Thursday, May 29, 2014

Kaswi Jagung

Kejadian kaswi jagung ni adalah hasil  tidak kepuasan hati percubaan buat kali pertama yang tak menjadi, disebab kesalahan sendiri....kaswi nya keras to my liking...so oleh kerana suka nak cuba the concept of letak jagung dalam kaswi, kita ambil recipe Kaswi Gandum yang pernah kita cuba dulu dan gandingkan dengan jagung dalam tin.Alhamdullilah sedap..dah tentu2 kaswi gandum yang ni sedapkan, so kita adjusted sikit recipenya dan tambah apa yang patut dan campurkan jagung dalam tin tu..Semua suka, when I said semua suka tu my parentslah ya... got a thumbs up  dari ayah kita....anak2 memang tak pandanglah kan, dia orang kirim salam ajelah..hehe...so semua suka except Mr Hubby..sebab dia tak suka jagung!! Entah kenapa cukup benci betul dia dengan jagung..Kalau beli apam balik kat luar kan..mesti dia cakap tak nak jagung..just kacang aje..kalau kita masak bayam & jagung, dia cuma makan bayamnya aje..pop corn makan pulak ya..haha..

Anyway, terubatlah rasa, bila dapat makan kaswi jagung ni..satu kelainan for me..sudi2lah ya kalau nak cuba..siapa2 yang kadhaq puasa hari ni..kalau nak buat untuk berbuka..masih boleh ni...:)

Kaswi Jagung
Tried, Tested & Adjusted:- Ayu@curlybabesatisfaction

BAHAN A
51/2 cawan air
1 cawan gula merah @ gula melaka
1 cawan gula pasir-(boleh kurangkan sikit kalau takut manis sebab jagung dalam tin dah manis, tapi Ayu tak kurangkan, maybe next time buang 1 sudu besar)
1/2 cawan santan pekat
2 helai daun pandan
Sedikit pewarna coklat 

BAHAN B
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
11/2 camca teh air kapur
Sedikit garam

Kelapa parut putih secukupnya-(dikukus dgn 1-2 helai daun pandan dan sedikit garam dalam 15 minit, gaul rata)

BAHAN C
1 tin sweet cream corn atau secukupnya -(Kalau nak kisar separuh pun boleh terpulang nak macam mana)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih. Alas loyang 4 segi berukuran 10 inci x 10 inci x 3 inci dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak makan pada plastik tadi. Ketepikan.
  2. Masak semua bahan A, kecuali pewarna coklat, hingga larut. Biar sejuk dan tapis. Masukkan pewarna cokla.
  3. Dalam satu bekas, masukkan tepung gandum dan tepung ubi, kacau rata dan tuang no. 2 tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan whisk hingga sebati. Tapis adunan tadi dan masukkan air abu(air kapur), kacau rata. Masukkan sweet cream corn ikut suka nak banyak mana. Kacau & gaul  sekata.
  4. Tuang dalam loyang tadi dan kukus 30-35 minit atau hingga masak.Biar kueh betul2 sejuk sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut putih.

Friday, May 23, 2014

Beef Moussaka


Kita terjumpa recipe ni bila kita tengah kemas buku2 masak yang ada di 'mini library' kita didaerah computer ni..Ternampak buku 'mini cookbooks' Chef Wan, titled Meat..kita flip dan browse sekejap..terberhenti di recipe Beef Moussaka ni..erm nampak macam sedap sangat..main ingredients tu gunakan terung, kita pun bookmarked kan dia.. The next time, pergi beli groceries  dah aim nak beli terung. Kebetulan waktu tu..terung hitam ni fresh2 lagi baru sampai.. kita berdirilah didepan terung yang berlunggun tu sambil berfikir which kind of terung should I buy for this dish sebab ada few types of terung kat situ...then ada seorang lelaki India came along, dia terus capai a few terung ni, then turned to me sebab kita looked confused..He said terung ni sedap..dia lembut aje kalau nak masak dia tak boleh lama, goreng sekejap then angkat, lepas tu baru tumis bawang cili..

Kita pun jawap oh ya ke..sebab jarang kita nampak terung hitam ni, montot dia gemuk2, tak macam terung yang biasa panjang dan slim barack....kita pun capai dalam 6 bijilah gitu..Sekali timbang mak aiii..just for terung S$4.40..tak apalah nak try and nak makan punya pasal..Lepas masak ternyata terung ni memang sedap dan lembut.. It just blend well dengan bahan2 yang lain seperti the sauce dan daging serta cheesenya..Kita adjusted accordingly and added apa yang patut..Jadilah Beef Moussaka campur versi Ayu juga... Sedapppp..Anak2 kita tak tahu pun main ingredients for this are terung and some capsicum....A good way to make them eat veggiekan..hehe..Kat bawah tu the steps macam mana kita layerskan  daging, terung, then kentang, capsicum, bechamel sauce then baru taburkan cheese..

*Oh ya, terung tu bila dah hiris, susun rata atas dulang, taburkan garam. Beberapa minit nanti air keluar dari terung tu. Lap kering dgn tissue dapur. Terbalik2 kan diatas tepung dan goreng dengan minyak yang terendam. Kita syorkan goreng kentang dulu, sebab kalau goreng terung nanti minyaknya kotor dan penuh dengan bekas tepung dari terung.
*Bechamel Sauce tu..kita syorkan buat last...sebab sauce this cepat pekat bila dah sejuk..so habiskan buat layering tu baru buat saucenya, bila dah masak cepat2 tuang atas layer capsicum dan baru tabur cheese..Sementara tu api sentiasa on tapi api kecil sekali, biar kuali/periuk tetap panas ketika buat layering tu..

Beef Moussaka
Sources:-From Chef Wan
Tried,Tested & Adjusted:-Ayu@curlybabesatisfaction
Ingredients:-
4 large aubergines (eggplants/brinjals) -cut into 1cm thick slices
salt to taste 
plain flour for dusting
cooking oil for deep frying.
3 large potatoes, peeled and cut into 1.5cm thick slices
60ml olive oil
2 large onions peeled & chopped-(Ayu diced)
1 tbsp peeled crushed garlic
500g lean minced beef
1 tsp cumin
1 can (411g) italian plum tomatoes mashed
1 tbsp tomato puree
1 tsp chopped thyme-(Ayu didnt add this as already added Italian herbs)
1 tbsp chopped oregano-(Ayu added 1 tbsp Italian herbs)
1 tsp ground black pepper
1 tsp minced ginger-(Ayu added this)
1 tbsp curry powder-(Ayu added this)
1 tbsp cili powder-(Ayu added this)-optional
1 fresh tomato diced-(Ayu added this)
1 green capsicum(bell pepper) sliced
1 tsp sugar-(Ayu didnt add this)
salt & aji to taste(Ayu added this)
85g grated parmesan cheese-(Ayu used mozarella cheese)

Method:-
Arrange aubergine slices in a single layer on a baking tray and sprinkle sparingly with salt. Set aside for 10 minutes to degorge. Dab aubergine slices dry with paper towels. dust with flour and deep fry in cooking oil until lightly golden. Drain and set aside.
Deep fry potato slices in cooking oil just until soft. Drain and set aside.-(Ayu recommed to fry the potatoes first then the sliced aubergines)


Heat olive oil and fry onions & garlic until soft. Add beef and cumin and fry until lightly browned before adding tomatoes and tomato puree.(Ayu added, diced tomato, minced ginger, chili powder, curry powder this time too). Add tyme and oregano and simmer until sauce thickens. Season with salt, pepper & sugar.

Put a little meat sauce at the bottom of a baking dish. Layer alternately with slices of aubergine, potato and capsicum. Ladle bechamel sauce over and sprinkle generously with cheese.
Bake in a 180c (350F) preheated oven for about 40 minutes until it starts to bubble and the top turns golden brown. Garnish as desired.


BECHAMEL SAUCE
55g butter
30g plain flour
500ml hotmilk
1/2 tsp ground nutmeg-(Ayu omit this)
salt to taste
fresly cracked black pepper to taste

Method:-
Prepare bechamel sauce. Melt butter, stir in flour and whisk quickly for about 1 minute. Stir in milk and add nutmeg. Simmer until sauce thickens. Season with salt & pepper. Set aside.-(Ayu recommend to do this last after preparing and arranging beef, aubergines, potatoes & capsicum, because the sauce will thickens easily, so while adding to the layers, the heat below must be ongoing use very low heat.)



Mango Casablanca

Bila tengok  rakan blogger Kak Ilahjy posted this the other day...Baru kita teringat posting Mango Casablanca ni dah lama dalam draft. Pertama kali buat ni tahun lepas bulan October untuk dibawa kenduri tahlil arwah MIL, kita buat 1 adunan dibawah..tapi guna 2 loyang..Dah dikata kenduri, kenalah ada bacaannya kan...so bila kita bawa tu, satu loyang letak kat luar lagi satu loyang kita letak dalam fridge SIL, yang loyang diluar sayangnya tak tahan suhu panas waktu tu..so cair ler whipping cream tu..sementara menunggu bacaan habis..so sad..Tapi dek kerana kesedapannya kita buat lagi March lalu, kebetulan musim mangga juga ..tapi kali ni untuk makan sendiri lah sebab pertama kali waktu tu tak dapat nak menikmati keenakkan mango casablanca ni..Kita buat pun 1/2 dari adunan dibawah ni..sebab kita aje yang nak makan..

Bila buat kali ni..time nak ambil gambar pula susahnya masyaallah..whipping cream start to  mencair..So terpaksalah kita freezekan dulu dan baru potong, ni disebabkan nak ambil gambar punya pasal..kalau teman2 nak buat tak payahlah masukkan dalam freezer ya..itupun kita panaskan pisau dulu atas bara dan potong bila mango casablanca ni dah lembut sikit to get a straight cut...huhu...Apa2 pun dapat lah kita merasa dessert yang sedapp sangat ni..Terimakasih pada Amie kerana berkongsi recipe ni ya..Kita recommend rakan2 harus cuba membuat ni..sedapp..you know me kan..kita bukan a dessert person so bila orang yang not into dessert  cakap sedap percayalah ya..you will sure comeback for more..
So Amie, minta izin dipanjang2kan didapur kita ni pula ya..:)


Mango Casablanca
Sumber : Fauziah Biran & Amie's Little Kitchen
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction

Bahan-bahan:(Ayu gunakan 1/2 adunan dan gunakan loyang 5")
27 keping Biskut Cream Crakers
1 kg mangga masak ranum - kupas kulit dan hiris nipis-(Ayu gunakan 31/2 biji)
250 gram Philadelphia Cream Cheese 
2 tin (300gram setiap 1 tin) Nestle Cream-(Ayu gunakan 300g whipping cream)
300ml Sweetened Cream - boleh gunakan sukatan sendiri untuk rasa manis yang dikehendaki-(Ayu gunakan anggaran 200ml susu pekat)
susu cair - pilihan (Amie tidak gunakan)-(Ayu tak letak ni)
bekas persegi ukuiran 8" X 8" -(Ayu gunakan 5"x5")


Cara:
1. Pukul Philadelphia Cream Cheese / Anchor Cream Cheese, Nestle Cream dan Sweetened Cream menggunakan mixer sehingga kembang.
2. Ambil satu senduk besar campuran krim di atas dan tuang  merata di bahagian dasar bekas persegi.
3. Susun 3X3  biskut berjumlah 9 keping.-(Ayu susun 2x2 so jumlah 4)
4. Tuangkan satu senduk campuran krim dan sapu merata di atas susunan biskut.
5. Susun kepingan hirisan mangga di atasnya.
6. Tuangkan satu senduk lagi campuran krim dan sapu merata di atas susunan biskut.
7. Susun lagi 3X3  biskut sebanyak 9 keping.(Ayu susun 2x2 so jumlah 4)
8. Ulangi langkah 4, 5 dan 6 sehinggalah habis 27 keping biskut.
9. Tuangkan lebih sedikit campuran krim ke atas kepingan biskut yang terakhir.
9. Tutup bekas persegi tadi dan masukkan ke dalam peti sejuk. Sekiranya ingin dinikmati segera, bolehlah simpan di bahagian beku selama 1 jam tetapi sekiranya tidak untuk segera dimakan, bolehlah simpan di bahagian bawah sahaja sehingga sejuk.
10. Keluarkan bekas dari peti sejuk, dan potong untuk dinikmati.

Amie gunakan loose bottom cake pan, supaya lebih mudah untuk keluarkan Mango Casablanca sekiranya hendak dipotong.-(Ayu alaskan plastik supaya senang nak keluarkan, dan sebab tak ada loyang loose size kecil begitu)



Ini yang dibawa ke tahlil..2 loyang tak potong lagi waktu ni..

Thursday, May 22, 2014

Ikan Siakap Limau Purut

Menu dinner untuk Mr Hubby..kalau siang lauk lain malam pula kena masak lauk lain..Nasib baik kita ni penyabar..hehehe..Bukan apa takut orang tu merajuk..siapa yang susah..kita jugakkk....Jadi ini aje yang kita buatkan untuk dia..Mr Hubby cakap sedapp..Dalam bahan 7 serai is too much for satu ekor ikan..jadi kita reducedkan dia jadi 2 aje itupun kita kisar sebab kalau hiris, bila time makan tu rasa tergigit serai mana yang tak hiris halus macam tak best pulak..so kita kisar sekali dengan bawang..Terimakasih Rasa online for the recipe..:)

Ikan Siakap Limau Purut
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan siakap-(Ayu goreng dgn garam kunyit)
  • 2 biji bawang besar |dihiris-(Ayu gunakan 1 biji aje)
  • 4 sudu makan cili giling-(Ayu gunakan 3 sudu besar aje)
  • 12 biji cili api l dihiris(boleh dikurangkan kalau takut pedas)
  • 7 batang serai l dihiris-(Ayu gunakan 2 aje dan kisar dgn 1 biji bawang)
  • 6 helai daun limau purut | dihiris
  • ½ sudu makan gula
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1.  Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing. Ketepikan.


2.  Panaskan minyak dan tumis bawang bersama cili giling hingga garing. 
(Ayu masukkan serai kisar & bawang kisar waktu ni juga)

3.  Kemudian masukkan cili padi bersama serai dan juga daun limau purut. Kacau rata.

4.  Biarkan masak seketika dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

5.  setelah masak, angkat dan siramkan ke atas ikan yang siap digoreng tadi. sedia dihidang.

Wednesday, May 21, 2014

Sup Sayur Cendawan Tiram

Bila tekak tak berselera nak makan berat2..kita masak sup sayur cendawan tiram ni aje..hirup sambil kunyah sayur mayur serta cili padinya..just this dah cukup kenyang pada kita kalau nak kenyang sikit masukkan sesenduk (atau bersenduk2) nasi dalam mangkuk  sup dan makanlah macam nasi air...fuh terus berpeluh2 dahi dan hidung, sebab ada lada hitam dalam nya..panasss..hehe..

Recipe ni kita trial & error dari sup sayur yang kita pernah makan diseberang tambak..rasa2 dan guess apa bahan2 yang digunakan...so dah diuji kaji ni..hahaha...so this was what I came up with..:)

Sup Sayur Cendawan Tiram
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction 
Bahan:-
1 packet cendawan tiram
1 batang celery
1-2 sudu teh lada hitam serbuk
1 sudu besar sos ikan
1 kiub perencah sayur
1 biji bawang besar dihiris nipis
10 biji cili padi diketuk atau dihiris (ikut kepedasan masing2)
daun sup bawang secukupnya
air secukupnya
garam & serbuk perasa

Cara:-
Tumis bawang hiris hingga naik bau dan layu. Masukkan air & perencah sayur, biarkan hingga mendidih.
Masukkan serbuk lada hitam, sos ikan, cili padi, celery dan cendawan tiram. Perasakan garam & serbuk perasa. Tambah apa yang kurang. Bila semua dah ok, bolehlah matikan api dan taburkan daun sup & bawang.

Thursday, May 15, 2014

Oreo Espresso Muffins

Macam biasa bila dah lama tak baking, perasaan membuak2 nak pecahkan telur dan kacau2 batter tu akan menjadi2 gitu..then kebetulan kat rumah pun macam dah lama tak makan kek..asik masak nasi masak mee basically the main dish aje..snacks pun macam dah lama tak buat..so bila dah relax2 sikit kita browselah internet ni..cari kek atau muffins yang boleh dibuat simple dan cepat siap.. Terjumpa recipe kat bawah ni..kita tengok..ermm, biskut oreo ada satu kotak belum dibuka..then my various chips pun banyak sebab baru top up beli kat Larkin hari tu..apa lagi tanpa berlengah terus ayak tepung dan prepare bahan2nya..
Waktu dah pukul 10 malam..Mr Hubby pulak tanya apasal suka bake malam2...(lain aje tanya..)...hahaha
Kita jawap time nilah hati tengah tenang..therapeutic lah pada kita..cebah..hahaha
The first batch semua dapat rasa sebelum dia orang masuk tidur..semua cakap sedappp..alhamdullilah..
Hasif cakap dia nak bawa bekal esok nya untuk tea break..oh ya sekarang Hasif tengah buat his 6 months  internship kat one of the Aero Engine company as this is his last year in poly..
Next year habislah studies..then kenalah serve National service for 2 years sebelum continue lagi his studies ke University in syaa allah..kalau layak..:)

Muffins ni pada kita very moist dan sangat kena dengan oreo cookies dan chips2 yang berbagai rasa tu..imagine ada rasa coffee chips, butterscotch chips, semi sweet chocolate chips & twin chips (dual colours)..full of surprises that melt in your mouth..harus dicuba ni...:)


Oreo Espresso Muffins
Sources:- Backstreet tv
Tried & Tested -Ayu@curlybabesatisfaction
 Ingredients:-

  • 2 cups (10 ounces) all-purpose flour
  • ½ cup (1½ ounces) cocoa powder-(Ayu used Valrhona cocoa powder)
  • 2 teaspoons baking powder
  • ½ teaspoon baking soda
  • ½ teaspoon salt
  • ¾ cup (5¼ ounces) granulated sugar-(Ayu used 1 cup castor sugar)
  • 2 large eggs
  • ⅓ cup vegetable oil-(Ayu used 115g melted butter- about 1/2 cup)
  • 1 cup plus 2 tablespoons milk
  • 1 teaspoon pure vanilla extract-(Ayu just used 1 tsp vanilla essence)
  • 11/2 tablespoon espresso powder-( Ayu used 1 tbsp nescafe powder)
  • 1½ cups chocolate chips, divided-(Ayu use 1/3  cup coffee chips, 1/3  cup butterscotch chips, 1/3 cup semi sweet choc chips & 1/3  cup twin chocolate chips-(dual colour white & black choc chips), + some extra for toppings)
  • 8 to 10 oreos, roughly chopped -(Ayu used 21 pcs- 15 to be mixed in batter the rest for topping)
 

Instructions

  1. Adjust oven rack to middle position and preheat oven to 375°F(Ayu used 180c). Spray standard muffin tin with non-stick pan spray.(Ayu used paper cups).Sift flour, cocoa, baking powder, baking soda, and salt into medium bowl; set aside. In large bowl, whisk sugar with eggs until light, about 30 seconds. Whisk in oil, milk, vanilla, and espresso until combined.
  2. Whisk dry mixture into wet mixture until just combined. Stir in 1 cup chips and half of the crushed oreos
  3. Evenly divide batter between muffin cups and sprinkle with remaining chips and oreos. Bake until set, 17 to 19 minutes(Ayu baked for 20-25 minutes). Let muffins cool in pan 15 minutes, then remove muffins from tin and place on wire rack to cool.

Tuesday, May 13, 2014

Daging Goreng Nenas

Sebelum kita start apa2.. jangan marah eh..resipi daging goreng nenas..yang dimuatkan dalam majalah Aroma... lagi saki baki menu yang ketinggalan nak post kat blog..jangan boring ya.. masih ada lagi 2-3.menu yang belum masuk blog...heheh..kalau nak tukar selera goreng daging tu bolehlah cuba letak nenas pulak..sedap ni..ada rasa manis/masam nenas tu lawan pula dengan daging yang masin berempah..nak masaknya pun cepat & simple... Ok thats it....roger & out..:)


Daging Goreng Nenas
Sources:-From Nure@myresipi
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction

Bahan-bahan ( 4~5 org )

  • 500g daging dihiris
  • 200g nanas (kalau guna nanas dlm tin anggaran 1/2 tin) dihiris
  • 1bj cili benggala (atau cili merah) dihiris
  • 2 sd besar sos tomato
  • 2 sd besar sos tiram
  • 1 sd besar rempah kari daging
  • 1 sd kecil lada hitam (dikisar)
  • 1 kuntum bunga lawang dan 2 btg cengkih 
  • bhn ditumbuk: 3ulas bwg putih dan 1 cm halia
  • minyak masak dan garam

Cara-cara


  1. panaskn minyak utk menumis. Tumiskan bhn ditumbuk, cengkih dan bunga lawang hingga naik bau.
  2. masukkn rempah dan goreng sampai garing. Kemudian masukkn daging dan masak hingga daging empuk.
  3. masukkn sos tomato, sos tiram, garam dan lada hitam. Kacau lagi sampai rata.
  4. Akhir sekali, masukkn nanas, cili benggala dan masak lagi selama lbh kurang 3 minit. Sedia utk dihidang

Friday, May 09, 2014

Nasi Kerabu Biru, Ayam Goreng Berempah Serai, Sambal Tumis, Sambal Lada & Sambal Ikan

Assalam teman2 ...sekarang minggu exam di Singapura.. peperiksaan pertengahan tahun..itu yang senyap aje..anak exam mak yang stress...hehehe

Nasi Kerabu ni memang dah lama sangat dalam list nak masak kita..Bila tengok kat google, macam2 lauk sampingannya..dan  pernah terbaca comment dari teman2 ada sedikit leceh nak membuatnya..Kita yang terpanggail dan teruja tu sebab tengok ada 'serunding ikan' dalam tu, atau dalam recipe tulis 'sambal ikan'..
Kita imagine mungkin adakah macam nasi ambeng yang selalu kita jumpa kat sini, yang makan pun dengan serunding juga..dan nak masak pun ada sedikit leceh sebab lauk2nya...
Satu hari, kita masuk JB,(time hantar jahit baju ler hari tu) ada nampak orang jual Nasi Kerabu ni kat foodcourt..kita cakap dgn Mr Hubby, kita nak trylah beli nasi kerabu..kalau sedap nanti nak buat sendiri..Set yang kita order tu..ada sedikit taugeh + kacang panjang hiris, telur asin, keropok, sambal ikan, sambal tumis dan sambal lada serta lawankan dengan ayam goreng tepung kalau tak silap. Bila nasi tiba, kita tengok alamak taugehnya kok mentah ya..dah mulalah jantung gedabak gedebuk..sebab kita ni memang tak reti makan taugeh mentah, kerana dah bayar RM6.50 punya pasal, kita gagahi juga kunyah ulam2 tu dengan nasi dan sambal..Kunyah punya kunyah..eh sedapp lah pulak..wakakaka...ah tu dia..lepas tu laju aje makan..suruh Mr Hubby rasa sikit..dia pun cakap ermm sedap..especially bila dah kena sambal ikan tu..really makes the difference lah..basically side condimentsnya tu memang sesuailah dengan nasi ni..

Memang sebelum kita buat ni kita dah checklistkan bahan2 yang harus ada..salah satunya ialah BUDU(first time makan budu! yes I did it)..:)
Budu kita beli kat pasar Larkin juga..tapi nak cari bunga telang tu memang confirm susahlah..so kita just gunakan pewarna aje..sebab ia untuk warna aje dan bukan perasa...Kita buat sambal ikan tu the day before..so on the day itself, kita baru masak nasinya, sambal tumisnya, rebus telur asin, hiris bahan2 ulam dan just goreng ayam berempah serai..Basically macam kita masak lauk biasa aje. Kita tak buat sambal lada tapi kita lawankan dengan sambal belacan(dah buat lebih awal simpan dalam fridge) aje, ini case dah mula penat dan dah tak kuasa..haha...

Bila dah siap, these are the feedback from rakyat jelata ...
Hasif:- Mama...why the rice looks weird?..Tapi licin juga.
Marsya:- Mama next time can we have PINK rice?..yalah Nak!
Iqram:- Senyap! Tak berdengek tak berdenguk...makan with Iman...hehehe
Mum:- ermmmm..sedap sedap... mak kasi kau 10 over 10!!!...ah tu dia dont play2 ok..
Mr Hubby:- Very Nice! Ini masakan dari mana ni?..dari Kelantan kita jawap.
Dad:- Makan slow dan not so keen sebab kita tak buat kuah(my dad ni kalau makan mesti nak ada kuah kalau tidak dia akan hiccup lepas tu)..hahahaha..sabor ajelah..
Ayu:- Sangat SEDAPPPP, ..kita bertambah nasi 2x...:)- and yes kita makan taugeh mentah juga for this!!..

Overall memang berbaloi dan tak menyesal membuat nasi kerabu ni, walaupun tak cukup syarat sebab tak  buat solok lada dan goreng ikan tepung atau ayam goreng tepung, tak apalah lain kali memang confirm boleh buat lagi...Mr Hubby cakap, bolehlah kita buka kedai jual nasi kerabu kat Singapore ni, bila dia dah pencen dari Army nanti..sebab kat sini macam tak ada jual gitu..hehehe....This is the 2nd suggestion yang dia buat lepas Nasi Komok, suruh kita buka kedai jual nasi..(uish terlepas rahsia..ini kira strategy ni...)wakakaka...
Oh ya buat anak2 dia orang manalah makan ulam2 tukan so dia orang just makan Ayam Goreng Berempah Serai, keropok dan sambal tumis aje..dah lama tak buat so kita gandingkan dengan nasi ni...Dalam gambar termiss out keropok, sebab terlupa nak taruk padahal dah siap goreng dah..

Terimakasih banyak2 buat Kak Wan kerana berkongsi recipe yang marvelous ni..sangat2 worth the effortlah pada kita ..sedapp sangat..Minta izin kita panjang2kan recipe kak Wan disini pula ya..

Nasi Kerabu Biru, Sambal Tumis, 
Sambal Lada dan Sambal Ikan
Sources:-From Kak Wan
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahan
250gm beras brasmathi-(Ayu gunakan 6 cawan beras brasmathi)
30 kuntum bunga nasi kerabu (ramas dan perah airnya)
Air secukupnya
sehelai daun pandan -(Ayu letak 2 helai)
3-4 helai daun limau purut dikoyak-(Ayu tambah)
1 batang serai diketuk-(Ayu tambah)
Pewarna biru beberapa titik -(Ayu gunakan ini sebab tak ada bunga nasi kerabu)
(Cuci beras, masukkan air dan air bunga,(Ayu gunakan pewarna biru dititikkan dalam air) gaul rata, letak daun pandan, daun limau purut dan serai dan masak nasi seperti biasa)-(Ayu tambah garam & sedikit serbuk perasa)


Sambal Lada
50gm cili padi
100gm cili merah
5 biji limau kasturi
1 sudu besar cuka
garam dan gula secukup rasa
(Kisar hingga lumat, perasakan dengan garam dan gula) 
(Ayu tak buat ni, Ayu cuma lawankan dengan sambal belacan aje)



Sambal Tumis
Bahan A
10 biji cili kering (potong dan rendam dalam air panas, toskan)-(Ayu gunakan 3 sudu besar cili kisar)
10 biji cili padi -(Ayu tambah)
2 ulas bawang putih
20 ulas bawang merah (kecil)
1 hiris halia
Bahan C
2 sudu besar budu
2 sudu besar gula melaka racik-(Ayu gunakan 1 sudu besar aje)
250ml santan pekat-(Ayu gunakan 1 kotak kecil santan 200ml)
garam secukup rasa 
Cara-cara  :
1.  Kisar bahan A hingga lumat.
2.  Satukan bahan B dan masak hingga pecah minyak.  Masukkan bahan A dan bahan C dan masak hingga pekat dan pecah minyak.





Sambal Ikan
Bahan
1/2 biji kelapa parut putih(Ayu guna 1/2 packet dari 250g kelapa parut)
2 ekor ikan kembung (bakar dan ambil isinya)-(Ayu gunakan 3 ekor kembung bakar-letak atas kuali tanpa minyak aje)
5 ulas bawang merah
1 batang serai
1 hiris halia
1 sudu besar gula melaka racik-(Ayu tak letak ni)
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :
1.  Sangai kelapa hingga hampir kering tetapi jangan terlalu perang.
2.  Tumbuk bawang, serai dan halia hingga lumat, perasakan dengan gula melaka, gula dan garam.  Masukkan isi ikan dan tumbuk hingga sebati.  Masukkan kelapa dan tumbuk sambil di gaul rata.(Ayu kisar halus kering, serai, halia, isi ikan, bawang merah dan kelapa yang sudah disangai)

 


Bahan Ulam
timun
taugeh
daun kesum
daun serai kayu
kubis jika suka
(Mayang semuanya halus-halus)
(Ayu gunakan timun, taugeh, kubis, kacang pancang & daun kesum)

Bahan Gandingan
Telur masin
keropok
ikan celup tepung
Sambal Budu
Ayam goreng
Solok lada
Bawang jeruk-(Ayu no like..hehe)
(Ayu gunakan telur masin, keropok, ikan goreng garam kunyit , ayam goreng berempah serai)


Ayam Goreng Berempah Serai
Sources:-From Love2cook@myr 
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
 Bahan-bahan ( Sekeluarga )
  • 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
  • Bahan2 dikisar bersama:-
  • 6 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 3 batang serai (yang besar)
  • ---------------------------------------
  • 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
  • 2 sb serbuk kari daging
  • 1/2 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)-(Ayu tak letak ni)
  • garam dan aji secukupnye
  • 3 tangkai daun kari
  • Minyak yang menggoreng

Cara-cara


  1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
  3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
  4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!
  5. Selamat mencuba! ;)

Saturday, May 03, 2014

Ayam Masak Indonesia

Macam biasa, lauk ayam juga buat anak2..cungkil punya cungkil..jumpa recipe ni pulak..adui hai..harap2 internet tidak kehabisan dishes untuk masak ayam ler..Waktu ni kita tidak ada ayam seekor, cuma dada ayam aje..so gunakan ajelah..lauk ni pun sedapp ..mula2 rasa sikit aje..sekali tak perasan dah 2 ketul chicken fillet kita bedal..hehe..Cubalah..kita lawankan dengan lauk cempedak masak  lemak putih hari tu..

Ayam Masak Indonesia
Sources:-From aimylaraimy@myresipi
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
  • 1/2 ekor ayam-(Ayu gunakan 10 chicken fillet)
  • 5 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih (dikisar)
  • 2 biji tomato (dikisar)
  • 1 1/2 sudu besar cili kering yg dikisar
  • 2 batang serai (dikisar halus)
  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
  • sikit belacan (lebih kurang sebesar ibu jari)
  • 2 helai daun limau purut
  • garam, gula secukup rase
  • minyak utk menumis

Cara-cara


  1. goreng ayam tanpa garam dan kunyit separuh masak
  2. tumiskan bawang merah, putih. masak sampai naik bau. then masukkan serai, tomato,cili, belacan,lada hitam dan daun limau purut. masakkan beberapa minit. jgn lupa garam, gula dan serbuk perasa secukupnya...
  3. masukkan ayam yang digoreng dan masakkan beberapa minit..
  4. p/s: kalau ader yg suke pedas, tambahkan lagi serbuk lada n cili tuh..