Friday, February 24, 2012

Kek Mini Batik Arora

Yehaaa..kita pun tak mau ketinggalan dengan 'Kek Batik Arora waves' ni.....baked this on Tuesday..sebab mood membara2 nak buat juga..tak boleh nak tunggu2 lagi..basically macam bak pepatah orang putih 'now or never'..hehe.. Ramai betul yang telah tergoda dan ramai juga yang telah mencuba..macam2 pattern yang kita tengok..semuanya cantik2 belaka..nak sebut satu2 takut pulak termiss out dan takut pula ada yang terasa hati..so inlah dia hasil godaan teman2 yang telah mencuba kita pun godek2 lahhhh..

Kek ni pada kita moist dan lembut, some how macam kek butterlah gitu..cuma bab perasa tu kenalah ikut selera masing2 lah ya kalau nak buat tu..the sweetnes is just nice for us, so ikut bulat2 dengan recipe ori tulah...kita tak berapa confiden nak letak so many perisa so just go with lemon & chocolate aje..bukan tak confiden dengan recipenya ya tapi tak confiden dengan rakyat jelata rumah ni..takut kang yang ada tak suka perasa strawberry atau sebagainyalah dah tak laku business kita..hehe..Kek kita ni kita bakar dalam mini pan(tengok gambar)..sebab tu kita panggil Kek Mini Batik Arora...Terimakasih buat Cida puan punya recipe, Ady dan teman2 yang lain yang telah  mewar2kan kek batik ni ya..Minta izin kita letakkan recipenya disini pula...

Kek Mini Batik Arora
Sources:-From Cida@denuanza
Sources:-From Ady@ Ady Greatwords Empire Kitchen
Tempted by many bloggers who have tried this cake
Adapted from Kek Batik Arora
Bahan2:
250 g mentega
100  gram gula castor
1/2 cawan susu pekat manis
250 g tepung gandum
6 biji telur
2 sudu teh baking powder

1 sudu teh vanilla essence -(Ayu tambah)
5 jenis pewarna dan perisa-(Ayu cuma gunakan 2 perasa aje)




Cara:
pukul mentega + gula sampai kembang memutih
masukkan susu pekat manis
pukul sebati
masukkan telur sebiji dan pukul lagi..ulang sampai semua telur habis-(Ayu masukkan vanilla esen waktu ni juga)

 
ayak tepung + baking powder
masukkan kedalam adunan
pukul lagi sampai adunan sebati

bahagikan adunan kpd 5 bhgn..
warnakan + perisakan ikut kesukaan
sediakan loyang...
tompok2an setiap warna dlm loyang sampai habis
(setiap tompok 1 senduk)-(Ayu gunakan setiap tompok 1 sudu besar)
bakar pd suhu 160-180 darjah celsius selama 45 mnt - 1 jam-(Ayu gunakan 160C dan bakar selama 40 minit sikit lebih kurang)
(aku guna api bwh shj)-(Ayu bakar gunakan api atas & bawah)



warna oren ada rasa orennya
warna purple, rasa blueberry
warna pink, rasa stroberi
warna koko dh tentu rasa koko
dan warna kuning rasa vanila
hasil gabungan rasa2 ni leh wat jd pening2 lalat jap..huhuhuhu
(Ayu tak menggunakan perisa berbagai2 hanya lemon emulco(kuning) dan chocolate emulco aje)

Daging Masak Merah

Ok inilah dia daging masak merah yang kita gandingkan dengan lemak putih jantung pisang kat bawah tu ya...bila surf the net macam2 versi daging masak merah yang kita nampak...terbekenan yang ni pulak..hehe.. kita tambah sayur mayurnya dan adjust sikit2 base on other recipes juga...Hasif suka ni..sedap..maybe next time kita nak cuba letak warna jugalah sebab ada ternampak juga didapur Cida kalau tak silap ..diletakkan warna merah bila time merebus daging tu..barulah nampak merah kan..Apa2pun terimakasih  banyak2 buat Kak Hanieliza for the recipe ni ya..


Daging Masak Merah
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction

Bahan

500 daging [hiris nipis] -(Ayu gunakan 1kg)
5 s/b sos tomato
5 s/b sos cili 
1 sudu besar cili kisar-(Ayu tambah)
2 biji tomato dibelah 4-(Ayu tambah)
kunyit
garam
minyak

Bahan Hiris
1 labu bawang besar -(Ayu gunakan 2 biji bawang besar)
3 ulas bawang putih -(Ayu gunakan 6-7 biji diketuk)
3 cm halia
2 biji cili merah +beberapa cili padi di ketuk-(Ayu tambah)
2 biji cili hijau -(Ayu tak letak ni)
sedikit sayur kobis bunga-(Ayu tambah)
sedikit kacang panjang -(Ayu tambah)

Cara
1. Perapkan daging dengan sedikit garam dan kunyit sebentar. -(Ayu rebus dulu dengan sedikit halia kisar sedikit,.. lain kali nak letak pewarna merah sikit baru diperap dengan garam & kunyit)
2. Panaskan minyak dan masukkan daging.Goreng sehingga lembut.
3. Masukkan cili kisar kalau nak letaklah, biarkan sekejap hingga garing, then baru masukkan sos tomato dan sos cili.
4. Masukkan pula bahan hiris. Kacau dan gaul sebati.
5. Angkat dan hidangkan.

Masak Lemak Putih Jantung Pisang

Kalau kita keluar beli groceries, then kalau terjumpa jantung pisang kita mesti sambar at least satulah..dalam kepala tak tahu lagi apa yang nak buat dengan jantung pisang ni..tapi mesti nak beli juga untuk keep stock..heheh then macam biasa kita akan browse the net or dapur teman2 blogger for recipes yang mungkin boleh kita masuk list & print out...

Kita type lah jantung pisang, then ternampak title masak lemak putih ni didapur Chah..keunikan lauk ni pada kita ialah sebab ada isi ikan yang direbus didalamnya...terus print and masak ler..heheh..Sedap pada kita..kita lawankan dengan daging masak merah..dan kita lebihkan lada hitam tu dalam kuahnya tu..terimaksih Chah ..akak minta izin dipanjangkan recipe bonda Chah ni disini ya..

Masak Lemak Putih Jantung Pisang 
Sources:-From Chah@Bila Chah Kedapur
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahan:

1 biji jantung pisang
1 1/2 cawan santan
Seekor ikan selayang (rebus dengan sedikit air dan dicampur dengan sedikit garam dan asam keping)-(Ayu gunakan sekeping ikan merah)
1 sudu teh lada hitam-(Ayu gunakan 2 sudu besar)
2 ulas bawang merah-(Ayu gunakan 1 ditumbuk dan satu lagi di hiris)
Garam secukup rasa


Cara-cara:

  • Potong jantung pisang kecil-kecil.
  • Rebus dengan sedikit garam untuk mengelakkan jantung menjadi hitam.-(Ayu ikut juga tips ini tapi memang dasar jantung pisang yang kita beli ni jantung pisang hutan agaknya  tetap hitam)
  • Rebus hingga lembut. Basuh dan toskan.
  • Tumbuk kasar lada hitam, bawang dan isi ikan.
  • Campurkan ke dalam santan dan kacau rata.
  • Masak dengan api perlahan. Bila santan sudah mendidih, masukkan jantung pisang tadi.
  • Perasakan dengan garam. Masak sebentar saja  untuk mengelakkan santan pecah.

Ikan Siakap Goreng Tom Yam

Sebelum kita teruskan...ini masakkan yang kita masak pada tahun 2009!!!..percayalah wahai teman2..hehe..kita basically just terlepas pandang yang ini..mungkin ada lagi yang terlepas pandang tapi tak apalah..yang penting recipenya ada dan boleh dikongsi bersama..

Ikan dalam gambar ni pun kita dah lupa sebenarnya ikan apa yang kita gunakan..tapi confirm bukan ikan siakap..ayoyo..ama apa..tapi sedap dimakan ler..memang ngamlah sambalnya tu bila makan dengan ikan & nasi panas..Recipe kita terjumpa didapur Jasmeen Fotopages..Terimakasih to Jasmeen for sharing yang katanya recipe campak2..tapi sedap walaupun dicampak..hehehe

Ikan Siakap Goreng Tom Yam
Sources:-From Jasmeen Fotopages 
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1 ekor ikan siakap sederhana besar (siang dan bersihkan - kelar2 sket)
1 biji telur
2 sdb tepung jagung

*6 biji cili padi -(Ayu lebihkan)

*1 biji cili merah
*1 labu bawang besar
*2 ulas bawang putih

3 batang serai (ketuk)

2 helai daun limau purut
2 biji tomato (buang biji & potong dadu)
1 paket pes tomyam -(Ayu gunakan 1 cube)
Minyak utk menggoreng & menumis.

  •  Panaskan minyak dan lumur ikan dgn telur, kemudian tabur tepung jagung..salut hingga rata.

  • Goreng ikan (goreng terendam yer) hingga garing. - ketepikan
  •  Tumbuk semua bahan bertanda * (teman tumbuk kasar2 jer..)
  •  Panaskan sedikit myk, tumis bahan yg ditumbuk td, sehingga wangi.
  •  Masukkan serai & daun limau.
  •  Masukkan pes tomyam & kacau rata. 
  • Masukkan hirisan tomato
  •  Perisakan dgn garam & serbuk perasa.
  •  Curah atas ikan yg digoreng td...Hidangkan

Monday, February 20, 2012

Muffin Marble Coklat Chips

Assalam..wah..dah beberapa dapur kita tengok ada kek batik Aurora, yang menggunakan warna2 pelangi..memang confrim masuk list lah kek tu..tapi sementara menunggukan kemunculan kek 'talk of the town' tu..marilah tengok muffin marble coklat chips ni dulu ..hehehe...ayat tak boleh angs..kan..macam jadi sales promoter pulak kita ni..

Muffin marble coklat cips yang menjadi pojaan anak2 kita..mungkin disebabkan dah boring dengan cupcake or kek yang bercoklat sekali2 buat macam ni laku u!!!..Hasif makan a few at one go..comparing kalau yang bercoklat slow but surely..hehe..
Recipe ni dah lama print..ambil dari dapur Kak Am, yang busy dengan ordernya tu..Kak Am pula ambil dari puan Badariah dan sumber dari Puan Ruhaya..Terimaksih banyak2 for sharing recipe yang sudah masuk 'list yang akan buat lagi'..Minta dihalalkan ya ladies..

Hari ni nak cepat2 masukkan entry..nak cepat2 sidai baju, masak apa yang patut(sempat)..heheh..sebab petang nanti nak keluar ...hari ni hari terakhir Mr Hubby, dicamp yang dia posted sekarang before he will posted to another camp pulak...so ada sedikit majlis 'Change of Command' parade for him to pass over to the next officer, & he wants the kids & me to saksikan the passing of parade tulah kiranya.....
Kalau ada time kita akan berkunjung kedapur teman2..Insyaallah akan dilakukan as soon as possible...


MUFFIN MARBLE COKLAT CHIPS
(sumber : Puan Ruhaya )
cp: Diah – badariahabdrahman.blogspot.com 
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction

Bahannya
100gm butter
120gm tepung gandum * atau  tepung naik sendiri,
(*kalau guna tpg naik sendiri tak perlu ltk b/powder)
80gm gula halus
60ml susu segar
1 biji telur
1sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh paste coklat emulco
1 sudu besar serbuk koko

Cara - caranya :
Ayakkan tepung bersama baking powder.
Pukul butter hingga kembang & masukkan gula & pukul sebati.
Masukkan telur & esen pukul (2 minit )
Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar (pakai senduk @ whisk bagi sebati )
Bahagian 2 bahagian..1 bahagian warna kuning & 1 bahagian bubuh serbuk koko & paste chocolate(sorry just edited).
Bubuh dalam papercup 3/4 penuh & taburkan coklat chip @ ikut suka.
Bakar 30 minit - 180' @ mengikut oven masing - masing.


Ayam Kunyit Ala Thai

Hajat dihati tak mau masak untuk dinner, tapi bila dicongak2..kalau tak masak budak2 pasti lapar, dan mulalah macam anak burung tiong..ma lapar ..ma lapar..bingit!!..Mungkin juga ada sorang tu memang suka kalau  order McDonald aje, habis ler terkopak duit aku!!hahah.....uish bila fikirkan tu semua, baik kita masak dalam hati berkata....tengok bahan2 dalam peti ais, macam banyak stok dah habis..yang tinggal adalah beberapa keping aje isi ayam dada ni dan some fishballs ..ah..masak ayam kunyit sudah lah...kebetulan..memang dah lama aim nak masak recipe dari dapur ibundo ni..tengok ayam kunyit kat dapur ibundo tu memang menyelerakan..bahan2 pun kita adjust apa yang tinggal dalam fridge kita tu..Kita campurkan fishballs & ayam ..ah boleh ajelah kan..yang penting anak2 makan kenyang dan  kita tak payah keluar duit...hehehe
Terimakasih ibundo for the recipe, minta izin dipanjangkan disini pula ya..

Ayam Kunyit Ala Thai
Sources:-From ibundo@resipiibundo
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
A
1/2 ekor ayam dipotong kecil
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
minyak masak

Bahan:-
B
2 ulas bawang putih dihiris nipis
1 biji bawang besar dihiris separa bulat
3 biji cili api diketuk
3 batang kacang panjang dipotong 1/2 inci (bundo tak bubuh sebab takde stok) -(Ayu pun tak ada stok so letak kobis bunga aje)
1/4 biji capsicum merah dihiris nipis-(Ayu gantikan lada merah hiris)
1/4 biji capsicum hijau dihiris nipis-(Ayu gantikan lada hijau hiris)
1 helai daun kunyit dicarik ( tak ada. bundo ganti dengan serai)-(Ayu gunakan daun kunyit)
1 sudu perahan limau nipis
1/2 cawan air.


 Method:-
1. Ayam digaul dengan kunyit dan garam. Perap 10 minit.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga 70% masak. Ketepikan.
3. Keluarkan setengah daripada minyak dan masukkan bahan B.
4. Masak dengan api kecil selama 10 minit. Masukkan ayam dan gaul sehingga masak.
5. Hidangkan bersama nasi putih.

Singgang Asam Ikan Unga

Singgang ni kita masak on Mr Hubby's request..the reason why he requested this was because, lepas dia tengok satu rancangan 'Warung Kita' kat tv featuring masakkan Singgang di Terangganu..heheh..
ada Singgang Daging, Singgang Ayam dan juga Singgang Ikan..bila dia tengok pengacara rancangan tu hirup kuahnya dan berlawankan nasi panas dan sambal belacan, terus dia turn to me..'boleh masak singgang tak esok?'..nampak bestlah!!!...

According to him,  lauk ni lauk 'celok'..orang bawean suka masak lauk ni sebab kakak iparnya selalu masak ni for his brother....
Dulu2 bila baru kahwin...dia tak suka sangat lauk singgang ni...kalau kita masak,  dia akan cebik kan bibirnya..heheh..terus dia suruh kita masakkan maggi, aduh pengsan makcik..hehe .....Ah sekarang, mungkin dah masuk asar ni..baru tekak tu nak berubah rasa kot..hahah..kita bubuh dalam mangkuk, dengan ikan dengan kuahnya sekali licin..sebab dibuat hirup...memang sedap lauk singgang, lebih2 lagi kalau tekak tak berapa selera nak makan nasi..dapat makan ni terus selera terbuka..
Terimakasih buat CMG, for sharing lauk singgang asam yang power ni..Kita tukarkan ikan tu kepada ikan unga sebab ikan merah tak ada...kena pulak ikan yang fresh isinya lagilah..sodapppp!!..


Singgang Asam Ikan Unga
adapted from Singgang Asam Ikan Merah
Sources:-From CMG@dapur Tanpa Sempadan
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
BAHAN-BAHANNYA :-)
4 ekor ikan merah saiz kecil @ 1 ekor siaz sederhana -(Ayu gunakan 4 keping ikan unga)
2 batang serai, dititik
1 inci halia, dititik-(Ayu kisar)
4 ulas bawang putih, dititik-(Ayu kisar)
4 biji bawang merah, hiris-(Ayu kisar)
1/2 camca teh serbuk kunyit
2 keping asam gelugor
1 kiub pati ikan bilis maggi (optionl)
10 biji cili padi, diketuk-(Ayu gunakan seggengam dikisar)
1 batang leek, kerat dan rendam
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, bersihkan dan jika besar kerat pada saiz sederhana. Panaskan sedikit minyak dalam periuk tumis hirisan bawang merah, halia, bawang putih, serai dan serbuk kunyit hingga harum.(Ayu tumis cili padi sekali juga) Tuang air secukupnya (yang ini anda agak2 lah yea nak banyak mana).
  2. Bila mendidih masukkan asam gelugor, cili padi, leek (toskan) dan kiub ikan bilis (jika guna). Masukkan ikan dan tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih hingga ikan masak. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Tabur daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan...

Scrambled Egg Lobak Masin

Side dish yang kita gandingkan dengan lauk Singgang Asam ikan Unga..actually dulu pernah buat tapi terlebih tuang lobak masinnya..telur nya pulak terkurang so rasa lobak asin yang lebih..hehehe kali ni kita letak sikit .untuk buat rasa aje...sedapp..kalau makan dengan bubur pun ok ni...Terimakasih kak Rinn, minta izin dipanjangkan recipenya disini pula ya..


SCRAMBLED EGG LOBAK MASIN 
Sources:-From Rinn Chan Fotopages
Sources:-From Ayu@Curlybabesatisfaction
BAHAN-BAHAN:

Segenggam Lobak masin cincang -(Ayu gunakan 2 sudu besar)
1 biji bawang besar -(Ayu gunakan bawang besar yang medium size)
2 ulas bawang putih -(Ayu gunakan 1 biji aje)
3 biji cili api -(Ayu gunakan 5-10 biji)
Segenggam udang kering -(Ayu gunakan 1 sudu besar)
5 biji telur -(Ayu gunakan 3 biji)
Secubit lada hitam kisar kasar
Seidkit minyak masak utk menumis
* Sukatan bahan-bahan boleh disesuaikan ikut citarasa masing-masing. Tidak perlukan garam kerana lobak masin akan mencetuskan kemasinan yang sewajarnya.

Hiris bawang besar, bawang putih dan cili padi. basuh dan rendam seketika udang kering, kemudian cincang halus. Tumis semua bahan-bahan hiris tadi hingga agak layu. Masukkan lobak masin. Kacau rata. Pecahkan telur ke dalam tumisan. Kacau-kacau hingga kelihatan seperti scrambled eggs. Tabur lada hitam kasar.

Thursday, February 16, 2012

Karipap Pusing/ Pusau II

Assalam wahai teman2 yang dirindui selalu...maaflah pada teman2 atau pengunjung yang masih sudi  datang menziarah dapur kita ni..kita  tak dapat nak update blog kita ni dari minggu lepas lagi sebab ada beberapa perkara yang tak dapat dielakkan salah satunya yalah..Rabu lalu Ayah kita dimasukkan kehospital kerana doctor suspected dia ada Appendicitis, ....Pada mulanya, dia cakap dia tak boleh buang air kecil ..disuruh minum air banyak2  tapi keluarnya sikit aje..then next day, pagi2 lagi my mum dah bawa dia ke family GP nearby..bila ditekan sikit2 sebelah kanan dia cakap sakit..so doctor tak dapat nak diagnose sebab selalunya kat daerah situ lah orang  kena appendicitis..being my parents, yang tak begitu fasih berbahasa Inggeris..my mum called me up dan suruh kita cakap dengan doctor on the phone..Doctor kata dia tak dapat nak buat apa2 sebab she dont have the equipment to test for Appendicitis  so she said she got to refer my dad ke hospital sebab disana dia orang boleh scan or Xray or sewaktu dengan nya..

So kita dah mula sedkit panic lah ..called Mr Hubby yang ketka itu di ofis, minta tolong dia hantarkan my parents kehospital Khoo Teck Puat di Yishun...lepas diambil darah segala..doctor kata my dad kena warded sebab nak check lagi apa yang patut....lepas process itu dan ini..hospital admin kata katil tak cukup pulak..kena transfer hospital ke Alexandra aka Jurong Health Hospital...aduhai...first time kita dengar katil kat hospital Singapura ni tak cukup!!..uish ramai betul orang sakit ya....so sampai ke petang barulah dia dapat katil ...lepas tunggu almost half a day...Apapun..lepas blood test..shukur alhamdullilah it was not appendicitis, tapi cuma acute inflammation of the intestine..jadi terpaksalah makan antibiotics sampai habis..keluar hospital on Friday..so now he is ok and fine nampaknya tu..

Berbalik pada entry hari ni..kita buat karipap or epok2 pusing/pusau ni beberapa hari sebelum kejadian tu..dah lama rasanya tak buat epok pusau ni..kali ni kita teruja nak cuba recipe dari Seri pula..kata Seri, recipe dari bondanya ..So far so good..no complains and sedap pada kita..nak buat pun senang..cuma kejadian karipap kita tak secantik nyalah..need more practice I should say....
This time juga kita masih menggunakan recipe intinya dan steps membuat pusaunya dari Rinnchan ..cuma bahan2 doh aje dari Seri..Terimakasih buat Rinnchan dan Seri kerana sudi berkongsi recipe dari bonda Seri ..minta halal akak panjangkan recipenya disini pula ya..


Resepi Epok-epok Pusing @ Karipap Pusing
Sumber:- resepi emak kite
Sources:-From Seri@Epok-Epok Pusing
Method  & Filllings adapted from Rinn Chan Fotopages

Bahan A (Doh Minyak)

150 g tepung gandum

12 sb minyak makan (dipanaskan)

(Bahan digaul sebati hingga boleh dikepal bulat dapat dalam 10 biji-20g each)

Bahan B (Doh Biasa)

250g tepung gandum

6 sb minyak makan (dipanaskan)

sedikit garam

air secukupnya-(Ayu gunakan 1/2 cawan +-)

(Bahan B juga digaul sebati hingga boleh dikepal bulat..doh ini besar sedikit dari doh A, juga dapat 10 biji-40g each)
* mak bilang minyak yang dipanaskan tu untuk dapatkan epok-epok yang garing..



Sources:-From RinnCHan Fotopages
Ingredients for Potatoes Filling:-
2 sweet potatoes peeled and diced ( I used 4 potatoes)-(2 keledek dikupas kulit dan dipotong dadu, Ayu gunakan 4 biji kentang)
1 big onion minced-(1 biji bawang besar dicincang)
2 garlics minced-(2 bawang putih dicincang)
a handful of dried shrimp, soaked and minced(can also use fresh prawns)-(segenggam udang kering, direndam dan kisar/cincang-boleh juga gunakan udang hidup)
3 tbsp curry powder-(3 sudu besar serbuk rempah kari)
1 sprig curry leaves-(1 batang daun kari)
salt and sugar to taste-(garam & gula secukup rasa)
Chinese celery and spring onions to estimate slice thinly-(sedikit daun sup & bawang dihiris nipis)
Saute onions, garlics and add in curry powder, curry leaves and add in some water to prevent from burning. Add in shrimp, saute a little longer and add in sweet potatoes. Add in water till the sweet potatoes sink in. Cook till soft and add salt and sugar to taste. Add in Chinese celery and spring onions and stir well. Turn off heat and let cool.-(Tumis bawang besar, bawang putih dan masukkan daun kari, rempah kari serta air untuk mengelakkan hangus/hangit. Masukkan udang kering, biarkan seketika dan masukkan keledek/kentang. Masukkan air hingga keledek/kentang tenggelam. Masak hingga emputk dan masukkan garam serta gula secukup rasa. Masukkan daun sup & bawang kacau rata dan mataikan api biarkan sejuk.)

  • 1- Bulat 2kan doh..                       
  • 2 - Doh biasa mesti lebih besar dari doh minyak
  • 3 - Letakkan doh minyak didalam doh biasa
  • 4 - Gumpal2kan doh dan kemaskan    
  •  5 - Gelekkan doh      
  •  6 - Gulung seperti swiss roll
  • 7 - Gelek memanjang 
  •  8 - Gulung seperti swiss roll lagi tapi glungan yang pendek   
  • 9 - Potong dua atau 1 cm tebal(atau ikut suka setebal mana)   
  • 10 - Gelek nipis. Permukaan yang digelek ini akan menjadi permuakaan luar karipap  
  • 11- letakkan inti secukupnya
  • 12 - kelim kemas tepi karipap

Sunday, February 05, 2012

Bingka Ambon II

Assalam, Salam Maulidur Rasul buat teman2..Not the normal me to post entries on Sundays, but since Mr Hubby is not at home till late night as he is involved in the preparations for some standby on the depart of our ex minister....I've decided to type somelah..

Remember about the bingka ambon here?..Tried & tried till I almost gave up...but got it right at last after tried Kak Wan's recipe..actually not very happy with the 'sponge' look although the taste is there..then I saw another recipe in a magazine that I bought in JB..In the article, they featured some recipes on Bingka Ambon..I managed to make one of those here.. Then  the urge of eating bingka ambon came again..hehe..so I decided to try this version cooked in a mould on the stove...Amboi bahagianya bukan kepalang sebab bingka ambon menjadi sarang yang cukup baik dan rasanya memang persis yang pernah kita makan dulu ole2 dari Batam from my cousin..Bingka Ambon ini lembut sekali memang sedap makan time suam2 panas.... lepas masak...Minum dengan tea 'O' kurang manis for minum petang tu fuhhh!!..mata kero sekejap....hahaha...

Pada teman2 yang ingin mencuba tapi tak ada acuan kuih lempur ni..kita nak sarankan pun takut juga the possibilities ..maybe boleh cuba gunakan acuan baulu, kot or bakar menggunakan loyang aje dalam oven dengan menggunakan api bawah sahaja  api yang kecil or suhu oven yang rendah dan tutup loyangnya?..
Ini possibilities aje ya..sebab kita pun belum cuba menggunakan cara kat atas tu...nantilah bila2 senang kita buat lagi recipe ni dan tengok boleh tak bakar dalam oven aje..

Ok updated 20/4/2012- Boleh singgah kedapur Faeez kalau nak tengok kuih bingka ambon ni dibakar dalam acuan baulu.
Kalau nak bakar dalam loyang boleh singgah kedapur Kak Cek.. 
Updated, kalau nak cuba dalam acuan takoyaki pun boleh juga, check kat dapur AlongRoz ya..
Thank you ladies for trying  and bakar dalam those alternatifs moulds ya..


Bingka Ambon II
Sourcess:-From Majalah Sedap Bil 18 Vol 2 2009
Bahan Yis
100g tepung gandum
125 ml air
1 bungkus yis segera

Bahan:-
300 ml santan daripada sebiji kelapa-(Ayu gunakan santan kotak aje +air sedikit)
1/2 sudu teh serbuk kunyit
15 helai daun limau purut, dicarik-carik
2 batang serai dititik
2 helai daun pandan
1 sudu teh garam
300g gula pasir-(Ayu advised jangan kurangkan sebab manisnya just nice for me, kalau nak manis lagi boleh tambah gula lagi)
225g tepung sagu
25g tepung pulut
7 biji telur

Cara Membuatnya:-
  • Kacau rata bahan yis. Biarkan selama 15minit.
  • Rebus santan, serbuk kunyit, daun limau . serai. daun pandan, garam dan gula pasir. Sambil dikacau sehingga mendidih. Tapis dan sukat sehingga 450 ml.
  • Campurkan tepung sagu, tepung pulut dan bahan yis.Uli ddngaa menggunakan mesin peemutar spiral sehingga rata.-(Ayu gunakan pemutar telur aje)
  • Masukkan  telur satu satu sambil diuli rata menggunakan pemutar spiral.(Ayu gunakan sama macam atas)
  • asukkan rebusan santtan suam sedikit demi sedikit sambil dipukul perlahan ddengan pemutar telur selama 15 minit. Biarkan selama 2 jam.
  • Panaskaa acuan kuih lumpur dengan dimasukkan kelapa parut sehingga berminyak. Buang kelapanya dan bersihkan dengan kain bersih.-(Ayu just gunakan minyak biasa aje sikit)
  • Panaskan semula acuan dengan api besar. Tuangkan adunan sehingga setinggi 3/4 acuan. Kecilkan api. Biarkan sehingga kelihatan berlubang-lubang. Tutup dan biarkan sehingga masak.
Tips membuat Bingka Ambon:-
  • Setelah fermentasi terakhir, kacau2 kembali adunan sebelum dituangkan kedalam acuan supaya adunan yang dituang tidak terlalu banyak buih.
  • Apabila loyang agak melekat, sapukan sedikit minyak dengan berus atau tisu dapur. Jangan mengisi adunan terlalu penuh kerana adunan akan mengembang dan meluap jika mengembang.


Steamed Polka Dots Coconut Blossoms

Ah kalau tadi tahun 2010 punya masakan, yang ini tahun lepas punya..hahah steamed polka dot coconut blossoms ni kita buat time kenduri yasinan tahun lalu...nak post  asik
kena potong queue aje, nasib baik tak kena potong stim..hahaha..  
Pernah buat here.Anak2 yang datang suka bila tengok kuih2 yang macam ni..tapi bila dia orang tergigit intinya (inti kelapa)..dia luihkan..sabor  ajelakan..So next time take note that intinya harus ditukarkan kecoklat or something else yang budak2 suka..This are the few ones yang boleh tahan dot2nya..yang lain tu hancusss...hahaha..
As for the inti kita gunakan recipe kita sendiri..ada dibawah tu..so terpulanglah nak gunakan recipe yang mana ya..


Steamed Polka Dots Coconut Blossoms
Sources;-From Rossabakes fotopages
Sources;-From Ayu@curlybabesatisfaction
Ingredients A:-
3 biji telur sejuk-(Ayu gunakan yg room temperature aje-(3 cold eggs- I just used normal room temperature)
220g gula halus-(Ayu  gunakan 170g gula castor -(220g fine sugar-I used 170g castor sugar)
275g softasilk flour-(Ayu gunakan tepung kek-(275g softasilk flour- I used cake flour)
3 sudu kecil baking powder-(3 tsp baking powder)
1 sudu kecil ovalette-(1 tsp ovalette)
140g santan- (140g coconut cream)

Fillings B:-
50g gula -(50g sugar)
125g gula melaka-(125g palm sugar)
1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan 50g air-(1 tsp corn flour mix with 50g water)
3 helai daun pandan - (3 screwpine leaves)
225g kelapa parut-(225g grated coconut)
Bahan2 untuk filling hendaklah disatukan lalu dimasak hinggakering-(Combine ingredients for fillings and cook till thickens and a bit dry)

Method:-
Semua bahan2 A dipukul dengan high speed. Bahagikan kepada beberapa bahagian lalu diwarna mengikut kegemeran anda. Masukkan sedikit adunan kedalam acuan kemudian bubuhkan fillingnya lalu ditutup lagi dengan tepung.(pipekan pokka dots warna kegemaran diatas)  Kukus selama 15 minit atau sehingga masak. -(Beat ingredients A at high speed. Divide to a few portions for different colours preferred. Add batter in moulds, add fillings and cover with batter again. (pipe your favourite pokka dots colours) .Steam for 15 minutes. or till cook)


Recipe Inti Kelapa
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
 Bahan untuk Inti:-(Coconut filling)
1packet kelapa parut (250g)-(1 packet grated coconut-250g)
160g gula melaka -(160g palm sugar)
11/4 cawan air -(11/4 cup water)
1 helai daun pandan-(1 screwpine leaf)
sedikit garam-(a pinch of salt)
2 sudu besar tepung gandum(diayak sikit)-(2 tbsp plain flour-sieved)

Method:-
Masukkan kelapa parut, daun pandan, garam dan air gula melaka dan didihkan atas api. Bila adunan sudah agak pekat masukkan tepung gandum(tabur2kan sikit supaya tak bergentel). Masak hingga agak pekat tapi jangan sampai kering, lembab2 gitu. Angkat dan sejukkan. Bila dah sejuk buat bulat kecil2.-(Add grated coconut, screwpine leaf, salt and palm sugar syrup and put to boil. When mixture has almost thickens, add in plain flour-sprinkle slightly so as not cuddle. Cook further till slightly thickens but not dry, almost moist. Dish out and set to cool)

Ayam Goreng Berempah Beriani

Ayam goreng  mesti laku punya kalau kat rumah kita ni...this time kita cuba pula recipe dari DJ yang pandai masak tu...straight away bila nampak dayang tayang ayam goreng ni kita dah siap print dah recipenya..dan cuba...bukan main laju anak2 makan ayam goreng kita ni..sedapp..
Buat Dayang terimakasih banayk2...akak minta izin share the recipe here for the rest to try juga ya..

Ayam Goreng Berempah Beriani
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan)
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar rempah beriani
  • 1 sudu besar rempah kari ikan 
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk cili (-/+)
  • sedikit air sejuk (jika perlu)
  • garam dan gula secukupnya
bahan-bahan kisar :
  • 6-7 batang serai 
  • 6 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
Cara-cara :
  1. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
  2. Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak keemasan.
  3. Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.

Kerisi Masak Laprik

Lauk Ikan ni kita dah masak lamaaaaaaa dah....hampir2 terlepas pandang..bila ditengok balik datenya kita masak tahun December 2010..wakakkaka....kalau budak dah pandai jalan dan bercakap kan..heheh ...well thats the magic of photographs..walau dah nak masuk tahun  tapi macam semalam aje kan kita masak..hahaha....aduhai tak boleh tahan tau kita tersenyum sendiri bila type entry ni...

Lauk ikan ni kalau tak silap kita, rasanya2 macam sambal gitu .. ikan digoreng, kita suka ikan goreng garing2 sikit, tapi kita gunakan ikan kerisi for this..boleh tahan sedap juga..recipe Asal dari Anis diary, Kak Ummi, mencuba lepas tu kita nampak pula kat rumah Nor Terangganu, terus print..Terimakasih puan punya recipe, terimakasih juga for the ladies for sharing dan minta izin dipanjangkan disini pula ya..



Kerisi Masak Laprik
Sources Adapted from Tilapia Masak Laprik-
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction

Bahan-bahan:-
2 ekor ikan tilapia ( dilumur dengan garam kunyit dan digoreng garing ikut suka )-(Ayu gunakan ikan kerisi besar
2 sudu besar cili kering dikisar
5 biji cili api hijau ( kalau hendak pedas banyak pun boleh )*
5 biji bawang putih *
3 biji limau kasturi saiz besar diambil jusnya
3 biji bawang merah dijadikan bawang goreng
setangkai daun bawang dihiris
setangkai daun sup dihiris
garam dan gula secukup rasa
sedikit air

Cara-cara menyediakannya:
Tumbuk lumat bahan bertanda *.
Tumis cili kering yang dikisar hingga terbit minyak diikuti bahan yang ditumbuk. Gaul mesra.
Masukkan jus limau kasturi diikuti sedikit air untuk dijadikan kuah kalau suka tetapi saya lupa hendak memasukkan semasa masak jadi hasil masakan saya agak garing.
Masukkan gula dan garam secukup rasa.
Masukkan pula hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
Akhir sekali masukkan ikan tilapia yang telah digoreng tadi. Lumurkan dengan bahan tumisan dan biarkan di atas api seketika.

Tumis Belacan Putih Udang Hidup

Another lauk ulang tayang yang pernah kita masak disini..tapi yang itu kita pergi letak serbuk kunyit dah kuning kuahnya.. ..heheh walhal tajuk stated putih..Sedap lauk ni..sudi2lah mencuba..kali ni kita letakkan recipe dalam bahasa Malaysia, as sebelum ni kita tranlate ke Inggeris...


Tumis Belacan Putih Udang Hidup

Sources:-From Zaliana@Jurnal Rasa
Sources:-Froam Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
600 gram udang hidup kasar
1/2 cawan minyak masak
Sebiji bawang besar-dimayang atau potong melintang
2 batang serai-dititik
2 inci halia- dimayang halus
6 ulas bawang putih- dimayang halus
Santan dari 1/2 biji kelapa (saya pakai 1 biji-memang jadi cukup berlemak krim )
1 inci belacan
4 biji lada merah- belah 2
5 biji Belimbing buluh-belah 2 (tak ada ni)
Serbuk perasa -jika ada -tak letak ni
Garam secukup rasa

Peraturan membuatnya:
1.Udang hendaklah kerat sedikit kepalanya,dan dibuang janggutnya dan dibuang sedikit hujung ekornya dan basuh bersih-bersih.
2Jerangkan periuk dan panaskan semua minyak sehingga pijar, masukkan bawang hiris, halia, lada, buah belimbing dan belacan yang telah dihancurkan dengan sedikit air lalu kacau rata-rata. apabila nampak layu bawang itu, masukkan udang ,pati santan dan serai.Biarkan sehingga mendidih kira-kira 15 minit barulah dimasukkan serbuk perasa dan garam secukup rasa,kemudian bolehlah diangkat.

Peria Putih Goreng Lada Hitam

Lauk ulang tayang pernah masak disini.. Pertama kali kita tengok peria warna putih..terus teruja nak rasa..bila dah masak..rasanya SAMA ler..hehe....suka makan peria goreng macam ni..or dengan telur...kalau masuk dalam kuah asam pedas, tak berapa pula..hahaha..

Peria Putih Goreng Lada Hitam
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
 Ingredients:-
1 biji peria dihiris -(rendam dalam air garam untuk hilangkan pahitnya.)
5-6 ekor udang
2 ulas bawang putih dihiris
3 ulas bawang merah dihiris
5-6 biji cili padi dihiris/ketuk
2 sudu besar lada hitam kasar
sedikit serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada hitam
garam & perasa secukupnya

Method:-
Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi hingga naik bau. Masukkan lada hitam, serbuk lada hitam, serbuk kunyit serta udang dan gaul rata. Masukkan peria dan gaul rata. Letak seditikit air kalau kering sangat.Perasakan dengan garam & serbuk perasa. Kacau dan siap untuk dihidang.