Tuesday, April 02, 2013

Mee Goreng Cili Padi

Haish bila ada menu mee ni..time nilah kita tak ada idea atau tak ada mood nak masak..sebelum 'anak burung' berteriak nak makan baik kita goreng mee dulu sebelum idea datang ..hehe..ermm rumah kita ni bukan boleh lambat masak sikit..kalau lambat mesti macam anak burung lah..cip..cip..cip bising..mintak makan..so kita masak ni ..pulak time cuti sekolah 2 minggu yang lalu..Of cos, Marsya tak boleh makan ni sebab ada cili padi dalam bahan2nya..buat Marsya, kita just asingkan goreng mee yang tak pedas for her..:)

Mee Goreng Cili Padi
Tried & Tested:-Ayu@Curlybabesatisfaction
Bahan:-
1kg mee kuning
1 biji bawang besar dihiris
*1 biji bawang besar
*4-5 biji bawang putih
*1/2 cawan udang kering
*1 ketul cube ayam
*segenggam cili padi-atau ikut kepedasan
10-15 ekor udang sederhana besar
2 keping fishcake dihiris
1/2 biji kobis kecil dihiris sederhana kasar
sawi & taugeh secukupnya
segenggam bawang goreng
3-4 biji telur
garam & perasa secukupnya

Cara:-
Kisar bahan2 bertanda*. Panaskan minyak dan tumis bawang besar hiris hingga naik bau. Masukkan bahan2 kisar dan biarkan hingga naik bau dan garing. Masukkan fishcakes & udang gaul rata. Masukkan garam & perasa. Pecahkan telur dan biarkan sekejap supaya telur mengeras sedikit barulah dimasukkan sayur kobis dan batang sawi. Masukkan mee dan gaul rata. Bila dah sekata, masukkan taugeh dan bawang goreng dan gaul lagi hingga semua rempah sekata.Matikan api dan siap untuk dihidang.



2 comments:

GK Arusuvai said...

Wah sedapnya...i suka mkn mee grg pedas mcm ni...

Ayu said...

Gk - hehe wah kita gang lah suka yang pedas2..kalau tak pedas makan pun slow aje..hehe