Wednesday, June 11, 2014

Sotong Goreng Padang

Koleksi recipe untuk sotong..cuba yang ni pula..Alhamdullilah sedap..rasanya kalau goreng lama sikit lagi sedap kot..ini kita goreng tak berapa lama sangat so lembut2 manjalah....anyway, terpulanglah ikut selera masing2 kan..kita actually suka sotong goreng yang ada sedikit 'garing' but takut rakyat jelata especially warga emas yang tak ada gigi tu complain kang..tak laku pulak sotong goreng kita niii...:)
Terimakasih Rasa online for the recipe..


Sotong Goreng Padang
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
BAHAN-BAHAN:
20 ekor sotong 
½ sudu teh serbuk pati ayam 
1 sudu teh cuka 
½ sudu teh ketumbar 
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN ( DIKISAR):
3cm halia
3 batang serai 
3cm lengkuas 
2 ulas bawang putih 
2 ulas bawang merah 
2cm kunyit hidup

CARA MEMASAK: 
1. Satukan bahan yang telah dikisar bersama sotong. Gaul sebati.
2. Campurkan garam, gula dan serbuk pati ayam secukupnya dan gaul rata.
3. Perap selama setengah jam.
4. Panaskan kuali dan goreng sotong sebentar. -(Bila goreng air sotong akan keluar. Ayu angkat sotong yang telah digoreng 3/4 masak dan ketepikan diluar. Air sotong dan rempah dalam kuali, biarkan mendidih dan masak hingga kering. Bila rempah dah agak2 kering, masukkan kembali sotong tadi dan gorenglah sehingga garing tapi jangan terlalu garing. ) 
5. Angkat dan hidangkan. Sedia dinikmati.

6 comments:

Gee® said...

Sedapnyaaa....

Honey said...

Salam Kak Ayu,

Aduh.. refresh blog terus nampak post sotong yang sedap ni. Dah lah lapar..bertambah-tambah lagi lapar :'(

Ayu said...

gee - oklah gee, sedap juga ni..:)

Ayu said...

honey - walkslm, hehehe...kalau lapar, semua nampak sedap kan honey..hehehe

zana fahmi said...

Kakpb selalu blur bila masak sotong, mcm buntu je....ada resipi ayu share ni ok juga.

Ayu said...

Zana pb- sama lah... Kadang2 terus jam tak tahu apa nak masak dgn sotong, ayam & ikan...kan...hehe