Friday, July 18, 2014

Gulai Kunyit Lengkuas Terengganu

Ini adalah pertama kali kita masak gulai kunyit lengkuas ...ia seakan2 lemak cili padi, tapi penggunaan 'rempah gulai' dan lengkuas dalam bahan2nya tu yang make the difference..sedap sangat..memang ngam betul dengan ikan merah yang fresh..cubalah..
Terimakasih to kak Ummi for sharing this recipe...

Gulai Kunyit Lengkuas Terengganu
Sources:-Majalah Saji via  Kak Ummi 
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahan:-
500 gm ikan nyok/merah-(Ayu gunakan ikan merah)
1 cawan air
2 sudu besar rempah gulai (*)
10 batang kacang panjang - kerat-kerat 4 inci
1 labu bawang besar - belah 4
5 tangkai cili padi (ummi guna cili hijau)-(Ayu guna cili padi merah)
3 keping asam gelugor
2 cawan santan pekat-(Ayu guna 1 kotak santan aje + campur air)
garam
Bahan kisar:-
10 tangkai cili padi
3 ulas bawang merah
4 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
Cara Memasak:-
Bersihkan ikan dan rebuskan dengan secawan air, asam gelugor dan garam sehingga mendidih (seeloknya dibiarkan semalaman - tp ummi bantai masak terus je-Ayu pun sama). Satukan kesemua bahan kecuali santan, bawang besar, kacang panjang dan cili hijau. Masak hingga mendidih. Kemudian masukkan santan dan kacau perlahan-lahan agar tidak pecah minyak. Masukkan bawang besar dan cili hijau. Tambahkan garam secukup rasa. 

(*Jika tiada rempah gulai - sediakan sedikit ketumbar, jintan manis, jintan putih, buah pelaga, kunyit, bunga cengkih, kulit kayu manis dan bunga lawng. Kisarkan kesemua bahan ini)

4 comments:

Honey said...

Salam Kak Ayu,

Sedap ni.. nak try lah taruk lengkuas hihi

Ayu said...

Honey- walkslm, cubalah honey.sedap tau..;)

Cik Ayu said...

Rempah gulai tu mana nak cari...

Ayu said...

cik ayu - rempah gulai tu kalau tak ada..boleh buat sendiri...bahan2nya ada diatas..