Monday, April 15, 2013

Nasi Minyak & Ayam Maharani

Nasi minyak ni kita nak rate, sendiri ya...Kita nak kasi 41/2 out of 5, sebab sedappp pada tekak kami sefamily...Habis seperiuk nasi ni tak ada balance2 apa2 pun..yang betul punya makan yalah si Iqram, balik sekolah makan nasi, petang minta nasi lagi..balik tuition malam, tenyeh lagi...suka tengok dia makan..heheh..Nasi & lauk gandingan yang sungguh ngamm sekali...
Memang sedaplah ..bayangkan ayam 2 ekor habis u..heheh,..maklum ler, sekarang anak bujang yang kedua ni memang tengah selera makan..yalah orang nak besar dan bujang..

Recipe dari buku mami Asmah ler..bila kita tengok nama puan Mumtaj tu..kita dah dapat bayangkan mesti sedap..sebab so far recipe2 yang kita cuba dari puan Mumtaj ni memang ngam  sekali..Terimakasih ya puan  14 thumbs up for this..(sebab 7 orang penghuni rumah ni).. 


Nasi Minyak
Sources:-Mumtaj Begum Bte Omar
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfction
Bahan2:-
5 cawan beras basmathi, cuci bersih rendam 30 minit dan toskan
5 cawan air
2 helai daun pandan, disimpul
5 biji buah pelaga
5 kuntuk bunga cengkih
1cm kayu manis
1 biji bawang besar, dimayang
2 biji lada hijau, dibelah 2 tidak putus
1 sudu makan halia kisar
1 sudu makan bawang putih kisar
segenggam daun pudina
 5 sudu makan tairu
5 sudu makan susu cair
5 sudu makan minyak ghee atau minyak canola -(Ayu gunakan 3 sudu makan minyak ghee + 2 sudu makan minyak biasa)
garam secukup rasa + serbuk perasa(Ayu tambah) 
pewarna kuning atau sedikit serbuk kunyit dibancuh dengan sedikit air


Cara:-
Panaskan ghee atau minyak didalam periuk nasi letrik. Tumis daun pandan sehingga wangi. Masukkan pelaga, cengkih dan kayu manis sehingga meletup-letup. Masukkan bawang, lada hijau dan tumislah sehingga bawangnya layu. Masukkan halia/bawang putih kisar serta daun pudina dan tumis lagi sehingga naik aromanya. Tuangkan tairu dan masak selama 5 minit. Tuang air, susu dan taburkan garam+(Ayu tambah sedikit perasa). Masaklah sehingga mendidih. Barulah boleh dimasukkan beras yang telah ditos, kacau rata dan masaklah seperti biasa. Apabila nasinya sudah masak, renjis diatasnya dengan perwarna kuning atau air kunyit dan perlahan lahan kacau dengan garpu.

Panduan:-
Jika menggunakan beras Basmathi, hendaklah dicuci bersih dan direndam selama 10-30 minit untuk mendapat nasi yang kembang dan lembut. Jika berasnya telah direndam terlebih dulu, air yangdigunakan haruslah mengikut paras beras. Jika berasnya tidak direndam, lebihkan pula airnya. (Ayu gunakan 61/2 cawan berasa basmathi, direndam 30 minit, tapi tetap lebihkah air sedikit. Ayu gunakan 71/2 cawan air)


Ayam Maharani, ni kita dah buat 2 kali juga..actually recipe ni kita pernah nampak kat dalam one of mami Asmah's cooking book tapi cari punya cari entah buku yang keberapalah..tak jumpa pulak..Recipe, kita jumpa kat dapur Iza Akmal(Selera Puteri)  Iza, dapat dari Kak Treat & Trick kita  via kat Kongsi Resepi bila nak cari recipe ayam....Terimakasih buat semua yang berkongsi recipe ni ya..Lauk ni memang sedappp dan berbaloi sebab nak masak ada sedikit makan masa juga..

Ayam Maharani
Sources:-Asmah Laili
Sources:- Trick & Treat via SeleraPuteri via Kongsi Resepi
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction


Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong kecil, cuci dan toskan hingga kering-(Ayu gunakan 2 ekor ayam griller,(spring chicken) bukan gile ya..hehe)
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada hitam
garam secukupnya

Bahan2 kisar A:
5 labu bawang besar-(Ayu guna 2 biji aje)
10 biji lada hijau +cili padi -(Ayu tambah)
5 biji lada merah
1 biji tomato
2 sudu makan tomato puree
1 inci halia & 8 ulas bawang putih

2 sudu makan rempah kari daging
1 sudu kecil rempah masala-(Ayu tak letak ni sebab tak ada stok)


Bahan2 kisar B:
1/4 cawan yogurt
1/4 cawan santan
1 cawan air
10 biji gajus


Bahan2 C:
2 helai daun bay
5cm kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1/2 cawan daun pudina - dihiris
1/2 cawan daun ketumbar - dihiris

garam
secukup minyak untuk menumis
 

Cara:-
Ayam digaul bersama serbuk kunyit, serbuk lada hitam, garam dan digoreng. Angkat dan ketepikan.Panaskan minyak dan tumis daun bay, kayu manis dan pelaga hingga wangi. Masukkan bahan kisar A dan tumis hingga garing dan naik bau. Tuangkan campuran bahan kisar B, daun pudina, daun ketumbar dan garam, Kacau rata dan biarkan mendidih. Tambah air jika terlalu kering. Masukkan ayam, gaul rata dan masak dengan api yang perlahan hingga ayam empok dan naik minyak. Padam api dan tabur daun ketumbar dan bawang goreng(ramas sebelum ditabur. Jangan digaul. Kacau rata sebelum dihidang.

19 comments:

Gee® said...

Waaaah!! mengancam lah menu Ayu ni... compem sedap tu...

MamaFaMi said...

Ayu, jap lagi mama sampai tau. Bawak tiffin carrier eh. Jangan tak bukak pintu lak... :D

ady said...

as-salam kak ayu
sedapnya nasi minyak..menarik tgk ayam
maharani kak ayu ni

tun_telani said...

Salam kak ayu.. sedapnyer nasi minyak.. ayam maharani xpenah try lagi.

Ayu said...

Gee - heheh thank you gee, bukan nak isi bakul angkat sendiri ya..tapi recipe ni memnag sedap..cubalah gee..:)

Ayu said...

Mamafami - hahaha..mari2 ma,bawa tiffin biru ke tiffin merah tu..hehe..

Ayu said...

ady - walkslm, ady, memang sedap ni ady..akak tak bedek..hehe
ayam tu pun sedap..mesti cuba tau..highly recommended..

Ayu said...

tun telani - walkslm, cubalah tun..kena try buat tau..:)

Zaliedana said...

Assalam kak ayu,mmg gandingan yg mantap..nmpk sdap jerk semua yg akk msk..Erm klo lah 1 day sy derezeki pegi sg,nak g umh akk lah,leh x,heheh..
Rcp ayam maharani nih sy dah prnh msk,ambk rcp kat dapo kak iza gak,mmg sdp,tapi duk bertagak nak update kat blog sbb mls nak taip,kak iza punya blog pon cam akk juga xleh nk copy2,huhu..Punyalah lma nak siapkan bhn2 utk ayam nih,tapi ape pun mmg berbaloi sbb sedap sgt..

Ayu said...

Zaliedana - walkslm, thank u ct..heheh..nak datng rumah akak?..hehe boleh apa salahnya..tapi kena kasi tahu siang2 ler..rumah akak ni mcam tongkang pecah..mana2 ceruk ada kotak..macam rumah store pulak haha...kalau nak makan yang simple2 tu oklah ct..yang susah2 ada gelabah juga akak nanti..haha..

tengok tu ct dah buat yang ini juga..apasal akak tak nampak kat blog ct?..masih tak update lagi ke dear?..ooh..belum update rupanya..
aah memang tak boleh nak copy & paste...recipe yang atas ni akak type ct!!!..huhu..

ayam ni memang sedap berbaloi walaupun nak masaknya ada sedikit makan masa kan..:)

Mamasya said...

Aslmkum Ayu
tengok menu nasi dg ayam ni kat Fb, itu yg dtg jengah blog Ayu. nampak sedap set nasi ni.... lauk ayam itu mengancam..

Ayu said...

Mamasya - walkslm, nasi minyak ni one of the bsst nasi minyak so far yang pernah kita makan..heheh..recipenya yang best bukan puji kita pandai masak tau..hehe..

Hemalatha Ramakrishnan said...

Hi! I made the Nasi Minyak yesterday as I had friends over and it turned out absolutely well. I made a small alteration though, for 5cups rice I added 6cups water and it was perfect! Thank you for sharing!

Ayu said...

Hemalatha - Hi there, Hema, thank you for trying the recipe here..Hope it met with your taste bud and keep coming for more recipes to try out ya..:)

noor said...

Salam Ayu.nampak sangat special dan best sangat.Izinkan saya mencuba pulak di dapur insyallah.

Ayu said...

noor - walkslm, silakan noor..terimakasih kita ucapkan ...:)

mantap resep said...

WAAH... KAYAKNYA ENAK NIH RESEPNYA. BISA DI COBA. TERIMAKASIH...

Anonymous said...

Assalamualaikum sis..time kasih share resepi nasi minyak..mmg menjadi n sedappppsgt!! buat masa potluck raya semlm...hehhehee..

Ayu said...

Anonymous
walkslm, sama2 shukur alhamdullilah..
recipe nasi minyak ni memang sedap..favourite keluarga akak..
kalau akak nak masak nasi minyak..recipe nilah yang diguna..:)