Friday, July 19, 2013

Mee Boyan

Kalau hari tu roti boyan, kali ni Mee Boyan pulak..hehe seriously first time dengar ni..kenapa kita cuba mee ni pertama adalah kerana namanya..kedua adalah kerana nak tahu apa rasanya dan ketiga sebab dah buntu tak tahu nak buat apa for iftar..hahaha..sabor ajelah kan..

Mee ni kita dapat recipenya dari buku masakan puan Aini Salim - Masakan Singapura..
Banyak juga recipe2 asal dari Singapura disiarkan dalam buku ni..
Kita realised half way recipe ni tak gunakan telur..yalah kita ni kalau goreng mee yang biasa2 tu mesti nak masukkan telur .. macam tak cukup syarat kalau tak ada telur..hehe..
Anyway, nak buat pun senang dan yang pasti anak2 suka makan sebab tak pedas sangat pada mereka..basically recipe ni very simple aje its just a bit different from the normal mee goreng kita selalu buat..
Teringat dulu waktu kita tinggal diPasir Panjang, ramai jiran2 kita orang bawean..suka dengar bila dia orang bercakap..ada siapa2 teman yang singgah sini orang bawean?..

Mee Boyan
Sources:-From Aini Salim
Tried, Adjusted & Tested:- Ayu @curlybabesatisfaction
Bahan:-
1kg mee kuning
2 keping tauhu dihiris kasar kemudian digoreng ketepikan
10 ekor udang sederhana
1-2 keping fish cake
1 biji bawang besar dihiris nipis
tauge secukupnya
sawi  secukupnya
150g daun bawang dan daun sup cuci kemudian potong panjang 4cm-(Ayu potong pendek2 aje)
2 sudu besar cili kisar
*10 ulas bawang merah
*4 ulas bawang putih
*2 sudu besar belacan serbuk
*1 sudu besar serbuk lada hitam
(*bahan dikisar)
minyak untuk menumis
garam & serbuk perasa secukupnya

Cara:-
Panaskan minyak tumis bawang besar hiris hingga layu dan naik bau. Masukkan bahan kisar, dan biarkan hingga naik bau dan garing. Masukkan fish cake, udang dan tauhu gaul rata hingga bahan2 meresap rempahnya, perasakan dengan garam & serbuk perasa. Masukkan mee daun sup & bawang, sawi dan taugeh. Gaul rata. Bila dah sebati. Matikan api dan siap dihidang bersama hirisan timun dan sos tomato.

22 comments:

Mas said...

lebih kurang mcm mee goreng juga kan kak...
sedappnya tengok..

Ayu said...

aah mas, lebih kurang juga cuma memang kelainan tak pecahkan telur aje tapi letak belacan serta lada hitam serta daun sup bawang tu dan bila diperahkan jus limau yg kasi a bit difference lah..

tenku butang said...

sedapnya...

err.. nak mintak tolong buat word verification leh.. senang nti kami nak singgah komen.. tgk kat

setting-->post n comment-->show word verification?-->klik NO... hee..

Ayu said...

tenku butang - actually akak dah pernah klik 'NO'kat comment tu tapi disebab kan banyak sangat spam comments yang merepek tulah yang akak tak tahsn nak kena delete one by one..so that is why lah kena ada word verifications tu..

kerull said...

Assalam kak ayu...

Sebagai orang boyan..hu hu saya baru tahu ada mee boyan..boleh test nih..

Ayu said...

kerull - walkslm, kerull orang boyan ke?..wah!!! hahaha..cubalah kerull..
hehehe

ina ku said...

sama la kita kak, klu goreng nasi, bihun, mee, mesti nak masukkan telur jugak baru ada rasa lemak2, hehe. mee boyan ni 1st time dengar. nampak mcm best nak2 kalau byk 'lauk pauk' kt dalam, hehehe...

ummiaisyah said...

kiter suka sgt mkn mi-mi camni..tp bulan poser ni kena control sikit..takut perot tak tahan...hehehe..mi boyan ni ada blacan ekk...unik!

dZana said...

waaahh.. puasa ni lum ada masak mee.. selalu mkn nasi jer.. boleh masuk list ni.. selamat berbuka puasa ayu..

ilahjy said...

Salam ayu lama kak tak bertandang ke Sini.. Susah Sikit Guna Tab Ni Lembab Minggu Ni Baru Ok Dan Pandai Sikit Dan Rajen sikit Bw N Masuk Komen Semua Blog Kwn2.. Kak Pun Sama Dpt Spam Komen Pastu Delete X Henti2 La Ni Dah Ok Dah
Tau Tak Salah 1 Mknan Yg Kak Amat Suka Sejak sek Rendah Adalah mee Goreng

zana fahmi said...

Salam ramadhan org Singapore.
Sama je mcm mee goreng kita kan? bezanya letak belacan dan lada hitam tu, baru tau ada juga mee boyan. Ingatkan roti boyan je..hehe

Ayu said...

inaku - hahaha..betul tu ina..kalau tak ada telur macam tak sah kan..haha..
akak pun 1st time dengar juga ni..mee boyan..:)

Ayu said...

ummiaisyah - betul tu dear..ada orang memnag tak tahan makan mee aje..
sebab angin kan..hehe..tu sebab family akak waktu sahur mesti nak makan nasi..
baru perut tetap..hehehe..

Ayu said...

dzana - samalah kita pun so far belum berbuka makan nasi..makan mee aje dulu..terbalik kita kan cikgu..hehe

Ayu said...

ilahjy - walkslm, rindu kat kak ilah..kadang2 tu kita nampak juga akak update cuma tak ada time nak comment..tengok pun melalui tingkat blog list aje..tak sempat nak singgah..kita pun suka makan mee..apa jenis mee semua kita telan..:)

Ayu said...

zana fahnmi - walkslm, ramadan juga buat kak pb & family a..
betul tu lebih kurang aje..cuma tambah belcan lada hitam dan daun sup bawang tu yang kasi rasanya lain sikit..tapi sedap..:)

Ditya said...

Salam Ayu, suka sekali tengok Ayu beri "publicity" pada masakan Bawean eg Roti Bawean and Mee Bawean. Kalau tidak, masakan seperti ini cuma terhad pada masyarakat Bawean saja. Teringat dulu nenek saya suka masak mee ini, dia selalu letak lebih black pepper sebab lebik "kick"! heeheehe...

Ayu said...

Ditya - walkslm, terimakasih Ditya sudi singgah dan tinggalkan comment kat dapur kita yg tak seberapa ni ya..actually, begitulah, kalau boleh kita nak ketengahkan sikit2 masakan orang2 Singapura kepada people out there sebab kalau nak diikutkan masih banyak lagi masakan yang almost forgotten dan tak ada recipenya untuk dikongsi pada generasai muda sekarang..in fact, kita yang tua kerepot ni baru tahu tentang some of the makanan dan masakan orang2 singapura sebab tidak di expose waktu dulu(kecik)...hehehe..

as for this mee betul tu lada hitam tu kasi 'kick' pada rasa mee boyan ni..hehe..

Liza said...

salam sis ....
terima kasih kerana mempopularkan mee bawean ...
cuma saya rasa ada satu bahan yang terkurang iaitu kicap ...
arwah nenek selalu masak mee goreng ni ...
mungkin sebab dia datang dari bawean, tu yang ada tambahan kicap ...

Ayu said...

Liza - walkslm, sama2 kita mencuba recipe ya liza..oh ada bubuh kicap ya..nak letak boleh juga kan..akak ni ikut recipe dalam buku aje..lain kali bolehlah letak kicap sedap juga tukan..:)

ijan jr said...

try buat kello cellak kak .sedap ..im proud to be bawean :)

Ayu said...

ijan jr - lauk cellak sedap kan ijan..:)