Monday, June 16, 2014

Sambal Aceh Burung Puyuh



Assalam teman2, rasanya tinggal beberapa minggu lagi kita akan menyambut kehadiran Ramadan..kita pasti ramai yang sudah bersiap sedia menghadapinya kan..terutama para suri2 rumah..termasuklah kita ni..tiap2 minggu terkejar2 keluar mencari barang2 rumah yang harus diganti, itu, ini dan sebagainya sebab kita tak mau keluar mencari barang2 ni waktu berpuasa nanti..lagi2 tahun ni ada special sedikit buat keluarga kita ni..kenalah prepare early..
Actually tahun ni giliran rumah kita pula bila raya pertama adik beradik Mr Hubby akan datang berkunjung, where they all will meet up in my house..on top of that cousin2 yang memang akan datang kerumah kita tiap2 tahun sebab my parents are their only surviving uncle & auntie..so tahun ni juga masak2 kena double the amount dari tahun lepas..So sebagai tuan/puan rumah ada stress disitu ..heheh..dari penyedian makanannya hinggalah hiasan dalam rumah..Mudah2han kita boleh handlelah ya..

Ok menu ni sebenarnya kita nak masak sambal aje..tapi macam biasa sebelum start masak mesti nak google dulu, mana tahu ada lagi recipe yang baru yang kita boleh cuba..instead of buat sambal biasa kita decided to try sambal aceh ni..mengikut puan punya recipe ..asal sambal ni adalah sambal belacan aceh..she just used that dan incorporate dengan burung puyuh goreng..
Dibawah ni kita adjusted to my sukatan..Sedapp tau pada kami..bertambah2 nasi the boys & the big boy makan..Lauk ni ada seakan2 sambal berladolah gitu..Nak buat pun simple dan sekejap aje..Terimakasih buat puan punya recipe, mintak izin kita panjang2kan disini pula ya..:)

pst:- Scheduled post..
Sambal Aceh Burung Puyuh
Sources:- Najjah's Bite
Adapted, Tried, Adjusted & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
10 ekor burung puyuh dibersihkan dimarinate dalam jus limau untuk hilangkan hanyir. Dilumur dengan garam & kunyit goreng ketepikan.
*2 biji bawang besar di belah empat
*cili padi ikut kepedasan-(Ayu gunakan segenggam)
*3 biji cli merah
*3-4 cm belacan
*(bahan2 digoreng dulu)
1 biji tomato dihiris halus
 garam & serbuk perasa secukupnya 
daun sup bawang secukupnya

Cara:-
Kisar kering atau tumbuk bawang besar, cili padi dan belacan goreng tadi Jangan halus sanagt. Panaskan minyak sedikit aje. Tumis bahan2 tumbuk/kisar hingga naik bau dan sedikit garing. Masukkan tomato hiris biarkan hingga layu dan hancur. tambah sedikit air kalau perlu. Masukkan burung yang telah digoreng tadi dan gaul sekata dengan rempah2nya. Hiaskan dengan daun sup/bawang.

6 comments:

zana fahmi said...

Favorite kakpb telor puyoh ni.....lama tak bell. Meronda sini kjp sb cari idea utk buka puasa nnti.

Honey said...

Salam Kak Ayu,

Sedapnya la hai... Lama dah tak makan burung puyuh. Kena cari la ni nampaknya!

Gee® said...

Sedapnya buat lauk buka puasa... terlioor dibautnya...

Ayu said...

zana fahmi - telur puyuh masak macam ni pun sedap juga kak pb..inikan burung puyuhnya..hehe

Ayu said...

honey - walkslm, akak suka makan burung puyuh lagi2 kalau goreng kunyit..kat sini burung puyuhnya besar2, macam a small spring chicken..harganya boleh tahan mahal juga..huhu...

Ayu said...

gee - memang sedap ni gee, buat sahur pun sedap..tapi boleh kurangkan cilinya kalau takut pedas..:)