Thursday, May 31, 2012

Talam Banjar

Talam Banjar ni dah lama kita cari recipenya..pernah blog walking dan terjumpa talam banjar ni di blog2 blogger yang memang ahli buat kuih talam dan juga ambil tempahan untuk kuih ni..tapi macam biasalah recipe tak disertakan..so pendam ajelah niat nak mencuba tu..then  boleh pulak terjumpa recipe ni di sajionline, walaupun recipe asal tak berapa lengkap, tapi kita base on that and came out with the recipe after breaking up the bahan2 untuk adunan   yang menggunakan loyang  8"..dengan taking some idea from Serimuka Pandan dan Talam Pulut Hitam..mula2 buat base on my calculations, the top layer macam nipis sikit dari layer tengah, then for the 2nd trial, kita adjust santan  & air tu so jadilah tinggi sikit layer tu..

Talam Banjar, bila kita cari kat internet, ada beberapa jenis rupanya..ada yang  menggunakkan sago biji with kelapa parut.. dan diletakkan dilayer yang tengah..so for this kita menggunakan beras pulut dengan kelapa parut..
Kuih ni sedapp pada kita, well,pada my family jugalah..sebab semua cakap sedap..manisnya just nice for us..(Puas hati digolden chance!!!...free advertise sikit..hehe)

Ingat nak luahkan sedikit perasaan disini..cos it keep buggering me for the past few weeks...tapi fikir balik baik janganlah...well some hints.. it something got to do with blogging juga....something about giving credit or backlink after trying certain recipes..but I rather keep my mouth shut..as what ever I shared here are memang ikhlas dan memang untuk dikongsi bersama...so redha ajelah :(
Ok peeps..have a nice weekend..

Talam Banjar
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan Lapisan Bawah:-
250g beras pulut
5 sudu besar kelapa parut
100g santan pekat
150g air
1 sudu kecil garam

Cara:-
Rendam pulut sekurang2nya 4 jam
Basuh bersih & toskan
Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit.
Apabila pulut masak, gaul hingga sebati.Tekan dalam loyang 8' hingga padat. 

Bahan Lapisan Tengah:-
Bahan A
2 biji  telur
2 sudu besar tepung gandum
sedikit chocolate emulco kalau warna gula melaka tak gelap

Bahan B
*60g gula melaka
*35g gula pasir
*280 ml santan(150ml santan pekat + 130ml air)
*2 helai daun pandan
(Masak hingga gula larut, kemudian tapis, ketepikan)

Cara:-
Satukan Bahan A, dan Bahan B, didalam blender. Blend hingga sekata. 
Tapis, panaskan  didalam kuali non stick, hingga naik wap, bila adunan nampak pekat sedikit, cepat2 tuang keatas pulut yang telah dipadatkan tadi. Kukus dalam 30-40 minit.

Bahan Lapisan Atas:-
2 biji telur
2 sudu besar tepung gandum
35g gula pasir
1 sudu kecil vanilla esen
280ml santan(150ml santan pekat + 130 ml air)
beberapa titik pewarna hijau

Cara:-
Masukkan bahan2 kedalam blender. Blend hingga sekata. Tapis, panaskan didalam kuali non stick, hingga naik wap, bila adunan nampak pekat sedikit, cepat2 tuang keatas lapisan tengah tadi. Kukus hingga masak.


Pais Ayam Temasek

Selalu kita dengar pais ikan, tapi bila kita tengok recipe pais ayam ni terus nak cuba...memang tak menyesal mencubanya berbaloi lah kira ni..sebab sedappp dan lazatt..
Dalam cara2nya tu ayam dibelah  dua aje, tapi disebab kan ayam yang ada kat rumah sudah siap dipotong, so kita bakar 2 ketul in one daun pisang..Ambilkan untuk Mr Hubby, bukan main selera kita tengok...mula2 kita senduk kan nasi dia cakap buang sikit nasi tu, banyak sangat..then lepas dia makan pais ayam ni, dan nasi pun macam nak beransur habis dipinggan..he went to dapur sekali lagi dan senduk nasi tambah sendiri lagi..hehehehe..kita action tak nampak ler....dalam hati sedap lah tuuu..tapi dia diam aje tak cakap apa2..heheh maklum lah susah nak dapat pujian oiii...eh tapi habis 2 ketul ayam dia makan ..:)

Pais Ayam Temasek
Sources:-From Puan Aini Salim
Bahan:-
1 ekor ayam dibelah dua-dibersihkan(Ayu gunakan ayam yang dah dipotng 16 aje)
1 helai daun kunyit dihiris
2 helai daun limau purut disiat
2 cawan santan(1 biji kelapa)-(Ayu gunakn 1 kotak santan 200ml aje)
2 sudu makan gula melaka-(Ayu gunakan 1 sudu makan aje)
1 sudu makan asam jawa + 1/2 cawan air campurkan
garam & perasa secukupnya
daun pisang secukupnya

Bahan kisar:-
15 tangkai lada kering-(Ayu gunkana 4 sudu besar cili kisar)
12 ulas bawang merah-(Ayu gunakan 2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih-(Ayu gunakan 4 biji bawang putih)
8 biji buah keras
1 cm lengkuas
1 batang serai dihiris-(Ayu gunakan 2 batang serai)
beberapa cili padi -(Ayu tambah)
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan putih 

Cara:-
Panaskan 1/2 cawan minyak lalu tumiskan bahan giling, serbuk ketumbar dan jintan halus, biarkan garing. Masukkan sanatn, air asam, garam, gula., daun limau  serta ayam. Masak balik-balikkan hingga hampir kering.
Bubuh ayam diatas daun pisang, taburkan daun kunyit dan bungkus serta semat dengan lidi, bakar dibara api atau dalam oven, lebih kurang 15-20 minit.

Mi Sup Wanton

Last week kan kita cakap hari tu kita pergi hospital for my appointment...while waiting for my queue number, I took some magazines to read..one of them majalah Sutera(local malay magazine)..flip punya flip sekali came across this recipe Mi Sup Wanton..tengok bahan2 macam boleh diadakan, so kita pun ambillah my hp dan snap the recipe..heheh..orang sebelah tengokkan aje..heheh...

Pertama kali cuba buat  mi wanton dan buat wanton..Mr Hubby was out doing his in camp training, so he was not home for a few days dan tak dapatlah dia merasa.. My dad & me boleh terima, my boys pun boleh juga, same goes for Marsya,, tapi budak2 tu tak makan wantonnya maybe sebab ada shitake mushroom dalamnya..kita buat wanton gunakan udang dan shitake mushroom aje..my mum langsung tak nak cuba..hahaha....biasalah kalau yang pelik2 ni kan..tak boleh dia nak telan..

Apa2pun, mi wanton ni sedap kalau dimakan dengan hirisan cili padi & kicap cair, barulah bangkit rasanya..kalau tidak rasanya very bland aje..yalah sebab mostly direbus aje..Wanton tu kita terlupa nak snap close up, maklum ler tak reti nak bungkus wanton cantik2..asal berbungkus dan melekat jadi ler..hehe

Mi Sup Wanton
Sources:-From Majalah Sutera Feb 2012
Bahan:-
400ml stok ayam-(Ayu buat lebih)
25g ikan sole kering(boleh didapati di pasaraya)*-(Ayu tak letak ni)
25g ikan bilis-(Ayu gunakan sllverfish-ikan bilis yang halus 50g)
50g kacang soya-(Ayu gunakan 100g)
garam & perasa secukupnya
butiran perisa ayam secukupnya
250g mi wanton
100g sayur kailan-(Ayu gunakan sawi pendek jepun aje)
10 keping wanton udang
100g isi ayam direbus dan siat atau hiris

Cara:-
1. Rendam kacang soya dengan ikanbilis selama sejam. Kemudian tapis.
2. Masukkan kacang soya, ikan bilis, ikan sole kering dan stok ayam didalam periuk. Masak sup
selama 2 jam. Tapis kemudian perasakan dengan garam dan buitran perasa ayam.
3. Celur sayur kailan/sawi, wanton udang dan mi wanton didalam air panas sehingga masak.
4. Untuk menghidangkan, bubuh mi wanton, sayur kailan/sawi , wanton udang da isi ayam dalam mangkuk.Tuangkan sup. Jika sukamasukkan hirisan cili merah.

*Jika payah mendapatkan bahan ini, ia boleh ditiadakan..

Bahan untuk membuat stok ayam:-
500g gram tulang ayam-(Ayu gunakan boneless chicken leg)
1 liter air-(Ayu lebihkan)
50g bawang besar, dibuang kulit dan dipotong kasar kasar.-(Ayu gunakan 2 biji bawang besar)

Cara:-
Masukkan semua bahan didalam periuk dan rendidihkan selama 45 minit. Jika perlukan stok yang lebih pekat, rendidihkan ia untuk tempoh yang lebih panjang.

Bahan untuk membuat wanton udang:-
50g isi ayam cincang-(Ayu tak letak)
75g udang dibuang kulit dan dipotong dadu.
1/2 biji telur
10g daun bawang & sup dihiris
kulit wanton secukupnya
sedikit minyak bijan
garam dan serbuk lada putih secukupnya.

Cara:-
Didihkan air didalam periuk. Satukan sesemua bahan dan perasakan dengan minyak bijan, garam dan serbuk lada putih. Bubuh sedikit inti ayam & udang ditengah2 kulit wanton, basahkan tepi kulit dengan sedikit telur yang telah dipukul dengan agrfu. Kemudian punjutkna kulit wanton. Rebus wanton dalam air panas sehingga masak.


Udang Harimau Masak Hijau

Inilah udang yang kita maksudkan earlier..kita memang dah plan nak masak udang ni gunakan recipe pari masak hijau tulah...gunakan udang pun sedappp sangat ..serupa juga sedapp dengan menggunakan  ikan pari tu...
My mum, cakap pun sedap... kita pernah kata my mum ni susah betul nak dapat pujian dari dia..lepas makan tu..dia tanyalah letak apa dalam lauk ni..kita explainlah sikit2..kita cakap letak sambal belacan..then kita pun cakap lauk ni kita pernah masak dulu tapi gunakan ikan pari...mungkin dah lama dia tak ingat lah tu..ha, kalau dah tanya tu that means dia interested dan nak belajarlah dari kita..so that next time dia boleh masak sendiri kalau dia balik JB..hehehe...cause sometimes, she just cant accept new recipe introduced..you know what i meant? Maklum ler she still believe lauk2 lama lagi sedap pada dia...:)
Udang Harimau Masak Hijau
Adapted from Ikan Pari Masak Hijau
Sources:-From Cooking programme in Suria Channel
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Ingredients:- 
1kg udang harimau besar-dibersihkan, gaul dengan kunyit & garam.
1 sudu besar bawang putih kisar
2-3 sudu besar sambal belacan-(Ayu gunakan belacan bakar sebesar 3cm-4cm+ 4 lada merah + 5 biji cili padi)
2-3 batang daun kari
3 batang cili hijau dihiris
1 sudu besar serbuk lada hitam
garam & serbuk perasa secukupnya

Method:-
Campurkan bawang putih, serbuk lada hitam, sambal belacan dan ketepikan. Panaskan minyak, goreng udang embal2. Angkat, toskan dan ketepikan. Kurangkan minyak kalau gunakan minyak gorengan ikan tadi. Masukkan campuran, sambal belacan, bawang putih, serbuk lada hitam dan tumis hingga naik bau. Masukkan lada hijau dan daun kari, kacau rata . Masukkan sedikit perasa dan garam kalau necessary dan gaul rata. Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata. Biarkan sekejap hingga tumisan tadi sebati dan meresap dengan udang. Matikan api. Siap untuk dihidang.

Kari Telur Tomato

Bila malas sangat nak masak kita masak nilah..hari tu memang mood nak masak memang tak ada..my mum suruh my dad beli kari ayam kat kedai , sebab dia tengok kita macam tak gerak2 kedapur walaupun dah petang..heheh.bila dia tanya kita nak kari ayam tak, kita cakap ah bolehlah..(dalam hati selamatlah tak payah masak petang tu walaupun kita dah keluarkan udang letak dalam sink)..heheh sekali my dad balik ..dia berteriak dari luar rumah...kedai mamak tak ada jual kari ayam dah petang2 dah!!!!

Aduhai..so my mum cakap udang masak kari aje ler..dalam hati berkata lagi..eh mak aku ni asik cakap kari aje dia nak makan lauk kari ke?..tapi kita tak nak udang masak kari sebab ingat udang besar yang kita keluarkan tu nak masak lauk lain..so kalau nak tunggu bahan2 yang lain lambat lah kan jadi decided to gunakan telur ajelah since telur pun banyak dan rasanya dah lama tak masak lauk telur..terjadilah lauk kari telur tomato ni..dalam kari ni kita gunakan sedikit cili padi, sebab nak kasi pedas banyak/sikit..hehe..

Kari Telur Tomato
Bahan:-
4-6 telur ayam direbus
5 sudu besar rempah kari daging
2 biji tomato
*2 biji bawang putih
*1 bij bawang besar
*2 sudu besar cili kisar
*10 biji cili padi
*1/2 sudu kecil halia kisar
 1 cube ayam
1-2 tangkai daun kari
air secukupnya

Cara:-
Tumis bahan2 kisar* hingga naik bau, masukkan daun kari. Masukkan rempah kari yang telah digaul dengan air sedikit. Tambahkan air secukupnya.Biarkan mendidih dan masukkan cube ayam.Masukkan telur dan tomato, perasakan dengan garam & serbuk perasa.. masak hingga mendidih dan bolehlah matikan api..Siap untuk dihidang

Daging Goreng Sawi Asin

Hari Ahad yang lalu, tanya Mr Hubby, daging yang kita keluarkan nak masak apa..terus dia jawap, Daging goreng sawi Asin..a repeat dish..pernah buat disini..Bayangkan the same answer he gave me kalau tak tahu ask his sister...hehehe I showed him the last post of what he said last time in my blog on the ipad..he laughed so loudly after reading that post....:)

Anyway, after cooking, the boys pun makanlah..tapi budak2 tu tak makan sawi asinnya, they just makan dagingnya aje.. 1kg daging tak sampai dinner dah habis..huhu..


Daging Goreng Sawi Asin
Ingredients:-
500g  daging  dihiris tipis- direbus dengan sedikit air & sedikit halia kisar hingga empuk.
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis 
sedikit garam & perasa
350g sawi asin-(pickled mustard leaves) -bilas beberapa kali supaya tak masin dan hiris
1 biji bawang besar dihiris bulat
2-3 biji bawang putih dihiris tipis
1 inci halia dihiris tipis
10-15 biji cili api dihiris atau ketuk -(ikut kepedasan)-(Ayu suka lagi pedas)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
2 biji limau sambal diambil jusnya
sedikit air
garam & perasa secukupnya - gunakan sedikit, kalau perlu

Method:-
Gaul daging yang telah direbus hingga empuk tadi bersama sos tiram, kicap manis, garam & perasa dan perap sekejap. Panaskan minyak, dan goreng daging yang telah diperap tadi hingga agak garing.
Bila sudah masak, ketepikan ditepi kuali. Masukkan bahan2 hiris- bawang besar, bawang putih, halia & cili padi dan gaul hingga layu. Satukan daging dengan bahan2 tadi hingga rata.
Masukkan sawi asin yang telah dibasuh dan hiris, gaul lagi. Masukkan 1 sudu besar sos tiram, 1 sudu besar kicap manis, serbuk lada hitam, sedikit air & jus limau sambal, gaul rata. Rasakan kalau needs to tambah garam & perasa tambahlah ya ikut keperluan masing2. Bila semuanya dah secukup rasa, matikan api, siap untuk dihidang.

Caramel Corn

Made this homemade pop corn, last week..bought the pop corn kernel moons before as my main intention was memang to make this..this was the second attempt..the first attempt was long before I have a blog...Somehow this time, the pop corn taste was much better only thing was the pop corn was not so crunchy or crispy..dont know why..macam lemau lah gitu..walupun after that dah baked dalam oven in a stainless steel bowl..Hey friends, any tips to share? How to get a crispy and crunchy pop corn?..

Actually the caramel steps was to use thermometer..I did wanted to use my thermometer, tapi rupanya that damn thing did not work!!..brand new somemore..kena cheatedlah kira..got it kat  JB tengok murah, kita beli lah..sekali buka rupanya battery dia dah berkarat lah..grrrr...
So just cooked the caramel without it and just base on my eye judgement aje...

Siapa2 pernah ke USS(Universal Studio Singapore) pasti familiar dengan mangkuk kat atas tu..yes you can see that kalau beli pop corn kat situ..lepas makan pop corn, simpan bekasnya buat kenangan..so kita pun letak pop corn kita dalam tu.. hehe

POP CORN:-
3/4 cup pop corn kernel
some oil to estimate
some butter to estimate

Heat oil & butter. Add pop corn kernel. Cover lid and wait till popping sound heard.
Uncover lid and then pour the hot caramel over the popped corn and toss, with two wooden spoons or forks, making sure all the popped corn is coated with the caramel. Cool completely and then store in an airtight container, at room temperature, for about 10 days.

CARAMEL CORN:-
Sources:- From Joy of Baking
Ingredients:-
1/2 cup (110 grams) popcorn kernels or about 10 cups of popped corn-(Ayu used 3/4 cups popcorn kernels)
1 1/2 cups (300 grams) granulated white sugar-(Ayu used 200g)
1/2 cup (110 grams) packed dark brown sugar
1/2 cup (120 ml) light corn syrup
1/2 cup (120 ml) water
2 tablespoons (28 grams) butter
2 teaspoons kosher salt
2 teaspoons baking soda

Note if want the pop corn to stay warm:- Preheat the oven to 120 degrees F (49 degrees C) and place the oven rack in the center of the oven. Pop the corn and place in a large stainless steel bowl that has been lightly buttered or sprayed with a non stick cooking spray. Place the bowl, with the popcorn, in the oven (this will keep the popcorn warm).

Caramel Corn:
In a large heavy bottomed saucepan, stir together the sugars, corn syrup, and water. Place the saucepan over medium heat and bring to a boil, stirring occasionally. Once the mixture boils, cover, and boil the mixture for about one to two minutes. (This allows steam to form which then condenses and washes off any sugar crystals that have attached themselves to the sides of the saucepan.) Uncover the saucepan and clamp a candy thermometer to the side of the saucepan. Boil the mixture over medium heat, stirring occasionally, until the temperature reaches the soft ball stage, 240 degrees F (116 degrees C). At this point, stir in the butter. Continue to cook the caramel, stirring occasionally, until the temperature reaches the hard crack stage, 300 degrees F (149 degrees C). (Brush down the sides of the pan, with a heatproof pastry brush that has been dipped in warm water, to remove any sugar crystals that may have formed on the sides of the saucepan.)
Then remove the saucepan from the heat and carefully stir in the salt and baking soda. (The caramel will foam up when you add the baking soda so be very careful.) Pour the caramel over the popcorn and toss, with two heatproof spatulas or wooden spoons (not your fingers), to evenly coat the popcorn. The caramel corn will be in large clumps so spread the caramel corn onto a large sheet of aluminum foil. Then, while the caramel corn is still hot, separate it into bite-size pieces, with two forks or by wearing heatproof gloves. Cool completely and then store in an airtight container, at room temperature, for about 10 days.Makes about 8 servings. Preparation time 1 hour.



Thursday, May 24, 2012

Hotpot Potatoes

Last week, pagi2 lagi dah kena pergi hospital for my appointment, my parents pulak pergi melawat one of my relative meninggal, so basically pagi nobody at home as the kids dah kesekolah..balik dari my appointment, kita tengok jam dah pukul 11 pagi..pukul 1 lebih budak2 balik sekolah, dah tentu semua pasti kelaparan..kita cepat2 thaw kan daging cincang dan potong/hiris apa yang patut..in my mind dah set nak buat Hotpot Potatoes ni..senang dan cepat.. recipe kita terjumpa dari kongsi resepi dulu, dan bila nak pergi balik ke website tu dah tak ada pulak..nasib baik kita  dah siap print dan ada website address the recipe came from..talking about kongsi resepi website nikan..I pernah email dengan tuan admin on my past posting, dan bertanya kenapa sekarang all my past posting dah tak ada dalam kongsi resepi website dan kenapa dah tak boleh upload posting lagi..the asnwer was because, he said, basically my blog tak reach the 'quota' required(maksudnya tak ramai yang klik that link kat bawah tu untuk ke Kongsi resipi punya website..huhu)..so kalau ada orang klik that link barulah kongsi resipi akan counter back my past postings dan mana yang patut.. dan kalau siapa2 notice now I did not post my entries in any page kat facebook tu, sebab kita dah malas ler..hehehe..post kat own wall ajelah itu nasib lah kan..siapa yang sudi datang, just datang ajelah..tak kuasa mak!..haha..

Anyway back to this recipe, kita ambil recipe ni dari blog Fazlinil Irma, original sources was from Mekarmewangi aka (Joayee)..the use of kentang dalam recipe ni yang kita rasa nak mencuba sebab kita ada banyak stok kentang, maklum ler, kita beli  kentang pun pakai guni..so memang confirm boleh buat macam2 dengan kentang tu..this recipe sebenarnya kita dah buat  2x juga..the first time kita tak kukus/rebus kentangnya, so bila bakar, the cheese already dah brown but after dimakan, the kentang ada yang tak masak lagi, ada yang masih keras then also I used cheddar cheese terlebih sudah,mungkin cheese yang digunakan jenis masin kot.. itu yang atasnya terlalu masin for me, sebab before that kentang tu kita dah gaulkan dengan garam, pepper dan minyak.Then buat kali kedua, kita kukus dulu kentangnya(kopek kulit, hiris dan steamkan dalam loyang, kita tak rebus sebab takut kentang hancur bila diangkat)..then this time kita just letak mozarella cheese aje tak letak cheddar cheese..Ermmm sedapp!!..Kalau siapa2 nak mencuba bolehlah cuba, please adjust ikut kepedasan sendiri, rempah kari dalam recipe ni kita tambah lagi sikit, walaupun sukatan daging kita tu only 300g aje..

Disini nak ucapkan terimaksih banyak2 pada Irma & Joayee for sharing recipe yang sedap ni, mohon share didapur kita ni ya....anak2 kita suka makan, mak kita yang pada mulanya cakap tak nak makan sebab ada cheese, makan 1/2 square dish..hehehe..sedap dia cakap sebab ada pedas2 sikit..ha tukan jangan cakap tak nak dulu kalau belum rasa..hahahah

Hotpot Potatoes
Sources:-From Mekarmewangi
Bahan-bahan :
  • 500 gram daging ayam/ lembu - didadu atau dicincang.-(Ayu gunakan 300g daging lembu cincang)
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 sudu besar serbuk kari-(Ayu gunakan 2 sudu besar)
  • 1 mangkuk sayur campur ( kacang peas, carrot dan jagung )-(Ayu gunakan 11/2 cawan kacang peas aje)
  • 1 tin tomato yang dicincang.
  • 1 sudu teh mixed herb
  • 1 sudu besar tepung gandum-(Ayu tak letak ni)
  • 3 sudu besar air
  • Minyak zaitun untuk menumis
  • 1 kiub ayam
  • 2 biji cili dipotong nipis.-(Ayu gunakan beberapa cili padi)
  • 1 sudu besar serbuk cili -(Ayu tambah- kalau takut pedas boleh omit this) 
  • Garam+ perasa
Topping :
5 biji kentang dihiris nipis. Gaulkan bersama minyak, garam dan pepper. Kalau suka kentang lebih. Boleh tambah lagi.-(Ayu kopek kulit, hiris, dan gaulkan dengan minyak, garam& pepper baru dikukus dulu)
Keju Mozarella
Parsley. Takda pun tak pa.

Cara-Cara :
  • Tumis bawang merah dan bawang putih sampai garing. Masukkan rempah kari. Kacau dengan api perlahan.
  • Masukkan tomato dalam tin. Kacau sampai sebati.
  • Masukkan ayam, mixed herb dan kiub ayam. Masak sampai kering.
  • Campurkan tepung gandum dan air. Kacau sambil selawat. Tuangkan dalam kuali. Kalau rasa kering boleh tambah sedikit air.
  • Masukkan sayur campur. Perasakan dengan garam. Tunggu 10 minit. Sampai semuanya masak dan sebati. Boleh tutup api.
Leserkan loyang dengan minyak. Tuangkan inti dan ratakan.
Kemudian, susun kentang secara bertindan-tindan. Disarankan anda susun rapat sikit. Bila makan tak la berebut kentang kerana kuantiti inti yang saya buat memang agak banyak. kentang banyak lebih sedap.

Taburkan dengan parutan cheese Mozarella atau cheese biasa pun boleh. 
Bakar dengan suhu 180'C selama 50 minit 
atau 1 jam.
Boleh ditabur dengan parsley semasa menghidang. Kalau
 takda pun tak apa. 

Note for Ayu:- Kentang dikukus dulu untuk mengelakkan dari tak masak atau keras bila dibakar..Kerana, takut cheese dah masak tapi kentang belum empuk lagi..Kalau dah letak garam dikentang, cheddar cheese harus dikurangkan kerana takut masin..so best way is just letak mozarella cheese.

Apam Labu II

Kejadian kuih apam ni dah lama dah kita buat time, tak blogging kemarin tulah..ingat nak buat kaswi labu, tapi entah macam mana tukar plan pulak...
Apam labu kali ni kita cuba recipe ni pulak..pernah buat disini..disebabkan labu buat apam sangat sedap ..kita buat lagi, ..seedapppp dan lembutttt..makan apam macam tak makan apam, macam makan kapas....hehehe...
Lepas ambil gambar realised kita tak ambil cross Section of the kuih pulak...kita kukus apam ni dalam silicon mould..takut2 juga tak jadi, sebab pernah kukus kuih dalam silicon mould, kuihnya macam mendap gitu..apa2pun shukur alhamdullilah, this kuih meet with the ISO Standards(Mr Hubby & my parents)..hehe
Terimakasih puan punya recipe for sharing, minta izin dipanjangkan disini pula..

Apam Labu
Sources:-From Hasiah63@myresipi
  • 300gm labu
  • 400gm tepung gandum
  • 200gm gula pasir-(Ayu  gunakan 170g)
  • 3 biji telur
  • 400 ml santan-(Ayu gunakan 300ml santan + 100ml air)
  • 1 bungkus ibu roti
  • 2 sudu kecil baking powder
  • sedikit garam 
  • sedikit perwarna kuning -(Ayu tambah sebab labu yang Ayu gunakan tak kuning sangat)

Cara-cara

  1. Labu di rebus kemudian blender dengan santan.
  2. Pukul telur, gula dan garam sampai kembang.
  3. Kemudian masuKkan ibu roti. Pukul lagi sampai sebati.
  4. Bila dah sebati, masukkan labu yang di blender dengan santan tadi.
  5. Masukkan juga tepung yang telah di ayak dengan baking powder. 
  6. Pukul lagi sampai sebati semuanya.
  7. Simpan adunan selama 1jam.A
  8. Akhir seKali, kukus selama 10- 15 minit.

    Daging Tumis Pak Andam

    Lauk daging ni kita lawan kan dengan lemak cendawan cili api cendawan & udang kat bawah ni..macam biasa juga bila semua ada kat rumah, especially Mr Hubby, kenalah masak at least satu lauk favourite dia ..DAGING..hehehe..
    As usual pencarian menu baru pun bermulalah..hehe..alah tak adalah nak cari sampai kegunung pun..cari pakai internetlah...so terjumpalah recipe yang sedapp ni kat myresipi..
    Mr Hubby & anak2 suka lauk ni...They ratah2 aje  lepas nasi dah habis dipinggan..heheh..suka kita tengok bila dia orang suka makan..macam hilang penat kita memasak kan...berapa kali berulang kedapur ..sampaikan 1kg daging tinggal sedikit aje lepas dimakan just for lunch...

    Bolehlah lain kali  dimasak lagi  lauk ni..resipi ni kalau tak silap asal dari teman blogger SOFEA, yang menggunakan nama Kak Fiza dimyresipi tu kan..Terimakasih Sofea for the recipe yang sedapp ni..minta izin dipanjangkan disini pula for my future reference dan teman2 yang lain..

    Daging Tumis Pak Andam
    Sources:-From Kak Fiza@myresipi
    Bahan2-(10 orang)
    • 1 kilo daging
    • 15 tangkai cili kering (rebus dan tumbuk kasar)
    • 2 helai daun limau purut
    • sedikit air asam jawa
    • gula dan garam secukup rasa
    • * 10 ulas bawang merah
    • * 5 ulas bawang putih
    • * 2 batang serai
    • * 2 cm halia
    • * 1 sk ketumbar biji-(Ayu gunakan yang serbuk aje)
    • * 1 sk jintan manis biji-(Ayu gunakan yang serbuk aje)
    • minyak utk menumis

    Cara-cara

    1. daging dibersihkan dan direbus hingga lembut.rebus seketul2.
    2. setelah daging lembut,potong nipis dan ketuk2 sedikit daging tersebut dgn lesung batu.
    3. kemudian goreng daging seketika.jgn terlalu garing.angkat & ketepikan.
    4. blend @ tumbuk bahan2 yg bertanda *.
    5. panaskan minyak,tumiskan bahan2 yg telah diblend,kacau sebentar kemudian masukkan cili kering.masak hingga garing.
    6. kemudian masukkan daging,garam gula, air asam jawa dan daun limau purut.boleh tambah sedikit air jika terlalu kering.
    7. kecilkan api dan biarkan reneh seketika.angkat dan hidangkan bersama nasi putih.selamat mencuba!
    8. p/s cili kering jgn ditumbuk terlalu lumat,biar kasar2 sikit.x sesuai kalau diblend halus.

    Lemak Cili Padi Cendawan & Udang

    Assalam, apa khabar teman2 disana..macam lama gitu kita tak kesini..the past days kita sibuk sangat...walaupun anak2 dah habis exams, tapi sibuk..ini disebabkan Marsya is not feeling well, dia demam dan doctor suspect she is having Hand, Food & Mouth Disease..cause she complained her throat sakit bila nak telan air liur, air or food, bila check, doctor diagnosed itulah..so he warned me to look out for any rashes that might appear kat tangan & kaki..well kebetulan juga her school ada outbreak recently..so he strongly believed that  was the disease..no much ubat given just demam dan lozenges aje..

    Kita yang tak boleh tahan rengekkan si Marsya nilah..aduhai...dahlah susah makan ubat..
    nak suruh dia nyonyot lozenges tu aje kena pujuk punya pujuk....stress mak!..Kita ni more worried about her fever, asik turun naik aje..maklum ler, she ever kena fits, sampai masuk hospital..itu yang kena watch her temperature aje..haish...

    Anyway, anak sakit, perut & tekak mak dan yang lain tetap nak makan, kan..hehe..so kenalah masak..kita masak lauk ni bila kita buka fridge drawers dan jumpa cendawan sebab stok sayur2 dah tak ada.. cendawan ni kita pernah goreng aje dulu ..this time kita cuba masak lemak & udang pulak..uish boleh tahan sedapler.. lain kali nak beli lagi cendawan nilah..

    Lemak Cili Padi Cendawan & Udang
    Bahan:-
    1-2 packet cendawan whitesnow/white jade, dipotong 2 atau ikut suka
    segenggam udang hidup terpulang nak buang kulit atau tidak
    *1 sudu besar udang kering-direndam 
    *20-25 cili padi-(ikut kepedasan)
    *1 inci kunyit hidup atau guna serbuk kunyit pun boleh juga
    *1 biji sedang bawang besar
    1 cawan santan pekat-(Ayu guna 1 kotak santan aje)
    air secukupnya
    1 batang serai dititik
    1-2 keping asam keping
    1 helai daun kunyit disiat
    garam & perasa secukupnya

    Cara:-
    Masukkan air, bahan2* kisar dan  serai  kedalam periuk. Bila dah mendidih masukkan santan pekat, daun kunyit, asam keping dan udang. Kacau sentiasa hingga mendidih, masukkan cendawan, garam & perasa secukupnya. Rasa apa2 yang kurang boleh tambah. Matikan api siap untuk dihidang



    Thursday, May 17, 2012

    Kuini Muffins

    Beberapa hari yang lalu, kita pergi pasar dan jumpa buah kuini..mungkin sekarang tengah musim  buah kuini....bila masuk pasar, lalu kat kedai buah2an, amboi baunya bukan main menusuk dihidung ku yang kembang ni..heheh ..bau dia aje dah membuat air liur penuh dalam mulut..dalam hati , tak apa sabar2 lepas beli mana yang wajib, kita terus ke kedai nyonya, dah terus pilih sampai 2 kg!!..Alhamdullilah semua kuini yang dipilih baik2 belaka tak adalah 'penduduk'(ulat) didalamnya...Buah kuini ni memang sedap makan gitu2 aje lagi2 kalau manis isinya...

    Bila dah beli buah kuini ni, kita teringat pernah nampak didapur CMG
    muffins kuini yang pernah ditayang didapurnya (terimakasih ya Che Mat for the idea)..apa lagi project terus berjalanlah dengan lancar, baik kita buat cepat2 sebelum buah kuini lesap dari pandangan..hehehe..Resipi yang kita gunakan kita adapted from peach muffins yang pernah kita buat dulu..kita just adjust buahnya aje dan buat 1/2 adunan dari adunan asal..erm sedapp ni..my parents makan beberapa ketul....tapi biasalah kids tak makan sangat sebab they only makan muffins coklat aje (typical them)..alahai buat pun 1 biji aje so dapatlah dalam 14 ketul...jadilahkan nak rasa dan boleh juga kita hidangkan dengan tuition teachers budak2 tu..

    ps: Kalau nak buat mufins kuini ni make sure, bila kopek kulitnya tu clearkan kulit yang keras ya..meaning, kopek kulit, clearkan lagi sisa2 kulit keras(yang hijau sikit2) tu so that bila dipotong dadu, buah kuini ni lembut isinya..tak adalah terikut yang keras tu ya..

    Kuini Muffins
    Adapted from Peach Muffins
    Ingredients:
    • 90g salted butter (melted)
    • 90g castor sugar
    • 1/4tsp salt
    • 1 eggs (lightly beaten)
    • 125g cake flour
    • 1 tsp baking powder
    • 40g ground almond/hazelnut-(Ayu used hazelnut)
    • 80ml fresh milk
    • 120g kuini flesh or 1 kuini diced

    Methods:
    •  Preheat oven to 180°C
    •  Prepare muffin tin lined with paper cups
    •  Sieved together low protein flour, baking powder, salt in a bowl.
    •  Add in ground almond/hazelnut and set aside
    •  In another bowl, mix melted butter with sugar, beaten eggs & milk. Stir till well combined
    •  Pour liquid mixture into the dry ingredients. With the spatula, gently fold all the ingredients to form a wet batter
    •  Add in diced kuini, stir lightly
    •  Spoon into paper cups and bake for about 25mins or till cooked
    •  Leave muffins to cool on cooling rack

    Buttery Fried Chicken

    Ayam again!!..hehe..memang tak jauh dari ayam..pakkal lah tinggal rumah flat..kalau tinggal kat kampung memang harus menternak ayam kan..hahahaa...eh tapikan dulu2 masih kita kecil kan..kita tinggal kat Pasir Panjang Road, rumah kita sebelah dengan reban ayam tau, yalah time tu rumah kampung lagi..belum pindah keflat lagi....haha....waduh, hari2 bau aromatherapy natural dari situ..tapi time tu ayam2 pun bukan my family punya tuan tanah kedaung yang my family sewa rumah tu yang punya...itu not so bad ah..pernah tinggal rumah yang bersebelahan dengan 'public toilet' yang everyday ada 'Apek' datang tukar tong..wakakaka....tapi sekarang tu semua tak ada lagilah disini....

    Uish berbalik kepada recipelah ya..jauh menyimpang pulak..ternampak recipe ni didapur Jasmeen, terus bekenan dan masuk list..dah 2 kali buat..pertama gunakan drumlettes aje this time gunakan isi ayam(chicken fillet)..Actually recipe ni kata Jasmeen adalah dari recipe butter prawn..just change the main ingredients aje..Sedapp, my family suka..Pernah buat butter prawns disini dulu..Part nak dapatkan telur yang berjurai tu, tangan kita ni masih kaku lagi...hehe tapi tak apalah, asal ada 'rupa' dia sikit2 tu oklah kan..hehehe..Terimakasih buat Jasmeen kerana mencetuskan idea lauk ni...


    Buttery Fried  Chicken
    Adapted from Butter Prawns
    Sources:-From Jasmeen's Kitchen
    Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
    Bahan :-
    1/2 kg isi ayam ... potong kecil-(Ayu gunakan 15 ketul drumlettes/chicken fillet- 1kg)
    Garam
    kunyit
    halia kisar-(Ayu tambah)
    cili kisar-(Ayu tambah)

    5 biji kuning telur  - kacau-(Ayu gunakan 4 kuning telur + 1 biji kuning & putih)
    2 sdb susu cair
    Cili Padi - hiris halus
    Daun kari
    Garam
    3sdb Butter
    1 cawan Minyak Masak

    Cara :
    1- Gaul ayam dgn kunit & garam + (Ayu lumurkan dengan air asam, untuk menghilangkan hanyir, masukkan sedikit halia kisar, cili kisar sedikit)...kemudian goreng garing kemudian ltk dlm penapis yg besar (jgn lapik dgn kertas plak) - sbb nk curah telur atas ayam
    2- Dalam kuali lain, panaskan minyak & masukkan butter..tggu sehingga butter cair & ckup panas.
    3- Kemudian masukkan kuning telur sedikit demi sedikt smbil sblh tgn kacau dlm kuali (utk dapatkan telur yg berserdak...-(Ayu gunakan chopstick, sambil mengacau dalam bentuk pusingan)
    4 - Sambil kacau telur, masukkan susu, cili padi & daun kari..
    5- Perisakan dgn garam
    6- Kacau lg sehingga berbuih tinggi dlm kuali...
    7- Jika nmpk telur dah garing berwarna keemasan, ttup api, & curahkan adunan nih pada ayam td..
    8- Biar minyak tos, baru gaul & hidang.\

    Cekodok Sardin Cap Ayam

    Bila tercari2 recipe something for breakfast, came across this recipe di mesra.net..tengok sumber dari Kerull..dalam hati tertanya2 adakah ini Kerull, teman blogger yang kita kenali..terus messaged Kerull kat Facebook, dan bertanya, so memang confirm recipe ni dari dia..nama Kerull ni unique so that was why cepat kita recognised..hehehe..Anyway baru ni first time makan cekodok sardin..sedapp weh..Mr Hubby makan berulang2 dan said sedapp..kalau nak rasa kenalah cuba..satu kelainan dari cekodok2 yang pernah kita cuba..
    rasa sardinnya yang kasi kita nak makan lagi lepas satu satu..Terimakasih buat Kerull kerana berkongsi recipe cekodok yang sedap ni ya..akak mohon panjang2kan disini pula ..

    Cekodok Sardin Cap Ayam
    Sources:-From Kerull@ Mesra.net
    Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
    Bahan-Bahan:  
    BAHAN A :
    Tepung Gandum 5 cawan
    Garam secukup rasa
    Air Suam
    Lada Sulah Ikut Sedap
    Serbuk Lada Hitam ikut Suka
    i biji telur -(Ayu tambah)

    BAHAN B :
    Sardin Cap ayam - Tin Kecil( brand yang kita suka la / atau yang murah )- Dihancurkan -(Ayu buang tulangnya)
    Bawang Besar ( Cincang / dadu ) -(Ayu gunakan 1 biji)
    Cili Padi 3 Tangkai ( racik / Hiris)
    Daun Bawang/daun sup sepokok ( Hiris )
    Isi Udang ( Cincang )


    Cara2nya
    1. Campur semua bahan A hingga sebati , semasa membancuh pastikan tepung tidak terlalu keras dan cair.Sedang2 je lembutnya macam biasa nak buat jemput-jemput tu.

    2. Kemudian campurkan pulak bahan B yang telah siap diracik dan cincang. Gaul hingga
    sebati.

    3. Goreng dengan api yang sederhana. Ikut suka la nak rangup ke atau lembut. Angkat dan hidangkan.

    Hidangkan panas2 bersama sos cili + sos tomato, mayonis ataupun lebih kuah kari ke , masak lemak cili padi ke , sambal tumis ke or kuah lebih asam pedas ke...sumernya saya dah test..memang sodap.
    Cubalah di Bulan Ramadhan ni pasti menambah selera anda.

    Daging Masak Siam

    Beberapa hari  kalau kita tak masak daging Hasif akan tanya..Mama  tak masak lauk daging eh....kita kadang2 sampai boring..kita jawap ah makan daging mama ni..hahaha..pulak sekarang kalau masak daging dah tak boleh 1/2 kg lagi..mesti nak 1 kg at least...Iqram pun sekarang selera dia boleh tahan weh..maklum ler nak membesar lagi..sometimes dah lepas makan nasi cari lagi apa yang boleh dimakan..aduh...gepeng mama tau..hahaha..


    Anyway..lauk daging masak siam ni kita masak lepas jalan2 kat dapur Kak Zah, ternampak recipe ni kat dapurnya...terus print dan proceed..dah bebagai2 recipe daging yang telah dicuba, so decided on this kali ni..sedap juga daging masak macam ni..ada ala2 asam pedas juga rasanya tapi yang ini versi kering2 sikitlah, Hasif buat ratah2 aje lepas nasinya dah habis tu..pergi ceduk sendiri dalam periuk....recipe asal menggunakan ekor lembu, tapi kita tukarkan ke daging aje..Terimakasih Kak Zah for sharing this recipe..mintak izin share kat dapur kita pula ya..


    Daging Masak Siam
    Adapted from
    Ekor Lembu Masak Siam
    Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
    2 kg ekor lembu atau 2 kg daging dipotong ikut suka.-(Ayu gunakan 1 kg daging)
    Secukup air utk rebos daging
    1 sudu kecil garam
    4 helai daun limau
    2 helai daun salam
    1 helai daun kunyit

    Rebos daging dgn bahan di atas hingga 3/4 empok.


    Bahan kisar: A

    30 tangkai lada kering. Bolih ditambah jika suka pedas. -(Ayu tambah 10 biji cili padi)
    5 ulas bawng putih
    8 ulas bawah merah
    1 inci halia muda
    1 inci lengkuas muda
    1 inci kunyit hidup
    1 inci belacan

    Bahan disangar tanpa minyak dan dikisar: B

    2 sudu makan ketumbar biji
    1 sudu teh jintan halus biji
    1 sudu makan lada hitam biji

    Bahan: C

    2 batang serai diketuk
    4 helai daun limau purut

    Bahan: D ikut cita rasa sendiri

    1 sudu makan gula
    1/2 sudu teh perasa
    1 sudu teh garam

    Bahan: E

    2 sudu makan kerisik-(Ayu gunakan 1 sudu besar)

    Bahan: F

    40 gm asam jawa -(Ayu gunakan 20g)
    300 ml air buat air asam

    Panaskan minyak.. Tumis bahan A & B hingga wangi.

    Masukkan bahan C.
    Masukkan bahan D dan sedikit air rebusan daging. Tumis hingga kering dan wangi.
    Masukkan bahan E dan daging serta air rebusan.
    Masak hingga daging empok masokkan F. Biarkan ia renih dan pekat sedikit
    .


    Nasi Goreng Nyonya

    Sebelum ikan masin kembong yang kita beli banyak, expires,  kita goreng dan simpan dalam air tight container, kalau tak ada lauk bolehlah buat lauk..tapi lama2 takut juga tak boleh makan, so kebetulan terjumpa recipe ni diinternet..goreng nasi with ikan kembong masin....sedap pada kita..
    Ni pun sebab ada banyak nasi yang berbaki tak habis dimakan, Hasif suka nasi goreng, tak kira nasi goreng macam mana..Recipe dari website kicap Tamin, kita tak ada kicap yang tersebut so kita gunakan aje kicap biasa yang ada kat rumah ni..terimakasih for the recipe..

    Nasi Goreng Nyonya
    Sources:-From Tamin2u
    Bahan-bahan :
    • 4 cawan Nasi putih 
    • 1 ekor Ikan masin (kembong) - digoreng & diambil isi -(Ayu gunakan 2 ekor)
    • 25g atau 1 sudu besar Udang kering - dikisar
    • 1 biji Telur - (Ayu gunakan 2 biji)
     
    • 2 ulas Bawang merah - dikisar
    • 2 ulas Bawang putih - dikisar
    • 3 sudu besar Cili kering@cili giling - dikisar
    • 2 sudu besar Kicap pekat putra TAMIN - (Ayu gunakan kicap biasa aje, sebab tak ada jual disini)
    • 2 sudu besar Sos tiram TAMIN -(Ayu gunakan sos tiram biasa aje)
    • Serbuk lada putih - (sedikit)
    • Garam halus TAMIN (secukup rasa)-(garam pun biasa aje) +sedikit serbuk perasa
    • Minyak masak - untuk menumis
    Cara Penyediaan :
    1. Panaskan minyak,tumis bawang merah,bawang putih.
    2. Masukkan cili kering,ikan masin,udang kering.
    3. Masukkan sos tiram,kicap pekat,serbuk lada putih,garam & kacau sebati.4. Masukkan telur dan seketika.
    5. Akhir sekali masukkan nasi,kacau sebati dengan rempah tadi dengan api perlahan.5. Hidang bersama telur mata kerbau & hirisan timun (jika suka).

    Thursday, May 03, 2012

    Lemon Chocolate Indulgence

    Ini lagi satu kek yang kita buat untuk birthday puan tanah kedaung pada 10 April yang lalu...disebabkan puan tanah sendiri punya birthday, so puan tanah got the right to say and decide what cake to bake..rakyat jelata tak boleh nak choose ada cream ke tak ada cream ya..heheh..so puan tanah buat cake yang pun dah lama jadi idaman..Sebenarnya tak juga..heheh kisah sebenarnya kita nak buat hazelnut opera cake, tapi disebabkan kita tak baca recipe dengan betul telur yang tidak sepatutnya dicampur dalam salah satu stepsnya tu kita sudah godak sekali, sebab ingat malas nak gunakan banyak bekas ...sekali 'ter' realised selepas telur sudah dipecahkan..kita 'pause' sekejap tengok adunan tu..kepala dah 'pinggggg' tak tahu nak teruskan ke tidak ..so ikut kata hati teruskan aje walaupun tahu kek tidak akan menjadi dengan betul..so lepas dibakar memang confirm kek ku itu dah bantat, keras macam tilam kapok  my sofa kat rumah ni..hahaha..rasa2 kalau lempar kat dinding ..dinding boleh crack!!!..

    Macam biasa juga pasti ada aje misadvanture bila buat birhday cake nikan..kita buat pagi2 on the bbirthday itself..sebab ingat memang tak nak lah kelam kabut lagi macam yang lepas2..rupanya terjadi lagi..so kita dah malas nak fikir2 lagi flip buku2 masak kita yang tak seberapa, and decided on the abovelah..then bila kita tengok steps untuk buat sponge cakenya tu macam kena buat beberapa steps, kita decided to use the recipe Kek Marble Optima yang pernah kita postkan kemarin..Cuma kali ni kita adjust ikut kesesuaian kek kita ni, kita masukkan serbuk koko dan chocolate emulco aje dan tak gunakan warna lain..

    Selepas cake dah siap... bila part nak buat lemon creamnya tu kita terlupa nak keluarkan whipping cream awal2 dari freezer.. benda alah masih  keras..but looking at the time, I have got no time to wait, so kita just tuang dalam mixer, mana2 yang dah cair tu..start to whisk, kita whisk lah macam nak kojol..whipping cream tidak naik!!! Dulu pernah ada teman2 blogger yang kasi tips kalau whip cream tak naik cuba tambah lagi sikit creamnya dan pukul lagi, kita adalah tambah beberapa kali , but mungkin suhu whip cream kita time tu dah tak sejuk, putar macam mana pun dia tak nak naik...hahhaa....Pernah terbaca kat mana disalah blog teman2 whip cream yan baru keluar dari freezer, mungkin yang cair tu adalah cuma air yang cair bersama dengan whip cream tu..tapi itulah terbaca tu bila kita dah buat kek ni ler!!..hahaha..
    So nak tak hendak kita whip ajelah.. asal tengok dia ada naik sikit aje tu kita pun berhenti dan cepat2 sapu di atas kek..so kalau tengok betul2 lemon cream kita tu sepatutnya lagi gebu, tapi kita redha ajelah yang tipis aje tu ha..

    Walau bagaimana pun kejadian kek ni..rasa dia tetap sedap pada kita..macam biasa juga tuition teachers si Iqarm & Marsyalah yang jadi food tester kita..heheh bila dia orang datang kita hidangkan sepotong kek ni to each of them, bila keluar dari bilik lepas lesson tu kita tengok piring bersih ..One of them even tanya kita ambil order tak..heheh..segan I you..!


    Lemon Chocolate Indulgence
    Sources:-From Baking Code
    Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
    Sponge cake(20cm)
    Ingredients A
    4 egg yolk
    16g sugar
    1/2 tsp vanilla essence

    Ingredients B
    4 egg whites

    Ingredients C
    100g sugar

    Ingredients D
    84g plain flour
    16g cocoa powder

    Ingredients E
    50g corn oil 

    Method:-
    1. Whip Ingredients A until light and fluffy.
    2. Whip Ingredient B until soft peak. Add in Ingredients C, continue whipping until stiff.
    3. mix the egg white mixture until well-combined. Add in Ingredients E, mix until well incorporated.
    4. Pour it into greased and lined round mould.
    5. Bake at 180C for 30 minutes. Remove the cake immediately when baked.

    Chocolate Cream
    Ingredients A
    60g dark couverture(chopped)

    Ingredients B
    30g sugar
    2 egg yolk

    Ingredients C
    180g whipped topping cream

    Lemon Cream
    80g whipped topping cream
    1/2 tbsp lemon juice
    1/2 tbsp lemon zest

    Topping
    150g whipped topping cream
    400g chocolate glazing(refer below)

    Method:-
    1. Chocolate Cream:- Place Ingredients A over simmering water, stir until it has melted. Place Ingredients B over simmering water, stir until it thickens.Remove it and whisk until cool. Add in Ingredients A, mix until well-blended. Add in Ingredients C, mix until well incorporated.
    2. Lemon Cream:- Mix all the ingredients until well blended.
    3. Cut the cake into 4 layers. Place 1 layer of cake onto the cake board and spread half of the chocolate cream onto the cake. Top with second layer of cake and spread the lemon cream onto the cake.
    4. Top with third layer of cake and spread the remaining chocolate cream onto the cake and top with the forth layer of the cake.
    5. Cover the whole cake with a thin layer of the whipped cream. Keep in the fridge for 2 hours.
    6. Remove the cake from the fridge. Pour chocolate glazing over the cake to coat it evenly, leave it aside for 10 minutes to let it set. Place it in the fridge for 30 minutes.
    7. Remove the cake from the fridge and pipe as preference.

    Chocolate Glazing
    300g cooking chocolate(melted)
    75g milk
    75g whipping cream
    10g butter

    Method:-
    Cook the milk and whipping cream until boil. Add in the melted chocolate and mix until well-blended. Add in butter, mix until well-combined. Set aside to cool to pouring consistency, serve immediately.


    Kita gunakan recipe kat bawah ni for my cake, sebab kesuntukkan waktu...adapted from the last time, kek marble optima, cuma yang ni kita adjust apa yang patut dan omit mana yang tak perlu....so terpulanglah nak gunakan recipe yang ini atau yang atas tu ya..

    ps:- recipe ni tak gunakan gula sebab tepung optima dalamnya dah ada gula ya..

    Kek Sponge Optima
    Adapted from Kek Marble Optima
    Sources:-From Kak Fida@myresipi.com
    Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
    Bahan-bahan ( 9x9 inc. )
    • 250 g mentega - dicairkan
    • 6 biji telur - A
    • 350 g tepung Optima-(Ayu gunakan Super Sponge Cake Mix or Tepung Campuran Super Sponge)
    • 1 sk esen vanilla
    • 6 sb serbuk koko - diayak ( +3 sudu besar chocolate emulco)

    Cara-cara

    1. Telur dan tepung dipukul hingga kembang
    2. Masukkan mentega cair dan esen dan kacau hingga sebati.
    3. Campurkan serbuk koko + chocolate emulco.
    4. Bubuh adunan  ke dalam loyang dan bakar hingga masak pd suhu 160C-170C atau ikut kepanasan oven masing2.
    5. Sejukkan di atas redai kek sebelum dipotong dan disajikan.
    6. contoh tepung Optima :-boleh lihat disini
    Buttercream(Ayu used 1/2 of this)
    125g unsalted butter
    75g shortening-(Ayu used 1/2 shortening 1/2 krimwell)
    100g confectioner's sugar
    1 tsp pure vanilla extract

    Mungkin entry ni akan stay for quite sometimes till at least end of next week, as Iqram is having his Mid-year examintaions next week so kena duduk sebelah and assists him in his studies..