Tuesday, July 31, 2012

Ayam Golek Impiana

Ini adalah kali pertama kita buat ayam golek!!!..teringat cerita Upin & Ipin..Ayam Golek! Ayam Golek..kartun yang menjadi kegemaran anak2 kita especially Iqram & Marsya..episod baru pertama kali  puasa untuk budak berdua tu..hehe....gelihati tengokkan..

Anyway pernah nampak juga ayam golek dibazar Ramadan dulu bila kita masuk JB..Tapi tak teringin pulak nak mencuba..this time kita buat ni makan dengan nasi..ah kau..sebab dah tak ada idea nak masak apa kita bantai masak ni..so ini ayam golek kita makan for berbuka & juga sahur...nasib baik dia orang makan..yalah dah tak ada  benda yang nak makan so makan ajelah kan..hahaha....Anyway..sedapp ayam golek ni pada kita..kita tengok mak kita pelan2 ambil dan bertambah..hehe..kalau ada waktu tu cubalah ayam golek Impiana ni ya..
Oh ya hari ni Marsya sudah kecundang!!..dia sudah break fast separuh hari..huhu..makan roti nutella & air milo terus kebelai terbonkang kat sofa tu..hehehe..


Ayam Golek Impiana
Sources:-From resepi.mesra.net
Bahan:-
1 ekor ayam-(Ayu gunakan 2 ekor ayam griller-spring chicken)
500 gm kentang(potong dadu kecil)-(Ayu gunakan 3 biji kentang)
20 biji telur puyuh-(Ayu gunakan 3 telur ayam aje sebab tak ada stok)
1 biji kelapa(ambil santan)-(Ayu gunakan 100ml santan aje)
*100 gm bawang kecil-(Ayu gunakan 11/2 biji bawang besar)
*20 gm halia-
*15 gm ketumbar-(Ayu gunakan 2 sudu besar)
*50 gm cili kering-(Ayu gunakan 4 sudu besar)
*20 gm bawang putih-(Ayu gunakan 4 biji aje)
*10 gm jintan putih-(Ayu gunakan 2 sudu besar)
*1 sudu besar jintan manis-(Ayu tambah)
*1 gm lada hitam-(Ayu gunakan 2 sudu besar)
*1 gm kayu manis-(Ayu gunakan serbuk kayu manis dalam 1/4 sudu kecil)
*1 gm belacan
1 gm cengkih(rempah dikisar)-(Ayu just campak bila menumis 4nos)
10 gm garam +perasa

Cara:-
Goreng rempah hingga wangi dan naik minyak. Angkat rempah tadi bahagi kepada dua. Sebahagian rempah digaul dengan ayam, telur dan kentang lalu disumbatkan dalam perut ayam lalu goreng hinggan kekuningan.(Ayu gunakan telur ayam so tak muat nak masukkan dalam ayam griller ni..hehe so Ayu just gaulkan dengan kuah yang balance bersama dengan kentang )Angkat dan biarkan sejuk. Sebahagian lagi, dimasukkan ke dalam periuk lalu dicampur dengan api yang kecil sehingga menjadi pekat. Angkat lalu curahkan di atas ayam.

Monday, July 30, 2012

Shabsuka Jangan Marah Saya Suka

Kalau siapa2 yang dah follow my blog sepanjang 3 tahun ni sudah pasti familiar dengan menu ni..hehe..tak pernah miss during Ramadan dan pernah buat juga time hari2 biasa juga...semalam kita berbuka dengan nilah..untuk anak2 kita tak letak sayur mayur, bawang cili segalanya diatas..cuma letak inti daging dan pecahkan telur aje dan terus bakar..Iqam suka sangat kita buat macam tu..diminta lagi time dah malam sikit..Since dah petang ni kalau yang sempat buat tu cubalah ya..kalau tak sempat bolehlah cuba esok ke bila2 ke time bulan puasa or tak puasa pun boleh juga ya..ok recipe kita sertakan disini lagi ..kalau nak check my previous entry boleh click sini, sini dan sini for the steps tu ..
Selamat berbuka pada teman2 semua sampai berjumpa lagi ...

Shabsuka
Sources:-From resipi.net via 
Ayu @Curlybabesatisfaction
Ingredients:-
500g minced beef(or sliced beef)-(500g daging lembu kisar atau daging dihiris)
3 tbsp chili paste-(3 sudu besar cili kisar)
3 tbsp minced garlics-(3 sudu besar bawang putih kisar)
2 tbsp minced ginger-(2 sudu besar halia kisar)
4 tbsp curry powder-(4 sudu besar serbuk kari daging)
1 big onion diced-(1 biji bawang besar dipotong dadu)
1 tomato diced-(1 biji toamto dipotong dadu)
1 cup mix vegetables-(1 cawan sayur campuran)
1 can medium size tomato puree-(1 tin tomato puree size sederhana)
4 tbsp tomato sauce-(4 sudu besar tomato sos)
1/2 -1 tbsp sugar-(1/2 -1 sudu besar gula)
1-2 cups of water-(1-2 cawan air)
salt and MSG to taste-(garam & serbuk perasa)

Ingredients for toppings:-(Bahan untuk taburan)
2 big onions diced-(2 biji bawang besar dipotong dadu)
2 tomatoes diced-(2 biji tomato dipotong dadu)
some coriander leaves or chinese celery-(sedikit daun ketumbar atau daun sup)
1-2 red chilies sliced-(1-2 lada merah dihiris halus))
1-2 green chilies sliced-(1-2 lada hijau dihiris halus)2 tbsp fried shallots (optional)-(2 sudu besar bawang goreng-optional)
6 eggs-(6 biji telur)

Method:-
Mix minced beef with garlics, ginger, and curry powder. Let it rest for at least 20 minutes.
Heat oil in wok and saute onions till soft. Add in chili paste and cook till oil goes up the surface.
Add in marinated beef and stir well. Add in 1-2 cups of water. When beef has reached 3/4 cooked, add in tomato puree, tomato sauce, mixed vegetables and diced tomatoes. Stir well and add in salt, sugar and MSG to taste. Adjust the taste(it should be a bit sour, sweet etc) according to your preferences. Let it simmer for a while and dish out.The mixture shouldn't be too thick or too thin.-(Campurkan daging, dengan bawang putih kisar, halia kisar, serbuk kari dan biarkan selama 20 minit. Panaskan minyak dan tumins bawang besar hingga layu. Masukkan cili kisar dan kacau hingga pecah minyak. Masukkan perapan daging tadi dan gaul rata. Masukkan 1-2 cawan air. Bila daging sudah hampir 3/4 masak, masukkan tomato puri, tomato sos, sayur campuran dan toamto yang dipotonfg dadu tadi. Kacau rata dan masukkan garam, gula & serbuk perasa secukup rasa. Sesuaikan rasa-ia harus ada masam dan manisnya.. Biarkan ia reneh sebentar dan matikan api. Shabsuka ini haruslah tidak terlalu cair atau kering.)




Method for preparing Shabsuka:-(Cara menyediakan dan menghidang shabsuka)
Put the beef in a bake able dish and level it.
Sprinkle all the topping ingredients like the tomatoes, onions, chillies, coriander leaves and fried shallots on top of the beef mixture. Make small holes for eggs and bake at 180C degrees for 15 minutes or at least till the eggs are almost cooked. Scoop the some mixture and serve hot with white toasted soft bread or toasted french loaves.-(Bila daging sudah masak, masukkan kedalam loyang atau mangkuk yang boleh dibakar dan ratakan. Taburkan bahan2 taburan, seperti tomato, bawang, lada, daun ketumbar/sup dan bawang goreng diatas daging tadi. Buatkan lubang untuk telur dan bakar 180C selam 15 minit atau hingga telur hampir masak. Ceduk sedikit adunan tadi dan hidangkan dengan roti putih atau roti perancis bakar/panggang)


Note* Another method of serving shabsuka.
Serve beef mixture on a plate. Sprinkle the toppings. Add fried eggs.(No need to bake)..
and dip in with bread.-(Kaedah lain, ketika menghidangkan shabsuka, adalah, ceduk adunan daging keatas pinggan, taburkan bahan2 taburan dan makan  dengan telur yang sudah digoreng dan cicah dengan roti.(Tak perlu dibakar)


Friday, July 27, 2012

Claypot Mee

Sementara menunggu kuih yang nak buat berbuka petang nanti naik kita masukkan entry ni lah ya..Menu berbuka yang ke 3 or yang ke 4 ..heheh dah lupa..maklum lah this year kita update dapur maya kita ni for Ramadan tak ikut sequence macam tahun2 yang sudah..kira tengok puan tanah kedaung punya moodlah mana yang ada dan mana yang nak masukkan  ..kalau ikut sequence, kita rasa macam terpressure pulak, memandangkan kita update pun belum tentu hari2 so macam last year..my update terberhenti disomewhere iftar yang ke 13 lepas tu macam on off my updates..hehe..so just follow the flowwww ajelah ya..haha kalau ada updates adalah kalau tak ada buat bodoh saje...wakakaka...

Recipe this time buat mee claypot, kalau nak ikutkan claypot kat rumah kita ni ada satu tunggal kat atas ni aje..haha..maklum ler nak simpan pun tak ada tempat, so just buy one buat main2 aje..hehe..walaupun mee ni dimakan dalam claypot, tapi ia boleh juga dimakan terus dalam mangkuk biasa aje haha..saja aje nak kasi gempak kan..Recipe pun sudah lama disimpan dalam library kita, bahan2 pun ikut apa yang ada dalam fridge kitalah.. ..Terimakasih to Chef Tania for sharing mee claypot yang sedappp sangat ni..Minta izin dipanjangkan disini pula ya..

CLAYPOT MEE
(2 Medium  Claypot Serving)
Sources:-From Chef Tania
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan2nya:-
1/2 Kg Mee kuning
sedikit bunga kobis dipotong kecil
1/2  batang lobak merah dihiris
5 keping fresh cendawan shitake dihiris-(Ayu tambah)
10 biji kacang snowpeas dipotong 2-(Ayu tak letak ni)
5 biji jagung muda dipotong 2-(Ayu tak letak ni)
5 batang kailan atau sawi dipotong 2" panjang-(Ayu gunakan sawi aje)
10 ekor udang sederhana besar
2 ekor sotong dipotong ikut suka atau bulat
1 keping fishcake dihiris nipis
1/2 kg remis-(Ayu tak letak ni)
2 hirisan halia muda dihiris nipis
1200 ml stok ayam-(Ayu gunakan cube ayam dan tambah air aje)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat atau kicap masin
sedikit lada sulah
beberapa titik minyak bijan
2 sudu besar minyak bawang putih-(Ayu tak letak ni, tapi Ayu gunakan bawang putih cincang untuk menumis)
sedikit pemekat- 3 sudu bear tepung kentang atau jagung dicampur dengan 1/2 cawan air-(ikut nak pekat macam manalah ya)

Cara2nya:-

1. Panaskan minyak bawang putih(Ayu gunakan minyak biasa  dan tumis bawang putih cincang aje) dan masukkan hirisan halia, hingga naik bau. Masukkan stok ayam dan biarkan hingga mendidih.Masukkan udang, sotong dn diikuti dgn bahan2 sos, minyak bijan dan lada sulah.
2. Masukkan sayur2 yang keras dulu diikuti dengan sayur lembut. Kemudian masukkan mee kuning dan bahan pemekat.
3. Panaskan mangkuk claypot dan tuangkan bahan2 mee  kedalam mangkuk claypot, tinggalkan sedikit kuahnya dan masukkan remis tadi dan masak hingga kulitnya terbuka dalam 5 minit dan tuangkan kedalam mangkuk claypot yang mengandungi mee tadi. Hidangkan waktu panas2..serve with cili jeruk  the best!!

Thursday, July 26, 2012

Ayam Betawi

Lauk ayam ni sepatutnya gunakan seekor ayam, tapi disebabkan stok ayam dah habis, kita gunakan dada ayam aje..but I think lauk ni suitable gunakan ayam seekor, sebab nak tunggu kuahnya kering dan balik2 ayam dada tu dah terhancur sedikit..Apa2 pun lauk ni suitable makan dgn nasi impit, or ketupat ..tapi kita makan dengan nasi aje..  goreng sayur sikt dah jadi dah lauk untuk bersahur...

Ayam Betawi
Sources:-From Mesra.net
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1 ekor ayam-(Ayu gunakan  dada ayam 1kg)
*4 batang serai-(Ayu gunak 3 batang aje)
*8 cm lengkuas-(Ayu gunakan sehiris aje)
*3 cm halia
*8 ulas bawang merah
*5 ulas bawang putih-(Ayu gunakan 3 biji aje)
*3 cm kunyit hidup
*15 tangkai cili padi-(Ayu lebihkan ini)
2 sudu teh jintan putih
2 sudu teh jintan manis
1 sudu besar serbuk ketumbar -(Ayu tambah)
1 tin susu cair-(Ayu gunakan 1 cawan susu fresh)
4 sudu makan minyak masak
200 ml air
Garam

Cara:-
 Bersihkan ayam dan potong menjadi 20 ketul. Perapkan dengan bahan-bahan* yang telah digiling selama setengah jam. Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah diperap tadi. Biar sehingga naik baunya dan kemudian masukkan air, susu, jintan manis, jintan putih dan garam secukup rasa. Tudungkan periuk sehingga ayam tadi masak dan kuahnya pekat. Angkat dan hidangkan.

Roti Canai Pedas

Assalammualaikum, tengah pusing memikirkan nak masak apa tak petang nanti?..Hehe..samalah kita..tengah terfikir2 dan tercari2 idea nak berbuka apa hari ni ..begitulah kan setiap hari sepanjang Ramadan ni..bayangkan kita sampai selongkar koleksi recipe  yang kita ada dalam file2 yang dah berabuk kat computer area ni tau.. Prints out yang kita print way before kita ada blog pun kita buka balik..hahaha.. selak punya selak terjumpa recipe ni yang kita print dalam tahun 2008!!.. Pernah juga buat dulu  tapi semasa belum ada blog lagi lah...

Recipe yang menggunakan leftovers pratas dan idea dari bonda Mamafami, blogger masakan yang selalu kita singgah kedapur mayanya dulu dan infact sekarang jugalah..Kalau Mamafami menggunakan leftovers, kita pula purposely fried my instant onion flavour pratas for this..Ini actually side dish for my kids, sebab waktu berbuka hari yang kedua kemarin kita masak bubur kampung  si Iqram especially tak suka makan bubur sebab katanya makan bubur is for sick people!!..So idea decided to fried this for him tercetus sudah..Mama dia kalau bubur kampung 2 mangkuk besar pun boleh habis..hehe..so maybe this can be your side dish for today cubalah kan, mana tahu anak2 suka dan orang tua pun boleh makan juga ..To Mamafami & mum thank you for the recipe..Minta izin dipanjang2kan disini pula for others to try juga ya..
Roti Canai Pedas
Sources:-From Mamafami Spice n Splendour
Ingredients :

5 pieces leftovers pharatas/roti canai ~ shredded-(Ayu purposely fried new instant pratas for this- I used onion flavour)
1/2 big onion sliced-(Ayu added this)
5 shallots ~ minced
2 garlics ~ minced
3 tablespoon chillie paste (depends on how hot and spicy you want it to be)
salt to taste + serbuk perasa-(Ayu added this)
tamarind juice
1 tablespoon sugar-(Ayu didnt add this)
2 eggs-(Ayu used 3)
Cooking oil

Method :

1. Heat a bit of cooking oil in a wok.Saute sliced onion till soften.
2. Add in chillie paste and fry till fragrant then add in the minced shallots and garlic. Stir.
3. Add in tamarind juice, sugar and salt.
4. Add in eggs and stir for a minute or two.
5. Add in the shredded pharatas/roti canai and stir to mix.(Ayu fried till slightly crisp then turn off heat)
6. Ready to serve.

Wednesday, July 25, 2012

Sambal Goreng Kering

Lauk Sahur 2 hari yang lalu..makan dengan nasi panas, ada sambal belacan dah cukup dah kan..tapi kita ada masak lauk ayam juga sebab untuk budak2 kat rumah..sedap pada kita..lauk orang Jawa, walaupun kita bukan orang Jawa,..lagi satu lauk sambal goreng yang kita suka Sambal Goreng Kicap yang pernah kita masak dulu...

Recipe dari Kak Besah, terimakasih ya puan punya recipe..kita panjang2kan disini pula, untuk siapa2 yang nak mencuba juga....Nak cakap sikit tentang background kertas tu...Ini Marsya yang draw, dia buat khas buat kita, so in order to show my appreciation kita ambil gambar lauk ni diatas ..tersenyum dia dengan gigi 'mancung'..hehe
Alhamdullilah tahun ni Marsya boleh berpuasa sepenuh hari ...so far belum tergolek2 dengan school uniform dia macam tahun lalu..heheh..cuma, ada sekali dia minta susu sebab dia cakap dia tak boleh tidur (take a nap in the afternoon)..kita pujuk rayu dia supaya bersabar..bertahanlah juga sampai habis..Semuga tahun ni Marsya berjaya berpuasa sepenuhnya..Insyaallah..

Sambal Goreng Kering
Sources:-From Kak Besah@myr.com
 Bahan2 (semangkuk besar)
  • 1/2 cekak suhun/so'on-(Ayu gunakan 1 cekak)
  • 2 bungkus plastik tempe - potong dadu 1cm persegi-(Ayu gunakan 1 packet aje dalam ada 2 keping)
  • 3 keping tauhu - potong dadu 1cm persegi-(Ayu gunakan 2 keping)
  • 2 biji kentang - dipotong dadu 1cm persegi
  • 1/2 mangkuk kecil udang kering - basuh & rendam dgn sikit air.(jika besar tumbuk pecah2 je) @ ikan bilis dibelah-(Ayu gunakan seggengam udang kering direndam dan ditumbuk halus)
  • 7 biji bawang merah, 5 ulas bawang putih - dihiris-(Ayu gunakan 5 biji bawang merah & 3 biji bawang putih)
  • 1cm halia muda & 1cm lengkuas muda - dimayang halus-(Ayu gunakan sikit aje)
  • 10 @ lebih tangkai cili kering di gunting serong 1/2cm tebal - direndam & buang biji
  • 1/2 cawan air asam jawa cair
  • minyak utk menggoreng terendam 

Cara-cara

  1. panaskan minyak, goreng so'on hingga kembang - ketepikan.-(Ayu tak goreng)
  2. goreng tempe hingga agak garing - ketepikan.
  3. goreng tauhu hingga agak garing juga - ketepikan. lepastu goreng kentang hingga agak garing pula - ketepikan.
  4. kurangkan minyak hingga tinggal 2 senduk, tumis bawang2 hingga hampir garing, masukkan cili kering & udang kering. kacau rata kemudian masukkan halia & lengkuas.
  5. bila semua bahan telah garing masukkan semula bahan2 yg yg lain.(yg dh digoreng terdahulu) kacau rata smbil campurkan air asam,garam & gula. suaikan rasanya. kacau hingga kering.(hingga terhasil minyak jernih)
  6. bolehlah diangkat. sejukkan dulu sebelum dibungkus supaya x cepat basi. masakan ini tahan 2,3 hari jika betul cara memasaknya..
  7. makan dgn nasi ambeng pun best..-(Ayu makan dengan nasi biasa aje)

Monday, July 23, 2012

Mee Hoon Goreng Hailam & Cili Padi Jeruk

Ini menu berbuka puasa on the first day Ramadan..mee hoon aje..bak kata pepatah..baru nak  warm up ni..so ini yang termampu kita hidangkan..hehe..tapi kali ni kita cuba mee hoon  goreng hailam..adjusted here & there..alhamdullilah sedapp.. Mesti nak ada daging..taulah siapa yang suka makan daging tu...OK, silakan semak recipe kalau ada yang sudi mencuba  ya..bulan2 puasa ni otak macam jammed nak berkata2..hahaha

Mee Hoon Goreng Hailam
Bahan:-
600g mee hoon direndam beberapa jam dengan air sejuk dan toskan
200g daging dihiris & direbus + sedikit halia hingga empuk(fungsi halia supaya daging tak hamis)
150g isi ayam atau dada ayam dipotong cube atau hiris-(dilumurkan  dgn air asam supaya tak hamis)
beberapa ekor udang ikut suka
2 keping fish cake dihiris
sawi , taugeh & kobis panjang ikut suka
4 biji telur
1 biji bawang besar dihiris
4 biji bawang putih diketuk 
beberapa cili padi diketuk (optional)
3 sudu besar cili kisar

5- 6 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap masin
4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar lada sulah
1 cube ayam atau serbuk ayam
beberapa titik minyak bijan 
minyak masak biasa
garam + perasa secukupnya kalau perlu

Cara:-
Panaskan minyak masak biasa dan tumis bawang putih, cili padi & bawang hiris hingga naik bau..Masukkan beberapa titik minyak bijan, cili kisar dan biarkan hingga cili garing sedikit. Masukkan bahan2 sos,  kacau rata dan masukkan daging, daging ayam dan fish cake..biarkan seketika hingga daging serap sos2nya rasa apa yang kurang kalau perlu tambah garam & perasa tambahlah ya....Masukkan udang gaul hingga sebati dan ..pecahkan telur dan biarkan seketika..agak2 telur dah mengeras sedikit masukkan mee hoon yang telah ditos tadi..gaul rata sehingga sos dan telur semua sebati..Masukkan sayur2 sawi dan kobis panjang gaul rata. Akhir sekali masukkan taugeh gaul hingga sekat dan matikan api..siap untuk dihidang bersama cili jeruk.


Cili Padi Jeruk, yang mesti ada stok kat rumah ni..of cos yang cili padi tu kita punya..yang cili hijau Mr hubby & my parents punya...cili jeruk ni kita suka bila cilinya garing2 sikit ..kadang2 kalau dah lama tak makan cilinya akan jadi lembik, part yang tu kita dah tak suka dah..heheh I rather buat yang baru..anyway nak buatnya pun senang so buat pun sikit aje..Ini how I did minelah ya..kita tak masukkan cili terus serta merta lepas air cuka tu mendidih tapi biarkan ia sekejap lepas tu baru masukkan cilinya..

Cili  Padi Jeruk
Bahan:-
segenggam cili padi + 4-5 cili hijau dihiris bulat 
1/4 cawan cuka
1 cawan air
1/4 cawan gula
garam secukup rasa
Masak bahan2 atas kecuali cili padi atau cili hijau. Bila mendidih matikan api.
Ketepikan periuk Biarkan dalam 2 minit barulah masukkan cili2 tadi..Kita buat macam ni sebab nakkan cilinya rangup bila digigit dan bukannya lembik ..Insyaallah bila dibiarkan seketika, cili akan berubah warna..Bila dah sejuk betul2 barulah boleh masukkan kedalam bekas yang tertutup or botol..Siap dan bolehlah dihidangkan dengan mee goreng, nasi goreng atau mee sup atau sewaktu dengan nya..

Udang Garing Daun Kesum

Assalam,  hari ni insyaallah dah masuk hari ketiga kita  berpuasa...Dah ada idea ke nak buka apa hari ni?..kita tak ada idea lagi ni....hehe...Well anyway, kebetulan, puasa pertama & kedua falls on weekend..ramai rakyat jelata dirumah..so semakin ligat & stress juga nak memikirkan juadah yang harus disiapkan..tapi kita tidaklah prepare yang extravagance ..semuanya yang biasa2 aje dan juga simple2 ...as usual, buka puasa tak berapa sangat makan nasi..cuma sahur MESTI nak cari nasi..
kalau tak kaki lembik tak boleh jalan nanti....hahaha.. semalam, bila buka blog, nampak bloglist kat dapur kak Ummi, lauk ni.. dengan tak pandang belakang or toleh kiri or kanan terus print dan tekad nak masak lauk ni for sahur..

Memang sedap udang masak macam ni..Mr Hubby cakap sedap..kita masak pedas sikit dengan menggunakan cili padi as usual dan kebetulan juga semua dedaun dalam recipe ni ada stok kat rumah..Simple & sempoi aje nak masak..memang sesuai untuk bersahur atau pun berbuka puasa pada siapa2 yang buka puasa dengan nasilah ya.. Terimaksih Kak ummi, for the recipe kita panjang2kan disini pula ya..Memang enak seh!!!..


 UDANG GARING DAUN KESUM
Resepi: Chef Kamarul @ Majalah Saji
Dicuba rasa : Ummi @ Home Sweet Home
Dicuba juga oleh Ayu@curlybabesatisfaction


Bahan:-
  • 500 gm udang (sederhana besar)
  • Minyak masak untuk menggoreng
Bahan Perap:-
  • 1 sudu kecil serbuk cili-(Ayu gunakan cili kisar)
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • 1/2 sudu kecil lada hitam kisar-(Ayu gunakan 1 sudu kecil)
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • sedikit garam + (serbuk perasa -Ayu tambah)
Bahan Cincang:-
  • 6 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 1 tangkai besar daun kesum
  • 1 tangkai kecil daun selasih
  • 1 tangkai kecil daun kari
  • 1 tangkai cili merah-(Ayu gunakan beberapa cili padi)

Cara Memasak:-
  1. Kelar bahagian belakang udang dan bersihkannya.
  2. Gaul udang bersama bahan perapan. (*akak perap 20 minit).
  3. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga benar-benar garing. Angkat dan toskan.
  4. Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar sahaja. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga agak garing.
  5. Masukkan pula cili merah dan diikuti daun kesum dan daun selasih. Sentiasa kacau supaya tidak hangus.
  6. Masukkan semula udang tadi dan gaul rata sebentar. Tutup api dan hidangkan bersama nasi panas....Memang enak seehhh! ^____^

Monday, July 16, 2012

Rainbow Velvet Cake

Assalam, pada teman2 dan pengunjung blog curlybabe ni..yang masih sudi singgah dan ingat pada kita..maaf lah sekiranya selama 2 minggu asik dihidangkan dengan nasi kunyit aje ya..maaf juga kalau ada yang muntah kunyit..hehehe....actually the past weeks I was not in a mood..mana yang Marsya tak alih2 demam for the whole of last week then come this week, I was in & out of the house to settle certain things and adding  sibuk buat birthday cake and cupcakes(goodies) for Marsya to bring over for her classmates...

This year, I baked Rainbow Cake for Marysa 6th birthday(12th July 2012)..memang dah lama aim nak buat... first because of the colours in the cake which I think sangat2 suitable for kids birthday cake khas for a little girl like Marsya...
Memang dah booked a few recipes actually, tapi  I have decided  using my Red Velvet Cake recipe before this...since Red velvet cake menggunakan red colour, so I thought,  the batter should be ok if were to use different colours too..
Although the cake sebelum ni was to use cream cheese with a tint of sourish taste of lemon, this time, I tried using lemon buttercream frosting instead...and of cos cant miss & go without chocolate in every cake that I baked...mesti nak ada...hehe

The recipe below was what I have doubled and adjusted to suits for  an 8" cake trays..it came out to be a tall cake..I managed to cut a slice, and quickly take a shot before the next thing the sliced of cake tumbang terpelanting ke bawah..hehe..(sebab tinggi sangat dia tak boleh stand still)..Macam biasa kalau kita buat cake, the first person to comment was my mum...'kau buat cake apa pulak kali ni..then I explainedlah nak buat cake pelangi..after dah siap semua..dia cakap ini satu bulan pun tak habis makan....sebab as you guys knew kan she tak suka cake2 yang ada  cream cheese or buttercream and looking at my cake banyak 'buttercream putih' pulak tu..lagilah dia tak nak makan..Well lepas potong cake she saw the colourful layers ..the first comment was cantiknya cake ni!!(heheh mak puji anak dia) ..itu dia belum rasa lagi tau..sekali bila dia rasa,(kuis sikit2 cream ketepi) ..to my surprise dia cakap eh sedapnya kek kau ni!!!!!..ada rasa lemon, masam2 mak sukalah!!!!!...time tu nasib baik kita tak tertelan biji buah  pulasan ...sebab my mum puji cake yang bercream macam ni dia cakap sedap..yes first time ni...
Mr Hubby who is not a cake person too cakap sedap..anak2 pun suka juga..Marsya the birthday girl pun suka,..walaupun dia sibuk dengan opening her gifts..
Overall, I am quite pleased with the combination & outcome of this cake, although not so nicely decorated...:(


This year too, I did not post Marsya's photo here in my blog (so sad) cos of the blog theft incident before this..so  I just posted her birthday cake ajelah ...
In the next few days, Insyaallah kalau dipanjangkan usia, kita akan bertemu sekali lagi dengan Ramadan ...pasti kaum ibu, kaum wanita oops kaum adam juga yang akan sibuk memikirkan nak masak dan nak berbuka apa setiap hari... Insyaallah juga kalau dizinkan, kita ada waktu untuk mengupdate blog yang tak seberapa ni ..kita akan kongsi juga apa yang telah kita cuba dan masaklah ya..itu kalau ada lah..tapi yang pasti kita tak dapatlah nak update setiap hari during Ramadan macam tahun2 yang sudah...cause most probably I will cook menu2 yang sama dan ulang tayang...hehehe..

Rainbow Velvet Cake
Adapted from Red Velvet Cake
Ingredients:-
31/3 cup + 2 tbsp self raising flour-(31/3 cawan + 2 sudu besar tepung naik sendiri)
1 tsp baking soda-(1 sudu kecil baking soda)
250g butter- (250g mentega) 
2 cup fine sugar- (Ayu used 11/2 cup)-(2 cawan gula halus-Ayu gunakan 11/2 cawan )
4 large eggs-(4 biji telur besar)
1 cup milk-(1 cawan susu)
1/2 cup buttermilk-(Ayu made 1/2 cup milk + 1/2 tbsp distilled vinegar- leave it for while abt 15-20 minutes)-(1/2 cawan buttermilk-Ayu buat 1/2 cawan susu + 1/2 sudu besar cuka biarkan hingga 15-20 mint)
2 tsp vinegar-(2 sudu kecil cuka) 
gel colours red, blue, orange yellow, green & purple(pewarna gel merah, biru, oren, kuning, hijau & ungu)

  


Method:-
Cream butter & sugar till creamy. Add eggs one at a time. Add vanilla essence. Mix in dry ingredients(sifted) & milk plus buttermilk in alternate batches, ending with dry ingredients. Lastly stir in vinegar. Weigh batter and divide into roughly 260g each for 6 bowls. Mix colours on each bowl. Bake in a preheat oven at 170C for 10-15 minutes or just cooked in an 8" tray -(Pukul mentega & gula hingga berkrim. Masukkan telur satu persatu. Masukkan esen vanilla. Masukkan bahan kering(Yang sudah diayak), bersama dengan susu & buttermilk bergilir2 berakhir dengan bahan kering. Akhir sekali masukkan cuka dan gaul rata. Timbang adunan dan bahagikan kepada 6 adunan anggaran 260g  satu2 masukkan kedalam mangkuk dan bubuh warna. Bakar dalam oven yang sudah dipanaskan selama 10-15 minit disuhu 170C atau ikut kepanasan oven masing hingga masak.) 

Chocolate Ganache
200ml double cream with at least 30% fat content-(Ayu used whippping cream)-(200 ml whip krim)
250g dark chocolate, chopped finely-(250g coklat gelap di cincang halus)
a pinch of salt-(secubit garam)
In a double boiler, warm the cream until just at boiling point, add the chocolate & salt and stir. When all the chocolate has melted, remove for heat and continue stirring until all well mixed.
Let the cake cool completely, spread the cream cheese frosting and pour the ganache on top-(Menggunakan kaedah double boil, cairkan whip cream hingga panas, masukkan coklat, & garam kacau rata. Biarkan kek sejuk betul2 baru sapukan lemon butttrcream frosting dan tuangkan coklat ganache diatas.)


Lemon Buttercream Frosting:-
250g unsalted butter-(250g mentega tanpa garam)
75g shortening + 75g krimwell -(75g shortening + 75g krimwell)
200g confectioner's sugar-(200g gula ising)
 2 tsp pure vanilla extract-(2 sudu kecil vanilla esen)
 4-5 tbsp sunquick lemon-(4-5 sudu besar sunquick lemon)
2 tbsp lemon zest -(2 besar parutan kulit  lemon)
Beat all the above till smooth.  Add in lemon zest, mix well. Ready for piping.-(Pukul kesemua  hingga gebu. Masukkan parutan kulit lemon, gaul rata. Siap untuk di pipekan)