Tuesday, November 22, 2016

Rendang Kerang Kelantan

Beli kerang ni bila tengok penjual dah bersihkan..cantik aje..kalau tak, berlumpur lagi memang malas nak beli..so ceduk punya ceduk dah terambil 1kg..balik rumah terus rebus dan ambil isinya..fikir punya fikir nak masak apa kerang banyak tu..ingat nak buat sambal aje..tapi macam boring aje kan.asik sambal aje..so browse through nampak Rendang Ayam Kelatan kat dapur Kjee..terus idea datang tukarkan ayam ke kerang..Terimaksih Kjee for sharing the recipe..kita panjang2kan disini pula ya.


RENDANG KERANG KELANTAN
Adapted from Rendang Ayam Kelantan
Sources: Kjee
Tried & Tested: Ayu@curlybabesatisfaction
BAHAN-BAHAN

1 ekor ayam (lebih kurang 1½ kg)-(Ayu guna 1kg kerang direbus ambil isi ketepikan)
15 biji bawang merah kecik atau 5 biji bawang besar(Ayu guna 2 biji bawang besar)
4 ulas bawang putih-(Ayu guna 2 biji)
halia sebesar ibu jari
10 biji cili merah (tapi kjee tambah 5 biji cili api dan 5 biji cili kering utk pedas)-(Ayu guna 25 biji cili padi)
2 helai daun kunyit diracik cam bunga rampai.
3 helai daun limau purut-(Ayu tak guna ni)
2 batang serai
2 cawan pati santan(Ayu guna 1 cawan)
1 sudu besar cili kisar (Ayu tambah)
1 keping asam keping(Ayu tambah) 
garam
sedikit gula

CARANYA:

Potong ayam ikut suka. Kisar semua bahan tumis kecuali serai(Ayu kisar sekali dengan bawang) daun limau purut dan daun kunyit. Tumis sampai garing. Masukkan serai yang telah diketuk-ketuk. Apabila sudah terbit minyak, masukkan ayam. Gaul sampai sebati dengan rempah. Masak guna api sederhana sehingga ayam tu kecut.(kerang)
Kemudian masukkan santan, daun limau purut, garam dan sedikit gula. Masak lagi sehingga kauhnya pekat. Jika inginkan ia berkuah atau suka yang kering, adjust sendiri masa memasak.
Apabila sudah masak, padam api dan taburkan daun kunyit.

Walaupun resipi ori tidak letak asam keping, kadang-kadang Kjee letak jugak. 

4 comments:

Monica Rampo said...

saya belum pernah makan rendang kerang kak, kalau masak tak bisa he he he

aih aih saya lihat rendang kerang ini kok jadi lapar ya kak..sungguh sedap kayaknya kak, kaya bumbu

Phong Hong said...

PH jarang makan kerang. Rendang kerang pun tak pernah makan. Rugi macam tu hah..hah.. Mesti sedap.

Ayu said...

Monica
alahai..dah tak tahu nak masak apa dengan kerang ni Monic..
itu yang masak rendang..Oh Monica tak makan kerang ya..

Ayu said...

Phong Hong
I also actually jarang masak kerang..yang ada orang memang tak makan kerang sebab takut hepatitis B..yang penting masak kerang ni mesti masak betul2..cannot half cook itu yang boleh dapat hep B tu..