecahkan kuningnya sebab suka makan gitu.., nampak kecoh gitu kan..hehe..Terimakasih kak ummi, kita paste kat sini pula ya..

 TELOR MASAK KICAP LADA HITAM
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
  • 3 biji telor-(Ayu gunakan 7 biji)
  • 1 labu bawang besar - hiris kasar
  • 2 ulas bawang putih - dihiris nipis
  • 2 cm halia - dihiris halus btg mancis
  • 1/4 sudu kecil lada hitam kisar
  • 1/4 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 3 - 4 sudu besar kicap pekat ABC
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 - 2 sudu besar kicap masin
  • 1/2 biji lada benggala hijau - hiris memanjang-(Ayu tak ada stok, so gunakan cili hijau dibuang biji))
  • 1/2 biji lada benggala merah - hiris memanjang-(Ayu tak ada stok, so gunakn cili merah dibuang biji)
  • 1 biji tomato - dibelah 6
  • sedikit garam (jka perlu)
  • sedikit air
  • minyak utk menumis
Cara-Cara:-
  1. Goreng dulu telor sebiji-sebiji berasingan (telor mata). Ketepikan.
  2. Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  3. Masukkan kicap pekat, sos tiram, kicap pekat, kicap masin, sos cili dan serbuk lada sulah. Masukkan sedikit air. Tambah garam jika perlu.
  4. Masak hingga mendidih dan masukkan telor yang digoreng tadi.
  5. Masukkan lada benggala dan diikuti buah tomato, masak dengan api sederhana hingga kuah menyerap dan sedikit pekat. (lada benggala n tomato jgn dibiar layu sangat)
  6. Tutup api dan hidangkan.

Thursday, January 19, 2012

Donut Ubi Kentang

Kita pernah cakap yang kita tak pandai buat donut, selalu aje tak jadi, then kita cuba recipe dari Chef Tania, here, alhamdullilah yang tu ok lembut!!..then kita senyap after that ..bila nampak Izahdaut buat baru2 ni..macam teruja nak buat lagi ...tapi menggunakaan recipe yang dikongsikan Izah, sebab tengok donut dia amboi bukan main lembuttt sekali....Lepas tu kita pun cubalah..Wallah!!!!..bukan main sedapp dan lembuttt donut nya tau..kita buat malam sampai keesokkan hari masih lembut ya ibu2..anak2 ku suka sangat, mak bapak ku pun suka, Mr Hubby ku rate 9/10!!..waduh..sudah jatuh cinta dengan ini recipe..boleh buat lagi lepas ni.. Hasif tanya ada yang bersalut coklat tak,  hari  tu kita buat semua just plain aje & malas nak terap2 so just pintal2 ajelah..

So teman2 kalau nak rasa berbagai2 recipe donut bolehlah singgah kedapur  Izahdaut the muffin lover ni ya..pasti tak menghampakan...Terimakasih ya Izah & puan punya recipe, you changed my perspective towads donuts now..hahaha..dah tak fobia lagi kalau buat donut ni..akak minta izin dikongsikan recipenya disini pula ya..

Donut Ubi Kentang
Sources:-From Izah@izahdaut.blogspot
Bahan-bahan ( 3 0rang makan )

2 Biji Ubi kentang (direbus dan dilenyek)
4 Cawan Tepung Gandum (diayak 2 kali)
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu teh yis segera
sedikit garam
1 cawan air
2 sudu besar planta-(Ayu gunakan butter)
1/2 cawan gula pasir


Cara-cara
Rebus ubi kentang sehingga lembut. Kemudian lenyek sehingga halus.
Ayak tepung gandum sebanyak 2 kali.
Gaulkan Tepung gandum, Planta, Gula, Garam, Susu tepung, Susu Pekat manis dan Yis bersama air dan juga kentang lenyek tadi
Uli sehingga tepung menjadi doh
Biarkan doh tersebut seketika sehingga doh tersebut naik. Perapkan lebih kurang 2 jam. Lagi lama lagi bagus.
setelah doh tadi naik, ambil acuan donut dan tekapkan pada tepung tadi.....
Goreng sampai nampak kekuning-kuningan......taburkan gula icing (gula yang telah dikisar halus)-(Ayu gunakan gula kastor)
hiaskan diatas pinggan....... selamat mencuba


Prosperity Beef Burger

Prosperity burger ni selalunya muncul bila time sibuk nak Chinese New Year..so, macam biasa, anak2 pasti suka order ni dari McD tukan..ini pun termasuk anak bujang kita si Hasif ..the other day, he requested to order this, then kita terfikir that I've seen this recipe somewhere  & was quite sure ramai yang dah cuba..nak keep track balik aduh nak kena cari satu2..then type balik namanya it leads me to myresipi...

As I said earlier, ramai yang dah mencuba recipe prosperity burger ni..tapi kita pun kurang pasti  dari mana asal recipe ni..sebab kebanyakkan yang kita tengok recipenya lebih kurang sama yang macam ni..setiap yang telah mencuba, mendapat dari differnt sources, hingga lost track empuya recipe ni dari mana..kita pula dapat dari myresipi....wallawaalamlah, puan/tuan punya recipe ni minta izin dikongsi kan recipenya disini pula ya..

Prosperity Beef Burger
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan2
  • 2 cawan stok ayam (boleh guna kiub pati ayam dan air)-(Ayu gunakan 1/2 cube ayam + air)
  • 1/4 cawan susu segar
  • 2 sudu besar (atau lebih) lada hitam (tumbuk)
  • 1/2 biji Bawang besar - potong dadu (untuk menumis)
  • 1/2 biji yellow onion - hiris memanjang (untuk hiasan)
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar marjerin
  • 3 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
  • Garam/ gula mengikut tahap kesihatan masing-masing
  • Daging burger (ayam atau beef)

Cara-cara

  1. Tumis bawang besar dengan sedikit minyak sehingga naik baunya.
  2. Masukkan stok ayam dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan susu segar dan seterusnya lada hitam, kicap manis, sos tiram, marjerin
  4. Masukkan sedikit demi sedikit bancuhan tepung jagung sehingga mendapat kepekatan yang diingini (yang macam kat mcdonalds punya tu.)
  5. Garam dan gula mengikut tahap kesihatan masing-masing.
  6. Asingkan kuah lada hitam yang telah siap dan ambil kuantiti untuk digunakan sahaja.
  7. Masak daging burger, celupkan ke dalam kuah lada hitam tsebut dan letakkan di atas roti burger.
  8. Hiaskan dengan hirisan yellow onion.
  9. Prosperity burger siap untuk ditelan

Singgang Sotong Ala Tom Yam

Lauk yang dah lama tunggu queue number,..pernah masak disini tapi yang itu kita gunakan ikan pari..kita suka lauk ni sebab suka hirup kuahnya, , but not Iqram & Marsya..so selalunya lauk budak berdua ni kena masak yang lain..huhu..apa2 pun kalau masak sotong kena masak 1kg, sebab Hasif suka makan sotong, my dad pun suka..lagipun sotong kalau dah masak kan dia kecut ...


Terimakasih to CMG for the recipe ya..sedaplah ni sebab tu buat lagi tapi tukarkan bahan utamanya tu..

Singgang Sotong Ala Tom Yam
Adapted from : CMG@tiffinbiru
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram ikan pari, kerat sederhana besar, cuci dan toskan-(Ayu gantikan dengan 1kg  sotong)
1 biji tomato, belah 6-(Ayu gunakan 2 biji)
2 batang serai, dititik
3 helai daun limau purut
3 keping asam gelugor
1 kiub tom yam "Maggi"
1 kiub ikan bilis "Maggi" (optional)--(Ayu gunakan)
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas-(Ayu tak letak ni)
1/2 inci halia-(Ayu tak letak ni)
15 biji cili padi
3/4 camca teh lada hitam
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sediki minyak dalam periuk, tumis serai dan bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan air secukupnya. Tambah asam gelugor, kiub ikan bilis (jika guna) dan kiub tom yam, kacau rata dan biar mendidih.
  2. Masukkan ikan dan biar mendidih hingga ikan masak. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan tomato dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi panas, sambal belacan dan ulam-ulaman..

Sambal Goreng Daging

Recipe asal menggunakan ayam, tapi kita dah tukarkan dengan daging..masak ni pun dah lama,so memang confirmlah kita pun dah lupa rasanya..so kalau nak tahu kenalah cuba sendiri, tapi yang pasti..boleh tahan rasanya...buat Noreen, yang dah lama tak keudara, terimakasih ya kita minta izin panjangkan resipenya disini pula...
 
Sambal Goreng Daging
Sources:-From Chef Wan
Adapted source from:-Noreen@noreen homecooking
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahan:
12 keping ayam-(Ayu gantikan dengan 500g daging, rebus dulu then gaul dengan kunyit & garam)
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu teh garam
3 tangkai daun kari
60ml air asam jawa
60ml air
3 biji ubi kentang - dipotong baji dan goreng
2 biji buah tomato - dibelah 4
garam dan gula secukup rasa
minyak

bahan2 kisar:
2 sudu besar cili kisar
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1cm halia
1 1/2 sudu besar ketumbar biji
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih

cara:
  • gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit
  • gorengkan tetapi jangan terlalu garing, angkat dan ketepikan
  • tinggalkan 3 sudu besar minyak di dalam kuali
  • tumiskan bahan2 kisar bersama dengan daun kari sehingga naik bau dan garing
  • setelah itu masukkan ayam goreng tadi, air, air asam jawa dan masak sehingga kuah pekat dan ayam empuk
  • kemudian masukkan ubi kentang goreng dan buah tomato
  • gaulkan rata
  • akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa
  • kacau dan biarkan sebentar selama 20 min
  • angkat dan hidangkan bersama2 dengan nasi

Kacang Buncis Goreng Udang Kunyit

Lauk sayur sebagai lauk sampingan, dah lama rasanya tak masukkan recipe sayur kat dapur kita ni..so here it is....sekali2 ubah goreng kacang buncis sebegini rupa pun sedap juga ni..

Kacang Buncis Goreng Udang Kunyit
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan2
  • 2 sudu besar bawang kisar
  • 1 sudu kecil bawang putih kisar
  • 10 biji cili padi
  • 1 packet kacang buncis (potong serong2)
  • 5-6 ekor udang basah 
  • 1-2 batang  tauhu telur (ptg bulat2, goreng sampai kuning, ketepikan) 
  • 1 sudu kecil kunyit
  • garam+ perasa
  • 5 sudu besar air asam jawa

Cara-cara


  1. Goreng tauhu telur sampai nampak kuning2.Toskan dan asingkan.
  2. Tumis bwg merah, putih dan hirisan cili padi hingga naik bau.
  3. Masukkan udang, kunyit serbuk dan air asam jawa.
  4. Masukkan kacang buncis , garam dan perasa. Akhir masukkan tauhu telur yang sudah digoreng tadi dan gaul rata,agak2 ya jangan sampai hancur.

Friday, January 13, 2012

Kek Marble Optima

Entry terakhir minggu ini..hehe..kek marble Optima, yang dah lama kita buat..bulan November yang lepas kalau tak silap..tengok bahan2 semua ada dan simple aje nak buat so decided on this..Baki tepung optima yang kita ada balance dari buat Biskut M&M masih ada banyak, so gunakanlah sebeblum expired..sesungguhnya pilihan yang terbaik dengan memilh recipe ni.. Kek nya lembut dan moist pada kita..Atas topping tu kita taburkan sedikit chocolate buttons. Kek ni kita buat menggunakan perisa oren, coklat & plain aje..then marblekan macam biasa ...Anak2 suka makan..kita pasti anak2 teman2 pun suka..sudi2kan lah ya..Terimaksih buat Kak fida for the recipe minta izin dipanjangkan disini pula untuk rujukan akan datang...

ps:- recipe ni tidak menggunakan gula ya, sebab didalam tepung optima tu dah ada gula..
 
Kek Marble Optima
Sources:-From Kak Fida@myresipi.com
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahan ( loyang 10x7 inc./9x9 inc. )
  • 250 g mentega - dicairkan
  • 6 biji telur - A
  • 350 g tepung Optima-(Ayu gunakan Super Sponge Cake Mix or Tepung Campuran Super Sponge)
  • 1 sk esen vanilla
  • 2 sb serbuk koko - diayak (lebihkan jika suka)(Ayu asingkan 200g adunan dan campurkan  + 1 sudu besar cocoa powder + 1 sudu besar chocolate emulco)
  • 1 atau 2 lagi warna pilihan -(Ayu asingkan 200g adunan dan campurkan + 1 sudu kecil orange emulco +sedikit pewarna oren)
 

Cara-cara

  1. Telur dan tepung dipukul hingga kembang
  2. Masukkan mentega cair dan esen dan kacau hingga sebati.
  3. Ambil 1/3 adunan dan campurkan serbuk koko.Lebihan adunan diwarnakan jika suka.
  4. Bubuh adunan seperti marble ke dalam loyang dan bakar hingga masak pd suhu 160C-170C atau ikut kepanasan oven masing2.
  5. Sejukkan di atas redai kek sebelum dipotong dan disajikan.
  6. contoh tepung Optima :-boleh lihat disini
  7. Dengan resipi yang sama cuma bubuh perisa strwberry dlm adunan dan dihias dgn cream dn buah2an... :)
  8. Bahagian dalam yang dilapis krim dan buah koktel... 

Ayam Goreng Lemon Mamak Style


Lauk anak2 disamping side dish for the adults..Ayam goreng  Lemon Mamak Style ni, pun boleh tahan sedap juga.. Ayam goreng ni dapat terasa kemasamannya..itu pun kita dah kurangkan sukatan yogurt, tapi sedap kerak2nya pun sedap..alah kalau dah kata ayam goreng, tak kiralah kan digoreng style apa, pasti sedapp..
Recipe diambil dari dapur Kak wattie via myr..Banyak recipe ayam yang sedap2 didapur Kak Wattie ni tau..senang2 bolehlah explore ya..Terimakasih puan punya recipe dan Kak wattie, kerana mencetuskan idea goreng ayam ni , sebab kalau tak kerana Kak wattie, kita pun tak tahu wujudnya recipe seperti ini...so sudah pasti kena creditkan dengan the 2nd owner yang kasi idea tu..betulkan...kan...kan...hehehe


Ayam Goreng Lemon Mamak Style
Sources:-From Ayu @curlybabesatisfaction
Bahan-bahan (Seisi keluarga)
  • 2 inci halia
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 sk serbuk jintan putih, 2 sk serbuk jintan manis, 2 sk serbuk ketumbar
  • 2 sk serbuk cili kering brand baba's , 2 sk serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam( atau nak guna kan kedua - dua serbuk lada sulah dan lada hitam pun boleh. sukatannya - 2sk serbuk lada sulah dan 2 sk serbuk lada hitam ) saya selalu guna ketiga - tiga
  • 2 sb serbuk kari ayam- brand babas
  • 1 biji lemon
  • 4 sb tairu (yogurt - yg plain tu)-(Ayu gunakan 2 sudu besar aje)
  • 3 helai daun kari
  • 1/2 biji bawang besar - dimayang
  • garam secukup rasa
  • minyak secukupnya utk menggorang
  • 8 ketul ayam atau ikutlah nak banyak mana-(Ayu gunakan 1 ekor ayam)

Cara-cara

  1.  Blendkan bawang putih dan halia.
  2. Gaulkan kesemua bahan - bahan pada ayam termasuk bawang putih dan halia yg diblend tadi, perahkan jus lemon dan perapkan sebentar sekitar 30 minit pun cukup. saya selalu tak perap. lepas gaul terus goreng pun still terasa sedapnya.
  3. Goreng sampai masak. siap. p/s **semasa menggoreng, anda akan dapat kerak - kerak yang tertanggal dari ayam tu. kerak tu sedap sangat dimakan bersama nasi dan kuah kari ayam atau ikan. kalu nak tau, kalu anda selalu makan kat kedai mamak dan ada salah satu hidangan tu ada macam kerak - kerak tepung yang rasanya ala - ala pedas, masam dan masin seenak rasa tu..ha ni la bendanya. selamat mencuba!

Udang Sri Rampai

Assalam, hari ni nampaknya ada kelapangan sedikit so, nak masukkan lah apa2 yang patut kat dapur kita ni....hehe..Recipe yang diambil dari dapur Ucu bakery via Kongsi Resepi, ni sememangnya sedap pada kita..Sebenarnya, kita ada banyak stok udang galah in the freezer..mungkin teman2 yang duduk kat Singapore ni ada sedikit hairan, mana kita dapat udang galah ni kan..yalah sebab kalau nak ikutkan susah juga nak jumpa udang galah kat pasar2 or kat supermarket, mungkin adalah tapi tak banyak dan mungkin 'limited editions' ajekan..hehe..well for me, kita dapat udang galah ni adalah hasil 'tangkapan' dari the kids & 
Mr Hubby yang pergi 'prawning' kat kolam 'man-made ' kat Punggol tu..hahaha..

So banyak juga yang dia orang dapat...then take up space  in my freezer, dapat juga buat untuk 2 kali masak, tapi the other batch kita masak lemak cili padi aje..yang itu kena tunggu queue number baru boleh masuk..hehe..so kita masukkan yang ini dululah ya.. Terimakasih buat Ucu for sharing recipe yang sedap ni..minta izin dipanjangkan disini pula ya..

Udang Sri Rampai
Sources:-From Ucu Bakery via Kongsi Resepi
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1 kg Udang - saiz L (lgi bagus XL) -(Ayu gunakan udang galah)
6-7 batang serai - dihiris nipis2-(Ayu gunakan 4 batang serai diblender)
3-5 helai daun kunyit -dihiris nipis2-(Ayu gunakan 3 helai)
3-4 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 biji bawang besar - dipotong bulat
1 inci  kunyit hidup - dikisar
sedikit belacan/anak udang kering -dikisar-(Ayu gunakan belacan)
6-7 biji  cili padi - dihiris-(Ayu gunakan 5 biji untuk diblender + 10 biji untuk dihiris)
air asam/asam keping
garam/perasa

Cara2nye :-
Tumis bahan2 yang dikisar, tunggu sehingga naik bau
Masukkan bahan yg dihiris nipis tadi...teruskan kacau
Kemudian masukan udang - gaul lagi sehingga mesra
Masukkan garam/perasa/air asam.Tunggu sehingga mendidih( Tak perlu bubuh air..sebab udang ni akan mengeluarkan air dgn sendirinya)Dah boleh dihidang....Senangkan masak udang sri rampai ni....


Wednesday, January 11, 2012

Four Layer Opera Cake


Assalam, maaf dipinta, sekiranya kebelakangan ini puan tanah tak begitu aktif mengupdate, faham2 ajelah ya, asal dah masuk tahun baru, semuanya nak kena adjust schedule balik..ditambah juga dengan ada beberapa perkara yang harus di settlekan this few days, & the next few days juga.. 

As teman2 yang mengenali kita di facebook, mesti dah tahu, hari Isnin yang lalu, results O level dah keluar, walaupun hati ini tenang aje, tapi  entah macam mana, bila waktu pukul 2.00pm(results out) hari tu melepasi hingga ke pukul 3.00pm, masih belum mendapat berita dari Hasif, jantung kita ni tiba2 berlari dengan kencang sekali macam 'kudaku lari kencang' gitu...heheh...lutut pun naik lemah aje..nak buat satu kerja pun tak larat dah..heheh.. Alhamdullilah shukur, lepas semuanya dah tahu, barulah mak ada selera nak makan dan barulah boleh berfikir what to do next..

Well, disebabkan hari Tuesday 10th Jan semalam, adalah hari lahir Mr Hubby, hari Isnin malam selepas dah settle semuanya barulah kita mulakan project buat Opera cake ni..bayangkan kita start buat pada jam 10 malam dan habis pada jam 5 pagi!!!!!..ingatkan nak buat pada siang hari Isnin, tapi pasal tak ada mood nak buat apa2 so nak tak hendak buat lah juga malam harinya..

I tell you, kita baca the steps tu berulang2 kali sebab nak fahamkan betul2.. kita a bit confuse sikit part ambil 1/3 telur putih then masukkan kedalam, almond mixture, then masuk balik ke 2/3 tu..then  I realised, part almond mixture + melted butter, not in the steps, then bila nak masukkan that mixture, dah tak tahu dah..huhu... dah mula nak nangis dah, jam dah pukul 12 pagi, ingat nak tanya Rima, kat comment box dia, tapi I guessed by the time she reply mesti tak tahu bila, so I read her entry sekali lagi, then she gave a link for the earlier post on Opera cake, I read and sungguhlah nasib baik sebab the steps said to put in the melted butter + almond mixture tu lepas adding the 1/3 egg whites with the remaining almond mixture ...phew..hehe

So here it is..my Opera cake yang seadanya..tak lah secantik puan punya yang original..maklum ler buat  tengah malam, orang mengantuk buat kek macam ni lah..hehe..seharusnya kena chill dulu at certain steps tu tapi disebabkan mak dah tak tahan mengantuk sangat, mak main tenyeh aje ler..oh yes, mocha buttercream tu jangan ikut macam kita sebab kita tak buat satu adunan kita buat 1/2 adunan so macam sikit aje tengok. Sukatan gula tu macam biasalah ya kita adjust ikut selera dirumah ni.. ..Apa2pun, overall feedback dari Mr Hubby sedapppp!!!!..The kids pun suka..kita pun suka..Insyaallah next time kalau nak buat lagi mesti nak kena plan betul2,tak mau kelam kabut dan tak mau buat tengah malam heheh..Thanks Rima for sharing this marvelous recipe, minta izin dipanjangkan disini pula ya..

Four Layer Opera Cake
Sources:-From Rima@ Bisousatoi.com
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Ingredients
200g finely ground almond
100g caster sugar-(Ayu used 35g)
6 eggs
50g butter, melted
60g all purpose flour
115g egg whites-(Ayu used 31/2 'AA' size eggs)
55g confectioner sugar - i used caster sugar-(Ayu used castor sugar too, 50g)

Methods
-Preheat oven to 200C.. Prepare two pans (20 x 20 cm), greased and lined with baking paper.
-In a large bowl combine ground almond, caster sugar and 3 eggs, beat at high speed for 10 minutes, scraping often.
-Add remaining eggs one at a time, continue to beat for another 10 minutes.
Stir in 4 tbsp of almond mixture into melted butter and mix till well combined, set aside.
-Add sifted flour to the remaining almond mixture, mix well... put aside
In another bowl, beat egg whites til foamy, add sugar gradually and continue to beat until soft peaks formed.
-Take 1/3 of egg white and pour into almond mixture and mix it gently(Ayu add in the melted butter +almond mixture at this point too).. pour back almond mixture into the remaining 2/3 egg white mixture and continue to fold in gently.. dont overmix or u might deflate ur egg white..
-Divide and spread into prepared pans, bake both pans at once for 20 mins in 175C. Cool completely, remove from pans, discard paper and slice it into total 4 layers.

After making Joconde, here are the key components you cant't skip at all:

Coffee Syrup:
100ml hot brewed espresso - u can of cos use 15g of instant coffee with 100ml hot water-(Ayu used nescafe)
100g sugar-(Ayu used 50g)

Mocha buttercream-(Ayu halfed this, next time to get nice layer should use the full amount for this)
100g egg whites-(Ayu used 50g)
200g sugar-(100g, but Ayu used 50g)
300g unsalted butter - cubed and chilled and let it out once u start to whip ur egg white/sugar-(Ayu used 150g)
1/2 tbsp mocha paste-(Ayu used 1/4 tsp + 1/2 tsp coffee emulco)
1tsp coffee oil - u can use coffee essence/flavor if u cant find coffee oil-(Ayu didnt have this so didnt put in)

Chocolate Ganache
200g dark chocolate compound
200g milk chocolate compound - i used a mixture of 70%, 64% and 55%)
75g unsalted butter
250 ml fresh cream - i used double cream-(Ayu used whipping cream)

Method
Coffee Syrup:
Mix all ingredients, stirring until sugar dissolves. Set aside.

Mocha buttercream:
1. Using double boiler.. heat egg white and sugar till sugar dissolved - use ur thermometer ok.. heat till 65C..-(Ayu cant find her thermometer, grrrrr.... so agak2 dissolved put boiler away from heat, bantai ajelah nyah!)
2. Pour egg white mixture into ur mixing bowl and whisk using high speed till mixture turns glossy.. add in cubed butter one at a time and continue to beat till its slightly fluffy.. (buttercream texture)
3. Add in coffee oil, mocha paste and 50ml of coffee syrup into buttercream.. stir till well combined.. set aside

Chocolate Ganache:
1. Chop the chocolate into small pieces.
2. Heat cream until warm. Remove from heat and pour it over chocolate.. let it sit for 5 mins and stir
3. Add in butter and continue to stir well again.
4. Put it aside till it thickens.

Assembling
There are various way to assemble Opera, you can find many on internet. Heres my version..

- Place one sheet of joconde upside down (top of the cake on bottomside).
- Brush thoroughly with coffee syrup until moist.
- Spread one part of coffee cream evenly over the cake.
- Cover with another sheet of joconde, always upside down.
- Brush thoroughly with coffee syrup until moist
- Cover with thick ganache and cover with another sheet of joconde.
- Repeat above steps until all joconde, coffee cream and ganache are stacked completely. Chill for 10 minutes.-(Ayu just couldnt wait so just stacked...grrrrr again)
- Double boil remaining ganache over low heat just until simmer, pour evenly on the top. Chill for another 30mins.
- Trim the sides thinly to remove excess cream & ganache to reveal the layers of art and delicacy.

Serve it as a luxurious semifreddo dessert on your special occasion.