Thursday, November 06, 2014

Nasi Minyak & Ayam Saffron

The urge to makan  Nasi Minyak tiba lagi..this time kita lawankan dengan Ayam Saffron ni..ermmm best ..sedap pada kita..This is the first time juga kita masak guna saffron(koma koma)..beli saffron pun sebab dah lama nak cuba..you can imagine saffron ni mahal ya ampun..a small box ada sebesar ibu jari kita yang montok2 ni costs me S$8.50..itu dah kira paling murah punya saffron..nak beli banyak takut jarang digunakan dan juga costnya..selalunya kalau recipe menggunakan koma2 ni kita gantikan dengan kunyit serbuk aje..hehehe
Sebenarnya saffron ni menaikkan aroma masakkan itu dan warna kuahnya sungguh menyelerakan..:)

Ayam Saffron  
Sources:- Faridah Begum
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1 ekor ayam - dipotong 8 -(Ayu guna 2 ekor ayam kecil)
1 cawan tairu
1 cubit koma koma
1 sudu teh jintan manis
5 kuntum bunga cenfkih
5 biji buah pelaga
1 jari kayu manis
2 biji bawang besar dihiris
1 sudu besar halia kisar
1 sudu besar bawang putih kisar
1 sudu besar lada kering kisar-(Ayu guna 2 sudu besar)
1 biji tomato didadu
2-3 bawang merah dihiris
3 batang lada hijau dihiris + -(Ayu tambah 12 biji cili padi)
11/2 sudu besar rempah kari daging-(Ayu guna 3 sudu besar)
1 cawan air-(Ayu guna 2 cawan)
minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Cara:-
Perap ayam bersama tairu & koma koma selama 1/2 jam. Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga cengkih, pelaga dan jintan manis sehingga wangi. Masukkan bawang hiris dan tumis sehingga layu. Masukkan halia dan bawang putih kisar dan tumis lagi. Masukkan pula lada kisar dan tumis hingga garing. Setelah itu masukkan tomato, hirisan lada hijau. Tumis sehingga wangi lagi. Masukkan rempah kari serta satu cawan air+(1cawan), gaul rata dan kecilkan apinya. Apabila pecah minyak, barulah dimasukkan ayam. Taburkan garam, gaul rata dan masak sehingga ayamnya empuk dan kuahnya pekat. Jika airnya kurang, tambah secawan lagi air. 

Just love this nasi minyak recipe dah banyak kali buat guna recipe ni....Thank you Sis Amni!
 
Nasi Minyak
Sources:-Mumtaj Begum Bte Omar
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfction
Bahan2:-
5 cawan beras basmathi, cuci bersih rendam 30 minit dan toskan
5 cawan air
2 helai daun pandan, disimpul
5 biji buah pelaga
5 kuntuk bunga cengkih
1cm kayu manis
1 biji bawang besar, dimayang
2 biji lada hijau, dibelah 2 tidak putus
1 sudu makan halia kisar
1 sudu makan bawang putih kisar
segenggam daun pudina
 5 sudu makan tairu
5 sudu makan susu cair
5 sudu makan minyak ghee atau minyak canola -(Ayu gunakan 3 sudu makan minyak ghee + 2 sudu makan minyak biasa)
garam secukup rasa + serbuk perasa(Ayu tambah) 
pewarna kuning atau sedikit serbuk kunyit dibancuh dengan sedikit air

Cara:-
Panaskan ghee atau minyak didalam periuk nasi letrik. Tumis daun pandan sehingga wangi. Masukkan pelaga, cengkih dan kayu manis sehingga meletup-letup. Masukkan bawang, lada hijau dan tumislah sehingga bawangnya layu. Masukkan halia/bawang putih kisar serta daun pudina dan tumis lagi sehingga naik aromanya. Tuangkan tairu dan masak selama 5 minit. Tuang air, susu dan taburkan garam+(Ayu tambah sedikit perasa). Masaklah sehingga mendidih. Barulah boleh dimasukkan beras yang telah ditos, kacau rata dan masaklah seperti biasa. Apabila nasinya sudah masak, renjis diatasnya dengan perwarna kuning atau air kunyit dan perlahan lahan kacau dengan garpu.

Panduan:-
Jika menggunakan beras Basmathi, hendaklah dicuci bersih dan direndam selama 10-30 minit untuk mendapat nasi yang kembang dan lembut. Jika berasnya telah direndam terlebih dulu, air yangdigunakan haruslah mengikut paras beras. Jika berasnya tidak direndam, lebihkan pula airnya. (Ayu gunakan 61/2 cawan berasa basmathi, direndam 30 minit, tapi tetap lebihkah air sedikit. Ayu gunakan 71/2 cawan air)

11 comments:

ana said...

Ayu...kona2 dgn safron sama ye...he3...kita baru tau. Kita tau safron je. Koma2 penah dgar tp tak tau menda apa.
Safron kita beli kat kedai arab 10gm 20hengget je. Kita simpan dlm peties. Lama le tahan nye. Kadang nasi minyak pun kita buh safron sikit he3..

adda syuhada said...

In sha allah nak cuba la lepas ni

LiNa_Pg said...

Wah..sedapnya ayam saffron..kalau makan ngan nsi beriani atau apa2 ns berperisa mmg terangkat ni...

Ayu said...

ana - aah ana sama..hehe...oh kat sana 20 ringgit ya..kalau gitu lebih kuranglah kalau diconvert..oh kena simpan dalam peti ais ya..kita letak kat luar...ok ok nanti nak letak dalam fridgelah..thanks ana ..nasib baik kasi tahu..hehehe..dah lah benda mahal kan..:)

Ayu said...

adda - silakan adda..nanti feedback ya..:)

Ayu said...

Lina - betul tu lina..makan dgn any nasi berperisa memang ngam..ada lebih sikit lauk ni akak makan juga dgn nasi putih pun sedap...:)

ana said...

Iye la ayu...mahal pastu jarang2 guna. Beli sikit rugi lak. Kita bahan yg jarang2 guna kita humban dlm peties. Panjang sikit jangka hayatnye. Even doh pun kalau malas nk abeskan siap pun kita bekukan...mcm yg chef asma penah pesan dulu dlm kelas biskut...

Rosdi Eunos said...

Kalau dulu dulu ibu mertua kakak saya guna koma koma ni buat nasi beriyani .. memang mahal .. kat sini pun dua tiga urat dah berpuluh ringgit...

Ayu said...

ana - yalah ana..betul tu..itu yang buat petiasi pun sarat ..heheh..kalau petiasi tu boleh bersuara..dia jerit kuat2..hahah

Ayu said...

rosdi - aah rosdi..memnag mahal kan koma2 ni..nak gunakan bila ada masak special dishes aje..tak boleh selalu..boleh bengkok kita dibuatnya..hehehe

aquarius morius said...

Blogwalking sambil baca entri. :)

Aquarius recently post : Bagaimana akhirnya saya berjaya atasi masalah rambut gugur