Friday, September 28, 2012

Orange Chocolate Chunk Cake


Teringin pulak nak makan kek, tapi nak yang simple2 dan tak muak..basically an everyday cakelah just simple buat minum petang or breakfast..Decide to bake this cake again, the last time I baked this was for my birthday a few years back..dan juga ada dibuat muffins out of this,..

During those were the days..memang tak reti nak adjust sukatan gulanya tu..So kita buat ikut bulat2 ler..aduhai manis gedegak!!!..Dah lama perlahan2 ... bila nak buat kek, sukatan gulanya tu yang kita tengok dulu..next mesti nak ada tepung, pernah dah half way nak buat kek sekali realised dalam sukatan tak gunakan tepung or tepung yang digunakan sedikit aje..terlalu lembik ler keknya tak boleh diterima rakyat dalam rumah ni..hehe..Yalah kenalah ikut selera ramaikan kalau tak siapa pulak yang nak perhabiskan business kek kita ni..
So this time, selepas diadjust...perfect ditekak kita dan my family..

If you noticed, kek yang kita buat ni sememeh ..sebab kita potong just a few minutes lepas dikeluarkan dari oven, Kita baked waktu malam, sebab ingat nak bekalkan Mr Hubby for his breakfast in the morning. So cepat2 potong dan ambil gambar as kalau potong waktu pagi confirm tak sempat dan kelam kabut punya..Itu yang coklatnya nampak cair dan lembik..Tapi kalau dah sejuk cantik aje bila dipotong tu..Untuk kek ni juga, kita tak buat chocolate ganache dan orange syrupnya sebab pada kita kek ni dah cukup sedap makan gitu aje..
Terimakasih buat Kak Rinn for sharing ya..


ORANGE CHOCOLATE CHUNK CAKE
Original recipe can be found here

8 oz butter -(Ayu gunakan the 1 keping butter)
2 cwn gula caster -(Ayu gunakan 11/4 cawan aje)
4 biji telur gred A
1/4 cwn parutan kulit limau sunkist -(Ayu gunakan 2 biji limau besar)
3 cwn tepung gandum + 2 sudu besar (untuk digaul dengan chocolate)
1/2 camca teh baking powder
1/2 camca teh baking soda
1 camca teh garam halus
1/4 cwn perahan jus limau sunkist
3/4 cwn buttermilk ( 3/4 cwn susu + 3/4 sudu besar jus lemon)
1 camca teh esen vanila
2 cwn semisweet chocolate chunks -(Ayu campur dengan semisweet chocolate, milk chooclate dan dark chocolate)

For the orange syrup
1/4 cwn sugar
1/4 cwn perahan jus orange
*Campurkan bahan 2 diatas ke dalam kuali kecil dan panaskan di atas api yg sederhana
sehingga campuran likat.

For the ganache
8 oz good semisweet chocolate chips
1/2 cwn heavy cream
1 camca serbuk nescafe segera
* Panaskan bahan2 di atas secara double-boiler sehingga sebati. 




Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 350°F (175°C). Gris dan tabur sedikit tepung pada
bundt baking pan saiz 10 inci. (Rinn guna square pan 8 inci jer...)
2. Gunakan mixer pada kelajuan tinggi, pukul mentega dan gula hingga berkrim dan ringan.
Masukkan telur sebiji demi sebiji, kemudian masukkan parutan kulit limau.
3. Ayak tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan garam halus.
4. Di dalam mangkuk yg lain campurkan jus orange, buttermilk dan esen vanila.In another bowl, combine the orange juice, buttermilk, and vanilla.
5. Masukkan tepung dan campuran buttermilk ke dalam bancuhan mentega
secara berselang-seli dimulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung
juga.
6. Gaulkan chocolate chunks dengan 2 sudu besar tepung dan campurkan
ke dalam adunan.
7. Tuang adunan ke dalam loyang pembakar, ratakan permukaannya dan
bakar selama 45min - 1jam atau sehingga lidi tester keluar licin dan tidak melekit.
8. Sejukkan kek di atas penderai selama 10 minit dan bolehlah dikeluarkan
dari loyang.

Hiasan:
1. Sapukan orange syrup ke atas permukaan kek yg telah disejukkan. Biarkan sebentar.
2. Curahkan chocolate ganache ke atas permukaan kek yg telah disapu orange syrup tadi.
Biarkan chocolate mengeras dan tambah hiasan ikut suka.


Burger Bakar

Pernah dengar Burger Bakar, tapi tak pernah dapat merasa..katanya kat JB ada, tapi bila kita tanya adik kita yang duduk Johor, dia pun tak tahu..huhu..(ini confirm tak JJCM tau!!)..Bila kita google apa sebenarnya yang dimaksudkan burger bakar ni..rupanya daging burger tu digrill atas api macam bakar satay instead of di goreng diatas kuali leper, eh betul ke ni?......So rasa teringin pulak nak buat, tapi tak tahu apa bahan2 yang digunakan..so kita improvise sendiri ramuannya dengan menggunakan recipe Inti Turkish Pide dan kita adjust mana yang sesuai..Kalau nak tahu serbuk cajun boleh tengok kat situ juga ya..

I made this burger dah 2x..the first time kita buat, Hasif, Mama & Iqram dapat makan 2 burger seorang, Marsya tak makan..kita tinggalkan Mr Hubby satu for breakfast and my parents satu(they shared half half sebab tak teringin pun nak makan, bila dipelawa ..biasalah benda baru selalunya dipandang remeh..heheh)..Sekali bila dah makan, my mum cakap Eh! sedaplah..kau buat lagi Yu!!!! Then kita cakap daging kisar dah habis..dia cakap tak apa aku pergi beli lagi!!..Ah tu dia mak kita ni..kalau sedap time tu juga dia suruh kita buat lagi..cuba kalau tak sedap..berhari2 kita kena ngomel tau..hahaha...Or nanti bila2 dia teringat dia cakap lagi  oh kau masak yang hari tu tak sedap..lain kali jangan masak lagi..aduhai...kan kita cakap pengkondem no 2 adalah my mum, pengkondem no 1 adalah Mr Hubby..yang lain tu biasa2 ajelah..hehe..


Burger Bakar-(8 keping daging burger)
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction 

Bahan:-
500g daging kisar(lembu) dibasuh dan ditoskan
1 biji tomato di potong dadu
11/2 bawang besar dipotong dadu
daun bawang & sup secukupnya
3-4 genggam mozarella cheese 
1 biji telur dikacau sedikit
2 tsp hot cajun powder
2 tsp serbuk lada
1 tsp serbuk lada hitam
1 tsp crushed lada hitam
sedikit garam & serbuk perasa secukupnya

Cara:-
Panaskan minyak didalam kuali. Tumis bawang esar hingga layu. Masukkan serbuk lada hitam, crushed lada hitam, hot cajun, serbuk lada, garam & perasa. Gaul sebati.
Masukkan daging cincang, masak sehingga daging bertukar warna dan masak betul. Angkat tos, ketepikan.
Didalam mangkuk besar, satukan tomato, daun sup bawang dan mozarella cheese dan daging yang telah disejukkan tadi. Gaul rata dan masukkan telur kedalam adunan gaul hingga sebati.

Bentukkan bulat macam dalam gambar. (Ayu timbang dalam 100g each) dan masukkan dalam acuan bulat dan leper2kan diatas loyang pembakar. Buat hingga habis. Let rest dalam fridge selama 1 jam atau lebih. 

Bakar dalam oven selama 40 minit, bila agak2 dah masak, keluarkan biarkan ia sejuk dalam 5 minit baru ditebalikkan daging burger tu (ini supaya daging tu tak hancur atau terburai bila ditebalikkan) dan bakar lagi  menggunakan api atas dan rak yang paling atas sekali. Masak kejap aje just to make sure bahagian bawah tu sekata masak.

Bila dah berpuashati keluarkan dan biarkan ia sejuk seketika(tak terburai) sebelum boleh diletakkan diatas roti burger. Siap untuk dimakan bersama potongan tomato, timun daun salad dan cheddar cheese dan juga chili sauce(Ayu gunakan chili sauce lingham's), atau ikut suka citarasa..


Note:- Penggunaan cheese dalam recipe ini adalah wajib, kerana cheese tu membuatkan bahan2 daging cincang dan yang lain tu sebati or 'glued' (melekat) together, dan bila sejuk sikit dia tak berderai..

Thursday, September 20, 2012

Shepherds Pie

Assalam, bertemu kita sekali lagi dientry hari ni..Memang confirmlah kita ni tak dapat nak update hari2 macam dulu or at least 2 hari sekali lagi..nampak gaya begitulah, seminggu sekali ajelah gamaknya..Haish apa nak buatkan masa not on my side..Tak apalah asal blog berupdate tak kisahlah kan..Terimakasih pada teman2 & tetamu2 yang masih sudi singgah keblog yang tak seberapa ni ya...
Lepas raya ni teringin pula nak makan western, so decided to baked Shepherds Pie, since so far I have not updated any Shepherds Pie recipe, here was what I did..my so called Ayu's version..:)

Shepherds Pie, ada banyak versi juga out there..pernah terbaca kat blog rakan blogger tapi  ingat2 lupa gitu, kalau tak silap LemonGrass of Perth Australia kot..Katanya Shepherd's Pie normally gunakan daging kambing, dan Cottage Pie yang menggunakan daging lembu..As you guys knowkan, kita ni tak makan kambing..heheh..sebab tak boleh kena kalau cuba makan kepala terus pening..walhal kita ni tak ada darah tinggi pun..So Shepherd Pie yang kita buat ni adalah yang menggunakan daging lembu ya..:)
Kita adapted part buat kentang tu from Chef Hanieliza, terimakasih ya Kak Liza..dan adjusted the rest ikut  my tekak.. Kita tambah kan dengan white sauce serta some mozzalrella cheese untuk menambahkan kesedapannya ditekak kita ni ..heheh..

Shepherds Pie
Sources Adapted from:-Hanieliza's Cooking
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan Kentang
1.5 kg kentang potong dadu direbus bersama sedikit garam
1/2 cawan susu segar
2 s/b mentega
garam, serbuk lada sulah 



Cara:-
Rebus kentang dulu dengan sedikit garam. Bila dah empuk, buang airnya, toskan dan lecek kentang bersama dengan mentega, serbuk lada sulah, garam dan susu, hingga sebati. Bila adunan dah sebati ketepikan-(Ayu siapkan yang ini dulu supaya senang nak pipe nanti sebab dah sejuk)

Bahan Inti
500 gm daging kisar(lembu)

1 botol kecil prego sos (tomatoes/mushrooms)
2 labu bawang besar potong dadu
2 ulas bawang putih cincang halus
1 tin kecil kacang peas
1 tin kecil cendawan butang dihiris
3 biji buah tomato masak dipotong dadu
1 batang lobak potong dadu  

1 biji lada merah dipotong dadu 
1-2 sudu besar cili serbuk
1 sudu besar serbuk lada sulah 
1 kiub stok ayam 

1/2 botol air dari botol sos pregos(selepas tuang isi kandungan gunakan botol tu untuk menyukat air)
2 s/b tepung gandum 
garam + perasa secukupnya


Mozarella cheese untuk taburan

Cara 

Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih hingga wangi. Masukkan lada merah, serbuk cili. lada sulah, lobak merah, tomato dadu, daging kisar dan cendawan. Kacau rata sehingga daging nampak masak. Masukkan sos pregos, kiub ayam, kacang peas, garam & perasa dan air. Biarkan ia masak seterusnya. Agak2 daging dah masak dan sebati dengan bahan2, masukkan tepung gandum. Gaul rata adunan jangan pekat sangat atau cair sangat Siap untuk dibuat filling sheperd pie.
Angkat dan masukkan dalam mangkuk kaca tahan panas atau pinggan sekiranya nak buat pie dalam mangkuk kecil, atau aluminium foil.

Bahan Sos Putih(White Sauce)
1 cawan susu segar, atau ikut kepekatan yang sesuai atau ikut suka nak cair  atau pekat macam mana.
60g mentega
60 tepung gandum
sedikit serbuk lada hitam + lada hitam kasar
sedikit italian herbs 

Cara:-
Panaskan mentega dalam kuali dan biarkan ia cair. Masukkan tepung sedikit sedikit dan kacau rata, hingga sebati dan tepung tak berketul. Masukkan susu, sedikit serbuk lada hitam + lada hitam kasar serta sedikit italian herbs, kacau hingga sebati dan ikut consistency yang disukai.Matikan api dan siap untuk curahkan atas inti shepherd pie.


Cara Assembling Shepherd Pie:-
Inti dimasukkan kedalam mangkuk kaca tahan panas(bakeable) atau mangkuk aluminium foil.
Curahkan white sauce diatas. Taburkan mozarella cheese. Pipekan kentang yang telah dilecek dan digaul tadi diatas inti, ikut suka pattern macam mana atau kalau tak nak pipe just ratakan aje pun boleh. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan, selama 30 minit at 200C atau sehingga kentang nya dah nampak golden yellow.. Serve hot.


Thursday, September 13, 2012

Sambal Goreng Pengantin II

Lagi beberapa hari  kita akan sampai kepenghujung syawal.. Masih ada lagi ke open house dirumah teman2 atau jemputan?..Kita tahun ni tak buat open house pun..Disebabkan kesibukkan Mr Hubby ler ...Actually nak kata bagus pun tidaklah(tak buat open house ni)..sebab kalau difikir balik, kita buat open house ni sebab adik beradik & kawan2 Mr Hubby ramai juga..So kalau buat pun untuk kesenangan kita juga sebab buat satu kali dan satu kali penat..bila tak buat pula, tiap2 kali orang nak datang kena prepare apa 2yang patut dan kenalah prepare banyak kali..hehe, memanglah mereka datang nak beraya dan tak mengharapkan apa2..  kita boleh aje hidangkan dengan just kuih muih aje tapi entahlah kita ni memang jenis rasa tak sedap lah gitu, bila just makan kuih aje......Uish ini pendapat kita lah ya..tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah mati..:)

OK..ok...kali ni kita cuba sambal goreng pengantin yang mostly will cook this way, tak letak tauhu & tempe ...which I did my version here & here..Sambal Goreng Pengantin ni kalau diikutkan each person yang memasak mungkin ada cara tersendiri & preference, so kena ikut selera masing2lah ya..Tapi for me, confirm dan double confirm kalau masak ni suka yang basah2 sikit dari yang kering aje..sebab bila nak colek dengan ketupat tu adalah sikit terasa kuahnya dari just isinya aje tergolek2 ..hehe...

Terimakasih buat Kak Fida@myresipi kerana berkongsi recipe ni..Recipe yang memang kena dengan selera kami, sedappp!!...Alhamdullilah..tetamu(my cousins) yang datang ingatkan my mum yang masak semua lauk pauk walhal, semuanya kita yang 'kaw tim'..hehe..My mum relax one corner besides, tolong2 potong apa yang patut  aje..Bukan apa..mereka actually tak sangka, budak yang tak tahu masak dulu2 dan tak tahu mana letaknya bawang besar kat dapur tu sekarang dah boleh handle the 'stress'(riak sikit ni).. cebah...hehehe..

Sambal Goreng Pengantin II
Sources:-From Kak Fida@myresipi
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan2 untuk -(20-30 Orang)
  • 1 kilo daging *
  • 1/2 kilo paru *
  • 1/2 kilo hati lembu *
  • 1 kilo udang basah - dikupas kulit dan digoreng berasingan.-(Ayu gunakan 500g aje)
  • 10 ketul pedal dihiris dan direbus*-(Ayu tambah)
  • 2 cawan santan pekat - drpd 1 1/2 biji kelapa-(Ayu gunakan 2 kotak santan 200ml)
  • 300 g asam jawa-(Ayu gunakan 300g air + asam jawa)
  • 2 inci persegi belacan
  • @ 25 tangkai cili kering-(Ayu gunakan 8 sudu besar cili kisar)
  • @ 2 biji bawang besar
  • @8 ulas bawang putih
  • @ 8 batang serai-(Ayu gunakan 4 batang aje)
  • @1/2 jari lengkuas
  • 5 tangkai lada merah - hiris serong dan goreng berasingan-(Ayu gunakan segenggam cili kering digunting serong tak payah goreng dulu just masukkan time tumis tu)
  • 2 cawan bawang goreng
  • minyak masak secukupnya utk menggoreng dan menumis.
  • garam dan gula secukup rasa 
  • 2 biji bawang besar dihiris-(Ayu tambah)

Cara-cara

  1. Bahan bertanda * direbus,potong dadu kecil dan digoreng berasingan.
  2. Asam dan belacan diramas bersama santan dan ketepikan.
  3. Bahan bertanda @ dikisar halus.
  4. Panaskan 1/2 cawan minyak dan tumis(Ayu tumis bawang hiris dulu baru masukkan bahan kisar) bahan kisar hingga garing dan masukkan campuran santan dan masak terus hingga mendidih dan naik minyak.
  5. Kemudian masukkan secukup garam dan gula dan kacau rata dan masukkan daging,hati paru goreng,udang goreng tadi dan gaul hingga rata.Tambah sedikit air supaya tidak terlalu kering.-(Ayu tambah sedikit air daging yang direbus)
  6. Akhir sekali masukkan pula cili merah dan bawang goreng dan gaul hingga rata.Tambah garam dan gula lagi jika perlu.Rasanya haruslah lemak manis dan sedikit sahaja masamnya.-(Ayu gunakan 1sudu besar gula)
  7. Dlm masakan ini boleh juga di masukkan daun limau purut dan daun kunyit jika suka.

Thursday, September 06, 2012

Kek Kukus Buah @Steamed Fruit Cake

Assalam, apa khabar teman2 disana, masih lagi mood raya ke?..Kita kat sini tahun ni tak berapa active berjalan raya ler..Mr Hubby sibuk benar..kebetulan pula straight away after raya hari tu Iqram dah start his CA2(Continual Assesment 2), then Mr Hubby pun sibuknya back to back ..kita ni pulak, kalau tak ada dia memang patah kaki nak berjalan hehe..maklum ler, montot besar kalau keluar tu mesti nak 'driver' yang tu juga bawa kita tak nak 'driver' lain ler..hehe..boleh gitu..si Iqram pun membebel juga duit 'collection' tahun ni kurang ..hahaha...

Tahun ni juga kita tak banyak buat kek, cuma 3 macam aje..Ini adalah salah satu daripadanya..Kek Kukus Buah, pertama kali buat ni..Kalau nak tahu kek kukus buah macam nilah yang paling kita tak suka makan time dulu2 tau..mungkin sebab kek yang kita rasa dulu2 tu, terlalu mampat, terlalu banyak buah2annya, terlalu kering dan juga terlalu banyak sangat terasa buah palanya, so basically I hate this cake during my younger days, and I  labelled it as kek untuk orang tua2 aje..hehe.....Then one day, my SIL gave me kek kukus buah macam ni yang dia order dari  Muar  dibuat kakak ipar dia kat sana..the cake was very nice terus jatuh cinta dengan kek kukus ni(mungkin juga kita dah masuk asar, so beginning to like it kot?..hehe)!!.. Last year, bila ternampak recipe ni
didapur Faez, kita tengok keknya macam nice & moist, terus minta izin ambil recipenya, dan berazam nak buat for this year raya.Alhamdullilah kita dah buat 2 kali tau(kukus 2 adunan at the same time, so 4 loyang altogether)!!..sebab the first batch sekejap dah habis..My mum & Mr Hubby suka sangat with the taste, the moist dan softness!!..She siap promote siapa2 yang datang suruh rasa kek ni!!..haha..And yes the guests agreed!!..
This recipe kita gunakan ready prewashed fruit mix & sultanas, so dah tak payah nak basuh dan rendam lagilah ya, terus campurkan dan gaul dengan tepung aje..Lagi satu to add to the kesedapan kek ni Faez, added walnut to the recipe, lagiiiilah sedapppp tau..tak bedek!! ..frankly I have changed my perception on kek kukus buah ni..I love it now so akan datang insyaallah akan just use this recipe for my kek kukus buah although ada beberapa recipe out there, or until another recipe yang can beat this lah..hehe...

To Faez, thank you so much for sharing this recipe ya..Recipe yang diperolehi dengan pergi belajar dengan Chef Hamidah, dan here it is share dengan kita semua pula..Minta izin dan halalkan ya kita panjang2 kan disini pula..Thumbs up from me!!!..

Kek Kukus Buah @Steamed Fruit Cake
Sources:-From Chef Hamidah Rusdi via Faez@BittersweetSpicy
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
 A
250g butter (softened)-(Ayu used cowhead butter)
100 fine sugar
1 tsp ( I used 1/2 tsp) ground nutmeg-(Ayu also did this, dont like too much after taste)
1/4 tsp (I used 1/2 tsp) orange essence-(Ayu also did this)
1/2 tsp vanilla essence
2 large eggs

B(combined & sifted)

250g plain flour
1 tsp baking soda
1 tsp cream of tartar




C(combined)
100g mixed dried mixed fruits
200g dried black currants
50g walnuts (chopped into small pieces) - I added-(Ayu also added this- toast it for a while,  this ingredients made this cake more delicious !!)
20g plain flour

D

200g castor sugar (for burnt sugar)-(Ayu just used 150g normal coarse sugar)

Method:
  1. Heat a steamer over medium heat.
  2. Combine A, except eggs, mix with a wooden spoon.-(Ayu beat till creamy in kenwood stainless steel mixer )
  3. Add eggs, one at a time, & blend well. Do not overmix.
  4. Add B &mix well.
  5. Add C & mix well. Do not overmix.
  6. Prepare burnt sugar by placing D into a heavy skillet over medium high heat, stirring constantly with a wooden spoon as sugar melts. When it becomes very dark brown, remove from heat and carefully add to the fruit cake mixture. (NB: the burnt sugar will harden almost immediately, the hardened ones can still be added to the batter in the baking pan.)
  7. Pour mixture into a lined & greased baking pan (8x8x4"). Cover the pan with a grease paper & tie the pan with a string ( I used  rafia string).(Ayu didnt use this Ayu just used aluminium foil) Then cover the grease paper with aluminium foil & tie the pan with a string again. Make sure the pan  is water-proof.
  8. Steam the cake for 4 hours. Then remove pan from steamer. Leave pan aside for 10 minutes. Then remove cake from pan. Leave to cool.