Tuesday, April 02, 2013

Sambal Belacan Asli

Sambal belacan nilah yang kita makan dengan Gulai Daging Terengganu  Style..berulamkan timun aje..hehe..recipe dari sis Jue atau Zue tak pasti ler pulak nama puan punya ni..hehe sebab yang kita tahu nama kat Facebook tu nama anak bungsu  sis ni kot?..hehe..Maaflah ya sis dah kenal lama juga, tapi sampai sekarang tak pasti nama sis yang sebenarnya..hehe..
Ok bila sis Jue ni tayang sambal belacan kat dapur mayanya kemarin, kita terus tangkap masuk dalam book mark kita....hehe..Hajat dihati nak buat macam sis ni buat ler..blender sekali harung dan boleh ambil bila2 nak makan..kita pun actually sama juga nak buat sambal belacan kadang2 tu malas ya amat..becinta betul nak basuh batu lesung tu..hehe..ha ini dah buat boleh lah bertahan dalam seminggu tau..simpan dalam fridge.. thank you sis for the recipe sedap dan memang senang buat banyak2 macam ni..hehe..

Sambal Belacan Asli
Sources:-From Juicy Cafe
Tried & Tested:- Ayu@curlyababesatisfaction
Bahan-bahan..
7 biji cili merah besar*
5 biji cili merah hijau*
10 biji cili api hijau*
10 biji cili api merah* - *potong kecil - buang biji - cuci - toskan
2 sdb belacan - dibakar
1/2 sdk gula
1/4 sdk garam
1 biji limau purut - ambil jusnya
1/3 cawan air



Cara-caranya..
1. Satukan semua bahan-bahan dalam bekas pengisar, kisar semua bahan hanya sehingga 3/4 lumat.

2. Simpan dalam botol dan sejukkan dalam peti supaya tahan lama.

4 comments:

zana fahmi said...

Assalam Ayu, sambal belacan ni la yg akak selalu buat. Simpan dlm peti. Nak mkn dah siap.

Ayu said...

zana - walkslm, betul tu kak pb..dah buat banayk macam ni senang aje siapa2 yang makan ceduk ajekan..hehe

dede miya said...

asalammualaikum sis... bleh tak saya share resepi sambal blacan nie.. nampak sedap sangat.. terliur pla bila ingat nak makan dengan ikan talapia goreng.. hehe nyam2..

Ayu said...

dede miya - walkslm, silakan sis recipe memnag untuk dikongsi..ermm memang sedap tu makan nasi panas ada ikan goreng lagi..fuhh...sodap!!