Monday, June 17, 2013

Ayam Kicap Pedas Madu Karipulai

Lauk ayam ni kita dah lama nampak kat dapur Kak Rosaliza, namanya aje dah kasi kita teruja nak mencuba..tapi diam2 dan save dulu recipenya..macam biasa kat rumah kita ni lauk ayam sentiasa ..yalah..kalau ikan budak2 ni tak makan sangat..either ayam or daging ..so that is why, kalau masuk dapur kita ni lauk ayam ajelah yang banyak dari lauk yang lain...
Bila selak2 kat draft, recipe ni terperok one corner..so decided to try ...anak2 & even my mum suka lauk ni!! Sedapp kata mereka..Lauk ni pada kita  ada seakan2 Ayam Ala Kassim..yang dah tentu2 sedap..
Menu yang memang sesuai buat sahur dibulan puasa nanti..Terimakasih puan punya recipe Azlina dan juga kak Rosaliza for sharing this ya..minta halalkan dan dipanjang2kan disini pula.





Ayam Kicap Pedas Madu Karipulai
Sources:-From Azlina@terminalhijrah. via Embunrosaliza
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction


BAHAN BAHAN

  • 1 ekor ayam dipotong 14 bahagian
  • 1 bawang besar di hiris2 nipis
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 biji buah tomato dibelah 4 setiap satunya
  • 10 ulas bawang merah dikisar
  • 6 ulas bawang putih dikisar
  • 1 inci halia dikisar
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 1 sudu besar sos tiram-(Ayu gunakan 2 sudu besar)
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu besar gula-(Ayu gantikan 2 sudu besar kicap manis)
  •  Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk kunyit

CARA MEMBUATNYA

  1. Lumurkan potongan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam sehingga rata dan gorengkan seperti biasa sehingga garing. Angkat & toskan
  2. Dengan sedikit lebihan minyak tadi, tumiskan bawang besar & daun kari sehingga agak layu, baru dimasukkan pula bahan2 kisar seperti bawang merah, bawang putih, halia & cili kering dan kacau2kan sehingga agak garing & naik aromanya
  3. Masukkan sos tiram dan madu, kacau2kan lagi diikuti dengan sedikit garam dan gula, kacau lagi
  4. Apabila kuah sudah pekat, masukkan ayam goreng tadi dan kacau2kan biar sebati dengan kuahnya
  5. Terakhir baru masukkan buah tomato dan kacau2kan lagi
  6. Apabila sudah nampak sebati bolehlah ditutup api & sedia untuk dihidangkan.

6 comments:

Norzila Zakaria said...

wwahhh kak ayu sedap ni ada manis2 madu tu kan, pedas ckit..selalu kt kedai mamak je ada..

zana fahmi said...

Salam Ayu, lama tak jengah dapur ayu. Ayam masak kicap mcm ni mmg kesukaan semua org. Tak pedas dan manis2, org tua boleh makan.

Ayu said...


Norzila - memang sedap lauk ni zila, anak2 & nenek anak2 suka makan..disuruh masak lagi a few days lepas tu...:)

Ayu said...

zana fahmi - walkslm, betul tu kak pb..lauk ni dari yang muda hingga ke tua laju aje makan..akak sihat ke tu?..

EmbunRosaliza said...

Assalam ayu , rasa mcm lama je ayu tak updateblog. Sedapnya ayam karipulai ni, anak2 kat umah kita pun sama mmg suka lah kalo ayam msk ada kicap n rasa pedas2 manis ni, hurmm rasa mcmnak buat juga lah hari ni

Ayu said...

Embunrosaliza - walkslm, tulah kak rosaliza, kita ni dah macam slow melow gitu..
anak2 semua perlukan perhatian tu yang kena duduk dengan dia orang bila dia orang buat homework tu.. memang sedap lauk ni ..thank you pada puan punya recipe dan juga kak rosaliza kerana meuar2kan ya..