Monday, September 22, 2014

Nasi Rawon Set

Assalam, beberapa hari yang lalu...tekak terasa nak makan nasi rawon...kebetulan mak kita ada beli buah keluak kat geylang...dah lama juga beli tapi tak buat2, nasi rawon ni...bukan apa..kalau nak buat nasi rawon mestilah kena dengan set lauk2nya barulah sedap dan lengkap...
Kalau ramai kat rumah memang berbaloilah buat nasi rawon..sebab nak mengerjakan lauk2nya tu yang makan masa..kalau sekadar 2-3 orang aje yang nak makan...kita syorkan BELI sudah...hahaha...

Cuba tengok lauk2 yang kita sediakan dibawah ni...ah..dari pagi sampai kepetang dalam pukul 3 baru habis masak!!!..Mak kita kacau..kalau kita  meniaga nasi rawon..macam mana lah agaknya sampai kepetang baru siap..hahaha..sabor ajelah kan...itu pun nasib baik paru kita dah rebus sehari sebelum dan perapkan dengan rempah ratusnya..so the next day tinggal goreng aje...:)

Nasi rawon ni adalah sejenis menu orang jawa kalau tak silap kita...uniqenya yalah ia mengguna buah keluak dalam bahan2nya..Kalau teman2 nak tahu buah keluak tu apa..pernah dengar masakan baba & nyonya seperti 'Ayam Buah Keluak' tak?..ah samalah buah keluak yang digunakan dalam kuah nasi rawon ni..Rasanya nak cakap pun susah..kena cuba baru tahu..Check it out ok... 

Kalau google kat internet..recipe yang ada berlainan from each other..dulu pun kita pernah buat Nasi Kuah Rawon ni..tapi recipe dari bukulah dan add on dengan my mak punya tokok tambah...after trying this recipe..I would say I prefer this onelah...kelainannya sebab ada kerisik..sedapp..Lauk2nya pula..terpulang pada kita actually..kalau yang jual tu..ada sambal goreng, rendang daging dan sambal sotong kering..tapi kita cuma buat apa yang terdaya ajelah kat bawah ni...Dalam gambar ada serunding, tapi terlupa nak letak sambal belacan..maklum ler dah banyak sangat lauk nak interframe...tapi this are the basicslah..sambal belacan dan serunding tu mesti ada..barulah terangkat hehehe...

Oklah terimakasih buat Bro Rozzan for sharing this recipe..Kita panjang2kan disini pula ya bro..memang sedap kuah rawon ni..oh kita pun guna daging biasa aje sebab anak2 & kita tak makan tetelan..tapi my parents & Mr Hubby makanlah...Since this menu memerlukan tenaga yang banyak untuk memasak..so kena ikut tekak tukang masak untuk penggunaan daging dalam  kuahnya tu(aku punya sukalah kan)..heheheh



KUAH RAWAN / RAWON
Sources:-From Bro Rozzan 
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahannya
1 kg tetelan (potong kecil-kecil, direbus dgn air sehingga masak)
(saya gunakan daging sbb anak2 tk makan tetelan- Ayu pun)- simpan air rebusan daging ini utk dijadikan kuah

Bahan-Bahan Kisar
20-25 tangkai lada kering (direndam dan kisar dgn secukup air hingga halus)

3 biji cili padi -(Ayu tambah)
2 biji bawang besar (saiz besar)
12 ulas bawang kecil
4 ulas bawang putih
2 batang serai
2 sm lengkuas
2 sm halia
2 sm kunyit hidup
1 sudu makan lada hitam }
3 sudu makan ketumbar }
1 sudu makan jintan halus }
1 sudu makan jintan kasar } ....sangar kering dan kisar



7-8 biji isi buah keluak (kisar atau tumbuk dgn sedikit air)
3 sudu makan kerisik
sedikit air asam atau gunakan asam keping-(Ayu guna 2 asam keping)
garam secukup rasa
serbuk perasa (optional)

4 helai daun salam
10-12 helai daun limau purut
minyak utk menumis

Cara:
1) Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan-bahan kisar hingga garing

2) Masukkan pula daging/tetelan bersama air rebusan, kerisik, buah keluak, daun salam/limau dan garam. Kemudian bubuh asam keping atau sedikit air asam. (jgn terlalu masam)

3) Setelah itu, masukkan kacang panjang dan biarkan sebentar sehingga kuah mendidih lalu matikan api.

Nota:
Nasi Rawan enak dimakan dgn lauk-lauk seperti berikut :
Daging Rendang, Limpa Goreng, Paru/Tempe Goreng, Sambal Tumis Sotong Kering, Sambal Belacan, Bagedel, Acar Timun, Kacang Ikan Bilis Sambal, Kerepek, dll.


--------------------------


KACANG IKAN BILIS BERSAMBAL
Bahan2
20-25 tangkai lada kering - rendam (abt 1 cawan lada kisar)
2 biji bawang besar (saiz sederhana)
sedikit belacan }
kesemua bahan di atas dikisar bersama

air asam
garam & gula secukup rasa-(Ayu guna 1 sudu besar gula)
ikan bilis (digoreng)
kacang tanah (digoreng)
minyak secukupnya

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali lalu tumis bahan kisar tadi sehingga garing. Masukkan sedikit air jika perlu. Kemudian bubuh sedikit air asam lalu masukkan gula dan garam. Sesuaikan rasanya. Biarkan sambal ini agak pekat sedikit. Matikan api dan sejukkan sebentar. Akhir sekali, masukkan kacang dan ikan bilis dan gaul rat-rata.

Nota:
Kalau sambalnya cair, ikan bilis dan kacang goreng tadi akan lekas menjadi lemau/ tidak garing. Sebaiknya, bila nak makan barulah di gaul ssambal bersama kacang/ikan bilis tadi.


-------------------------


ACAR PADANG
2 batang timun (hiris serong-serong)
1 batang kecil lobak merah (potong seperti lidi mancis)

Bahan Kisar
4 ulas buah keras
3 ulas bawang butih
1 jari halia
1 biji bawang besar

4 biji cili padi -(Ayu tambah)
sedikit kunyit serbuk

Bahan2 Lain
4-5 ulas bawang putih yg kecil (kupas kulit, biarkan sebiji-sebiji)
8-10 ulas bawang merah (kupas kulit, biarkan sebiji-sebiji)
2 btg cili merah (buang biji dan hiris memanjang)
1 btg cili hijau (buang biji dan hiris memanjang)
gula dan garam secukup rasa
minyak secukupnya utk menumis

(Ayu gunakan 4 sudu besar cuka, 2 sudu besar gula)
Cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan sedikit air jika perlu. Bubuh cuka, gula dan garam dan sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda. Masukkan pula timun, lobak merah, bawang putih, bawang merah, cili hijau dan merah. Gaul rata-rata dan matikan api.


 -------------------------


BAGEDIL
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
5 biji kentang dipotong baji , digoreng, dilenyek dan ketepikan
1 sudu kecil serbuk lada putih

sedikit daun bawang dan daun sup dihiris
garam & sedikit serbuk perasa
bawang goreng secukupnya
1biji telur dikocok sedikit

Cara:-


Masukkan bahan2 semua kecuali telur. Ambil 1/2 sukatan dari telur yang telah dikocok tadi dan gaul rata dalam adunan kentang. Buatlah bebola kecil dan tekan sedikit ditengah supaya ia kelihatan sedikit leper. Celupkan bebola tadi dalam telur dan goreng hingga masak.Siap

 -----------------------------


  
PARU GORENG BEREMPAH
Bahan:-
500g paru direbus dengan sedikit halia kisar 
serbuk kunyit
serbuk ketumbar
serbuk jintan manis
serbuk jintan halus
sedikit halia kisar
sedikit bawang putih kisar
sedikit bawang kisar
serbuk kunyit
sedikit cili kisar
garam & sedikit perasa

Cara:-
Rebus paru dengan sedikit halia kisar. Angkat dan toskan. Hiris paru nipis2..gaul dengan bahan2 dan perap beberapa minit sebelum digoreng.. Goreng garing .Siap.

--------------------------------



SAMBAL TUMIS TELOR
Ingredients:-
Boiled eggs - amount as according to your consumption

Blend together :
15(or more) dried chilles - seeded,soaked to soften or microwave for 10mins in a bowl of water
a really huge pinch of belachan(shrimp paste)
5-6 cloves of garlic
2-3 big onions
1 tbsp of ikan bilis(anchovies) granules-(Ayu used 1 handful of anchovies)

1 heaped tbsp of tamarind-add some water and knead to produce some juice
3 tbsp sugar or to taste (add more if chilli is too hot for u)-(Ayu added 1 tbsp)
salt to taste

Heat sufficient oil in wok(it's ok if u add too much-u can always scoop it out after cooking)and saute blended ingredients.Make sure it's cooked (tumis sampai betul2 pecah minyak),stirring continuously.Add tamarind juice,sugar and salt.Add some water if u like some gravy but the consistency shudn't be too dry nor too dilute.Taste to suit yr liking. Add the bolied eggs (u may fry the boiled eggs for a more unique texture).Coat gravy over eggs and simmer for a few minutes bf turning off the heat.Serve.
 ----------------------------


TEMPE GORENG KUNYIT
Tempe secukupnya, digaul kunyit, sedikit cili kisar & garam. Goreng hingga garing. Siap untuk dihidang.

18 comments:

Sidratul Muntaha said...

huuu
terbaiklah kak
semoga pahala akak berganda - ganda atas resepi yang sangat lengkap ni kak..
terasa sangat2 dalam dan tinggi susur kami as orang jawa dgn resepi yang dikongsikan ni even ini dari padang
daebak!!

ana said...

Salam ayuuu.....
Banyaknye lauk. Tak terbuat kita. Klau kita buat mau sampai mlm baru siap ha3...lama sgt dah tk makan paru hu3...
Salut la sis...rajin

Gee® said...

Wah! rasa nk terkam kat skrin jer... dari atas smpi bwh semua menu best2... terbaek lah Ayu!!!

Faeez said...

Aduh Ayu, baca resepi aje da penat, apa lagi nak masak dia!! Nantilah, bila ada mood nak masak macam2, akan ku cuba resepi2 ni ye....... :D

Ann Ishak said...

wahhhhh memang sangat banyak lauknya ek...memang sesuai kalau buat untuk makan ramai2 ni :)

Ayu said...

sidratul - alahai..terharu nya akak..sampai begitu sekali sis terasa ...akak cuma kongsikan resipi yang telah akak cuba ni sebab akak suka makan nasi rawon ni..nasi rawon ni dari padang ke sis?...

Ayu said...

ana - walkslm, tulah ana..banyak sangat lauk tak tahu nak makan yang mana dulu..hehehe...paru tu hubby kita yang suka..fikirkan dialah tu buat juga paru goreng ni...
baik janagn makan dululah ana kalau tak boleh makan paru tukan...u take care tau..:)

Ayu said...

gee - hehehe..gee..bayangkan kita masak sampai pukul 3 petang..makcik dah tak rupa makacik dah..hehehe

Ayu said...

Faeez - hahahaa..baca resipe aje dah penat kan..hahaha..cubalah kalau ada ipar2 ke saudara nak datang bolehlah cuba kan Faeez..kalau sorang dua aje tak payahlah..tak berbaloi..hehehe

Ayu said...

Ann - betul tu ann..kalau buat untuk kenduri memang sesuai ni..sebab ramai orang..masak banayk2 pun berbaloi penatnya..hehe

Yana Shaiful said...

byknye lauk..mau seharian duk kat dapur hehee..

InsyaAllah klu ada kerajinan bolehlah yana try nnt..org kelate xpnh mkn ns rawon nii..kna rajinkan diri klu nk rs ^__^

FARAH deeb said...

Ok rupenya ade banyak perkataan yang kite tak tau lagi hahaha.. Banyak sungguh bahannya memang patutlah beli aje kalau nak makan sendiri kan huhu... Jemput Singgah: 50% MERDEKA!

Ayu said...

yana - hahahha..tulah yana..akak masak sampai kepetang baru siap..
yana kalau nak cuba kena cari buah keluak dulu sebab itu main ingredient dia..:)

Ayu said...

farah - heheh..akak terlebih rajin hari tu..itu yang buat nasi rawon ni..hehe...:)

Sidratul Muntaha said...

salam kak ayu
lauknya ade sesetgh dari padanga..
tpi asal nasi rawon ni dari surabaya, part or daerah jawa jugakkan?!
tapi ikut mak cakap nasi ni asal dari nama setan rawon : reasonnya sbb orang dulu2 jual nasi ni kat warung.. dekat2 maghrib smpai ke subuh.
tak thu plak mcmana ade nama setan rawon tu..
sbb dalam bahas jawe ade word kau ni kesetanan ke?! ahaha
ngaji dgn mak tak abis
lepas tu kwin dgn orang melayu..
so.. jenuh jugaklah nak menten bahasa ibunda..
terbaiklah kak resepi ni

Ayu said...

sidratul - walkslm, wahahahhaa..akak tergelak baca part setan tu..ni kira nasi setan lah ya..hahhahaa...aduhai...macam2 lah kisahnya..hahaha...haish akak ni lagi lah tak ada pun keturunan jawa..sepatah haram tak reti cakap jawa...cuma memang suka lauk pauk orang jawa ni...
yalah dah kata menu orang jawa..surabaya & padang under the same negeri kan..heheh..terimakasih sis, sedikit sebanyak..dapatlah akak tahu tentang asal usul nasi rawon nikan...kalau tak ada orang berithau....akak cuma tahu makan aje..hehehe...:)

ain sweet thots said...

Kak Ayuuuu... kecur air liur kita tgk nasi rawon & lauk pauk nya ni ... huwaaa ... nak buat mcm lemah semangat imagine brp lama kena duduk dapur .. haha

Ayu said...

ain - hahaha..ain kalau sorang dua aje yang makan baik ain beli ajelah dear..tapi rasa2nya kalau kat malaysaia..susah juga nak dapatkan nasi rawon nikan...agak akak lah..sebab so far memang tak pernah nampak orang jual nasi rawon there..