Wednesday, October 26, 2016

Brownies Cheese Kukus

Kalau brownies atau kek bercheese yang macam kat atas ni, rakyat jelata kat rumah kita semua menonong aje bila kita tunjuk ni kat dia orang...sabor ajelah kan...Kita sebenarnya buatkan untuk  my niece yang tag kita kat facebook, suruh kita buatkan untuknya...She tagged me recipe brownies cheese kukus macam ni..tapi recipenya lain sikit..So I've decided to google the recipe yang I felt comfortable with...cause the one she tagged me macam tak complete.. although the outcome nama kek or browniesnya are the same
Anyway..menu ni pun kita rasa ramai teman2 blogger dah cuba..tapi almaklum ler kita kan not a dessert person so..benda2 macam ni ada sikit ketinggalan(backdated) lah..
Recipe kita guna recipe Kak Fida via Rai@ sweet vanilla..Rai buat cheesenya ditengah tapi kita buat cheesenya diatas...recipe dan bahan mungkin the same tapi steps tu kita adjust ikut keperluan...Kita try potong sikit kat hujung2 tu..nak try rasa...Masyaallah sedapppnya pulak...hehe...

Brownies Cheese Kukus
Sources:-Sweet Vanilla
Sources:-Adapted frm Chocolate Brownies Kukus - Kak Fida @myresipi 
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahan untuk Brownies.(loyang dah lupa kita guna berapa inc) ...i think 8' kot..

  • 200 g mentega/majerin (3/4 cwn + 1 sb penuh)
  • 200g dark choc.(3/4 cwn choc yg disagat atau dihiris halus)
  • 170 g tepung gandum (1 1/2 cwn rata)
  • 30 g serbuk koko (1/4 cwn rata)
  • 4 biji telur
  • 170 g gula halus (1/2 cwn rata + 3 sb rata)

Bahan untuk cream cheese:-
  • 250g cream cheese (philadelphia brand)
  • 60g gula castor
  • 25ml air
  • 1 biji telur gred A
  • 1 sudu kecil vanilla essence-(Ayu tambah)

Cara:-
Panaskan kukusan.Kita buat lapisan choc brownies dulu. 
Cairkan marjerin/mentega + coklat masakan guna kaedah double boil.
Ketepikan seketika...
Masukkan gula + telur dalam mixer bowl...
Pukul sehingga ia kembang...jangan lama sangat...
Masukkan tepung + serbuk koko sedikit demi sedikit...
Masa nie tak payah guna mixer lagi tau.. nanti adunan jadi bantat...
Kita gunakan whisk pula... kalau takde.. guna spatula/senduk pun boleh.... 
Kacau sebati tepung + serbuk koko... buat sehingga habis..
Pastikan dah rata dan tidak berketul2...
Kemudian, masukkan pula choc + marjerin yang dah dicairkan tadi...Kacau sebati.
Griskan loyang dengan marjerin dan alaskan dengan kertas minyak.
Tuang adunan tadi ke dalam loyang. Balance sikit adunan brownies jangan dibuang. ketepikan untuk buat lorekkan.

Untuk mengelakkan air menitik ke atas permukaannya.. tutup dengan aluminium foil.
Kukus selama 15 minit. atau sehingga masak.

Sementara nak tunggu lapisan pertama masak.. kita buat lapisan cheese...
Masukkan semua bahan2 kecuali telur ke dalam mixing bowl...
Pukul sehingga adunan kembang.
Kemudian masukkan telur & vanilla
pukul sekejap je untuk bagi dia rata
Tuangkan adunan cheese ke atas lapisan brownies yang dah masak tadi...
Titiskan baki adunan brownies keatas adunan cheese. Lorekkan dengan lidi. Tutup dengan aluminium foil sekali lagi.
Kukus selama 20 minit....atau sehingga masak.

8 comments:

adda syuhada said...

sedapnyer...

Phong Hong said...

OMG! Memang tak tahan kalau nampak brownies yang macam ni. Meleleh air liur....

Monica Rampo said...

sedap sekali kak tampaknya, jadi sukses terliur hanya dengan melihatnya, he he he..
aih walaupun not a desert person, desert kak Ayu buat kelihatan sedapnye..

Nooriah Abdullah said...

Dah lama tak berbrownis macam ni Ayu
Mesti nk try kukus pulak sbb biasanya bakar je

Ayu said...

Adda
Thank you adda

Ayu said...

Phong hong
Hehe..minat brownies macam ni ya..hehe..

Ayu said...

Monica
Tulah Monica...walau not a dessert person...akak suka buat tapi tak berapa suka makan...
hehe..kalau makan pun sedikit aje...

Ayu said...

Nooriah
Samalah kak noor..kita pun macam first time buat brownies kukus gini..
Sebab sebelum ni macam pernah buat yg guna Bain Marie method...