Wednesday, November 16, 2016

Ayam Phat Phet

Assalam rasa2nya ramai teman blogger dah mencuba ayam phat phet ni..kita baru ni try masak...yalah waktu tak active tahun lepas ler...kira 1 year delayed post..hehe...sedap ni..anak2 sukalah lauk macam ni...bolehlah dicuba ya kalau masih belum ada idea nak masak apa hari ni...:)

Ayam Phat Phet
Sources:-From Widad@myresipi
Tried & Tested:_ Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan(2 orang)
  • Bahan A (Blend)
  • 5 biji cili padi-(Ayu gunakan lebih sikit)
  • 2 hiris halia-(Ayu gunakan 1 inci)
  • kunyit hidup
  • 1 atau 2 batang serai-(Ayu gunakan 1 aje)
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar-(Ayu gunakan 2 biji bawang sederhana besar)
  • Bahan B
  • 3 keping ayam mentah dipotong dadu-(Ayu gunakan 800g)
  • 4-5 batang kacang panjang-(Ayu tambah)
  • 1 batang lobak merah-(Ayu tambah)
  • 1 batang serai
  • 1 asam keping
  • 4 helai daun limau purut
  • sedikit Garam dan Gula, secubit ajinomoto

Cara-cara


  1. Kisar@Blend Bahan A dan tumis sehingga naik bau.. setelah kering tumisan tadi.. masukkan secawan air.
  2. Kemudian masukkan bahan B, iaitu sebatang serai dititik, asam keping, ayam, daun limau purut dan garam serta gula.
  3. Pastikan ayam masak sepenuhnya... Jika kurang berkuah.. masukkan sedikit air mengikut citarasa sendiri.. kalau nak pedas lagi... blend cili padi lebih... masak ayam phat phet ni lebih kurang nak masak ayam masak pedas je...

5 comments:

Nasa Mulia said...

sedap ini, mak mertua selalu masak phat phet.

Monica Rampo said...

sedapnya kak kelihatannya, eits bukan hanya kelihatannya, saya sudah coba tadi kak... enak ya, makan pakai nasi hangat makin sedap he he he.. sayang tak letak cili, biar Sophie bisa makan juga, kalau pakai cili pasti makin sedap

terima kasih resepnya ya kak, belum tayang di blog, nanti kalau sudah tayang saya link ke blog kak Ayu ya..

oh iya kak, asalnya dari mana ya ayam phat phet ini, saya baru dengar..

Ayu said...

Nasa Mulia
tulah sedap rupanya..akak baru ni mencuba..:)

Ayu said...

Monica
wah cepat betul Monica kedapur ya..hehe
ya kalau letak cili takut Sophie tak bisa makan kan..
Sama ya Monica..terimaksih juga sudi mencuba..
Asal menu ini kalau tak salah dari Kelantan..Malaysia..:)

Ley wahab said...

Hi,
Originally resepi ini dari Thailand.